Social Icons

Showing posts with label Work Trip. Show all posts
Showing posts with label Work Trip. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

kota bangkok : sentuhan jepun

Assalamualaikum. 

Bulan Jun bakal jadi bulan yang AMAT sibuk sepanjang tahun ni. Sebab semua benda nak kejar sebelum puasa. Sebelum keadaan jadi bertambah sibuk, baik publish entry ni dulu. hihihi. 

Oklah, sambung pasal trip baru-baru ni lagi. Penginapan kami di Wireless Road, hotelnya Okura Prestige. Yang menariknya, hotel ni ada sentuhan jepun dalam semua aspek. yang paling ketara adalah electric toilet! i like. tapi tak tangkap gambar pulak (sayangnya!). uhuks! 

Enrty ini akan dipenuhi dengan gambar. Layanlah yer gambar-gambar bilik di bawah ni. 


yang kat atas katil tu adalah kimono, 2 pasang;) 

channel ada 50. dari semua negara. terutama jepun! 

gaya jepun kan pandai memaksimumkan ruang. dan, saya suka sgt susun aturnya. pintu nak ke washroom tu adalah jenis "sliding". waktu malam, kalau rasa taknak tgk bilik air, slide saja. 




bilik saya di tingkat paling atas (tingkat 34). nampak pemandangan kota bangkok. 

malam je, start jammed. 

fresh flower pada mineral water yang digantikan setiap hair

menjelang malam, bilik akan dipersiapkan sekali lagi.
mesti ada origami set nih. duduk 5 malam, dapat 5 set!



di luar restaurant @ level 24 

halal beef & risotto

salmon masak apa ntah

pencuci mulut yang sedapp

taktahu berapa banyak kilo naik la kalau duduk sini lama-lama

selain okura prestige, turut dalam senarai hotel di bawah pengurusan yang sama
adalah Nikko Hotels dan Hotel Jal City. 

Pengalaman yang menarik, dan letak review pun di TripAdvisor. Hehe.


Okeh, nak gosok baju, esok assembly

rumah semanis rumah
3 jun 2014 : 9.43pm 

Tuesday, May 27, 2014

kota bangkok : apa nak buat lagi tengah2 malam ni

Satu lagi entry sebelum beradu.

Workshop hari pertama dah pun selamat berlangsung siang tadi. Seharian okey belajar requirement untuk ISO 17043 (siapa tak tahu ISO 17043 boleh google). Macam biasa, kalau kelas yang kena go through requirement je, tak kira lah mana-mana standard requirement, dia punya tahap ngantuk adalah panda sekali. Ingat lagi kenangan belajar ISO (rasanya nak dekat 8 atau 9 standard dari ISO 9000, 9001, hinggalah ISO 55000) di Delhi, 4 minggu kot mengadap standard dan requirement2nya, nak lunyai guideline tu kena lanyak hari-hari, dah lah ade exam untuk setiap standard. 

Kali ni tiba ISO 17043 pulak, memang tak pernah attend sebelum ni. Mengantuk memang dah expected. Kopiko dah siap bawak dari Malaysia lagi. Ahahahaaa. Kelas habis lebih kurang pukul 4:30 petang dan lepas tu kami berpakat-pakat pergi shopping mall yang dekat dengan hotel ni. Balik dari hotel, jeng jeng jeng. Bilik dah kena kemas dan ada "sleep well" note dan origami lagi. hihihi. Ingatkan malam semalam je dapat, rupanya malam ni pun ada. ada fresh flower pada mineral water yang diganti setiap hari. Semalam orkid kuning, harini orkid purple. 

Day 1 punya mineral water with fresh flower

Day 2 puny mineral water & fresh flower.
travel set skincare tu pagi tadi saya letak sepah je, balik2 tengok dah lena atur :p 


"sleep well" note & origami atlas katil 

"sleep well" note malam dan origami semalam & malam ni 

Oklah, nak cari tuning nak tidur.

Mrs. Farizal
27 Mei 2014, 10:38pm
The Okura Prestige Hotel
Wireless Road, Bangkok 

kota bangkok : curfew day 2

Assalamualaikum. 

