Social Icons

Thursday, December 3, 2009

:: Mari Makan Kambing ::

Anda pernah makan daging kambing? Kalau tak pernah, apa kata anda semua cuba. Mula mula saya pun amat tak minat dengan daging kambing, tapi sekali dah merasa KURMA KAMBING masa jamuan kat opis itu hari. Adoi, jatuh chenta. hehehe. Credit to ABBY CATERING yang mmg superb masak kurma kambing tu. Sebelum ni bila tengok bapak saya pekena kari kambing / kurma kambing kat kedai mamak, jebik habis muka tgk. saya kata pada bapak saya "sedap sgt ke kambing tu pak?". bapak saya mesti suruh saya rasa, tapi saya degil tak mau rasa. Sungguh rugi.

Kesedapan sehingga menjilat ibu jari. Betul, tak tipu, janji! hehehee. Memang tak hamis, daging lembut, empuk. sesedap rasa je. pandai si tukang masak.

Kebetulan pulak, masa pameran livestock di KLCC baru-baru ni, DVS (jabatan ku yang terchenta) turut mempromosikan daging kambing. jadi mmg sealiran lah mesej yang ingin disampaikan.

Ingin jugak saya kongsikan di sini beberapa khasiat daging kambing untuk tatapan kita bersama :

1. Lemak daging kambing adalah hampir sama dengan lemak ayam iaitu hampir 3% berbanding lemak daging lembu

2. Persepsi memakan daging berkait rapat dengan darah tinggi adalah lebih kepada faktor psikologi kerana ianya telah di “mindset” kan sebelum ini dan faktor ini yang menyebabkan tekanan darah naik kerana risau memakan daging tersebut.

3. Bagi 100 gram daging kambing boer yang dipangang mengandungi 143 kalori, 27 program protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium, 75 miligram kolestrol.

4. Bagi setiap 3 auns daging kambing boer yang dimasak mengandungi 2.58gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri mengandungi 16gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu. Malah peratus lemak daging kambing boer adalah lebih rendah daripada biri-biri dan lembu.

5. Susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu, nikotinik asid dalam susu kambing membantu pencernaan, memperbaiki fungsi kulit, meningkatkan pengaliran darah dan membantu dalam merawat mereka yang mengalami susah tidur dan kencing malam. Segelas susu kambing segar yang panas boleh disediakan sebelum mereka tidur.
Haaa.. sbb tu ia mmg diketahui boleh merawat demam kuning (jaundis), penyakit asma (lelah), gastrik dan ulser perut, eczema (penyakit kulit), migrain (sakit kepala), khasiat dalaman wanita dan menguatkan tulang.

Kalau berminat pulak dengan ternakan kambing, rujuklah pada mana-mana pejabat kesihatan veterinar masing-masing untuk dapatkan informasi dari segi strategi pengurusan, struktur kandang yang baik, nutrisi ternakan, penjagaan kambing, penyakit ternakan, dan last but not least adalah strategi pemasaran. Berniaga mesti mau untung kan, jadi strateginya mesti betul yer kawan-kawan.



** VRI (tempat kerja ku:p) pun ade menganjurkan bengkel kesihatan ruminan kecil setiap tahun. kalau berminat boleh hubungi pejabat kesihatan district/state masing-masing untuk dapatkan info terkini pasal bengkel tu.



** Mengapa tak dapatkan saja infomasi dari VRI?


Jawapannya adalah VRI (Vet. Research Inst) menjalankan kerja-kerja diagnostik penyakit haiwan di samping membuat penyelidikan. Kalau nak hantar sample untuk diagnos selesema burung, selesema babi, FMD bagai, VRI lah tempatnya. Atau anda berminat untuk buat penyelidikan kolabrasi tentang H5N1, H1N1, FMD, NDV atau apa saja penyakit haiwan lain, datanglah berjumpa kami. Ceewah. (tadi promote jabatan, skrg promote VRI pulak kan:p)


2 comments:

ciktutor said...

Tidakkkkkkkkkkkkkkk *masih trauma untuk makan daging kambing!*
depa comellah teha!

Fatiha said...

hehe. dijah. terlalu comel utk dimakan ekk:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...