Social Icons

Monday, March 18, 2013

Kami berbeza. Tapi sama.

Terkesan.
Pertemuan singkat.
Empat mata.
Yang tidak pernah kenal.
Mulanya.
Atas dasar jual-beli.
Akhirnya bertukar.
Jadi sesi linangan air mata.

Kisah menantu yang menjaga ibu mertua hingga ke akhir hayat si ibu. Rela, pasrah setelah puas melihatkan ibu yang terlantar. Akhirnya akur kerana telah sampai masanya. Tidak sesaat tertangguh.

Kami berbeza.
Beza usia, beza generasi.
Beza agama, beza budaya.
Beza bangsa.

Yang sama cuma.
Kami pernah merasai kehilangan.
Kehilangan ibu yang tersayang.
Walau kisah kami berbeza.

Semoga Allah memcucuri rahmat pada arwah mama. Syurga saja tempatmu.

Mrs. Farizal
Tiara Lake Park
18-03-2013 : 20:50pm



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...