Hari murah rezeki.
Pakai pulak kebaya ketat.
Terus jadi sendat.
Tghari rezeki dibelanja oleh 2nd boss di swimming club. bukan saya seorang tapi dgn ahli komiti kami yang lain, berenam semuanya.
Belah petang masuk2 bilik tgk ada sebungkus nasi kerabu, pemberian Kak Ku. Tq akak!
Tak berapa lama pintu bilik pulak diketuk, En Ali masuk dan bawa bungkusan bihun goreng & kuih jamuan AGM Pers. Kebajikan Islam VRI (PKI). Patut saya masuk AGM sekali tapi ada pulak urusan kerja lain pulak.
Terima kasih daun keladi
Kenyang perut suka hati.
Kenyang mkn tengahari pun masih berbaki,
Mrs. Farizal
Home sweet home
28-02-2012 :: 7:43pm
Tuesday, February 28, 2012
Monday, February 27, 2012
IC lama IC baru
Sejarah Kad Pengenalan Saya.
IC pertama saya peroleh sebaik
umur genap 12 tahun pada 29-10-1994.
Arwah mama saya bawakkan ke Pej
Pendaftaran Teluk Intan, taktahu sekarang ada
lagi atau tidak. Nak jadi cerita, masa menuntut pada tahun 2 di UKM, IC saya dicopet, maka tiada lagi IC muka umur 12 tahun saya. Kisah copetnya begini...
Satu weekend yang damai (hehe:p),
kelihatan 3 sekawan terkedek2 menuju ke Stesen Komuter UKM. Hajat di hati nak
ke Sogo membeli barang-barang keperluan (punyalah jauh kan), maklumlah baru
dapat duit PTPTN. Jam dah menghampiri zohor, perut kosong masih belum
terisi. Kugagahi demi Sogo, hehe:P
Sampai di Sogo, sempat
withdrawkan sejumlah duit untuk aktiviti joli. Tengok jam waktu pun dah masuk, lalu 3
sekawan pun ke Surau Sogo untuk menunaikan fardhu. Selesai sembahyang saya
perasan purse saya tiada dalam sling bag. (sebenarnya sling bag tu saya letak dengan selamba kat tepi dinding & tidakk berZIP, maka ia terlopong).
Saya mula cuak dan bagitahu Semah & Aida.
Confirm.
Confirm kena kebas.
Seorang kakak baik hati tiba2
menghampiri 3 sekawan yang tengah gelabah. Terus bagitahu kami supaya tak payah
cari lagi, mesti dah hilang entah ke mana. Dia juga terus bawak kami bertiga
keluar dari Surau.
Lalu tiada ikhtiar lain melainkan
buat report ke Balai Polis terdekat (Balai Polis Dang Wangi). Hilang dalam surau
tuu. Hangat hati. Hangat lagi bila tahu tak boleh shopping. RM300 untuk seorang
student yang hanya dapat pinjaman separuh pada masa tu amat besar ertinya pada
saya.
Wuuu wuuuu T__T (sedih tak tahu nak kata, lepas tu kena marah pulak dengan arwah mama saya)
Wuuu wuuuu T__T (sedih tak tahu nak kata, lepas tu kena marah pulak dengan arwah mama saya)
Selesai buat laporan polis, kami
terus balik ke UKM. Dalam perjalan balik pulak, hati dah redha dengan ketentuan
Ilahi (:p) tapi, perut yang kosong tadi semakin berkecamuk. Migraine pun datang
bila dah lewat makan.
Lalu, apa lagi, dalam train je terkeluar semua isi perut.
Hanya sempat tadah dengan kertas surat khabar. Berbau satu tren, yang tutup
mulut tak usah nak kira lah. Sudah jatuh ditimpa buah nangka.
Dengan itu terhasillah IC baru
saya ni.
