Social Icons

Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha:-)

Salam Aidiladha untuk semua muslimin & muslimat.

Aidiladha tahun ni saya balik ke hometown saya. En Rizal tersayang saya pulak terpaksa beraya sorang-sorang di Imperial Hotel Miri sbb chopper ke rig kena tunda semalam. Bad weather gamaknya kat sana. Hari ni merupakan percubaan ke-2 En Rizal utk ke rig, semoga berjaya suamiku:p

raya kali ni, kureeng feeling skit. mebi sbb en rizal tersayang tiada bersama, atau mmg dah takda suasana aidiladha sangat kat kawasan sini. rutin sembahyang sunat aidiladha, lepas tu bertukar juadah dengan jiran-jiran. Subuh tadi kami bertiga (teha, yaya, nani) baru sampai di hometown kami, sbb menunggu ketibaan cik yaya dr JB. Amik cik yaya di medan gopeng terus lari balik t.intan. dah nak dekat azan subuh baru sampai umah. akibatnya kami masih lagi mamai2 ngantuk di pagi raye.huhuhuhuu..

sedikit upate pasal nak let-go Gen2 saya, maaf saya masih belum upload gambar yang proper lagi. InsyaAllah sedikit masa lagi, agak kelamkabut kebelakangan ni. Maaf yer, tapi janji tetap akan ditepati.

mari pekena ketupat palas & rendang. pesanan saya, jgn overdose makan sup tulang, sup daging, rendang daging, rendang kambing bagai. maklumlah daging freshh kan. hehehe (pesanan utk diri sendiri jugak ni:p)

hari isnin ni, insyaAllah kami berdua akan melaksanakan ibadah yang dituntut itu. doakan semoga ibadah ini diterima dan mendapat keberkatan hendaknya. Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...