Social Icons

Sunday, June 21, 2015

Masuk 5 Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua, 

Dah nak masuk ramadhan ke-5 pun kita. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga kita semua beroleh keberkatan dalam bulan yang penuh bermakna ni ya :) Dari aspek kesihatan, puasa salah satu cara untuk detoksifikasi badan kan. 

Jadi dalam entry kali ni, saya nak berkongsi pasal infused water (padahal orang lain dah lama amalkan:p). Saya macam biasalah, orang dah jenuh buat, barulah saya nak buat. Ketinggalan ketapi sokmo. Menyedari berat badan yang semakin lama semakin mencanak bagaikan takda brek, saya nekad kali ni nak cari kaedah yang lebih "natural" untuk turunkan berat badan. Takmo dah makan produk pelangsingan. 

Saya pun ambil keputusan untuk detox terlebih dahulu gunakan Herbalax Shaklee, nak buat kononnya 7 hari berturut, tapi disebabkan dah masuk Ramadhan, jadi yang sempatnya 5 hari berturut saja sebelum ramadhan haritu. Kemudian saya juga buat infused water dengan mencampurkan hirisan lemon, limau, timun dan daun pudina. Terbaru sekali saya sempat beli Chia Seeds di Cosway tiga hari sebelum ramadhan menjelma. 

Sebelum ni bukan saya tak pernah detox, detox juga seminggu sekali (Sabtu dan Ahad) dengan Herbalax Shaklee tapi tak konsisten. Saya juga memang amalkan Osteomatrix Shaklee dan OmegaGuard Shaklee, makan konsisten sejak awal 2015 tapi tak rasa kesan maksimum macam orang lain rasa (saya buat perbandingan dengan pengalaman orang lain melalui pembacaan blog). 

Ditambah pulak dalam journey TTC (trying to conceived) kami, beberapa jenis ubatan dan hormon dah dimakan, tambahan pula semasa menyediakan diri untuk IUI yang dibuat beberapa bulan lepas, Folic acid dah tentu. 2 tahun lepas juga pernah berubat dan makan ubat seakan homoepati selama almost 12 months (16 bijik sehari saya makan ubat tu). Tak masuk lagi segala jenis makanan yang dah dimakan bertahun2, berkeladak dah semuanya agaknya.  Exercise pulak adalah teramat2 kurang. 

Saya bukan mengeluh, langsung juga tidak kecewa dengan pengalaman berTTC. (Sorry memang langsung saya tak pernah cerita pengalaman berTTC dalam blog ni). Bagi saya, saya sendiri yang tak amalkan gaya hidup sihat iaitu kurang bersenam. Dari segi gaya pemakanan, sesiapa yang rapat dengan saya mesti tahu, saya memang jenis yang kerap lapar dan akan mencari makanan, tapi bukannya jenis pemakan yang banyak. Kalau ambil nasi makan tengahari di kantin pejabat pun kadang2 adik jaga kaunter tak tahu nak kira sebab tak ambil banyak. Dalam pada makan sikit pun badan naik mencanak macam ni. Nampak sangat metabolisme badan dah ke laut. Tunggang langgang satu badan. 

Di bawah ni saya kongsikan infused water yang dah dicuba. 


Bahan2 senang jer. Apple hijau tu tak masuk sekali yer. Ni first trial. Punyalah suspend tak tahu lalu minum ke tak esoknya.  


First trial. Esok paginya transfer masuk dalam tumbler untuk dibawa ke opis. Otw ke opis dah habis.
Sedappp. hehehheee. 

Ini pulak percubaan yang ke4 atau ke-5, tambahan chia seed. Semua buah dibuang kulit. 



Ini Chia Seed yang dimaksudkan. Jenama Cosway. Jenuh tawaf AEON dan TESCO ST 18, takda.
Ada masa nanti saya tulis pasal Chia Seed ni. Byk tau faedahnya hingga digelar "superfood"

Jumpa pitcher untuk infused water. Tapi harga mak aii, RM 50 ++. Tak berbaloi lak rasanya.
Dah mula ramadhan ni saya dah tak detox, nanti dehydrated pulak kan. Jadinya kedua-dua Herbalax Shaklee dan infused water dah tak dimakan dan minum sementara waktu ni. Alhamdulillah, saya puas hati dengan detox yang sempat dibuat selama 5 hari tu. Kesan yang saya rasa :- 

1. Badan mudah berpeluh (salah satu kesan makan OmegaGuard yang saya tak rasa sebelum ni, sebelum ni jogging campur berjalan dekat padang polo 3 round pun peluh sikit je yang keluar). 
2. Muka dan kulit lembab (salah satu kesan makan Omegaguard yang saya tak rasa maksimum sebelum ni, dulu rasa lembab sikit jer) 
3. Selera makan turun 
4. Cepat kenyang 
5. Badan lebih bertenaga (kesan makan Osteomatrix, sebelum ni cuma rasa tak sakit badan dan tak lenguh saja) 
6. Lawas (sebelum ni lawas jugak, tapi bertambah-tambahlah lawas nyer lepas detox) 
7. Tak mengah turun naik tangga (kalau tak sebelum ni mengah wey, semenjak badan over weight ni) 
8. Badan rasa ringan dan bersemangat! 
9. Kurang stress 

Tu dia. 
Betul. Tu lah yang saya rasa. Jujur. Keluarga terdekat tahulah macamana saya melepek bila awal-awal bulan puasa, tapi tahun ni tak lagi. Hehehhee. Harapnya secara tak langsung dapatlah turunkan sedikit berat badan ni.  Doakanlah yer. 

Selepas detox ni, amalan saya masih sama iaitu OmegaGuard dan Osteomatrix Shaklee. Cuma satu amalan yang baru dipraktikkan adalah minum minyak Zaitun. Masa trip ke Hard Rock Hotel pada Oktober 2014 yang lepas, kami ada beli minyak zaitun keluaran Turki jenama Marmarabirlik, Extra Virgin Olive Oil. Tapi saya tak minum2 lagi. Ish ish ish. 


Sumber : Google. Saya tak snap pulak gambar EVOO ni, sorry. Tapi sama, inilah rupanya. 

Minyak zaitun ni pulak saya minum bermula dari bulan ramadhan ni. Satu sudu sebelum sahur dan satu sudu sebelum tidur. Selain dari mengandungi Vitamin E, ianya memang bagus untuk anti-penuaan, kesihatan kulit, ia juga bagus untuk mengurangkan risiko diabetes dan banyak jenis kanser serta menguatkan sistem imun. Kandungan anti-oksidannya pun tinggi tau. Dipercayai juga EVOO ni sebagai salah satu "secret" untuk menurunkan berat badan. 

Saya bukan mengejar nak kembali kurus, yang perlu dan penting adalah untuk kembali sihat, dapatkan semula badan yang "fit" dan ideal untuk menjalani rutin seharian. Kurus tak bermakna sihat dan takda penyakit. Kurus bukan bermakna tiada kolestrol dalam badan dan kadar gula yang tak berlebihan. Kurus atau gemuk, kena pastikan kesihatan badan selalu dipantau dan buat pemeriksaan rutin.  

Sama-samalah kita usaha ke arah kesihatan yang lebih baik. Takda yang lebih berharga dari nikmat kesihatan dan kasih sayang. 



4 Ramadhan 1436H / 21 Jun 2015 
11:30 malam

1 comment:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...