![]() |
| Masa ni spek pun frameless, muka baik kan, hahahaa. guling2... :P |
Masa kejadian ni saya tahun 2 di UKM, tahun 2002, umur 20 tahun. 10 tahun dan
berlalu rupanya!
Wahai IC tahun 2002, dah 10 tahun juga usia kau. tak lama
lagi tuan punya nak upgrade lagi ke IC baru. Nampaknya wajah umur menjangkau 30
tahun pulak kali ni. Oh oH tidakk!
p/s : sambung cerita, bila balik kolej kediaman di ukm baru saya terfikir, entah2 kakak yang konon-baik-hati tadi tu yang lesapkan purse saya. dia pakai baju kurung besarrr sangat, padahal orangnya kuruss.
yang benar,
mrs. farizal
tiara lake park
27-02-2012
10:17pm
Degil itu keras, keras itu batu
Degil itu keras.
Degil itu salah satu fitrah manusia.
Keras pula fitrah batu.
Manusia yang degil = manusia batu?
Orang yang degil adalah orang
yang mempunyai daya untuk mengharungi apa juga rintangan untuk mengecapi impian
yang diinginkan.
![]() |
| Sumber Gambar : Klik Sini |
Oleh itu,
Orang yang degil juga tidak takut
untuk jatuh,
tidak takut untuk disakiti, tidak akan timbul sesal.
Orang yang degil punya azam yang
jitu.
Orang yang degil juga tegar,
bersedia dengan segala kemungkinan.
Lalu orang degil, telah kau dapat
apa kau mahu?
tak sah kalau tak meroyan dalam sehari,
Very Romantic Institute (VRI)
Tiger Lane,
27-02-2012 :: 5:27 pm
wordless #9
Tuesday, February 21, 2012
Sunday, February 19, 2012
Buah nam nam
Pernah dengar buah nam nam?
Tepi rumah atok saya ada pokok nam nam.
Buahnya tak cantik pun. Kedut kerekot.
Masam. Itu yg buat kecur air liur. Hihi.
Cicah kicap gula dan cili api.
Heaven.
Saya budak kampung,
Mrs Farizal
Tiara Lake Park
19 Feb 2012
13:51 PM
By Blogger for Iphone
Jujur Aku Dayus :: Apa kata saya
Tak cliche.
Itu yg terdetik di hati saya sejurus lepas scene klimaks flashback menunjukkan 'kecurangan' Lisa seperti dakwaan Edree. Nyata itu yang menjadi punca konflik yang tercetus.
Sinopsis garapan saya ;
Lama rajuk dipendam oleh Edree.
Pedih hancur luluh melihatkan isteri yang dirindui ditiduri lelaki lain. Kecewa tak siapa yang tahu. Sayang pula teramat mendalam.
Pedih hancur luluh melihatkan isteri yang dirindui ditiduri lelaki lain. Kecewa tak siapa yang tahu. Sayang pula teramat mendalam.
Sejurus sedar dari koma, diasingkan tempat tidurnya dengan isteri. Tanda sebuah teguran buat isteri yang didakwanya curang, yang difikirnya nusyuz. Ya, itu mmg salah satu caranya. Cara islam menangani isteri nusyuz.
Lalu, Edree mendakwa dirinya sendiri pengecut yakni dayus setelah tidak mampu melafazkan cerai setelah sekian lama disakiti oleh Isteri yang amat dicintai. Hingga satu masa dia sedar cintanya kepada Allah mengatasi segalanya. Lalu tertalaklah Lisa dengan 1 talak.
Namun, Hikmah yakni bijaksana Edree telah menemukan mereka berdua kembali. Tempat mengadu hanya pada Yang Esa setelah perkara sebenar diperjelasi. Lalu, saling memaafi. Saling sayang menyayangi. Kasih bertaut kembali.
Lesson learnt :
Bijaksana yakni hikmah itu kunci keutuhan kasih sayang dalam rumahtangga.