Mukadimah entry ni biarlah dengan screenshot post saya di FB semalam. Screenshot senang sebab boleh memendekkan cerita. lagipun, bukan semua reader yang baca blog-entry ni ada dalam friendlist saya di FB dan bukan semua yang dalam friendlist FB saya baca blog-entry ni. :) 



Drama berbelah bagi antara nak pergi atau tidak worktrip kali ni di antara terhebat yang pernah saya lalui. Berbelah bagi nak pergi Delhi trip selama 4 minggu pun tak setanding kali ni yang cuma trip untuk 5 hari. Alhamdulillah, setakat ini, semuanya selamat & stabil. Langkah berjaga-jaga tetap diambil, dari sebelum pergi hinggalah sekarang ni. Pada mulanya saya cuma tanya pada organizer samaada kursus ini berjalan seperti biasa atau ditunda, kemudian saya bertanya pula pada Wisma Putra, Kementerian Luar Negara, KLN (Terima kasih Pn Siti A'liah Mansor yang banyak jawab soalan saya dengan panjang lebar), dah tanya juga pada Kedutaan Malaysia di Bangkok (Terima kasih Pn. Nordiana Din yang beri nasihat serta green light). Lega sikit dalam pada risau. 

Pijak saja kaki ke hotel, alhamdulillah, lega sangat. Semua event akan berlangsung di hotel ni, bermakna saya tak perlu ke mana-mana. Kurangkan risiko. 


Buat yang ingin ke Bangkok untuk urusan rasmi mahupun atau bercuti. Saya tidak pula menggalak atau tidak pula menegah. Cuma setakat apa yang saya sendiri alami di sini pada ketika ini dan terhad pada tempat yang saya menginap setakat ini (Wireless Road) tak ada apa-apa masalah yang timbul, alhamdulillah. Nampaknya orang bekerja seperti biasa, peniaga berniaga macam biasa, jalan sibuk, kanak-kanak pergi sekolah, pelancong ke sana ke mari, shopping mall penuh, kelibat tentera tak kelihatan di kawasan ini. Jangan hampiri Government House, atau Victory Monument di mana tempat yang menjadi perhatian / tumpuan kumpulan perusuh atau penunjuk perasaan. Patuhlah pada arahan tentera untuk "curfew". Bawalah makanan lebih untuk spare dari jam 10 malam hingga 5 pagi, terutama yang bawa anak kecil, orang tua. Sebelum buat keputusan, tanyalah nasihat banyak pihak terlebih dahulu, dapatkan situasi yang terkini. 

Nota untuk urusan rasmi : sekiranya peserta / perwakilan yang dihantar untuk tujuan rasmi ini tidak digalakkan pergi oleh pihak jabatan atau peringkat tertinggi dalam organisasi atas sebab risiko keselamatan seeloknya biarlah urusan "tarik diri" itu datangnya dari jabatan itu sendiri kepada penganjur, terutama bila saat akhir di mana tiket penerbangan dah dapat dan penginapan dah disediakan. takkanlah urusan 'tarik diri' daripada peserta kepada penganjur, nampak macam tak formal dan suka suki je taknak attend atas sebab peribadi. Bukankah peserta yang dihantar itu dicalonkan oleh jabatan dan diarahkan untuk menyertai, kalau tujuan peribadi bolehlah individu yang tarik diri. Please. it must be government to government. 



27 Mei 2014, 10:14pm
The Okura Prestige Hotel
Wireless Road
Bangkok 

Sunday, May 18, 2014

bumi kangaroo #4 : melbourne

Assalamualaikum.

Sambungan cerita worktrip bulan Mac yang lepas (boleh klik bumikangaroo1, bumikangaroo2 dan bumikangaroo3 untuk baca).

Baiklah, jarak antara Geelong dengan Melbourne adalah lebh kurang 72 km (1hour by train, 70 min by road). Sepanjang 2 minggu berkursus di Geelong, cuma dapat dua kali ke pekan melbourne. ada sikit advantage sebab flight balik dijadualkan lewat, iaitu pada 00:45 am 9 mac 2014 (Ahad). yer, sehari lepas kejadian yg menimpa mh370. #stillprayingformh370 . 

