Social Icons

Sunday, August 30, 2009

Salam Ramadhan semua..:d

Assalamualaikum WBT kepada semua,

Hari ni ramadhan ke-9, harap masih tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua. Mohon ampun juga atas segala kesilapan dan keterlanjuran, moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya.


Bulan puasa tahun ni, alhamdulillah nafsu makan saya dah boleh dikawal sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, kalau tak tahun2 sudah, rasa nak memborong satu pasar ramadhan tu. hehe. Tahun ni en. rizal tersayang dapat berpuasa bersama, secara tak langsung ade jugak la tukang mengingat supaya tak boros sangat.

Harga barang makan di pasar ramadhan Ipoh varies jugak antara tempat, tapi rata-rata memang harga naik sikit dari tahun lepas. Gerai-gerai favourite (terutama kat Param Medan Gopeng) masih teguh berdiri tahun ni.. jadi memudahkan saya nak buat pilihan (beli dgn org yg dah biase & tahu kesedapannya). Bravo gerai kuih seri muka& tepung talam (gerai ni jual kuih ini sahaja, tatau la berapa ratus tray sehari laku, org macam semut membeli). Gerai nasi kerabu kegemaran pun masih ade kat sana, cume lokasi gerai dah berubah (syabas kerana masih kekalkan harga & kesedapan rasa).


Haa.. tahun ni gerai air sume tulis "AIR JAMBU LELEH" "AIR MANGGA LELEH" "AIR KELAPA LELEH". Saya pun tak pasti ape maksud leleh tu, tapi berbuka petang tadi, try "AIR BUAH NAGA LELEH"... perghhh... mmg tangkap leleh... mantops..!! esok boleh beli lagi... (saya mmg suka makan buah naga..ehehe..)
Dalam keseronokan kita membeli belah kat pasar ramadhan, entah berapa orang yang tak ada makanan, kita menahan lapar di siang hari, agaknya mereka berhari-hari... alangkah mewahnya rezeki Allah kepada kita kan.. Tak tau nak cakap macamana kalau maish ada yang asyik merungut dengan rezeki yang tuhan berikan..
Sehingga saya menulis lagi.. Selamat Menunaikan Ibadat Terawih:D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...