Wednesday, September 30, 2009
Tahniah Hiwana & Khairul Ariffin..!!
Monday, September 28, 2009
Happy Eid 1430H..!!
1 Syawal 1430H - Macam biasa, bangun awal untuk sembahyang Sunat Aidilfitri di Masjid berdekatan. Ramai sungguh jemaah perempuan kali ni, saff kena extend sampai dalam stor. huhu. Bersalaman & bermaafan sesama ahli keluarga kami. Bagi angpau pada adik-adik yang 3 orang. Dan tak lupa jugak menuntut angpau dari En Rizal. ehehehee..:p (sampai hari ni saya masih belum buka sampul yang En Rizal bagi pada saya:p). Makan juadah tak ingat dunia, balas dendam. Aktiviti diteruskan dengan balik ke kampung Atuk saya untuk menziarahi pusara orang-orang tersayang yang telah pergi. Sedih juga, terkenang arwah mama saya, walaupun dah 4 tahun berlalu. Terus beraya di rumah saudara mara yang berhampiran.
Thursday, September 10, 2009
26 Ramadhan & Kegeraman saya...
Disebabkan semangat nak cuti awal ni, kerja pun kena kasi beress dulu, kalau tak tak tenang bercuti kat rumah nanti. Harini seharian dok mengadap http://ehcd.mosti.gov.my untuk apply Skim Biasiswa Penyelidikan Guna Pasca Siswazah bagi Pegawai Dalam Perkhidmatan (LDP). Aduhaii, geramnya saya. Dateline 24 September 2009. Dah sah-sah dalam "Raya Fever". Dari minggu lepas saya & nurulaini fill in online form tapi asyik sangkut. Macam-macam error yang keluar. Lemah betul. Permohonan pulak hanya online, tak main pakai borang-borang hardcopy dah. Ini lah keburukannya, bila nak buat sistem online, tapi sistem tu sendiri tak mampu lagi nak support banyak features yang ada. Hang sana sini, lambat dsb. Geram sungguh..!!
Kegeraman saya akhirnya dilemparkan ke blogspot ini:p serius, dah naik fed-up isi online form diaorang. Dah elok-elok isi, sekali bila buka semula kosong, kena fill in lagi, dah berapa kali jadi macam ni. Bukan satu muka surat, ade 8 muka surat dari butiran peribadi, sampai ke proposal research semua kena buat semula berulang kali. Lunch time (ehh lunch??!:p) saya pun saya tak ke mana hari ni, padahal dah janji dengan en rizal nak mencari bedsheet. Terpaksa ditunda.
Oklah, biarlah online system MOSTI tu seketika. Yang penting raya fever masih top rank dalam kepala. Esok kami berangkat ke Teluk Intan, program mengemas rumah seharian. Adik-adik saya semua mengelat tahun ni, balik lambat, jadi takpa, since kami paling dekat sekali dan boleh on and off ke Teluk Intan (hometown saya) - Batu Gajah (Hometown En Rizal) - Ipoh, kami marathon. Khamis program mengemas di Teluk Intan, Jumaat ke Jln Klang Lama untuk program susun-atur rumah en rizal (nak balik ipoh mesti jammed niii..huhhhuhu), Sabtu agenda memasak lemang di hometown En Rizal. Malam raya kami berangkat sekali lagi ke Teluk Intan untuk beraya. Tahun ni first raya kat hometown saya...(grinned..ehehehe)
Baju raya...!!! Baju raya tak siap lagi..!! masih kat Tailor JC kat hometown saya. huhuhuuu.... Kalau tak siap, alamatnya malam raya kena gi merayap la cari ready-made nyer. Baju melayu En Rizal pun tak tau dah siap ke belum, bila call tak berjawab... adoi gamaknya sibuk menjahit sampai tak dapat nak angkat call customer..... kalau tak ok jugak, kena pi serang esok pagi ni...
Kuih raya..!!!! Err...dalam nak berjimat tahun ni, terlebih beli jugak nampaknya, masa order sumpah tak sedar, nampak sedap-lawa je order.. sekali bila order semua sudah marii.. banyak la pulak.. dalam hati, takpe, leh sedekah sapa2, boleh jadi buah tangan bila beraya kat rumah sedara mara kan. kann. (sedapkan hati:p).
Jam dah pukul 3.30 petang, saya kena gunakan kaedah cuba-jaya sekali lagi untuk completekan online application ehcd Mosti ni. Masih belum beres, nanti ade pulak yang kena datang ofis esok, padahal dah elok2 cuti approved.
Selamat berbuka puasa untuk semua. Harap-harap saya sempat menulis satu posting lagi menjelang hari raya ni..ehehee..
Thursday, September 3, 2009
Items to Let Go..:))
Now dah snap a few pic for let go items:
Holds wallet, sunglasses, personal technology,
Platform bottom.Top zip closure. Dual shoulder straps with 24cm.
Interior signature lining with a back wall zip pocket and multifunctional slip pockets.
Pale shiny gold hardware; square G-link logo;
Dimensions : Width:39cm X Height:29cm X Depth :13cm
Dimensions : Width:15" X Height:11" X Depth :5"


e, new with tag, saya beli masa shopping tak ingat dunia kat Blossom Factory Outlet, Bandung. main rembat je tak fitting. Sekali balik tak muat daa..huhuhu...
3) Blouse anlie, size XL
Khaki color, masa kes macam di atas, tak muat. pluffy hand, ade cerut juga kat bahagian bawah, nice and saya mmg suka, tapi tak muat pulaks. huhuhu. Price masa beli Rupiah 89,500 jugak = RM 30, tapi nak let go RM20 jugak.
4) Blouse Carina Swarovski, size M
Saya beli blouse ni sbb colornya so sweet (orange-white), beli di Heritage Factory Outlet, Bandung. main rembat saja jugak, tapi rupanya tak muat, harga sama Rupiah 89,500 = RM30, nak let go RM20 saja.
If you guys are intested, pls let me know thru email and YM at: fateh_shuhay@yahoo.com.
Prices are negotiable but not included with the postage fees. Thanks.
P/S: I also got 1 New Guess Watch to let go (extremely gorgeous new with tag price, 10 years warranty with warranty card) but not yet snap the pics. I bought for RM430 from princessvictoriastylo.blogspot.com (Retail price in outlet is RM650 at that time), wanna let go at RM320.