Oleh kerana dah pernah pergi minggu yang sebelumnya, jadi untuk trip kedua ni dalam kepala dah ada apa yang nak dibeli dan ke mana nak tuju, jadi tak banyak bazir masa atau sesat larat. Oklah, biar gambar yang bicara, saya sampuk bila perlu. :p 

@Burke Street. Banyak gila performance jalanan gini. hampir 2,3 lagu yg mereka nyanyikan saya langut dengar & record. kaki masa ni ringan je nak melangkah beli CD AUD10 tu. 




yang tengah tu saja real performer, yang kiri dan kanan tu patung. memula serius saya ingatkan semua patung hinggalah saya perasan ada peluh menitik di hidung performer yang tengah tu bila saya datang dekat dia. 


Melbourne trip #2. menuju ke DFO (factory outlet). BARU tahu ada DFO.
kalau tak sumpah, dari Trip #1 dah ke mari. 

Melbourne Trip #1 : dalam city train.

Melbourne trip #1 : ernie, dewi (indonesia), me and christina (the philiphines) 

Dari 9 orang tinggal 6 orang (termasuk faizul yang ambil gambar), sebab lagi 3 ada agenda sendiri. 

selesai memborong souvenirs di Queen Victoria Market

Overall, melbourne adalah kota yang seronok untuk dilawati. Banyak tempat menarik. Buat yang risau tentang makanan, usah gusar atau gundah. Melbourne ada dengan pilihan kedai makanan halal (Nandos, kedai2 turkey, malaysia hall jugak ada). takda masalah. kami tak kebuluran langsung. Harga kebab di keai Turkey lingkungan AUD 3-5 / pcs. Tolong jangan convert. Kalau convert jawabnya korang memang tak makan mengenangkan harganya. Kalau makan Nando's, set 1/4 ayam bersama 2 side dishes lebih kurang AUD 11. Saya jugak  bawak bekalan 'iced coffee' yang dibeli dari 7E sana, harga lebih kurang AUD 6.50 untuk 1.0 liter, cukup untuk seharian, heheheee.


Untuk shopping souvenirs, harga terbaik adalah di Queen Victoria Market. Untuk branded items, sila ke DFO. Kami punyalah termenung panjang memikirkan apasallah tak tahu kewujudan DFO dari awal. Sangat rugi. DFO ni macam JPO kita lah, tapi harga memang gila2 mark down. Kami hanya sempat spend 2 jam terakhir saja, dan duit pun dah habis. ahahhaaa. ku tahan-tahan je tak nak swipe credit card. ahahaahhaaa:p dan, kali ni berjaya.




Ok, di sini ada farmasi yang bukan sekadar menjual ubat-ubatan dan barangan kesihatan, tapi jugak ada menjual barangan kosmetik dengan harga yang sangat2 murah. Farmasi nyer ialah CHEMIST. Maaflah, kami tak dibenarkan ambil gambar dalam kedai, jadi takda bukti nak tunjuk pada kalian. Saya sempatlah beli perfume Vera Wang - Princess ni sbb tgk harganya murah banyak. Koleksi ni launch lama dah, rasanya mahu hampir 10 tahun yang lalu. Tapi, you know me lah kan. Kalau dah suka tu, sanggup repeat beli. 

harga asal AUD 89

Diskaun jadi AUD69

Diskaun lagi jadi AUD 38.99 

Oh yer, Masa kami pergi CHEMIST ni, depa ada promosi bagi setiap belian foundation, free mana-mana barang lain. I always trust REVLON kalau ban bedak2 dan lipstick. So hasilnya, belilah 1 foundation dan pilih satu jenis compact powder dengan percuma. Gitu kekdahnya. Murah kan. Rata-rata selepas di convert, harganya lebih kurang kalau menyoping di Orchid Road, Singapore.

Beli foundation, free compact powder. berbaloi gitu. 
Itu sahaja buat kali ini. Serius, takdelah shopping banyak mana pun. Tapi dalam banyak2 trip, saya confirm every trip mesti saya wajib akan beli dua benda ni, iaitu perfume dan kopi. Hahahahahaa... 

why tomorrow is monday

18th May 2014, 6:50 pm 

Monday, March 17, 2014

bumi kangaroo #2

Baru terima email dari Mai Hlaing.
Gambar last day di AAHL, Geelong.

Harini first day naik kerja.
Dan tidak, saya tak sesat cari jalan ke pejabat pagi tadi :)





Lagi cerita berkursus di Geelong & jalan-jalan di Melbourne insyaAllah akan dikongsi bila ada kelapangan nanti.

fly home safely MH370!