Apa kata saya :
Lakonan Beto Kusyairy dan Nora Danish amat terkesan di hati saya. Jalan cerita yang suspen dan menarik membuat penonton tertanya-tanya permasalahan yang dilalui mereka. Banyak makna tersirat yang diperolehi bila diamati dengan teliti. Terdapat unsur2 islamik yang tersirat (mungkin orang yang tidak teliti tak perasan). Ya, maksud saya tersirat, walaupun yang dipaparkan di screen adalah watak Edree yang gila-gila namun teguh dengan prinsipnya, scene anak beranak masuk-keluar masjid, menangis mengadu pada Allah di sejadah, isteri yang berubah sepenuhnya menutup aurat. Ia tetap menggambarkan maksud yang dalam.
Perkembangan watak Lisa yang baik, dari seorang gadis yang 'liar', beliau berusaha menjadi isteri solehah, taat dengan perintah Allah dan suami. Anak yang taat kepada ayahnya. Walaupun melakukan kesilapan (keluar berduaan dengan bekas kekasih).
Perkembangan watak Edree yang sangat mendadak, dari seorang yang gila-gila, selamba dan muka tembok kepada seorang suami yang "kering hati" atau dilabel "dayus". Tidak menghiraukan isteri, mengasingkan tempat tidur, walau sebenarnya jauh di hati hanya tuhan yang tahu. Sangat respek dengan kekuatan emosi dalaman dan ekspresi yang dilakonkan oleh Beto terpancar dari air muka, riak wajah, genangan air mata (apatah lagi air mata yang jatuh) dari satu scene ke satu scene. Air mata siapa yang mampu bertahan.
Watak Aisyah (Irma Hasmie) yang tidak bersalah. Secara peribadinya, saya rasa amat marah dengan karakter Aisyah kerana tidak menerangkan status sebenar beliau kepada Lisa pada peringkat awal. Memang Aisyah telah berkawan baik dengan Edree, malah pernah menjadi tunangannya, tapi untuk kebaikan rumahtangga Edree beliau seharusnya lebih bijak menangani situasi genting tersebut (bila Lisa menyerang). Tapi, yaaa, nama pun cerita kan, mesti suspend. hehe.
Kesimpulan :
Olahan cerita yang terbaik setakat ini, sangat terkesan di hati. Kawalan emosi dalaman dan permainan ekspresi yang bukan calang-calang oleh semua pelakon. Bagi saya, kalau hendak diberikan rating, saya beri 4.5/5.0.
Bijaksana yakni hikmah itu kunci keutuhan kasih sayang dalam rumahtangga.
Apa kata saya :
Lakonan Beto Kusyairy dan Nora Danish amat terkesan di hati saya. Jalan cerita yang suspen dan menarik membuat penonton tertanya-tanya permasalahan yang dilalui mereka. Banyak makna tersirat yang diperolehi bila diamati dengan teliti. Terdapat unsur2 islamik yang tersirat (mungkin orang yang tidak teliti tak perasan). Ya, maksud saya tersirat, walaupun yang dipaparkan di screen adalah watak Edree yang gila-gila namun teguh dengan prinsipnya, scene anak beranak masuk-keluar masjid, menangis mengadu pada Allah di sejadah, isteri yang berubah sepenuhnya menutup aurat. Ia tetap menggambarkan maksud yang dalam.
Perkembangan watak Lisa yang baik, dari seorang gadis yang 'liar', beliau berusaha menjadi isteri solehah, taat dengan perintah Allah dan suami. Anak yang taat kepada ayahnya. Walaupun melakukan kesilapan (keluar berduaan dengan bekas kekasih).
Perkembangan watak Edree yang sangat mendadak, dari seorang yang gila-gila, selamba dan muka tembok kepada seorang suami yang "kering hati" atau dilabel "dayus". Tidak menghiraukan isteri, mengasingkan tempat tidur, walau sebenarnya jauh di hati hanya tuhan yang tahu. Sangat respek dengan kekuatan emosi dalaman dan ekspresi yang dilakonkan oleh Beto terpancar dari air muka, riak wajah, genangan air mata (apatah lagi air mata yang jatuh) dari satu scene ke satu scene. Air mata siapa yang mampu bertahan.
