Social Icons

Friday, August 13, 2010

3 ramadhan yang dingin beku


ramadhan ke-3 ini saya masih belum sembuh sepenuhnya, orang perak kata belum "recover" dari muscle & joint fever + flu. ramadhan pertama dan kedua menyaksikan saya melepek di rumah seperti kanak-kanak umur 6 tahun yang baru belajar nak puasa penuh. 2 papan panadol muscle & joint selamat dimakan sesusah sahur dan berbuka, diikuti sebelum tidur. alhamdulillah hari ini beransur pulih, cuma apa tu bak kata orang perak, running nose dan sumbat nose:p hihihiii...

ramadhan ke-3 ini juga baru saya masuk kerja. tiba-tiba rasa hari ni macam monday. haaihh. tak sedar diri padahal dah FRIDAY! apa yang menggembirakan adalah apa lagi kalau bukan beberapa jam saja lagi kami (saya & suami serta cik nani) akan pulang ke kampung halaman. walau kampung kami tiada petak sawah yang boleh main lari2 dan tangkap ikan bendang, tapi kampung kami banyak pohon kelapa yang menghijau, meliuk-liuk macam rupa hantu galah (berani sebut pasal hantu sebab hantu semua kena ikat ok?:p)

oh lupa, ramadhan ke-3 ni juga subuh2 tadi jam 4 pagi pergi ambil cik nani di stesen bas medan gopeng. oleh itu, sahur hari ni hanyalah di kedai mamak yang tak pernah lekang orangnya. punyalah best pekena nasik goreng mamak & nescafe ais. terima kasih di atas bancuhan nescafe yang kaw oleh mamak itu tadi hingga menyebabkan saya langsung tak ngantuk walaupun dah bangun seaawal pukul 3:30am dan tak tidur2 sampai sekarang. errr...semoga diberi kekuaatan untuk menunaikan sunat tarawih malam ni:p)

oh, ramadhan ke-3 ini juga, tuan pengarah opis yang terchenta telah memberi kelonggaran untuk pekerja2 yang dedikasi lagi amanah dan fatonah untuk memilih waktu bekerja anjal sempena ramadhan al-mubarak. setelah ditimbang, maka eloklah kiranya saya memilih waktu bekerja 7:30am hingga 4:30am. pasalnya, kalau lepas bersahur saya duduk rumah lama2 maka akan jadi mengantuk dan nak tidur. kalau ke tempat kerja jarang jugak saya mengantuk. kalau balik pukul 4:30am pulak, boleh saya round pasar ranadhan sepuas hati, jalan lengggang kangkung sambil perhati semua gerai yang ada, boleh juga menjelajah ke pasar ramadhan lain kalau kaki ini terdaya:p

ramadhan ke-3 ini juga pasti best sebab kami semua adik beradik akan pulang ke kampung jumpa pak shuhay, bapakku tersayang dan ummi. mohon selamat perjalanan kami semua pulang ke kampung halaman hendaknya. kami bertiga dari ipoh, en.noramin akan drive dari jalan semarak, kl dan cik ilyana akan naik bas dari larkin. best kan berbuka puasa bersama2:)) tak sabar nak ke pasar ramadhan teluk intan. peberet all the time, semua ada, sedap2 belaka!! hehehee...cendol ini bisa menggugat keimanan, ekekeke. walau dipamer nasik beriani gam ka, menu di papparich ka, bubur lambuk kpg baru ka, sikit ai tak heran, tapi kalau cendoll..adoiyaii.. mau leleh air liur. oleh itu, jgn tgk selalu2, makruh:p

counting to 4:30pm, semangat nak balik kampung ni!

Tuesday, August 10, 2010

marhaban ya ramadhan!

Bismillah,

Awal kalam diucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana saja kalian berada. Mari sama-sama kita berdoa agar ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya. Diharap juga ramadhan kali ini kita semua diberi kesihatan tubuh badan, kelapangan masa dan dipanjangkan umur untuk merendahkan diri beribadat kepada-Nya. Puasa itu rukun, puasa itu penghapus dosa, bersahur itu berkat, berbuka itu gambaran kesederhanaan, ibadah tarawih itu tinggi fadhilatnya, membaca al-quran itu tidak terhitung syafaatnya, memberi kepada yang fakir itu terlalu tinggi ganjarannya. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menunaikannya:)


29 Syaaban

Ramadhan ini genap 5 tahun kami berpuasa tanpa mama tersayang, syukur Allah itu maha pengasih lalu mengurniakan ummi yang tidak lokek kasih sayangnya, tiada kurang budi baiknya, walau tiada tolok tandingan dengan ibu yang melahirkan namun kasih yang diberi amat sempurna. Semoga arwah mama ditempatkan di kalangan orang yang solehah, amin!

Ok, tak baik bersedih nak menyambut bulan yang penuh berkat ni ye dak? Hehe. Bahang ramadhan amat terasa bila cuaca pun dah semakin terik, promosi kuih raya toksah kata, lagu raya pun dah berkumandang di shopping complex, sales sana sini. Hari ni taktahu kenapa badan letih semacam, padahal belum puasa pun lagi, haha! Datang kerja pagi tadi dikejutkan dengan assembly, syabas teha kerana harini pakai selekeh nak mampus siap kena tegur dengan pegawai “disiplin”.