17 Mac 2014 : 5:18 pm 

Thursday, March 6, 2014

bumi kangaroo #1


mari menghabiskan sisa-sisa hari di bumi Geelong.
masa bagitahu Pak Shuhay pasal saya kena gi kursus,
dia kata "mana kamu nak pergi ni, tak pernah dengar pun tempatnya"
korang pernah dengar? confirm tak rasanya.
kecuali bagi yang biasa dengan dunia veterinar. hehe.

dan Pak Shuhay pulak, memang jenis merisau.
dia selalu memikir apalah kerja saya buat dekat lab.
selamat ke tidak. ada ke terdedah dengan benda-benda bahaya.
pernah dia masuk kawasan tempat kerja saya dan dia tanya
"apa la kome buat kat sini, nampak macam takda orang je"
itu bab kerja.
kalau bab keselamatan diri tambah lah lagi.
siap bagi tips madam-macam.
adatlah bapak kan. bapak mana tak sayang anak.


baikk.
ini pengalaman kedua ke bumi kangaroo (pengalaman pertama ke perth tahun 2010 - kalau rajin, sila godek entry lama). berbanding perth yang terletak di western australia, Geelong letaknya 70 km dari kota Melbourne. Kira-kira sejam jugaklah kalau naik teksi tu. Disebabkan jaraknya yang tak terlalu jauh, ramai orang melbourne yang berulang alik kerja di Geelong, dan vice versa. Ada train yang menghubungkan bandar-bandar di sini, memudahkan hubungan antara mereka. Cuaca pada jangka masa period ni dalam lingkungan 20-23C pada siang hari, dan 15-18C pada malam hari. Subuh masuk pada 5:45 pagi, dan maghrib pada 8:10 malam. Flight duration pulak, 8 jam (KLIA-Tullmarne Airport, Melbourne).

Rezeki dapat upgrade ke business class KUL-MEL
Dah kata business class, makanan pun upgrade lah sikit. Kerusi dan gebor pun empuk lah sikit.

Hidangan pembuka selera. sedapp! 

Seterusnya, tak lalu makan. tak kena tekak. 
Main course : beef spa ntah nama masaknya. sedap.
Sedap tapi tak habis sebab kekenyangan. 

Penginapan kami adalah di Comfort Bay Inn Hotel, yang terletak di Malop Street. Hari-hari naik Geelong Taxi untuk ke AAHL (Australian Animal Health Laboratory, CSIRO) yang letaknya lebih kurang 4-5 km dari hotel. Pekan Geelong lebih kurang Ipoh, tapi kurang sibuk, tak jem langsung. Tapi rasanya mana-mana tempat di Australia adalah kurang sibuk kot, kecuali kota kota besar mereka. Saya suka!

Depan pintu masuk bangunan utama AAHL


Geelong Taxi yang sangat punctual

Beberapa blok dari hotel kami ada pasaraya MYER & Westfield, dalamnya ada supermarket Coles, Big W, Target, dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Nando's adalah Halal. Ada Restoren Kohinoor (Indian Muslim) yang halal jugak, satu blok dari hotel kami. Kalau dinner makan Maggi, kami dinner di luar. hehe :) Masa shopping tak banyak, sebab kebanyakan pasaraya hanya bukak ikut office hour (9am - 5pm) kecuali hari Jumaat. Jadi sebaik kami sampai di bilik hotel, biasanya memang semua kedai dah tutup. Buat apa lagi, menghadaplah homework yang tak pernahnya tak ada, haahahaha:p

Dah nama pun kursus 2 minggu sahaja, bermakna cuma ada 1 weekend sahaja yang dapat berjalan. Apalagi, semua mengelejat nak ke Melbourne pada weekend tu. Naik train, baru AUD 7.80 per way. Kami ambil return ticket, dan ticket tersebut boleh swipe di mana-mana inter-city train, dan tram-city pula adalah free untuk visitor. Menjimatkan.

Cukup dulu cerita tentang Geelong dalam babak 1. Cerita pasal Geelong akan bersambung seterusnya, dan kemudian pasal Melbourne jugak dalam entry yang seterusnya, insyaAllah. Perhatikan muka excited di bawah dulu. hehehee ;)


Christina (Philiphines), Ohnmar (Mynmar), Teha (Malaysia):
setibanya di Kota Melbourne 


Malop Street
Geelong, Victoria

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...