Social Icons

Monday, August 31, 2009

Tahniah utk adik saya, Ilyana:)

Pertengahan Ogos yang lalu, adikku akhirnya convo setelah 5 tahun berhempas pulas di UTM, Skudai. Member2 dia yang lain (yang course 3 thn) dah lama kerja, tapi utk mereka yang kursus 5 tahun, rasa letih tunggu habis (kita lak yang letih:p). Harap-harapnya berbaloi dengan segala usaha Cik Ilyana kami ni, akhirnya Bachelor of Architecture di dalam genggaman.

Hari ini dalam sejarah, convocation cik ilyana kali ni di kala negara tgh diancam H1N1, jadi nak tak nak, hampir majoriti org bercekup hidung & mulut. Meriah tetap meriah, convocation tetap berjalan seperti biasa. Cuma first time tgk di screen lintas langsung dr dalam Dewan Utama UTM daripada Canselor, naib canselor, dekan2, pensyarah-pensyarah kanan, prof2 emeritus sampai ke mahasiswa turut bercekup hidung dan mulut. cuma takmau bikin spoilt, semasa ambil gambar terima scroll di atas pentas student2 dinasihatkan membuka topeng muka....heheheheh...
Apepun, congaratulation pada cik ilyani kami ni. Wish you dapat kerja yang bagus2 and boleh belanja kakakmu ini..ehehe:D

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 52 !!

Sedar tak sedar, esok dah 52 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Seharusnya kita berterim kasih kepada generasi terdahulu yang berjuang habis-habisan menuntut kemerdekaan. Kita yang menikmatinya sekarang... Bertuahnya kita..!!

Kalau orang tanya, apa makna kemerdekaan pada kita? Biasa orang akan jawab, membebaskan diri dari penjajah. Jawapan tu terlalu luas sekiranya dikupas (saya bukan seorang sasterawan yang pandai mengupas dgn begitu mendalam), tapi memadailah saya mengutarakan pendapat peribadi saya.


Merdeka (bagi saya) = membebaskan diri/keluarga/masyarakat/negara daripada dibelenggu penjajah, juga membebaskan jiwa/minda/gaya/cara/hidup dari turut dibelenggu unsur2 luar, boleh juga dikatakan sebagai keluar dari kepompong hidup yang selama ini menghadkan kita untuk berdiri dengan kaki sendiri supaya berpeluang menonjolkan kebolehan diri/negara sendiri.


Pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan untuk menuntut hak Tanah Melayu, bebas daripada cengkaman penjajah. Zaman itu sudah berlalu. Kini kita telah merdekan. Tahun ini tahun yang ke-52 selepas merdeka. Jadi, generasi sekarang yang harus mencorakkan negara yang telah merdeka ini mengikut corak yang tersendiri, bukan secara ikut-ikutan. Banyak aspek yang perlu ditekankan sosial, ekonomi, agama, budaya, bahasa untuk mengekalkan makna kemerdekaan yang diperjuangkan satu masa dulu. Jika tidak, 31 Ogos setiap tahun, kita hanya pandai melaungkan "Merdeka, merdeka, merdeka" tanpa mengetahui tanggungjawab yang terpikul di bahu.. Fikir-fikirkan..!!




Wallahua'lam.
Sekian dari saya, di ambang merdeka 2009..

Salam Ramadhan semua..:d

Assalamualaikum WBT kepada semua,

Hari ni ramadhan ke-9, harap masih tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua. Mohon ampun juga atas segala kesilapan dan keterlanjuran, moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya.


Bulan puasa tahun ni, alhamdulillah nafsu makan saya dah boleh dikawal sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, kalau tak tahun2 sudah, rasa nak memborong satu pasar ramadhan tu. hehe. Tahun ni en. rizal tersayang dapat berpuasa bersama, secara tak langsung ade jugak la tukang mengingat supaya tak boros sangat.

Harga barang makan di pasar ramadhan Ipoh varies jugak antara tempat, tapi rata-rata memang harga naik sikit dari tahun lepas. Gerai-gerai favourite (terutama kat Param Medan Gopeng) masih teguh berdiri tahun ni.. jadi memudahkan saya nak buat pilihan (beli dgn org yg dah biase & tahu kesedapannya). Bravo gerai kuih seri muka& tepung talam (gerai ni jual kuih ini sahaja, tatau la berapa ratus tray sehari laku, org macam semut membeli). Gerai nasi kerabu kegemaran pun masih ade kat sana, cume lokasi gerai dah berubah (syabas kerana masih kekalkan harga & kesedapan rasa).


Haa.. tahun ni gerai air sume tulis "AIR JAMBU LELEH" "AIR MANGGA LELEH" "AIR KELAPA LELEH". Saya pun tak pasti ape maksud leleh tu, tapi berbuka petang tadi, try "AIR BUAH NAGA LELEH"... perghhh... mmg tangkap leleh... mantops..!! esok boleh beli lagi... (saya mmg suka makan buah naga..ehehe..)
Dalam keseronokan kita membeli belah kat pasar ramadhan, entah berapa orang yang tak ada makanan, kita menahan lapar di siang hari, agaknya mereka berhari-hari... alangkah mewahnya rezeki Allah kepada kita kan.. Tak tau nak cakap macamana kalau maish ada yang asyik merungut dengan rezeki yang tuhan berikan..
Sehingga saya menulis lagi.. Selamat Menunaikan Ibadat Terawih:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...