Social Icons

Friday, June 27, 2014

tudung dan VF

Salam Jumaat semua. 

Hai dah nak puasa kita ni weyy. 
Excited punya excited. 
Sekali lagi nampaknya tahun ni tak dapat mula puasa pada 1 ramadhan. 
Jenuh mengganti la nampaknya. 

Sebut pasal nak puasa dan raya ni, teringat kegilaan yang gila bagi orang orang perempuan (termasuklah yang empunya diri) iaitu TUDUNG. Usahkan nak raya, bila-bila masa pun perempuan akan gila tudung. Sampaikan sanggup tidur di kaki lima tunggu kedai bukak. Fuhh!! Keazaman apakah. 

Bulan Mei lepas, kalau ingat lagi, berlangsungnya Vendeur Festival 1.0 di Stadium Malawati Shah Alam yang mengumpulkan lebih 400 booth menjual pakaian, aksesori dan macam-macam lagi, semua ada lah. Saya yang kebetulan berada di KL pada hujung minggu tersebut pun ambil peluang pergi. Semasa tawaf mencari parking lagi suami seakan tak percaya segila ini ummat gila pada pakaian (to be spesific TUDUNG). Sesudah selesai berhimpit dan dapatlah membeli barang sehelai dua tudung, suami buat kesimpulan bahawa tak payah lah pergi lagi VF ka, TF ka, apa ka. Beli sajalah online katanya. (green light gitu:p). 

But, seriously. memang gila dibuatnya. 





gambar dari offical photographer VF1.0





Dan, seperti yang anda baca di screenshot di atas, penganjuran festival begini, di tempat yang tertutup begitu bukanlah menyenangkan semua pihak (terutama pelanggan). Keadaan adalah sangat tidak terkawal dan memang boleh mengundang pelbagai masalah. Bersesak, bercampur lelaki perempuan, bayi, orang veteran, booth yang terlalu rapat sampai dah tak kenal mana satu booth. 

Dengarnya VF2.0 bakal berlangsung tak lama lagi. Jadi... diharap pihak penganjur dah ambil kira semua feedback dari pengalaman VF1.0 yang lepas. Saya sejujurnya seronok lihat festival ini diadakan, sebabnya, boleh katakan 80% daripada booth yang mengambil bahagian adalah di kalangan anak muda kita yang baru, sedang, dan telah berjaya dalam bisnes mereka. Melihatkan semuanya terhimpun di depan mata, ramainya yang sanggup bersesak, saya terdetik, orang melayu kita dah pandai berniaga. Teruskan. 

dan, oh ya. harini radiusite ada online sales.
punyalah jenuh nak penetrate line. serious.
(ahahahahaa mak jemah mengganas).

dua kali lima

27 Jun 2014 : 2.31pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...