Social Icons

Friday, March 8, 2013

Serba Salah


Malam ini terasa nak menconteng sesuatu di muka blog. Perihal jumaat, perempuan dan perasaan serba salah saya.

Waktu rehat tengahari tadi saya ke Ipoh Parade untuk beli keperluan asas yang berbulan duduk dalam wishlist tapi tak pergi beli. Ya, walaupun asas, tapi harini baru berkesempatan. Selesai membayar, rasa nak mengisi perut yang sememangnya lapar.

Lapar nasik pulak tu.
Tekak pulak, dahaga kopi.
Kedai jual kopi yang saya suka malangnya tiada jual nasik, dan kedai jual nasik yang saya nak makan tiada kopi yang diingini. Lalu saya pun bercadang pergi bungkus kopi dan makan saja di kedai jual nasik.

Semasa saya buat pesanan di kedai nasik cashier yang melayan hanya menjeling bungkusan kertas yang mengandungi kopi saya dan tertera nama kedai kopinya. Dia tidak kata apa2, cuma dua kali menanyakan saya "are you sure to order ala carte ma'am?" Namun tidak pula saya ditegah membawa minuman luar ke premis itu.

Tapi, saya rasa bersalah.
Dalam hati dah fikir nak jawab apa kalau tiba2 adik cashier sound
"Sorry ma'am but no outside food/drinks are allowed in our restaurant"

Sebaliknya, adik cashier cakap
"You must be a great coffee fan ma'am"
Dan dia senyum! Ikhlas nampaknya, bukan menyindir. Saya juga senyum!

Suasana di Marrybrown agak meriah dengan kunjungan kaum wanita yang meluangkan waktu rehat mereka seperti saya.

Kedengaran kakak2 di meja sebelah memperkatakan sesuatu tentang ketua mereka (telahan saya). Tapi, pedulikan mereka. Saya kan ada nasik & kopi kegemaran depan mata.

Alhamdulillah. Makan dgn tenang. Hirup kopi juga dengan perasaan berbunga sakura. Hihi.



Esok nak ikut rombongan meminang hoyehh!
Mrs. Farizal
Tiara Lake Park
08-03-2013 , 22:46pm



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...