Social Icons

Showing posts with label Videoclips. Show all posts
Showing posts with label Videoclips. Show all posts

Sunday, November 2, 2014

^^ bawa ku ke syurga ^^

terima kasih kerana sudi menerima 
terima kasih kerana sudi membahagiakan 
terima kasih atas kasih sayang dan kepercayaan 

susah atau senang tak apa, asal kita bersama 
tidak ada apa yang tidak cukup 
kerana kita saling melengkapi 

pimpin tangan ku 
dan 
bawa ku ke syurga 

selamat ulangtahun perkahwinan kita, abang ^____^



selingan lagu Arjuna Beta, walau takda kena mengena, tapi klip video ni menyentuh hati :) suami saya ni, orangnya juga rajin buat klip video rakaman peribadi kami berdua dan keluarga, tak kira rakaman percutian, bulan madu dan aktiviti lain bersama keluarga. tiap satu disusun diedit menjadi satu cerita, elok dalam simpanan. katanya, biar tersimpan memori, berpuluh tahun pun boleh imbasi. (klip video penang2014 belum siap lagi:p) 





2 November 2014

Sunday, June 30, 2013

seround


confirm. 
kalau layan masa tengah frust bercinta. 
confirm meleleh.


 dengar seround sebelum buat apa yang patut.


Sunday, February 24, 2013

suatu pernah



lemau di hujung minggu
melepas lelah setelah penat

tak rasa nak bangkit
mahu sepuas-puasnya

mahu waktu henti
mahu ikut rasa hati

tak perlu buka mata
cuma pejam
dan dengarkan alunan





2:24 pm, 24.02.2013
tiara lake park

Saturday, December 31, 2011

Adele - Live at the Royal Albert Hall

Keterujaan menjadi tak terkawal bila dengar DVD konsert ni dah available di pasarann. Tak menahan dan terus ke Speedyy bila balik dari kerja semalam!


Terus pasang CD dalam kereta! Rasa taknak sampai rumah cepat2:P


Sampai rumah terus layann DVD concert pulakk! 
Sapa belum dpt, sila sila ke kedai music berdekatan anda! ;) 


Oh oh how i love her voice! 


Much Love, 
Teha
Tiara Lake Park 
31 December 2011 

Saturday, December 17, 2011

lepas rindu

Lepas rindu! 
Lepas rindu dan gedik nak buat entry baru. 
Teruja tengok geng2 yang tak pernah miss update blog hari2! 


- Lisa 
- Dijah
- Eton
- Dila 


nah lagu jiwang-zaman-uni satuuuuu !!! (tiba2 kan) 
entah macam mana boleh teringat lagu ni. 
memula search kat youtube "david archuleta" mana lah nak ada. hahaha! 
sekali daniel bedingfield la tehaa, sudah lupaa laaa :P 









Tiara Lake Park 
17 Disember 2011 
00:18 am



Friday, September 16, 2011

UNDILAH :: COOL-lah!



Memang COOL-lah! 
Ape tunggu lagi, daftar dan UNDILAH!  




Yang-dah-2-kali-turun-mengundi, 

Tiara Lake Park 
16 September 2011 
00:50 

Wednesday, November 24, 2010

macam macam ada!:D

Sana sini heboh juga pasal pertembungan korea utara dan korea selatan. klik sini untuk lebih info




Di saat ini juga orang heboh perkatakan keunikan baju Yuna di shout awards 2010. Klik sini untuk ushar Yuna.



Rebecca nur al-islam pula muncul panas dengan caranya. Ini baru satu gambar, ada lebih lagi di sini



Teacher shida tidak ketinggalan tampil dengan miming terbarunya “Kalau Berpacaran”



Parlimen pulak bocor, habis banjir semua pakat tolak air dan mop lantai. Klik sini untuk ushar kisah parlimen.


Nuffnang pula maintain cool dengan memperkenalkan Jipaban : Socializing Online Shopping web yang cool jugak! Saya dah register tauu! ahaks!

