dulu dua nama ini asing.
kini, sinonim.
itu yang dikatakan.
tak kenal maka tak cinta.
mulanya saya dahagakan motivasi.
tercari-cari panduan.
tercari-cari arah hendak bermula.
maka atas rekomendasi beberapa orang rakan, serta rakan blogger.
juga, hasil pencarian di internet.
jumpa beberapa nama.
saya beli beberapa naskah.
berkisarkan panduan haji dan umrah.
berkisarkan motivasi haji dan umrah.
di antara naskah-naskah tersebut
yang paling lekat di hati
adalah tulisan Muhd Kamil Ibrahim dan Roza Roslan
Travelog Haji "Mengubah Sempadan Iman"
terima kasih yang tak terhingga atas nukilan yang berjaya melembutkan hati yang keras
terima kasih atas tips yang bernas buat insan tuli yang pertama kali hendak menjejak tanah haram
terima kasih atas motivasi buat insan yang dulu kosong kini mula rasa terisi
terima kasih atas semangat hingga membuat saya tidak sabar mahu pergi lagi dan lagi
terima kasih atas suntikan hingga hati saya bulat, yakin dan tidak berpaling lagi
semakin dibaca tulisannya, semakin terasa dekat dengan mereka.
terima kasih Prof, terima kasih Kak Roza.
| tulisan roza roslan Travelog Impian Abadi - Kehidupan Abadi - Cinta Abadi |
selain panduan & motivasi haji & umrah, elok juga kalau bakal2 haji & hajah sekalian cari bahan bacaan berkisarkan sirah kota makkah & madinah, pasti mudah nak buat perkaitan bila kaki betul-betul berpijak di kota haram itu nanti.
sekarang MPH ada diskaun 10% bagi buku-buku edaran dan terbitan Mutiara Minda.
untuk yang ingin mengenal Prof Kamil & isterinya Roza Roslan yang kini menetap di Kota Madinah, boleh ke :
Website Prof Kamil : http://muhdkamil.org/
Blog Roza Rozlan : http://muhdkamil.org/rozaroslan/
Jumpa lagi next entry, insyaAllah.
16 Ogos 2013