Monday, December 10, 2012
Monday, December 3, 2012
kembara kota singa - day 1
Bersiaran dari LT Sultan Azlan Shah Ipoh;) Beg dah check-in, tuan badan pun dah check-in,sekarang tunggu nak boarding. Regu kali ni bersama family Fiza & Kak Liza, semua 9 org termasuk 3 orang kanak2.
P/S : Uncle aunty ni senang hati volunteer nak jagakan sorang kanak2 ya mama,ummi, papa dan walid sekalian. Hehe.
Mrs. Farizal
Sultan Azlan Shah Airport
3-12-12 , 15:20 pm
P/S : Uncle aunty ni senang hati volunteer nak jagakan sorang kanak2 ya mama,ummi, papa dan walid sekalian. Hehe.
Mrs. Farizal
Sultan Azlan Shah Airport
3-12-12 , 15:20 pm
Saturday, December 1, 2012
weekend marathon :: essence
ok, kita dah discuss pasal moisturiser kan. untuk siapa yang belum baca boleh klik sini : Weekend Marathon - Moisturiser . sebelum tu pulak saya buat satu entry khas jugak pasal festive set 2012, boleh klik sini : SK-II Festive Set
ok, jom sekarang kita bercerita pasal essence pulak.
dalam bahasa melayu nya, essence = pati.
SK-II ada Facial Treatment Essence (FTE) atau nickname nyer Miracle Water.
![]() |
| saja nak letak gambar FTE Limited Edition yg terbaru ni, hehe :p |
SK-II jugak ada Beauty Essence yang terdiri daripada beberapa pati mengikut specialization masing2. Ada yang designated untuk Aura, pati untuk kedutan (wrinkle), serum, up-lifter (elak kekenduran/sagging), serum untuk pencerahan, dan pelembut.
![]() |
| sorry gambar pakai henpon je |
Komen tentang FTE / Miracle Water :
- Dengan pemakaian rutin hanya 1x sehari saya boleh tahan miracle water (215ml) ni utk sekurangnya2 8 bulan. Sesekali (bila rajin) saya pakai 2x sehari ( 1x pagi, 1x malam)
- Kulit muka jadi lebih anjal, lembab tapi tak sampai oily, kiranya balance lah.
- Pori-pori (pores) mengecil dan less visible..! penting nih!
- Pori-pori (pores) mengecil dan less visible..! penting nih!
- Saya direct apply gunakan tapak tangan, bukak cotton balls.
- Everybody must try FTE ni!
Komen tentang Whitening Spots Specialist :
- Saya pakai bukan hari2, (jimat, sebab spots specialist ni sgt mahal, uhuks). saya pakai bila perlu saja (ie bila nak buat aktiviti outdoor, selepas aktiviti outdoor iaitu nak memulihkan sun-burn, bila jerawat dah kering yakni nak menghilangkan parut jerawat)
- structurenya agak oily, tapi bila apply ke muka, cepat absorb
- lepas pakai FTE, pakai Spots Specialist ni, then biar kejap, pakai Moisturiser, dan compact powder
- saya notice bila pakai Spot Specialist ni, bila apply compact powder akan lebih berkilat muka, tapi bukan berkilat minyak tu, nampak moist yg balance.
- parut jerawat memang sangat cepat hilang
- masalah tona tak sekata saya jugak makin banyak improve!
Komen tentang Facial Treatment Repair C / Serum C :
- Kadang2 saya pakai siang, kadang2 kalau rajin pakai malam sekali.
- Fungsinya nak kurangkan garisan dan kedutan di muka, especially di lingkaran senyuman, lingkaran mata dan dahi.
- saya notice garisan halus tepi mata memang sangat2 kurang sejak pakai Serum C ni. Jugak bantu cepatkan proses pemulihan kulit kalau kena sun-burn.
- Serum ni jugak bantu untuk hilangkan parut dan memperbaharui kulit (genarate/renew cells) , so parut akan lebih cepat hilang dan kulit mati pun cepat diremove.
- Bantu juga mengecilkan pores! Best!
- Bantu juga mengecilkan pores! Best!
- Sangat puas hati!
P/S : Kat bawah ni Festive Set 2012 yg saya pernah sebut dalam entry sebelum ni.
