fuhh. baru lepas mengadap hrmis & skor kad, berpinar bijik mata nak key-in satu2, banyak ragam rupanya sistem baru ni. kepala pun dah mula berdenyut. ini ragam akhir tahun.
ada banyak benda best untuk dikongsi. tapi dalam banyak2 benda best tu, ada satu benda tak best yang terbuku di hati dan nak dikongsikan dulu. (ada gaya royanan nak bermula kah? takda kan? saya cool saja kan? kan? mana ada kan?) haha!
ok, minggu lepas seorang pensyarah UPM ada call bertanyakan khabar dan bagitahu saya pasal satu skim baru untuk post-grad selaras dengan kehendak PM nak melahirkan ramai graduan PhD. saya pun gembira dan siap bagi tahu pada colleague yang terdekat. semalam petang seorang lagi colleague sempat beritahu info pasal dua skim melanjutkan pelajaran post-grad yang baru dilancarkan oleh MOHE (higher edu). rupanya ketiga skim ni berada bawah MOHE iaitu MyPhD, MyMSc and PhD Industry di bawah Program MyBrain15. ok, thats sound very good kan, so fine.
both of us pun trylah browse MOHE's web. segala privillages and allowances mmg nampak sangat2 menarik dan mmg rugi bagi siapa yang tak mintak. unfortunately bila tgk requirement takda satu pun skim yang layak dipohon oleh gomen servant macam kami! terus jadi tak fine! and for me, so so unfair.
Question : apasal unfair??
Answer 1 : untuk My PhD and MyMSc, kelayakan diberi pada kakitangan swasta dan graduan universiti mahupun GRA. maknanya, mana-mana graduan yang belum dapat kerja semua layak mohon dan kakitangan swasta semua pun boleh pohon. then what happen to gomen servant? apasal MOHE tak include je sekali gomen servant? sebab gomen servant dah banyak skim kah? cuba kaji balik berapa ratio number of gomen servant dan berapa banyak skim yang diperkenalkan? cukupkah skim2 tu hinggakan gomen servant yang nak menjangkau usia 40 tahun baru dipanggil sambung belajar??? kami yang baru join service ni kena tunggu belas2 tahun lagi kah?? sedangkan fresh grad & GRA boleh terus masuk skim MyPhD/MyMSc?? siap dapat allowances RM2,300 sebulan lagi tu.
kenapa saya bengang sangat?? sebab, saya berpeluang dipanggil interview biasiswa HLP sessi 2010/2011 baru-baru ni. dan adalah amat malang bila salah seorang dari interviewer tu tanya gini..
"dalam ramai2 ni, siapa paling muda sekali?"
lalu saya pun kata "saya, saya lahir tahun 82"
"awak ni muda sgt ni, join service pun tahun 2005"
then keluar pulak pasal Skim IMANe yang kononnya exclusively untuk RO2 di JPV dalam usaha meningkatkan bilangan PhD/MSc holder untuk jadi HPAI reference laboratory. Skopnya pun exclusive bagi penyelidikan berkaitan HPAI saja dan memang tak membantu langsung bagi orang yang research interest nyer lain okeh.
interviewer "why not awak buat something on HPAI, i believe banyak area lagi yang belum orang buat"
si naseb malang "minat saya bukan pada HPAI, saya nak teruskan kerja-kerja yang saya dah initiate 2 tahun lepas"
interviewer "again, saya rasa awak patut buat HPAI, cuba cari apa lagi yang orang belum buat"
WTH! serius rasa nak maki je. and, seperti yang dah diduga memang saya tak dapat scholar tu. yang dapatnya senior yang umur dah nak genap 40 tahun, yang tajuk research pun tak sure lagi dan lebih malang lagi diri sendiri tak ingat pun hari tu ada interview. walhal kami-kami ni perah otak tulis proposal, cari supervisor, dan ada yang dah dapat tempat pun di Uni. jangan salah faham, bukan saya perlekehkan kredibiliti calon yang berjaya tu, mereka semua memang layak & banyak pengalaman, siapalah saya nak persoalkan kelayakan mereka sedangkan saya ni sangatlah kurang pengalaman dan ilmu di dada. yang menyedihkan adalah persepsi & kriteria penilaian yang meletakkan umur sebagai salah satu keutamaan mereka.
lepas tu nak paksa2 orang buat research yang bukan area of interest kita. memanglah any virus/bakteria/apa2 research material pun adalah tools sahaja, sedangkan technology / inovation yang nak dibuat lebih kurang sama. tapi at least pun some respect & support lah research interest orang lain. takkan semua orang dalam jabatan nak kena buat HPAI saja, penyakit lain tak penting kah? skim macam ni kah yang nak melahirkan banyak post-grad?
syabasss, sangat hebatt!
Answer 2 : cuba tengok betul-betul.. Graduan yang belum dapat kerja diberi peluang, pekerja sektor swasta yang company besar2 yang lebih dari mampu nak hantar staff pergi sambung belajar pun diberi peluang. Pihak industri yang run business dan asset berbillion2 yang boleh taja segala program international, sponsor sana sponsor sini pun diberi peluang di bawah salah satu skim yang diperkenalkan. Kakitangan IPTA/IPTS pun ada skim tersendiri untuk lahirkan ramai pensyarah lepasan PhD under skim SLAI. seems like semua orang diberi peluang. malangnya takdak satu pun skim baru untuk kakitangan sektor prkhidmatan awam. yang ada hanyalah skim yang typical, ikut seniority dan banyak kekangan itu ini. orang lain semua ikut expressway.
Sebelum selesai meroyan, bagi kawan-kawan yang kerja swasta, kawan-kawan & adik2 yang masih belum dapat kerja, kawan-kawan yang berkhidmat di IPTA/IPTS juga kawan-kawan yang kerja di bidang industri, pakatlah ramai2 bukak laman web ni, dan mohon lah segera. biar kami di sektor awam je yang ketinggalan di belakang. frust sungguh!! huwaaaaaaa.
royanan selesai. sekian.