Watak Aisyah (Irma Hasmie) yang tidak bersalah. Secara peribadinya, saya rasa amat marah dengan karakter Aisyah kerana tidak menerangkan status sebenar beliau kepada Lisa pada peringkat awal. Memang Aisyah telah berkawan baik dengan Edree, malah pernah menjadi tunangannya, tapi untuk kebaikan rumahtangga Edree beliau seharusnya lebih bijak menangani situasi genting tersebut (bila Lisa menyerang). Tapi, yaaa, nama pun cerita kan, mesti suspend. hehe.
Kesimpulan :
Olahan cerita yang terbaik setakat ini, sangat terkesan di hati. Kawalan emosi dalaman dan permainan ekspresi yang bukan calang-calang oleh semua pelakon. Bagi saya, kalau hendak diberikan rating, saya beri 4.5/5.0.
"Syurga Isteri di atas Redha Suami"
Yang masih berendam air mata:P
Mrs Farizal
Tiara Lake Park
19 Feb 2012
01:22 am
Harap kamu baik2 aja Nadia
Siang tadi hujan lebat, kami kat area Fair Park hajat nak cari barang rumah. Tak semena2 seorang student perempuan terjatuh motor betul2 belakang kereta kami. Kami baru parking dan terus bantu dia. Lutut luka, kaki dan tapak tangan jugak.
Bawak dia ke tepi, waktu tu dia dah pucat tapi masih sempat telefon member. Rupanya student medical college. Dia cakap pada saya dlm keadaan mamai "kak,saya tak nampak apa2"
Terus kami papah nak bawak ke kereta dan hantar ke hospital. Nak jadi cerita dalam pada tu ada sebuah Van Hospital Teluk Intan tetiba park selang beberapa buah lot dari kami, saya pun teriak minta dia tolong. Adik perempuan ni dah lembik pucat lesi & pitam.
Saya ikut van (ya, mmg van hospital,bkn ambulan pun) hantar adik tu ke GH Ipoh dan temankan dia di emergency hingga kawan2 dia sampai. Alhamdulillah Dr kata tak perlu masuk ward. En rizal pulak tadi uruskan motornya bawa parking ke tempat lebih selamat.
Harap kamu baik2 aja Wan Nadia. Huhu, lupa pulak nak tukar2 no telefon:((
Mrs Farizal
Tiara Lake Park
00:58 am
19 Feb 2012
Wednesday, February 8, 2012
wordless #7 - wordless wednesday
cuti dan sangat bahagia.
lamb chop adhoc untuk very late lunch kami nyata tidak mengecewakan. sengih sampai telinga. bila hari dah lewat, maka en. suami tak rasa nak makan nasi (lagipun pagi dah pekena nasi kerabu. oh bahagia pagiku).
yang ada dalam freezer pun hanya 2 keping lamb shoulder saja. yg lain2 cuma ikan cencaru skit, ada ayam sikit, ada sotong sikit. kelmarin pergi cameron, sayur yang 13 jenis RM10 tu, dah la beli sampai RM20 baru luak sikit, masih banyak berbaki.
maka keputusan membuat lamb chop adalah keputusan paling tepat lewat tengahari tadi. sayur-sayuran pulak ada yang saya salai/panggang atas api, ada yang saya rebus bodoh saja. buat teman lamb yang terkonting2 atas pinggan. bila sikit tu lah yg sedap sangat, suami isteri sejoli makan sampai licin pinggan boleh buat iklan axion :P
kadang2 malas nak plan beriya masak itu ini,
sbb yang tak plan tu lebih menjadik.
oklah, mcm takde motip sgt. cerita kronologi masak, mmg takda motip. mmg takda isi mahupun idea bernas. ahhh..!
