Social Icons

Showing posts with label Ephyra. Show all posts
Showing posts with label Ephyra. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

Simpul mengkarung

Nikmat rasanya bila cuti. 
Syurga (read : heaven). 
Sebahagian nikmat. 
Syukur. 

Malam tadi siap kena simpul mengkarung. Tidur tak berselimut, sebenarnya salah sendiri sebab tertidur. pendingin hawa pulak beriya sikit lagi nak sampai titik beku. Hamikk. Kejut partner sebelah tak bergerak2. Tgh2 kejut tetiba short circuit pulak, kena kaki yg sebelah lagi. Boleh pulak gitu. Adoi. Punyalah sakit. Lama tak kena. 

Ok habis pasal urat simpul. 

Alhamdulillah, dpt balik kampung minggu ni. Sibuk sangat anak dan menantu yg dua org ni sampaikan baru harini dapat balik hutan melintang. Ni semua penangan renovation rumah yg pelbagai dugaan, skrg masih dalam ubahsuai dah masuk kontraktor ketiga selepas yg pertama dan kedua diberhentikan. 

Sila tanya 
"sempat ke siap rumah kau teha". 
Jawabnya adalah 
"Berani kau tanya soalan tu". 

Atau kalau berani cuba tanya 
"Tahun ni buat open house lagi tak?" 
Jawabnya adalah 
"Ada, temanya CLOSE HOUSE" 

Boleh jugak tanya 
"Baju raya kau berapa pasang teha, warna tema apa?" 
Jawabnya adalah 
"Tiada maaf bagi mu" 

Hikmahnya, mungkin tahun ni kami akan beraya sakan ke rumah orang sebab rumah sendiri dah tak macam rumah. 

Ini serius, bukan nak merendahkan diri yg sedia rendah, nak cakap berlapik pun bukan. Mmg betul lagi sahih, rumah serupa rumah terbengkalai. Kitaorang yg dah 3 bulan mengadap projek tak siap2 ni pun dah dua tiga kali fikir nak check-in hotel. Haha. 

Ok. Habis lah meroyan. 
Harini mood balik kampung, dekat 2 bulan kot tak balik. jadi, sila jgn spoilkan. 

Mood mari. 

Bazar Ramadhan Teluk Intan is the bestt!  Suami pun kata best sbb banyak pilihan makanan yg dah terkenal dgn kesedapannya. Kecur air liur. Petang tadi teluk intan hujan, kalau tak hujan agaknya penuh satu bonet kereta beli makanan. 

Semua benda nak rasa. Beli sana sikit sini sikit. Rojak mastan ghani checked, laksa mastan ghani checked, satey wak teni checked, roti john sedap checked, air jagung lengkong, puding caramel checked. Kalau tak ditahan suami tadi mahu je menambah lauk kat Gulam Rasul. Dalam pada hujan, kalau terang benderang agaknya dgn mamak Gulam saya ajak balik jadi tukang masak. Haha. 

Tips kekal cargass di siang hari walaupun jaga 2 lab, kejap naik kejap turun, lps tu balik rumah yg tak macam tak siap tu, mengaruk sapu, lap habuk dan mop, ubah perabot ikut tempat mana nak kena hacked. Tiap2 hari okey. Mmg mencabar. 


Dari sudut tenaga mmg amat2 membantu di bulan puasa ni. Biasanya saya mmg jenis lembik melepekk. Dari sudut kecantikan, sebagaimana yg anda semua telah tahu akan menganjalkan kulit muka & tubuh, rambut kuku sihat, kulit lembab, parut pudar dan hilang jika konsisten, ramai yang ada eczema pun mengakui keberkesanannya. 

Siapa nak, bagi tahu awal. 
Promo Raya ni sangat berbaloi. 
Sambutan amat menggalakkan. 