![]() |
| new limited edition box utk Festive Set 2012 : tantekk! |
![]() |
| Isi perut Festive Set 2012 : Pitera Revival Set. Freebies yang kenit Cellumination Deep Surge Ex yg terkeluar dari kotaktak termasuk dalam list Freebies. Sales person tu baik hati bagi.:) |
![]() |
| ini pulak Moisturiser Stem Power, 80g yang saya pernah describe dalam entry sebelum ni. Hijrah dari Skin Signature(SS) ke Stem Power(SP). tapi belum mula pakai lagi, sbb SS ada lagi, hehe :) |
mrs. farizal
1 Dis 2012
12:42 pm
Sunday, November 25, 2012
Weekend Marathon : Moisturiser
[Maafkan hamba, weekend2 gini memang masa untuk belek2 muka dan badan pampered diri sendiri,
maka entry pun harus berbaur kecantikan dan kesihatan okeh]
Dalam banyak2 SK-II moisturiser, sepanjang 3 tahun terjebak ni saya cuma berpeluang cuba Skin
Signature, Whitening Derm Definition, Facial Lift Emulsion dan yang terbaru
(beli masa Christmas sales 2012) adalah Stem Power (belum pakai lagi pun).
Year 1 (2009/2010) :
![]() |
| ini bukan botol Skin Signature tahun 2009 ya. tak kuasa nak simpan2. ni botol SS yg sy tgh pakai skrg :p |
Masalah kulit muka saya yang dikenalpasti adalah tone tidak sekata (uneven skin tone) dan kering. beautician tu cadangkan killer moisturiser mereka iaitu Skin Signature, 80gram (SS) untuk permulaan. Nasihat dia elok sihatkan kulit dulu, baru fokus untuk betulkan masalah lain seperti uneven skin tone tu. Dia kata lepas habis SS (dia estimate 4-6 bulan selepas tu) baru dia akan rekemen saya pakai regime yang sesuai untuk selesaikan masalah tona kulit tu. Saya pakai SS bukan 4 bulan, mahupun 6 bulan okeh, saya pakai SS genap setahun (jimat kan!), sebab cuma pakai 1x sehari iaitu pagi. Dasar hajah bakhil :p
Komen :
yer, memang sangat
puas hati. Kulit muka saya agak kering sebab kurang minum air. Hidung
mengelupas itu biasa bagi saya ketika tu. Selepas gunakan Skin Signature kulit
muka mula terasa lembab, tapi tak sampai berminyak. Bab garis halus (fine line)
masih tak boleh bagi komen sebab takda line lagi kot masa tu. (tak boleh
belah). Tapi serius. Dan yang penting makin hari, kulit muka terasa anjal
(firm). Maksudnya tak lembik bila dipegang. Anjal ni kena dirasa tau, anjal tak
boleh “nampak” tapi kena “rasa”.
Tips :
Masa pakai Skin
Signature ni, pastikan anda sapu hingga ia resap dalam kulit dan kemudian
biarkan seketika untuk penyerapan (absorbtion) lebih kurang 2-3 minit sebelum
pakai foundation (kalau korang pakai lah) atau compact powder. Biasanya saya
akan buat benda lain sementara menunggu Skin Signature ni menyerap, contohnya
pakai perfume atau buat gaya depan cermin.
---
Year 2 (2010/2011):
![]() |
| susah gila nak ambil gambar ni sbb botol kaler silver yang kaya dgn pantulan gini :p |
Komen :
WSD ni lebih “light”
structurenya. Bila apply dekat muka pun cepat menyerap. Masalah saya beransur
pulih, kulit yang sebelum ni sangat ketara ketidak-samaan nya, sekarang lebih
sekata. Masalah sun-burn pada masa tu dah dapat diatasi. Masih memberikan
keanjalan yang baik pada kulit muka saya. Saya masih pakai 1x sehari, jadi memang
tahan lebih lama dari sepatutnya. Sampai skrg ada lagi. tapi sangat sikit. Best, saya suka WSD ni.
Tips :
WSD mudah serap jadi
tak payah tunggu lama2 sebelum pakai compact powder atau foundation, tapi dah
jadi habit saya lepas pakai moisturizer memang akan tunggu kejap, tak terus
pakai compact powder. Cuma tipsnya kat cara keluarkan moisturizer ni, sebab
packaging nyer unique sikit. Korang tengok gambar bawah ni okeh. Jadiknya kalau
terkuat pusing, WSD ni akan keluar dengan banyaknya, dan masalahnya adalah kita
tak boleh nak masukkan balik. No way okeh. Jadi sila jangan berangan ketika
bukak moisturizer ni, focus skit :p
Saya berpatah balik
ke Skin Signature, 80gram (SS) sebab masalah uneven skin tone makin dah
mengurang, dan saya sedar perlu terus maintain anti-aging regime bermula
sekarang lagi.