Saya pula sibuk benda yang tak berapa penting tapi tetap kena laksanakan dengan baik. Namun kerja hakiki tetap kerja hakiki. Esok ada meeting R&D bulanan dan saya masih belum lengkapkan kouta pembentangan. Maka untuk pembaca blog sekalian, silalah jamu mata dan telinga dengan apa yang tersedia di atas. Saya nak prepare slide pembentangan.

p/s: Sebelum terlupa, sila aktifkan mode Y.E.S anda sekalian:p



Saturday, November 6, 2010

kasihan mat rempit



kesian tgk mat rempit dahagakan perhatian sampaikan buat pertunjukkan tanpa fikirkan keselamatan diri. bangga sangat bila orang kiri kanan tengok aksi merbahaya mereka.

bila tgk "kehebatan" mat rempit dalam video di atas, teringat mat rempit yang konon hebat pada malam deepavali baru-baru ni. masa tu en.rizal & saya otway fetch cik arkitek di medan gopeng, jam pukul 4.55 pagi. lokasi "pertunjukan" mereka di sepanjang jalan pasir puteh. tapi aksi mamat di atas jauh lebih power, aksi malam deepavali mereka mcm takda motif &objektif. hanya aksi langgar lanpu merah , masuk lane yg salah dan ram-ram motor kuat2 sambil melilau2.

yang paling saya heran lagi.... punyalah ramai penonton, penuh bahu jalan sepanjang jln pasir puteh. itukah yg dimegahkan sgt? orang india yang beraya dok diam2 kat rumah, orang melayu mengalahkan yang menyambut raya.

dek kerana geram, sy terus sms ke DAPAT utk buat aduan apa yang patut. Rakan-cop lah katakan;)

p/s: utk keselamatan diri, saya biasanya akan simpan no balai polis berdekatan utk kegunaan emergency. saya rasa anda pun perlu buat yang sama;)


Friday, October 29, 2010

sohaimi mior hassan ft ana raffali :: kalau berpacaran

nak share lagu nih walau en.rizal cakap "lagu apa macam nih?" tapi saya sukaaaa;)




(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya

(ulang Korus)

(Altimet)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

(ulang korus)

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)



Saturday, October 2, 2010

Konsert Maher Zain 15 Oktober di MBSA Shah Alam

The most long awaited and anticipated live performance by Maher Zain in Malaysia. Alhamdulillah, FINALLY!


Date: 15th October 2010
Time: 8.00 pm – 11.00 pm
Venue: MBSA Auditorium Shah Alam

konsert maher zain di malaysia

The info was taken from Maher Zain’s fanpage (click for the post)

Since I dengar lagu2 Maher Zain awal Ogos lepas, I memang jatuh cinta dengan SEMUA lagu2 dia lah. Very nice, beautiful and different approach of nasyeed songs. He has such a great voice and talent – he sings, write and produce his own songs. The lyrics, subhanallah, memang indah, dan guess what, really made me cry :’) Bless him.

konsert maher zain di malaysia

Antara lagu Maher Zain yang paling paling paling I suka;

Thank You Allah
Lirik dia rasa dekat dengan apa yang I rasa. Kadang2 I rasa jauh dengan Dia. Tapi I bersyukur kerana Dia masih sayangkan I. Dia datangkan pelbagai dugaan dan cabaran supaya I sentiasa berada di sisi-Nya. Kenapa I cakap macam tu, sebab dalam semua dugaan tu, tak pernah tak datangkan kebaikan kepada diri I :)

Always Be There
I suka liriknya because it’s very true indeed. He’s always there. Jangan pernah kita kata kita ‘sunyi’ atau ‘keseorangan’, kerana dia memang selalu ada. Hanya kita yang selalu tak ingat Dia. Dialah pendengar yang setia dan terbaik. Bila kita sedih, He is the best one kita boleh luahkan segalanya. He knows us best dan akan sentiasa membantu kita bila memerlukan.