Mrs. Farizal 
27-07-2013 



Thursday, July 4, 2013

cepatlah berlalu wahai minggu yang sesak

banyak dugaan.
banyak cabaran.
semua benda nak kejar sebelum puasa.
kata-kata dua tiga rakan buat saya terfikir beberapa kali
"teha superwomen" "teha superman"
maknanya? suruh pakai sepender kat luar.
haha.
ngarut. 

cepatlah berlalu wahai minggu yang sesak.
agar cepat bermulanya ramadhan yang tenang

mukadimah.

cakap pasal ramadhan. dan puasa.
berkaitan dengan tenaga lah kan.
macamana superwoman nak maintain tenaga sepanjang hari berpuasa.
macamana para suami/lelaki kita nak kekal bertenaga sepanjang hari
di pejabat, di sekolah, di uni, di kolej,rutin tetap seperti biasa,
kerja tetap kerja. perlu bertenaga!

bukan setakat perlu maintain sepanjang siang berpuasa,
lepas isyak nak kekal bertenaga untuk terawih,
subuh pula bangun awal dari biasa sebab nak bersahur.
haaaa.. tenaga amat penting di sini!

jom boost tenaga dengan EPHYRA! 




TIPS : PENGGUNAAN EPHYRA DI KETIKA BERPUASA / RAMADHAN 


 EPHYRA : 1 KOTAK (30 SACHET) 
*untuk kegunaan 30 hari* 
Dulu RM 228.00/kotak
SEKARANG RM 197.00/kotak
 


 YANG LAGI BEST

...

...

...


PROMOSI RAYA 2013 

2 kotak EPHYRA pada harga CUMA RM 390.00 
* termasuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia 
* Free Shaker Ephyra
* Free Handbag Organizer (macam dalam gambar bawah) 

Boleh buat stok siap2 untuk bulan depan 
Boleh share dengan member ofis atau adik beradik 
Boleh belikan untuk suami/isteri mak/ayah.


 

BUKAN SETAKAT MENGEKALKAN DAN MENAMBAHBAIK KECANTIKAN DAN KESIHATAN, MALAH MEMBERIKAN TENAGA SEPANJANG HARI!


HUBUNGI : 
SMS/Whatsapp : 012-546 6373 (Fatiha) 
COD kawasan Ipoh sahaja 
Penghantaran ke seluruh Malaysia & Antarabangsa



Tuesday, January 1, 2013

di mana2 dan bila2 masa




Selamat Tahun Baru 2013!

Amat terkesan dengan bingkisan ini...

"Bila kita mempunyai rasa meminjam, akan terbit rasa redha untuk melepaskan. Tapi bila kita punya rasa memiliki, akan timbul rasa tamak, rasa takut dan rasa tidak mahu melepaskan sesuatu yang kita rasa sepenuhnya milik kita. 

Segala-galanya yang kita ada hanya pinjaman. 
Tiada yang kekal milik kita. Semuanya milik ALLAH yang menguasai dunia dan akhirat. 

 Hakikat dan kenyataan itu memang telah sedia maklum. 
Penerimaan terhadap hakikat itu membuatkan hati yang berat menjadi ringan. 

Rasa redha dan berserah akan sangat2 dirasai. Dan, apabila kita belajar untuk mula redha, ketenangan sangat pasti akan datang menyusul :)

nukilan asal, HA
olahan, FS 

 
belum cuba belum tau ^__^

Terima kasih 2012 yang penuh kemanisan ! 
Mrs. Farizal 
010113
 


Sunday, November 25, 2012

Weekend Marathon : Moisturiser


[Maafkan hamba, weekend2 gini memang masa untuk belek2 muka dan badan pampered diri sendiri, maka entry pun harus berbaur kecantikan dan kesihatan okeh]

Dalam banyak2 SK-II moisturiser, sepanjang 3 tahun terjebak ni saya cuma berpeluang cuba Skin Signature, Whitening Derm Definition, Facial Lift Emulsion dan yang terbaru (beli masa Christmas sales 2012) adalah Stem Power (belum pakai lagi pun).  

Year 1 (2009/2010) : 
ini bukan botol Skin Signature tahun 2009 ya. tak kuasa nak simpan2.
ni botol SS yg sy tgh pakai skrg :p 

Masalah kulit muka saya yang dikenalpasti adalah tone tidak sekata (uneven skin tone) dan kering. beautician tu cadangkan killer moisturiser mereka iaitu Skin Signature, 80gram (SS) untuk permulaan. Nasihat dia elok sihatkan kulit dulu, baru fokus untuk betulkan masalah lain seperti uneven skin tone tu. Dia kata lepas habis SS (dia estimate 4-6 bulan selepas tu) baru dia akan rekemen saya pakai regime yang sesuai untuk selesaikan masalah tona kulit tu.  Saya pakai SS bukan 4 bulan, mahupun 6 bulan okeh, saya pakai SS genap setahun (jimat kan!), sebab cuma pakai 1x sehari iaitu pagi. Dasar hajah bakhil :p