Alhamdulillah, skin
become more and more supple, firmer. Puas hati. Kulit muka lembab walaupun semasa tak pakai SS. Nampak sihat je muka. Suami selalu jeles. Ahahaha:p
Tips :
Please jangan letak
too much SS ni, cukup sebesar coin 20 sen saja untuk satu muka. Pastikan ketika
korang apply kat muka tu buat dgn gentle, ambik masa dari satu point ke satu
lagi point muka. Jangan pakai kelam kabut okeh. Rugi kalau SS yg sepatutnya
serap dalam muka tapi disebabkan korang tak sabar, kena wipe pulak oleh compact
powder sponge. Nanti SS penuh kat sponge korang, bukan kat muka korang. Nanges
rugi.
---
Year 4 :
Bila dah genap 3
tahun hujung tahun 2012 ni, maksudnya tahun mendatang ni (2013) akan jadi tahun
keempat saya bersama SK-II lah kan. Saya tak bukak lagi Stem Power tu sebab SS
saya di atas masih ada lagi. So review Stem Power akan menyusul bila saya dah mula
pakai nanti okeh :)
Additional
Moisturiser
Masa redeem point akhir
tahun 2011, saya dapat pilih untuk redeem Facial Lift Emulsion, 30ml (FLE) x 2
bottle. Pakai siang boleh, pakai malam pun boleh. Jadi saya gunakan FLE ni bila
malam, Itu pun kalau rajin (adalah sangat malas dan tak minat berkrim2 di malam
hari). FLE ni pun masih ada lagi. Sepanjang hidup saya selama ni sebenarnya
tiada istilah Krim Malam (Night Cream)!
Structurenya lebih oily, dan perlukan lebih masa untuk serap. Di malam hari (it u pun kalau saya rajin), lepas basuh muka, saya akan pakai FT Lotion, FT Essence, Serum C dan kemudian Facial Lift ni. Memang sedikit berkilat muka bila pakai. Bila face-time dengan husband mesti dia akan tanya "syg, muka syg berkilat la, nnt abang dah balik syg nak pakai ke krim2 ni semua?" maksudnya apa tuan puan? maksudnya tak payah pakai krim malam2 sbb suami kata mcm hantu :p
Structurenya lebih oily, dan perlukan lebih masa untuk serap. Di malam hari (it u pun kalau saya rajin), lepas basuh muka, saya akan pakai FT Lotion, FT Essence, Serum C dan kemudian Facial Lift ni. Memang sedikit berkilat muka bila pakai. Bila face-time dengan husband mesti dia akan tanya "syg, muka syg berkilat la, nnt abang dah balik syg nak pakai ke krim2 ni semua?" maksudnya apa tuan puan? maksudnya tak payah pakai krim malam2 sbb suami kata mcm hantu :p
Cakap pasal redeem
point SK-II ni, banyak tau barang yang korang leh redeem. Boleh tengok CatalogRedemption ni ya (klik sini).
P/S : semalam baru lepas buat entry pasal SK-II Festive Set 2012, anda boleh baca di sini (klik sini ya)
P/S : semalam baru lepas buat entry pasal SK-II Festive Set 2012, anda boleh baca di sini (klik sini ya)
cadang jap2 lagi nak tepek mask
25 nov 2012
12:25 pm
Saturday, November 24, 2012
muka
disember 2012 ni baru genap 3 tahun jadi pengguna SK-II. senang nak ingat sebab semuanya bermula pada christmas sales 2009.
sebelum tu tengah pakai Clinique (sebut pun tak pe kot kan, tak payah nak rahasia rahaasia kan?). pakai clinique tu pulak, sejak mula bergaji sendiri, bermakna sejak tahun 2005. maknanya 4 tahun jugak berclinique. hati ni macam biasa, selain tergedik nak menukar2 skincare product, yang sebenarnya kurang berpuas hati dengan kualiti kulit muka pada masa itu. macam tak ada perubahan yang signifikan selama 4 tahun dgn Clinique.
sebelum tu tengah pakai Clinique (sebut pun tak pe kot kan, tak payah nak rahasia rahaasia kan?). pakai clinique tu pulak, sejak mula bergaji sendiri, bermakna sejak tahun 2005. maknanya 4 tahun jugak berclinique. hati ni macam biasa, selain tergedik nak menukar2 skincare product, yang sebenarnya kurang berpuas hati dengan kualiti kulit muka pada masa itu. macam tak ada perubahan yang signifikan selama 4 tahun dgn Clinique.