The Chosen One
Lagu ini ditujukan buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Indah lagu ni – muziknya… liriknya… subhanallah, I suka sangat. Betapa istimewa dan hebatnya Rasulullah dan peribadinya digambarkan dalam lagu ni.

Open Your Eyes
Lagu ni cuba membuat kita sedar untuk melihat kewujudan dan kebesaran Allah. Melihat, medengar, merasai segala ciptaan Nya di sekeliling kita, kita takkan dapat deny how perfect and beautiful they are. Subhanallah :)

Lagu2 lain pun I suka, sebab semua memang best dan terbaekkk. Memang worth it lah kalau beli album dia, nough said :)

konsert maher zain di malaysia

OK, in case korang tak tahu siapa Maher Zain ni… let’s check out a brief story tentang dia ni. From the info I read kat Islamic Lyrics, he is a Swedish yang merupakan Labanese origin. Family dia berpindah ke Sweden masa umur dia 8 tahun. Dia kemudian bersekolah di sana dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di universiti dalam Bachelors degree in Aeronautical Engineering.

Atas sebab minat yang mendalam ke atas muzik, dia pernah berpindah dan stay for a few years kat New York. Walaupun apa yang dia buat masa tu was described as living the dream job, tapi menurut Maher, “I loved the music but I hated everything that surrounded it, it always felt like something wasn’t right”.

That is why pada Januari 2009, dia then decided untuk beralih ke muzik yang reflect more of his own identity as a Muslim, Western and Arabic. He signed up dengan Awakening Records dan kemudian lahirlah album debutnya “Thank You Allah” yang terus menduduki tangga pertama di Amazon’s World Music charts.

p/s: Copy paste 100% dari beautifulnara.com. beautifulnara.com pulak copy 100% dari secretwhisper.net=)



Friday, October 1, 2010

TeacherShida : anda memang rawk & cool

satu alam facebook dah kenal siapa itu teachershida a.k.a cikshida.
sangat kool kan? sempoi gila!
siapa berani buat macam teachershida? ada brannn?:p

setiap orang ada cara tersendiri nak menghiburkan hati sendiri (dan menghiburkan orang), ada cara sendiri jugak nak mendapat kepuasan diri, ada cara sendiri jugak untuk mengisi masa, ada cara sendiri nak mereleasekan tension. maka ini adalah cara teachershida! bravo lah.

sumpah kalau orang kasi RM10,000 pun belum tentu ai nak buat macam ni, ai tak se-sporting teachershida ok. huhuuuu..! bagus ade teacher yang sporting gini, senang nak ngajar budak2, senang nak mendekati budak2. ingat senang ke nak tekel budak2? ingat senang ke jadik cikgu?

dengar2nya teachershida terasa hati bila dihentam oleh segelintir orang yang kurang menyenangi video2 yang dikongsikan sebab profession teachershida seorang cikgu. takpalah, yang tak suka tak boleh nak paksa jadi suka. bagi saya, biarlah teachershida, itu cara dia, let her be. bukan jejas kat kita pun. dapat jugak kita tersengih waktu tension bekerja, kira sampai lah motip teachershida ni, iaitu nak menghiburkan orang.

ada orang menghiburkan hati dengan menyendiri
ada orang menghiburkan hati dengan window shopping
ada orang menghiburkan hati dengan menyental kain
ada orang menghiburkan hati dengan berkebun
ada orang menghiburkan hati dengan masak kat dapur
ada orang menghiburkan hati dengan berblogging (ahaks)
ada orang menghiburkan hati gi karok
ada orang menghiburkan hati dengan ngemas rumah
ada orang menghiburkan hati dengan buat video miming macam teachershida! hehehee...

suka hati die la kan!



rupanya embed2 dah takleh, sila klik "watch on youtube" tu. anda akan terus ke channel "teachershida". pilih la lagu mana nak dengar. selamat berhibur!:)


Thursday, September 23, 2010

take your time & choose the best ^_^

Baru sat tadi tgk video majlis perkahwinan anak perempuan tokey NAZA, Nur Nadia SM Nasimudin... yang ala fairytales di facebook. Grand giler. Berapa la jumlah kos yang dibelanjakan gamaknya. Mau dekat 1 juta ni, dengan pelakon2 import yang muscle gebu2 lagi. owh, ai geli tgk orang berketul2 ok. ai malas nak komen panjang2 pasal video perkahwinan fairytales ni, anda tgklah sendiri yer, saya dah link kat atas tu.


