Social Icons

Showing posts with label girl's talk. Show all posts
Showing posts with label girl's talk. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

Etsy.com

Salam hujung minggu semua, 

Sambungan dari entry berkenaan Erin Condren Life Planner dalam entry sebelum ini (boleh rujuk sini) saya juga ada mentioned yang salah satu website yang amat berguna bagi pencinta-pencinta planner / diari ni adalah Etsy.com. Ya, Etsy bukan saja jual barang2 atau alatan tulis, malah pelbagai jenis produk lain lagi.  Kebanyakan adalah aksesori dan semua berkenaan dgn Art! Lubuk yang wajib diterjah oleh orang-orang macam kami nih:p

Aksesori seperti yang saya kongsikan di bawah ni adalah aksesori asas. Sebenarnya tiada had (no limit) dalam 'seni' planner ni, semuanya ikut citarasa masing-masing. Mungkin ada yang suka planner yang kosong, nampak clean and clear. Ada juga yang suka sarat dengan hiasan. Saya ni jenis tangan tak berseni, tak pandai nak melukis :p 

flags, checklist stickers, weekend sticker :p 

Quotes :p 

Washi tapes :p 


Contoh planner saya. Gambar ini diambil pada 4 Mac 2015 yang lepas. Masih belum penuh aktiviti untuk minggu tu pada masa tu.

Selamat berhujung minggu ya semua!


Tuesday, May 20, 2014

ada apa dengan handbag

hai semua.

nak share pasal badan sebenarnya. badan perempuan. dah lama sangat tak urut jadi, baru nak dimulakan semula. buat masa ni baru masuk kali kedua berturut-turut berurut satu badan dengan sorang makcik ni. kali pertama bulan April lepas, yang terbaru awal Mei.

Nickname nyer Cik Mah. urut satu badan harga antara RM 60 hingga RM 70 ikut tahap berapa banyak kederat dia mengurut kita. maksudnya contoh macam saya, dia terus terang bahawa letih urut saya sebab badan banyak angin, keras, sebab lama tak urut, so dia ambil RM 70. seriously, bila dia kata urut satu badan, maka takkan ada satu inchi pun badan korang tak tak kena urut. semua kena. best. berbaloi. nak tahu berapa lama? biasanya tak pernah kurang dari 4 jam korangs! dari 8:15 pagi sampai la 12:40 tengahari. sila breakfast light2 dulu, kalau tak nanti kebulur. takyah berangan nak masak lunch sangat, kecuali lepas subuh korang terus masak, hehehee:p

kelebihannya, cik mah ni boleh datang rumah kita. kita nak pergi rumah dia pun boleh. mana-mana yang senang. orangnya saya agak lingkungan umur akhir 40-an atau awal 50-an. Sihat dan bertenaga lagi. Dia urut guna tangan, dan kaki dia sekali. Kalau tak tahan sakit, sila cakap dan Cik Mah akan perlahankan urutan.

orang Ipoh yang berminat, boleh tinggalkan komen, nanti saya bagi nombor telefon Cik Mah. Oh yer, kalau berhajat, jangan tunggu2, terus je call atau SMS cepat untuk book tarikh. Cik Mah ni hanya urut 1 orang customer saja sehari. So korang kena queue. Call harini, bulan depan pun belum tentu dapat turn, terutamanya kalau nak weekend. First time urut haritu disebabkan dah tak tahan sangat badan, saya sanggup ambil cuti sebab weekend semua Cik Mah dah fully booked waktu tu.

hahh, lupa nak cerita pasal tajuk, gambar dan kaitan dengan urut:p  Cik Mah menelah saya selalu angkat barang berat, dia dok tanya angkat apa hari2, saya kata mana ada angkat berat, kerja pun dalam aircond. memang bila dia urut part tertentu saya punyalah sakit. Bila Cik Mah dah balik, suami saya yang terfikir HANDBAG saya sebenarnya yang berat, sebab everytime dia pegang selama ni pun, dia akan kata saya bawak batu. ini pun rasanya dah minimum sangat barang dalam handbag di atas. HANDBAG saya walaupun kosong memang dah sedia berat. Nak buat cemana. Memang rebehh bahu. Powerbank tu 16,800mHz, memang diakui berat, tapi saya susah nak tinggal dia tepi, mesti bawak sama.

koleksi gambar lama, dan bukti dah lama tak beli handbag atau tukar guna handbag lain walaupun byk je handbag lain:p bertahun kot.  



20 Mei 2014 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...