Social Icons

Showing posts with label Landskap. Show all posts
Showing posts with label Landskap. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Kemboja | Weewee

[entry tgh malam, tapi tak dan nak publish dah lena]

Salam tgh malam. 

Ini bahana terkinja2 sgt ber'old town' bagai petang tadi, penyudahnya ni lah dia, orang semua dah lena, kita pakat serba tak kena. Plan asal nak bangun sahur, nampaknya kena adjust. Kalau dlm masa sejam lagi masih mcm ni, terpaksa la makan sebelum tidur, takda la pahala sahur. 

Bagi siapa yg follow / friend saya di FB mungkin anda perasan gambar yg kongsikan ni ;) 


Skrg kemboja tu tgh elok berbunga. Syiokk je tgk. Boleh buat bungan tangan pengantin.
Gambar bawah ni ya:) 


Haaaaa... Tantekk tak? Sihat nampaknya, alhamdulillah. Kami ada sepokok lagi kemboja, bunganya warna merah pekat, dah nak mula berbunga jgk, tapi belum sempurna lagi. Tak sabar. 

Habis pasal kemboja. 

---------------------------------------------------------

Satu lagi, pasal bendalah bawah ni. Bagi saya, terlalu kreatif sampai saya pun tak boleh fikir keperluannya. 


Bukan nak melucah ke apa, tapi serious tak faham sbb tu bertanya dlm FB. Betul, kalau uzur mungkin berguna. Selain tu, kata rakan saya mungkin juga masa camping. Nak weewee dalam corong ni takda masalah rasanya, tapi bab kencing berdiri tu adalah errr... tak ke menceceehh weh. tak konfiden nak sembahyang. 

Taktahu siapa punya idea ni, biasa yang suka dan banyak idea kreatif dan inovatif ni adalah Jepun. Sekecil-kecil dan remeh temeh pun depa akan inovasikan supaya memudahkan hidup depa (dan kita). 

rumah semanis rumah
Mrs. Farizal 
kol 2 pagi dah ni wehh 

Sunday, August 22, 2010

landskap oh! landskap :: siri 1




misi harini adalah ke nursery sekitar ipoh untuk melaksanakan task yang satu iaitu landscape/garden. lokasi yang diserbu adalah sekitar Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Buat yang kurang familiar dengan Ipoh, Jln Kuala ni famous dengan Pottery shop, barangan pengantin, nursery, tak kurang jugak kedai kereta:p Jadi musim pengantin, musim nak raya, err.. tak bermusim pun orang akan penuh saja (tetiba rase nak bukak bisnes nursery plak:p)

ni contoh sempoi yang ada display kat kedai ni. ada banyak lagi display, dari yang simple hinggalah ke fountain dan kolam. style bali, mahupun japanese style.

kawasan rumah yang nak digodek sekangkang kera jer. 2 tempat, yang hadapan lebih kurang 10 x 15 feet, yang belakang lebih kurang 10 x 10 feet. luas tanah dah berkurangan sebab kami dah bina concrete slab di kawasan terrace tepi rumah. kami decide nak mencurahkan air di daun keladi, ekeke.. bukan! nak mencurahkan tenaga sendiri untuk taman di rumah sendiri (kalau boleh dipanggil taman la, hahaha!) dengan bermodalkan ilmu yang TIADA di dada, maka kebelakangan ini terpaksalah beli majalah2 landscape contohnya Laman. Dari situ sebanyak mana info yang dapat kami gather kan. Lalu terhasillah rangka plan landscape yang dihentam keromo.

Lalu pagi ini kami ke sebuah kedai di Jln Kuala. nama lupa pulak,hoho! Kedainya ada banyak barang especially accesorries untuk garden/landscape (tak kisah la nak panggil mana satu yer). Pokok2 bunga & pokok2 hijau jugak tak ketinggalan. Banyak pilihan. Ditambah pulak dengan geng adik-beradik tokey kedai yang ramah mesra, sanggup demo kami macam2 style of decoration. terima kasih sangat2! tak sama ilmu dalam majalah dengan ilmu "live" dengan horticulturist ni. huhu!

Lalu untuk habuan mata, saya pun snap beberapa gambar untuk tatapan bersama (ade ke orang nak tatap :p).

ai geli tengok kata besar giant ok?



sang burung yang keseorangan


Si katak hijau dan ladybird



Mushroom pelbagai size, ni antara yang terkecil. ada baaaanyak lagi yang besar gedabak!


Ini antara batu-batu hiasan yang available. ada footstep, ada batu yang jual per pack. ade jugak yang jual per KG! batu sintetik dan batu sungai.


en.rizal tengah ushar batu sungai! yang ni jual per KG!! siapa rasa membazir boleh pi redah kat tepi2 sungai, gerenti baaaanyak!

Di kedai ni kami hanya beli accesorries saja, itu pun yang difikirkan perlu dan mampu nak dikerjakan! pokok2 dan rumput kami tak beli di kedai ni sebab dah aimed kedai lain yang dengar2nya tak kurang hebatnya. Untuk pokok2 dan rumput saya kongsikan dalam entry seterusnya ok? entry ni just for the accesorries!:)

Lepas tu insyaAllah dari semasa ke semasa (dan sekiranya diberi kelapangan) boleh saya kongsikan progress taman kami yang setakat ini masih padang jarak padang tekukur. Harap dipermudahkan la nak berkebun di bulan puasa ni, sebab memang nak merasa usahakan sendiri. InsyaAllah jugak, saya akan berkongsi tips2 yang berkaitan dengan landscape/garden yang kami dah timba sepanjang proses ni nanti (wah, ayat skema nak hengatt:p)

Hingga jumpa lagi dalam next entry! Selamat Berpuasa!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...