28 Syaaban

Saya cuti rehat dan melawat si kecik yang lahir ke dunia, Izz Junior (sorry, nama baby nyer taktau lagi):p Tahniah kepada pasangan K.Nurulaini & Azmie yang dah selamat dapat anak kedua pada Ahad, 08.08.2010. Sungguh cun tarikh itu. Hehe. Maaf sebab tak teringat nak snap gambar si kecik, lagipun rasa tak proper kalau saya pulak yang tempek di blog, biarlah ibu ayahnya yang revealed!:D hehehe.

Memandangkan si Abang yang baru dapat adik kecik, dan ntahkan sudah mengertia atau tidak dia dah jadi "Abang", lalu hadiah mesti sama rata, ehehehhe. Si kecik dah tentu ada yang menanti, dan habuan untuk si abang juga tidak ketinggalan..:D

27 Syaaban

Saya di KL untuk menguruskan sedikit hal bersama en. rizal tersayang. Jam 1:01pm dapat SMS dari Azmie “teha, akak ko ade kat wad”. Terkejut kejap sebab hari Jumaat baru je jumpa, sekali ahad rupanya dah masuk wad, hehe. Sekali lagi pukul 2:00pm dapat sms semuanya dah selamat pukul 1:50pm. Maka dengan excitednyer terus log-in FB, dapatlah menatap wajah si kecik dari jauh. Hehe. Welcome to the world si kecik!



Thursday, August 5, 2010

anugerah


Adikku si suami

Isteri itu wajib dilindungi

Isteri itu wajib dibimbingi

Isteri itu wajib dicintai

Kerana itu amanah diberi


Adikku si isteri

Suami itu wajib di taati

Suami itu wajib dihormati

Suami itu wajib dikasihi

Kerana di situ ada redha yang dicari


Adikku si suami dan si isteri

Sempurna lafaz ijab dan qabul

Tiada beza ibu kandung dan ibu mertua

Keduanya wajib ditaati

Tiada kurangnya ayah kandung dan ayah mertua

Keduanya wajib dihormati

Kerana itu matlamatnya

Penyatuan dua keluarga


Adikku si suami dan si isteri

Hargailah anugerah kurnia illahi

Kerana bukan semua dapat mengecapi

Kasih sayang dari ikatan yang suci


Terlalu luas nikmatnya

Terlalu dalam maksudnya

Terlalu tinggi nilainya

Terlalu berat hitungnya


Monday, August 2, 2010

entry petang isnin

Hari ni Monday. Saya tak meroyan seperti selalu, tenang2 saja, takda apa yang nak diroyankan. 

Alhamdulillah, VAM2010 pun dah berlalu dengan tema "Sustaining All Creatures : Great & Small ". Tahun ini disekalikan dengan ASZWM atau nama panjangnya Asian Wildlife Society of Zoo & Wildlife Medicine, International Meeting. Maka ramai representative luar yang datang dan berkongsi baaanyak perkara. Dalam ASZWM session tu, saya duduk di sebelah mamat jepun yang asyik bersin dan lap hidung, tapi comel:p saya tak kesah dia comel atau apa, tapi dia membuatkan saya turut bersin dan berhingus. Dalam hati risau jugak “jangan ada H1N1 sudah mamat jepun siang tadi”. Nasib baik menjelang esoknya saya kembali normal. 

Alhamdulillah lagi, saya berjaya buat presentation dan yang penting menjawab soalan-soalan yang diaju sebaik mungkin. Seronok dapat komen membina dari Prof Latifah dan Pak-Pak sudan yang sememangnya tak duduk diam memberi suggestion (bukan condemn tau:P). Gembira jugak dapat session yang di”chair” kan oleh Prof Zamri yang sangat professional dan cool (tetiba rasa nak sambung MSc dengan Prof Zamri lak:p). 


Giliran saya selepas makan tengahari. Melantak punyalah banyak, langsung tak risau kot-kot lepas makan nak cari toilet saja. Alhamdulillah, saya tidak pulak diduga sebegitu walau dah melantak macam2. Lepas lunch debaran makin terasa, sempat saya sms en.rizal supaya doakan isteri buntal dia ni elok2 saja buat presentation. Kata en. rizal “abg yakin syg boleh nyer”:p Saya paling takut kalau-kalu tetiba terkelu dan “orang tanya lain, saya jawab lain”. Diakui, kelemahan dari segi analisis data memang ada, tapi boleh diperbaiki. Kesimpulannnya, saya puas hati dengan pengalaman yang dipelajari sepanjang di Seri Pacific tu. Hehe.
Gambar ni macam tak relevant dengan entry sbb bukan gambar semasa buat pembentangan atau dalam conference, tapi aktiviti selepas berjaya melepasi azab present:p kami ke IKEA, mana sangka rupanya ada sales yang ends on 1st Aug. Oleh tu, dapatlah kami cuci mata dan beli barang-barang rumah yang patut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...