(sbnrnya hati tersentap bila tgk last entry rupanya dah 4 hari berlalu, lalu terus bukak blogger dan tulis apa saja:P)
Tiara Lake Park
08-02-2012
4:58pm
Saturday, February 4, 2012
Friday, February 3, 2012
asing
Tuesday, January 31, 2012
Ombak Rindu | Bicara Hati | Gemersik Kalbu | Vanilla Coklat | Ariana Mikhail
Kebanjiran Filem/Drama adaptasi novel terulung! Kan?
Nampak trend di situ. Satu yang baik.
Novel boleh jadi laku bagai goreng pisang semula.
Makcik-makcik dan muda mudi macam saya (LoL) kecoh nak balik rumah awal sebab nak make sure pukul 7 malam semua serba serbi dah siap dan boleh duduk depan tv!
-----------------------
:: Ombak Rindu ::
novel tersohor, tapi malangnya filem adaptasi tidak begitu terkesan di hati. the only thing yang SANGAT membantu selain dari Aaron Aziz ialah OST Ombak Rindu oleh Hafiz & Adira. Thumbs up!
----------------------
:: Bicara Hati ::
saya hampir tidak ingat apa konflik yang terjadi antara Zahlia dan Tengku Syahran, tapi rasanya nama tu sinonim di fikiran saya, maknanya pernah lah baca! Saya baru berkesempatan melihat 2 episod hingga hari ini, tapi buat saya nak tgk lagi!
Cuma yang saya kaciwa sebab waktu siarannya yang hanya seminggu sekali T__T (nak tengok hari-hari boleh?). Btw, Sharnaaz Ahmad ni cakapnya mmg ada slanga eh?
----------------------
:: Gemersik Kalbu ::
Saya tak pernah baca novelnya. Tapi drama ni saya ikut dari mula, walaupun adakalanya sesekali datang boring dengan jalan ceritanya, terutama part awal. Tapi bila Raihana dan berjumpa dengan Suffian plotnya semakin menarik! Hari-hari tengok tak missed weh!
"Ingin ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu"... LOL
----------------------
:: Vanilla Coklat :: (Saya rasa bukan adaptasi novel, cuma waktu siarannya semusim dengan cerita2 novel lain)
Iya, saya minat Izara Aisyah walau dalam masa yang sama saya masih dibayangi watak antagonisnya dalam Soffiya. Seperkara lagi, waktu siarannya yang clash pulak dengan Bicara Hati. Jadi, apa boleh buat ?
----------------------
:: Ariana Mikhail :: (Saya pun rasa bukan adaptasi novel, cuma waktu siarannya semusim dengan cerita2 novel lain)
Saya tak pernah tgk langsung. Jadi no komen. Boleh?
Nota kaki : Saya langsung tak boleh recall novel melayu apa yang terakhir yang baca. huhu.
Okeh, sebenarnya tgh tgh Bicara Hati ni :)
Tiara Lake Park
31-01-2012
9:27 pm
Monday, January 30, 2012
Bila pena mula berbicara ia mungkin berbisa
(okeh, saya aim nak tulis entry ni less than 5 minutes, sebab belum mandi & nak isyak sekali)
Siang tadi, kami dikunjungi oleh Pengarah Bahagian kami.
Lawatan awal tahun.
Lama jugak tak jumpa beliau.
Strateginya kali ni, selain dari ingin menentukan 'priority area" bagi tahun baru ini, beliau juga ingin tahu apa yang terbuku di hati kami.
--------------------------------------
Lalu ditanyakan soalan.
"Ada apa-apa nak tanya, ada masalah? isu?"
---------------------------------------
Dalam bilik seminar ada 45 orang.
Senyap.
Takda siapa dan apapun yang berbunyi.
Sunyi.
Lalu, beliau berikan setiap seorang kepingan kad manila yang dipotong-potong kecil. Seorang dapat 5 keping kad.
