
di sebalik kesuspenan sekalian warga hulu selangor yang nak menentukan siapa yang bakal jadi pemimpin mereka, kami berdua pulak telah memberikan 110% komitmen untuk mencuci rumah baru yang baru siap major renovation pada weekend yang sangat hot ini.
langsung tak merayap ke mana-mana, survey perabot pun tidak, survey lampu kipas pun tidak, survey kitchen appliances pun tidak, sebab semua alhamdulillah dah complete beli beransur-ansur. rumah pun dah siap reno, jadi untuk memaksimumkan cuti en.rizal yang berbaki kurang seminggu kami sepakat nak cuci rumah, hehe. letihnya sampai sekarang macam nak pengsan (padahal elok je boleh tulis blog). mana taknya, betul2 kami 2 orang ja yang mengerjakan atas bawah rumah tu. debu tak usah cakap, bukan seinchi, kurang skit dari sejengkal gamaknya. tambah lagi kat dining & living area yang bersebelahan dengan concrete slab yang dibina di luar. nak tercabut jugak tangan menyental.
tapi syok punya pasal, habis basah kuyup yang luar dan yang dalam, tak sempat nak snap gambar beria-ia. so takda bukti betapa sengalnya tulang 4 kerat ni untuk tatapan semua. Tapi sebelum balik tadi sempat saya snap gambar plaster ceiling kami yang alhamdulillah dah siap sepenuhnya.
@ Living & dining area : sangat simple, design lekuk 'S" tu en.rizal yang design sendiri tak lama dulu. saya takda contribution idea langsung sebab dia fikir sorang2 tengah2 malam buta. tau2 esok pagi en. rizal tanya saya "ok tak design ni?" then kami terus proceed. hehe.
@ Dry kitchen : design ni paling simple, takda curve. lurus aje
untuk dikongsikan bersama, kos untuk plaster ceiling ni agak berbaloi. harga yang kami dapat ialah RM2,900.00 untuk car porch, living & dining area, dry & wet kitchen dan concrete slab belah tepi yang kami tambah. kiranya cover semua area kat tingkat bawah, plus 2 area kat luar rumah (car porch & concrete slab tepi. alhamdulillah, kami puas hati dengan hasil kerja kontraktor ni. first time tengok orang pasang plaster ceiling, rupanya daripada banyak keping, bila dah plaster & cat terus cun, ingatkan datang sekeping besar gedabak tu. hahahaa. ape la teha =p
pasal rumah, ini saja buat kali ni. setakat ni progress alhamdulillah, dah mula nampak & bayangkan cemana lah rumah kami nanti. grill sengaja tak pasang lagi. dah complete major reno ni, baru nak pasang lagipun bukan ada apa barang penting dalam rumah. So now, lepas cuci ni, nampaknya boleh dah install customade cabinet utk dry & wet kitchen and wardrobe untuk bilik. wah, tak sabar!
sebelum entry ni melabuhkan tirai ewah ewah, tahniah kepada P. Kamalanathan tersayang kerana telah menang P94. di Hulu Selangor, sila tunaikan janji BN kata nak bagi RM 3 juta untuk pembinaaan SRKJ(C) di sana kelak. Jom layan keputusan undi di http://www.malaysiakini.com/news/130185.
sekian, selamat malam.