Komen :
yer, memang sangat puas hati. Kulit muka saya agak kering sebab kurang minum air. Hidung mengelupas itu biasa bagi saya ketika tu. Selepas gunakan Skin Signature kulit muka mula terasa lembab, tapi tak sampai berminyak. Bab garis halus (fine line) masih tak boleh bagi komen sebab takda line lagi kot masa tu. (tak boleh belah). Tapi serius. Dan yang penting makin hari, kulit muka terasa anjal (firm). Maksudnya tak lembik bila dipegang. Anjal ni kena dirasa tau, anjal tak boleh “nampak” tapi kena “rasa”.

Tips :
Masa pakai Skin Signature ni, pastikan anda sapu hingga ia resap dalam kulit dan kemudian biarkan seketika untuk penyerapan (absorbtion) lebih kurang 2-3 minit sebelum pakai foundation (kalau korang pakai lah) atau compact powder. Biasanya saya akan buat benda lain sementara menunggu Skin Signature ni menyerap, contohnya pakai perfume atau buat gaya depan cermin. 

---

Year 2 (2010/2011):
susah gila nak ambil gambar ni sbb botol kaler silver yang kaya dgn pantulan gini :p 
Evaluation ke atas kulit muka saya dijalankan dan terus dicadangkan moisturizer Whitening Source Derm-Brightener, 75gram (WSD) untuk selesaikan masalah uneven skin tone. Dia cadangkan jugak Essence Whitening Spots Specialist, tapi Spots Specialist ni nantilah saya cerita dalam bab “Essence” ya. Sekarang kita habiskan bab moisturizer dulu :)

Komen :
WSD ni lebih “light” structurenya. Bila apply dekat muka pun cepat menyerap. Masalah saya beransur pulih, kulit yang sebelum ni sangat ketara ketidak-samaan nya, sekarang lebih sekata. Masalah sun-burn pada masa tu dah dapat diatasi. Masih memberikan keanjalan yang baik pada kulit muka saya. Saya masih pakai 1x sehari, jadi memang tahan lebih lama dari sepatutnya. Sampai skrg ada lagi. tapi sangat sikit. Best, saya suka WSD ni. 

Tips :
WSD mudah serap jadi tak payah tunggu lama2 sebelum pakai compact powder atau foundation, tapi dah jadi habit saya lepas pakai moisturizer memang akan tunggu kejap, tak terus pakai compact powder. Cuma tipsnya kat cara keluarkan moisturizer ni, sebab packaging nyer unique sikit. Korang tengok gambar bawah ni okeh. Jadiknya kalau terkuat pusing, WSD ni akan keluar dengan banyaknya, dan masalahnya adalah kita tak boleh nak masukkan balik. No way okeh. Jadi sila jangan berangan ketika bukak moisturizer ni, focus skit :p 

no way IN ok, just the way OUT :p 
---


Year 3 (2011/2012):
Saya berpatah balik ke Skin Signature, 80gram (SS) sebab masalah uneven skin tone makin dah mengurang, dan saya sedar perlu terus maintain anti-aging regime bermula sekarang lagi.

boleh nampak kan dah nak habis. pandai tak ai budjet, elok je hujung tahun SS pun habis:p 
Komen:
Alhamdulillah, skin become more and more supple, firmer. Puas hati. Kulit muka lembab walaupun semasa tak pakai SS. Nampak sihat je muka. Suami selalu jeles. Ahahaha:p 

Tips :
Please jangan letak too much SS ni, cukup sebesar coin 20 sen saja untuk satu muka. Pastikan ketika korang apply kat muka tu buat dgn gentle, ambik masa dari satu point ke satu lagi point muka. Jangan pakai kelam kabut okeh. Rugi kalau SS yg sepatutnya serap dalam muka tapi disebabkan korang tak sabar, kena wipe pulak oleh compact powder sponge. Nanti SS penuh kat sponge korang, bukan kat muka korang. Nanges rugi.

