Social Icons

Monday, September 5, 2011

Vienna Part 2 : VIC dan groundpass


Bismillah. 
Hajat di hati nak sambung entry berkurun pasal secebis pengalaman di bumi Austria. Harap2 kepala ni tak terus tersembam ke keyboard lah yer:P Mata dah berat walau jam belum pun pukul 12:00 malam, ngantuk akibat terlebih sudah makan musim raya ni, sudah pasti! Errmm, apa kelasss letak entry Vienna di kala malam bulan mengambang bulan Syawal ni kan, di saat orang lain sibuk update gambar dan menu open house sana sini. Takpalah, yang nak rest sekejap dari tgk gambar juadah2 rumah terbuka boleh singgah baca blog ni:) 

Sambung cerita okeh. Sila jangan ngantuk, kalau ngantuk pun sila2 lah berlakon tak ngantuk okehh!:P Baikk! Seperti yang telah saya ceritakan dalam entry sebelum ni, setiap pagi kami perlu menaiki bas untuk ke IAEA Laboratories Seibersdorf yang terletak di Wagramer Strasse 5, yang jaraknya (kalau trafic smooth) lebih kurang 1 jam perjalanan. Kalau nasib kurang baik, nak nak masa balik petang2 kadang2 hampir 1 jam 1/2 hingga ke 2 jam.  Terlentok2 lah dalam bas. Tambah lagi bila dah pukul 6 petang (waktu Vienna), yang menyamai pukul 12:00 malam waktu Malaysia. Berair-air mata tahan mengantuk! 

Oleh kerana banyak masa terluang dalam bas, jadi gambar2 pun dari dalam bas. Yang mana ada di bawah ni adalah pemandangan sekitar bandar Vienna dan kemudian menyusuri kawasan pinggir bandar, yang dah start ada ladang2 bijirin tu. 


Layann lah yer! 









Dah kata pergi sini pasal kerja kan. Saya ceritalah sikit pasal training ni, boleh? Sikit ja, janganlah boring yer. Few lines aje, janji! Ok, training ni hanya 2 minggu saja, bermula 11 Julai hingga 22 Julai. Regional training ni adalah on Bioinfomatics & Genomics Tools for Enhancing Quality Control/Assuarance towards good laboratory quality management. Secara yang sangat surfacenya, aimnya adalah untuk memperkukuhkan pengurusan data makmal yang berkesan untuk menjamin kualiti sesebuah organisasi, untuk lebih spesifik perkhidmatan veterinar lah, itu sudah pasti. Kursus ini sepenuhnya adalah tajaan IAEA dan FAO. Terima kasih daun keladi kerana tak masukkan CV saya dalam tong sampah dan beri peluang pada saya menimba ilmu dan pengalaman yang sangat berharga, kalau ada follow-up training on  advanced techniques nanti jangan terlepas pandang nama saya tau:) 

Sebut sebut IAEA ni, anda tahu tak apa bendanya tu?:P Tak tahu IAEA tu apa? Sila GOOGLE. Bukan susah pun! Baru-baru ni tak pasal-pasal nama IAEA jadi top di Malaysia akibat isu LYNAS di Gebeng tu. 


Baikk! First day harus la report duty dulu kan. Tempatnya di Vienna International Centre (VIC) di mana semua peserta konferen, mesyuarat, seminar, dan semua tugas rasmi harus melaporkan diri dan akan diberikan Ground Pass untuk mengakses tempat2 yang tertentu. Jadinya, kena ikutlah kan. Ini compulsory:) 

                  


















Ini di perkarangan VIC, selepas dapat groundpass ;) 



Maka selepas dapat groundpass ni bermulalah episod di IAEA dan episod kerja sampai kurang masa nak update blog di sana, huhuhuu. InsyaAllah dalam entry yang seterusnya akan dikongsikan okehh. 


Okeh, cerita sampai VIC ni dulu ya. NGantukk.. HUarghhhh! 

Oh ya, esok senin, jadi kena kerja ke? Cer tolong jawab kan, huhu! 

Yang dah tersengguk, 
Si buntal, 
Tiara Lake Park 
1:08am 050911


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...