--------------------------------------
"Tuan2 puan2 semua boleh tulis dalam kad ini, satu kad, satu masalah/isu/halangan/kelemahan yang hendak diutarakan"
"Belah depan tuliskan apa masalahnya, belah belakang, sekiranya ada cadangan sila ajukan"
---------------------------------------
Dengan masa yang diberikan hampir setengah jam.
Hasilnya, cik teha sampai tak cukup kad,
dan terpaksa koyak diary sendiri !!
Take home message : pena itu berbisa dan bila mula menari, mungkin lebih lantang dari suara :)
Ok, saya perlu mandi dan solat,
Tiara Lake Park
30 Jan 2012
9:36 pm
Sunday, January 29, 2012
Vienna : Sekitar Vienna City
Disebabkan hutang pada diri sendiri banyak, maka haruslah jangan nak panjang2 cerita. Entry ini akan dipenuhi dengan gambar syok sendiri sahaja.
Untuk pengetahuan, kami hanya sempat berjalan di sekitar Vienna City shj, sebabnya hanya ada 1 weekend saja yang free (haruslah kan, dah kata course pun 2 weeks je T__T). Jadi haruslah maximizekan masa yang ada.
Mula-mula Ruby Cueto (penyelaras IAEA) nak bawa kami ke Venice, Italy yg hanya 8 jam perjalanan naik bas atas tanggungan kami sendiri (which only cost us Euro 100 for a day trip). Punyalah excited angkat tangan kaki masa dia tanya. Malangnya, disebabkan lebih dari separuh dari kami mmg orang Europe, so ada aku kesah kau orang Asia 2 ketul & 4 org African nak gi Venice?? Haruslah takda sapa nak layan kalau takat 6 ketul je yang jakun terkinja nak gi Venice T__T (kaciwaaa)
Oleh itu, kami sepakat lah nak pusing Vienna City saja sampai muntah hijau. hehe. takda lah, best apa Vienna City, kaya dengan seni arkitek yang unik!
![]() |
| Salah satu public transport,train di Vienna City. Sangat efficient. Jangan risau. |
![]() |
| Boleh klik kat link ini untuk terus explore Route2 Public Transport di Vienna City, Insyaallah kebarangkalian nak sesat 1% saja:P |
![]() |
| Tak pasti apa bangunan tu, ini baru turun dari stesen Karlsplatz |
![]() |
| Si buntal gigih nak bergambar atas rel trem. |
![]() |
| Ini pula baru sampai di stesen Ketten Bruckengasse. Turun terus sampai NarschMarkt |
![]() |
| Ini pula baru sampai di NarschMarkt. Ala-ala Loken kat Ipoh tu. Dr Abel dari Cameron yang guide kami ke sini. Tapi tak beli apa pun. |
![]() |
| Baru tiba di Schonbrunn Palace, bapak besarrr |
![]() |
| Di pintu masuk istana, kami masuk ke dalam istana ni, amik full package (Classic PassGrand Tour + Maze + Crown Prince Garden + Gloriette) dapat explore satu istana, tingkat atas, dapur, bilik tidur, tandas, ruang keramaian. MALANGNYA, TAK BOLEH TANGKAP GAMBAR. So mmg takda gambar lah untuk belah dalam istana hokeyy. Kalau berminat nak tgk boleh klik official site ni : Schloß Schönbrunn |
![]() |
| Getting closer. Kena naik bukit lagi tuuu!! |
![]() |
| Ini pulak pemandangan istana dari arah dalam taman Crown Prince Garden , yang ada kereta kuda tadi dari pintu depan, ni kiranya pintu belakang laaa |
![]() |
| Sumpah rasa nak guling tapi malangnya sah2 kat situ ada amaran jangan pijakk atau petikk. KACIWA lagi. |