Video bawah ni pulak pasal tips keharmonian rumah tangga dari Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias. Tak rugi rasanya berkongsi, layan kan lah yer.








Masih pasal perkahwinan, saya nak share lagi satu video Ustaz Kazim, pasal hal ini jugak. Silalah layan, bukan lama sgt pun, tak sampai 10 minit;) Bagi yang tengah memilih calon suami / isteri, ambil lah seberapa banyak masa yang anda perlu, dan kemudian pilihlah yang terbaik. Yes, mmg saya suka quote ini “take your time and choose the best”. Terbaik dari sudut apa, terbaik seperti yang Ustaz Kazim cakap. Dah tengok video kan?

Bagi yang dah berkahwin, yakinlah dengan pilihan anda, dan bersama-samalah kita betulkan kekurangan pada diri sendiri dan pasangan untuk mendapatkan rahmah dari-Nya. Masih belum terlewat
:)


Wednesday, August 25, 2010

sahur bertemankan nurkasih:)



hari2 sahur kami bertemankan nurkasih.
entah berapa kali dah ulang, mula2 di tv3, lepas tu di tv9, dan ke tv3 semula bulan puasa ni.
strategik masa siaran, 5.00 - 6.00 pagi. hehe.
celik mata terus bukak tv3 buat teman masak hinggalah ke sahur.

episod hari ni Adam ke mumbai.
lepas episod ni maknanya adam takkan keluar hinggalah akhir episod nnt.
episod2 lepas ni akan highlight kan keberantakan rumahtangga Aidil-Alia kerana dek penangan Sarah. Oh Sarah! kalau hang jadi adik ai, dah lama ai lempang you sebab buat perangai bukan2.

tapi nyata sekali, kalau tak ada watak sarah, maka konflik cerita ni tak semenarik dan seberat ini. syabas buat semua pelakon. mmg mantap la!

p/s: teringat fizz fairus main dalam movie Anak Halal!



Monday, August 23, 2010

Petronas :: Kekuatan sebenar terletak pada HATI!



Agency: Leo Burnett Malaysia
Film Director: Hafiz Ibrahim
Creative Directors: Tan Yew Leong/ Ali Muhamad
Art Director: Tan Yew Leong
Copywriter: Sheikh Azraai Azmi
Production Company: Chilli Peppers
Senior Producer: Michelle Fung
Other credits: Mohd Effendy Harjoh, Raja Affandi Jamaludin


Banyak mesej disebalik iklan MERDEKA Petronas ni.
3 pemuda yang berjiwa besar dan inovasi yang boleh dibanggakan.
Kredit kepada semua team production!
memang terkesan di hati!

p/s : jom renungkan sejenak, sebanyak mana yang telah kita sumbangkan kepada negara tercinta. terbayarkah keringat nama-nama besar yang berjuang ke arah kemakmuran kita semua dengan apa yang telah kita sumbangkan sekarang?

jangan jadi yang mudah lupa..!

