Social Icons

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 52 !!

Sedar tak sedar, esok dah 52 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Seharusnya kita berterim kasih kepada generasi terdahulu yang berjuang habis-habisan menuntut kemerdekaan. Kita yang menikmatinya sekarang... Bertuahnya kita..!!

Kalau orang tanya, apa makna kemerdekaan pada kita? Biasa orang akan jawab, membebaskan diri dari penjajah. Jawapan tu terlalu luas sekiranya dikupas (saya bukan seorang sasterawan yang pandai mengupas dgn begitu mendalam), tapi memadailah saya mengutarakan pendapat peribadi saya.


Merdeka (bagi saya) = membebaskan diri/keluarga/masyarakat/negara daripada dibelenggu penjajah, juga membebaskan jiwa/minda/gaya/cara/hidup dari turut dibelenggu unsur2 luar, boleh juga dikatakan sebagai keluar dari kepompong hidup yang selama ini menghadkan kita untuk berdiri dengan kaki sendiri supaya berpeluang menonjolkan kebolehan diri/negara sendiri.


Pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan untuk menuntut hak Tanah Melayu, bebas daripada cengkaman penjajah. Zaman itu sudah berlalu. Kini kita telah merdekan. Tahun ini tahun yang ke-52 selepas merdeka. Jadi, generasi sekarang yang harus mencorakkan negara yang telah merdeka ini mengikut corak yang tersendiri, bukan secara ikut-ikutan. Banyak aspek yang perlu ditekankan sosial, ekonomi, agama, budaya, bahasa untuk mengekalkan makna kemerdekaan yang diperjuangkan satu masa dulu. Jika tidak, 31 Ogos setiap tahun, kita hanya pandai melaungkan "Merdeka, merdeka, merdeka" tanpa mengetahui tanggungjawab yang terpikul di bahu.. Fikir-fikirkan..!!




Wallahua'lam.
Sekian dari saya, di ambang merdeka 2009..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...