![]() |
| Half way to the Gloriette. Nampak muka seposen? |
![]() |
| Boleh bayang cemana muka si buntal naik tinggi ni?? Dari palace tu besaq gedabak, ni nunn jauh di bawah. |
![]() |
| Ini gambar separuh jalan dah meninggalkan Palace |
![]() |
| Abaikan model dan nikmatilah keindahan persekitarannya :P |
![]() |
| Yeahhh, berjaya sampai kat sini!! tu yang balik malaysia turun 2.5 kg tu :P kahkahkah. l |
![]() |
| Rasa nak bergolek je turun, masa ni kaki macam nak patah dahh :P |
![]() |
| Boleh baca kan saya kat mana. Masuk sekejap je dalam maze ni sebab seriyes dah nak muntah hijau letihnyaaa :P Senyum? senyum mesti maintain, muka saya kalau masam amat buruk. |
![]() |
| Dalam banyak2 stesen train rasanya yang ni yang namanya catchy skit "OTTAKRING" macam SUPERRING pun ada, |
![]() |
| Ini pulak masa kami memandai2 jalan ke MariahilferStrasse yang penuh dengan kedai, mall dan butik untuk membeli belahh |
![]() |
| Eh ini gambar masa baru sampai, turun dari trem :) |
Nota kaki : Rasa-rasa siapa menang AJL26 ? i love to see Cik-Gadis-Semasa menang!!
Ok, saya nak tgk AJL26,
Tiara Lake Park
29 Jan 2012
9:18 pm
Wordless #5
Rasa nak meroyan
Tapi kupujuk hati
Nota kaki : harap rakan saya di perantauan,dijah, baik2 saja, dan take care okeh!
Mcm biasa, gmbar tidak kena mengena,
m.r.s f.a.r.i.z.a.l
tiara lake park
29 jan 2012
00:42 am
Saturday, January 28, 2012
Entry lagging [ Vienna ::: food ]
Mana tak lagging kan, dah genap 6 bulan balik baru nak buat entry. Janji punyalah lama nak sambung entry Vienna Part 1 , Part 2 dan Part 3.
Terimalah entry ini seadanya, cuma nak cerita-cerita pasal makan2 kat sana. Tak banyak mana kalau nak dibandingkan dengan kat tempat kita, yang boleh makan pun terhad:)
![]() |
| telur yang cuma separuh harga, tinggal Euro 0.49 rasanya masa tu :) |
![]() |
| Ini cafe roti depan hotel. tak pernah pergi pun |
![]() |
| Ini pulak salah satu tempat "wine" yg bagus kat bandar ni. Nama tempatnya Grinzing. Tak dpt nak snap gambar makanan yang sedap sbb saya cuma pesan Cola dan as usual, fries sahaja:) |
![]() |
| Baru sampai. Bergambar dengan Fethiye (Turkey) dan Eirini (Athens, Greece). Yang tinggi gila berbaju biru tu Peter Junior dari Swiss Institute of Bioinfomatics (SIB) Geneva :) |
![]() |
| Di Grinzing. Next to me is Dr Mugabi from Uganda :) |
![]() |
| Sebahagian dari kami. Masa ni bergambar sebelum saya & Dr Hendra chow awal :) |
![]() |
| Nice kan tempat ni, tenang. cuma takda apa yang boleh di makan sangat |
Kesimpulannya, kita (muslim) boleh hidup di mana saja, insyaAllah tak kebulur. Kenapa saya cakap begini, sebab biasanya yang menjadi kerisauan kita nak ke mana-mana ke tempat yang tak biasa terutama negara barat, adalah... MAKANAN...! risau sangat takda makanan, risau sangat sana haram situ haram.
Bukan pula sampai ambil mudah dan main bedal, tapi percayalah, ianya tak lah sesusah yang disangka, ianya mudah dan insyaAllah dipermudahkan:)
28 Jan 2012
4:11 pm
Subscribe to:
Posts (Atom)










.jpg)





