saya pakai 3 steps Clinique yang "cleanse - exfoliate - moisturize"
4 tahun okeh, tidak berganjak, setia. dari 2005 hingga 2009. dan malangnya tak menambah apa2 yang necessary mengikut keperluan masa tu. tak berani nak upgrade pakai macam2 benda.
sebab fikir,
"aku muda lagi, basis skincare je cukup, muka bukan teruk sangat"
yer betul. memang kulit muka saya takda jerawat ataupun kawah bulan mahupun gunung berapi. tapiiiii... tone saya tak sekata, dan kering. serta tidak bermaya (wahhh ayat).
maka pada disember 2009, kaki pun ringan je melangkah ke kaunter SK-II Jusco Ipoh. dalam hati, betui ke tak betui kau ni teha. SK-II ni bukan untuk orang tua ke. usia pada ketika itu 27 tahun kurasakan amat muda sekali. (tak boleh blah kan?)
bermula lah episod racunn baikkk-punya oleh amoi beautician SK-II yang mengatakan 27 tahun BUKAN muda. (sampai hati sob sob!). BUKAN muda lagi dia kata aii. terus sentap tahap 18 kuasa 88. menggelupur. (mudah diperdayakan kan kau teha, terbukti!)
ada banyak festive set yang diaorg tawarkan tiap kali christmas sales. biasanya ada commitement set / inspirational set / revival set / miracle set / discovery set / radiance set. semuanya ada kandungan yang berlainan, ikutlah kesesuaian keadaan kesihatan kulit muka masa tu, tak lupa jugak kesesuaian budjet :p
lalu untuk permulaan, saya bulat hati mencuba Pitera Revival Set. revival set masa tu mengandungi :
SK-II Pitera® Revival Set , Year 2009· Facial Treatment Essence (FTE) 215ml / nickname "miracle water"
· Skin Signature, 80g
· Facial Treatment Cleanser, 20g (freebies)
· Facial Treatment Clear Lotion, 20ml (freebies)
· Skin Signature 3D Skin Redefining Mask, 2pcs (freebies)
· Facial Treatment Repair C, 15ml (freebies)
· Signs Eye Mask, 1pc (freebies)
dan saya tambah FT Cleanser 120g, sebab tengok cleanser freebies seciput je 20g, manalah cukup kan. (dah nama pun freebies teha tolong la). terus dapat member card dan mula kumpul point.
| Pitera Revival Set, Christmas 2009 |
ya amoi, memang kau diciptakan untuk jadi beautician dan sales promoter.
lalu selepas itu, setiap kali hujung tahun, atau secara tepatnya semasa christmas sales, saya akan membeli apa yang patut di beli di kaunter SK-II, tapi tidak lagi di Jusco Ipoh (skrg Aeon Mall), sebab kekerekkan diaorg melayan customer yang kerekk jugak macam saya pada 2010. Bermula 2011, cintaku beralih arah ke kaunter SK-II Parkson Ipoh Parade. Dengan amoi nama "Moon".
Yang bestnya Parkson ni, adalah dia ada 5x bonuslink point. Dan setiap hujung bulan dan christmas sales ada Parkson Voucher, untuk barangan kosmetik RM 30 voucher untuk setiap pembelian bernilai RM 150.00. Haaaah, berbaloi ke tak baloi. Sekali me'refill' barang2 skincare SK-II boleh dapat RM 200 - 300 voucher tau! jadi ada item yang kita boleh beli balik dengan voucher tu, harussss kena ada strategi penjimatan!
Sejujurnya saya rasakan pelaburan ni amat berbaloi, dan berpuashati dengan kulit muka saya. Takda apa nak complaint. Saya bermula dengan basic set (seperti Revival Set Tahun 2009 di atas) yang mengandungi cleanser (FT Gentle Cleanser yg tak masuk set, saya tambah sendiri) - toner (FT Lotion) - Essence (FT Essence (Miracle Water ) - moisturiser (Skin Signature) dan kemudian step by step mula mencuba beberapa jenis essence dan moisturiser yang berlainan fungsinya mengikut keperluan yang direkemenkan oleh Beautician, hinggalah sekarang.
InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan Review Product SK-II yang dah saya gunakan dalam masa 3 tahun ni. Selepas tu, satu entry lagi untuk Tips Penjimatan penggunaan SK-II ni.
p/s : christmas sales 2012 dah start, maksudnya festive set pun ada available di pasaran. di bawah ni saya kongsikan festive set 2012, menariks kan. Untuk lebih lanjut boleh terus je ke laman web SK-II Malaysia (klik sini)
![]() |
| Set ini ada FT Essence 215ml & Cellumination 50ml, yang lain2 tu freebies. |
![]() |
| Set yang ni pun ada FT Essence 215ml, kemudian ada FT Lotion atau toner, yang lain2 tu freebies. sesuai untuk yang nak berjinak pakai SK-II :) Kalau dah sesuai, lain kali boleh tambah moisturiser :) |
![]() |
| Set ini ada LXP Ultimate Perfecting Essence, 150ml, Serum 50ml, Cream 50ml, Cleanser 120g, Massage Fluid 200g, Mask 2 jenis, Eye cream. Saya belum pernah pakai LXP range :) |
![]() |
| Set ni rasanya ramai pelanggan beli, terutama yang nak refill FTE dan pertama kali nak cuba FTE. Dapat toner dan mask as freebies. Jgn lupa beg make-up jugak! worth it:) |
![]() |
| Haaaa.. saya cadangkan beli set ni untuk suami/isteri, atau boyfriend/girlfriend yang baru nak cuba FTE. Ada FTE satu utk women, dan satu untuk men! Freebies jugak ada utk lelaki & perempuan. |
>> Saya dah update & buat entry Review Mosturiser SK-II. boleh klik di sini ya
saya dah refill beli apa yang patut, anda bila lagi?;)
mrs. farizal
24 nov 2012
6:52 pm
Wednesday, November 21, 2012
Thursday, November 15, 2012
CCM Langkawi :: Malibest Resort
Untuk baca entry sebelum ini :
Cuti-cuti Malaysia Langkawi - Langkawi Lagoon Resort (LLR) klik sini
Jumaat (25 Mei 2012)
Dah puas memerap 2
malam di Langkawi Lagoon Resort yang isolated, kami beralih arah ke tempat yang
masih lagi menenangkan dengan pemandangan yang tak kurang indahnya. The next
morning, kami pun dengan berat hatinya check out dari LLR untuk ke Malibest
Resort. Kali ni nak merasa duduk atas pokok pulak:P
Sedikit pengenalan
mengenai Malibest Resort
Lokasi : Pantai
Chenang
Alamat : Pantai Cenang,
Mukim Kedawang,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.
Tel : +(604)
9558202 / +(604) 9558222
Fax : +(604) 9552822
Fax : +(604) 9552822
Email : reservation@malibestresort.com
Website : http://www.malibestresort.com/
Kalau sebut Pantai
Chenang, mesti semua orang pun tahu kan, betapa meriah/happening nya suasana di
sepanjang pantai ni. Hotel dan chalet rapat2 je semua. Kedai makan, kedai
souvenirs, kedai jual peralatan mandi manda pun tersedia. Pendek kata semua ada,
mat saleh pakai bikini pun ada, ok, bonus.
Enjoylah gambar ya :)
| Deluxe Tree House Kami , diberi nama Jentayu kot. |
| bersusah payah angkut trolley bag. |
| turun2 tangga tree house, memang terus pantai! subhanallah! |
| tree house jiran |
| @breakfast bar, pantai chenang |
| @breakfast bar, pantai chenang |
| @breakfast bar, pantai chenang |
| @breakfast bar, pantai chenang |
TIPS Menginap di Malibest Resort :
- Sarapan pagi/breakfast tidak disediakan, tapi jangan risau ada banyak kedai dah bukak awal pagi, boleh breakfast dengan jayanya tanpa masalah (kami memilih Breakfast Bar, dekat je dengan Malibest Resort)
- Kalau nak menginap di Tree House, dan kalau ada pilihan beg luggage, eloklah bawak bagpack, atau beg jinjing, bukan trolley bag. Sebab? sebab hazab nak usung naik ke atas. dan gayat. dan takpayah lah pakai highheels.
- Oh ya, Malibest Resort ni, ada chalet atas tanah biasa jugak, maksudnya bukanlah semua bilik Tree House. Tapi macam takda dalam koleksi pulak chalet biasa. Sorry.
- Kalau angin kuat, terasa jugak la goyang, dah kata dok atas pokok kan. pokok goyang kan kalau kena tiup angin? Jadi takyah la nak takut kalau tengah malam tetiba rasa goyangan sepoi-sepoi bahasa.
- Kebersihan-wise : kami puas hati, bersih. kalau dah kaki sendiri yang bersepah pasir wajiblah kena sapu bilik sendiri kan. kata duduk tepi pantai, ok la tu. mana nak lantai bilik berkarpet macam hotel 5 bintang. penyapu disediakan dalam bilik
rindu pantai chenang
15 Nov 2012 / 1 Muharram 1434H
17:33 pm
Subscribe to:
Posts (Atom)






