"kekuatan sebenar terletak pada hati"



Sunday, May 23, 2010

kebahagiaan dalam perpisahan :: Behind the scene:p

Layan je lah yek VC behind the scene lagu shahir ni.

walaupun tajuk lagu ni tak se'rock' melodi lagunya, tapi takpa, shahir punya pasal, saya suka jugak:p

saya baca di channel 15 awal2 pagi tadi, ade forumer tu bagitau undian sms malam tadi end-up with :

shahir 85%, adira 8%, daus 4%, maulana 2% dan iwan 1%.

betui ke tu? sebab lepas concert semalam saya terus layan drama perigi kontang kat tv3, langsung tak teringat nak check peratus undian.

kalau betul shahir sapu sampai 85%, saya dapat rasakan aura shahir bukan calang2, mawi dulu pun leading dengan 48% saja kalau tak silap la. apapun, syabas kepada shahir, dah memang rezeki anda menang kali ni;)

----------------------------------------------
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih


Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Kebahagiaan dalam perpisahan

----------------------------------------------

layannn...:))

Monday, May 17, 2010

presenting.. dayang nurfaizah & adi..!

Ok, diakui dayang saya memang seksi malam tu (erm, dia mmg selalu mcmtu).

ditolak dengan elemen keseksian dayang & back-up dancer yang tergelek2 tu, saya bagi 9/10 untuk live performance mereka berdua ni. sapa taknak tgk ni semua, pandang tempat lain, dengar suara mereka saja:p

yg penting, adi sangat kool!

p/s : teringat lagu duet dayang bersama abangnya, dino -rindu bayangan-

"Mentor 4:: Adi - Lagu Kita" yg sangat cool!

Go go adi! hehe..

Portege dayang mmg best! bukan bias sbb saya peminat dayang, tp sebab Adi memang best.

Fans pun cool!

Tuesday, January 19, 2010

Nobody :: Versi berlatih utk hari penyampaian hadiah



dengan sepenuh jiwa raga dipersembahkan...Nobody!!!! ehehehehehehhhee...


Comel. Nak kata budak laki, tp nampak mcm pinafore sekolah dah terlucut separuh (or adakah purposely utk menyeksikan diri? hihihii).. lepas tu mcm ade err... breast jgk. takperlah, tak penting jantina adik ni, janji dia layannnn!!! saya kuat merasakan beliau sbnrnya sedang berlatih utk hari penyampaian hadiah sekolah, takpun pertandingan menari kat primary skool, antara zon lagi...ehehehee..

Monday, January 11, 2010

Juara Lagu sebenar AJL-24. ahaks.


Malas nak cakap banyak, tapi yg meletops bagi saya utk AJL24 kali ni, ialah persembahan pembukaan oleh Dato' Siti & Azlan ni. Banyak pertikaian di sana sini pasal JUARA lagu kali ni. Tapi takpa, itu dah rezeki namanya bila kedua-dua lagu Aizat menang (Persembahan Terbaik - Kau Aku, Juara Lagu - Pergi). Jangan cakap banyak, sbb Aizat dah pun bawak pulang duit itu, kita ni yang tak dapat apa, ahaks.


Cuma satu saja, harap Aizat lebih matang bagi speech selepas ni, janganlah mulakan seperti "Ini memang giler". seperti apa yang berlaku semalam. mmg anda terkejut, kami pun terkejut, tapi sekurangnya keluarlah dari mulut tu, terima kasih atau alhamdulillah! takpa aizat, pedulikan pemerhati yang terlebih sudah ini. biasalah tu, nervous & unexpected kan;)


itu dah rezeki namanya. Saya tetap puas hati sbb walaupun bertongkat Faizal Tahir saya (wahhh, FT tu) dapat jugak no-3. Sangat cool walau bertongkat! sedih jugak Misha yang senior tu tak menang apa, next time yer Misha (ni bukan pertandingan senior-junior, ni pertandingan juara lagu kan!


YUNA juga tidak menghampakan sbb sangat2 cool & bersahaja, dengan teknik magic yang telah mengharmonikan lagi penyampaian Yuna malam tu. Sesiapa nak tau teknik apa, cari dalam Fesbuk Yuna yer kawan2..!! You deserve the 2nd place tau!! Hidop yuna!


siapa patut jadi juara?? bagi saya still Dato' Siti & Azlan, hahahaaa.. lari tajuk jap. Layann!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...