Social Icons

Saturday, July 12, 2014

#Pray4Palestine : BANTUAN & BOIKOT BERTERUSAN

Bismillah. 

Klik gambar di atas untuk menonton video tersebut. 

Tidak perlu fikir panjang lagi. Se'agresif' mana Yahudi meratah bumi Palestin, se'agresif itu juga sepatutnya kita semua bertindak. Ya, kita semua. Tak mengira agama. Tidak perlu fikir atau tunggu apa lagi. Tidak apa yang perlu disembunyi. Semuanya sudah terang. Saya amat yakin semua pembaca semua sudah alert dengan apa yang berlaku di Palestin dari dulu hingga sekarang. Justeru, saya ingin menyeru agar kita semua bertindak menghulurkan bantuan dengan BERTERUSAN, bukan bermusim. 

Jenis bantuan : 
1. Wang bagi yang mampu (agar boleh ditukar dengan makanan, ubat, pakaian dsb)
2. Pakaian baru atau terpakai 

Jenis bantuan yang tidak perlukan sebarang kos, cuma perlu sekeping hati seorang bernama manusia: 
1. Solat hajat, qunut nazilah, doa, doa dan doa 
2. Boikot 

Di bawah ini saya cuba senaraikan NGO yang aktif menjalankan kerja-kerja kemanusiaan dan bantuan bagi yang memerlukan, terutama untuk Tabung Palestin, Syria, Bosnia dan sebagainya. 




AMAN PALESTIN merupakan pertubuhan yang terkenal di Malaysia, malah tidak disangkal peranan dan tanggungjawab yang telah mereka tunaikan. Bagi memudahkan setiap dari kita menderma, berikut cara yang paling mudah sekali, iaitu dengan SMS. 

Untuk lebih info, boleh klik gambar di atas dan anda akan di'redirect ke FB AMAN PALESTIN. 





ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (IRM) merupakan salah satu cawangan ISLAMIC RELIEF yang ditubuhkan di kebanyakan negara dan mempunyai 'field office' di Afganistan, Albania, Bangladesh, Bosnia & Herzegovina, Chad, China, Egypt, Ethiopia, India, Indonesia, Iraq, Jordan, Pakistan, Somalia, South Africa, Sudan, Yaman dan Palestin. IRM ditubuhkan pada 1984 di Birmingham, UK dengan fund-raising partner dari 14 buah negara termasuk Malaysia. 

Lihatlah betapa prihatinnya rakyat dunia ini tapi masih tak mampu lagi nak memberi keamanan dan kebebasan rakyat palestin dari cengkaman Zionis. 



3. VIVA PALESTINA MALAYSIA





Viva Palestina Malaysia juga tak kurang penglibatannya dalam bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, termasuk bantuan dari segi sokongan moral, pendidikan dan pekerjaan. 


Pilihlah mana-mana NGO yang anda yakin. Kecil atau besar sumbangan tidaklah mengapa. 

------------------------------------

Berkenaan BANTUAN & BOIKOT BERTERUSAN pula. Cuba difikirkan betapa menderitanya rakyat Palestin sejak sekian lama, sedangkan bantuan yang diterima hanya bermusim, iaitu apabila diserang. Bagaimana dengan nasib mereka selepas itu, emosi, kewangan, tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan, pekerjaan di tanah mereka yang makin mengecil dan mereka dilayan bagaikan tiada hak sebagai manusia sekalipun? 

Untuk itu, bantuan dan boikot berterusan MESTI kita laksanakan. Tidak boleh tidak. Jangan tangguh lagi. 

Di bawah ini cuma salah satu contoh bagaimana kita semua boleh menyalurkan bantuan kewangan berterusan kepada NGO-NGO di atas melalui STANDING INSTRUCTION (SI) dari akaun bank kita ke akaun bank NGO terlibat. Tidaklah semestinya banyak, semampu yang ada, seikhlasnya. Minimum transaksi online adalah RM 1.00. Ini contoh CIMBCLICKS, lain bank mungkin lain features nya. Mungkin juga boleh berurusan di kaunter bank atau mesin ATM. Pilihlah mana yang anda rasa mudah. 

Untuk melakukannya secara online, setelah log-in dan memilih pemindahan wang, perhatikan feature "When" di bawah, di mana anda boleh memilih "Single" atau "Recurring". Pilih 'Recurring' untuk tujuan SI. Boleh pilih bila nak mula menderma, kekerapan (mingguan, bulanan, tahunan) dan untuk berapa kali (1 kali, 2 kali, 12 kali dan seterusnya). 


Ini contoh nak buat SI dari CIMBclicks ya. 

Boleh pilih kekerapan dan berapa kali nak transfer, maksimum 50 kali. Dan selepas tu, korang kena bagi instruction baru (renew). 

Ini pula, direct di bawah CIMB Care. IRM salah satunya. Boleh terus menderma sambil-sambil bayar bil lain :) 

Ini caranya kalau nak derma under CIMB Care. 

MasyaAllah. Mudahkan. 


Bukan tak digalakkan menderma di tabung-tabung fizikal yang terletak di merata tempat tu, tapi kadang2 bila terniat nak menderma tak jumpa pulak tabungnya. Lebih baik bila ingat, terus aje transfer online guna komputer, laptop, smartphone saja. Tak payah publisiti. Available everywhere, ay anytime. 

Sama-samalah kita. Kena united. 

                                         ------------------------------------

Berkenaan BOIKOT. 

Tak payah menunding jari pada orang lain. Cukup diri sendiri. Amat susah nak berubah bila semua benda kita bergantung dengan banyak produk Yahudi. Makanan minuman pula dah sebati dalam diri. Berat kan. Betul, rakyat palestin teruji sedemikian rupa, kita pula diuji bagaimana dan apa yang boleh kita lakukan untuk mereka. 




Ubahlah kebiasaan kita. Sensitiflah dengan apa yang berlaku pada rakyat Palestin. Rasalah bersalah sekiranya kita tak mampu nak "merasa" apa yang mereka rasa. InsyaAllah banyak alternatif lain. Sekali lagi, kita kena united! 

                                   ------------------------------------ 

ISU GAMBAR "AIB" MANGSA PALESTIN 

Betul, aib mempamerkan gambar jenazah tambahan lagi kerana ada yang tidak sempurna dan sangat menyayat hati. Tapi, mereka gugur kerana syahid. Ianya tidak lebih dari untuk kesedaran kita yang TIDAK pernah sedar ni, untuk menyentap jiwa raga kita yang TIDAK pernah merasa apa yang mereka rasa, supaya setidaknya "rasa" keperitan mereka, bagi saya wajar dikongsikan apa yang dialami oleh mereka, wajar dihebahkan kekejaman Yahudi yang melampau, apa yang nak disembunyi? 

Saya akui, pada mulanya tak sampai hati melihat video dan gambar. Tapi lama kelamaan, bila saya beranikan diri melihat, dan semakin dilihat, semakin meluap rasa dan tak tertahan air mata. Semoga ianya dapat membulat hati kita untuk membantu dan memboikot. Cuma itu matlamatnya. 

Bantulah warga Palestin. 
Berilah kesempatan mereka menikmati kehidupan yang aman dan terbela. 

Tidak ada apa yang menyebabkan kita terfikir-fikir atau tertangguh lagi. 



12 Julai 2014, 9.00 am 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...