---

Year 4 :
Bila dah genap 3 tahun hujung tahun 2012 ni, maksudnya tahun mendatang ni (2013) akan jadi tahun keempat saya bersama SK-II lah kan. Saya tak bukak lagi Stem Power tu sebab SS saya di atas masih ada lagi. So review Stem Power akan menyusul bila saya dah mula pakai nanti okeh :) 

stand-by dulu dalam gobok. habis SS baru pakai Stem Power ni
---

Additional Moisturiser

Masa redeem point akhir tahun 2011, saya dapat pilih untuk redeem Facial Lift Emulsion, 30ml (FLE) x 2 bottle. Pakai siang boleh, pakai malam pun boleh. Jadi saya gunakan FLE ni bila malam, Itu pun kalau rajin (adalah sangat malas dan tak minat berkrim2 di malam hari). FLE ni pun masih ada lagi. Sepanjang hidup saya selama ni sebenarnya tiada istilah Krim Malam (Night Cream)! 

Structurenya lebih oily, dan perlukan lebih masa untuk serap. Di malam hari (it u pun kalau saya rajin), lepas basuh muka, saya akan pakai FT Lotion, FT Essence, Serum C dan kemudian Facial Lift ni. Memang sedikit berkilat muka bila pakai. Bila face-time dengan husband mesti dia akan tanya "syg, muka syg berkilat la, nnt abang dah balik syg nak pakai ke krim2 ni semua?" maksudnya apa tuan puan? maksudnya tak payah pakai krim malam2 sbb suami kata mcm hantu :p 

Cakap pasal redeem point SK-II ni, banyak tau barang yang korang leh redeem. Boleh tengok CatalogRedemption ni ya (klik sini). 

P/S : semalam baru lepas buat entry pasal SK-II Festive Set 2012, anda boleh baca di sini (klik sini ya) 


cadang jap2 lagi nak tepek mask 
25 nov 2012 
12:25 pm 

Saturday, November 24, 2012

muka

disember 2012 ni baru genap 3 tahun jadi pengguna SK-II. senang nak ingat sebab semuanya bermula pada christmas sales 2009. 

sebelum tu tengah pakai Clinique (sebut pun tak pe kot kan, tak payah nak rahasia rahaasia kan?). pakai clinique tu pulak, sejak mula bergaji sendiri, bermakna sejak tahun 2005. maknanya 4 tahun jugak berclinique. hati ni macam biasa, selain tergedik nak menukar2 skincare product, yang sebenarnya kurang berpuas hati dengan kualiti kulit muka pada masa itu. macam tak ada perubahan yang signifikan selama 4 tahun dgn Clinique. 

saya pakai 3 steps Clinique yang "cleanse - exfoliate - moisturize" 

4 tahun okeh, tidak berganjak, setia. dari 2005 hingga 2009. dan malangnya tak menambah apa2 yang necessary mengikut keperluan masa tu. tak berani nak upgrade pakai macam2 benda.  

sebab fikir, 
"aku muda lagi, basis skincare je cukup, muka bukan teruk sangat"

yer betul. memang kulit muka saya takda jerawat ataupun kawah bulan mahupun gunung berapi. tapiiiii... tone saya tak sekata, dan kering. serta tidak bermaya (wahhh ayat). 

maka pada disember 2009, kaki pun ringan je melangkah ke kaunter SK-II Jusco Ipoh. dalam hati, betui ke tak betui kau ni teha. SK-II ni bukan untuk orang tua ke. usia pada ketika itu 27 tahun kurasakan amat muda sekali. (tak boleh blah kan?) 

bermula lah episod racunn baikkk-punya oleh amoi beautician SK-II yang mengatakan 27 tahun BUKAN muda. (sampai hati sob sob!). BUKAN muda lagi dia kata aii. terus sentap tahap 18 kuasa 88. menggelupur. (mudah diperdayakan kan kau teha, terbukti!)

ada banyak festive set yang diaorg tawarkan tiap kali christmas sales. biasanya ada commitement set / inspirational set / revival set / miracle set / discovery set / radiance set. semuanya ada kandungan yang berlainan, ikutlah kesesuaian keadaan kesihatan kulit muka masa tu, tak lupa jugak kesesuaian budjet :p 

lalu untuk permulaan, saya bulat hati mencuba Pitera Revival Set. revival set masa tu mengandungi :  
SK-II Pitera® Revival Set , Year 2009
· Facial Treatment Essence (FTE) 215ml / nickname "miracle water"
· Skin Signature, 80g 
· Facial Treatment Cleanser, 20g (freebies)
· Facial Treatment Clear Lotion, 20ml 
(freebies)
· Skin Signature 3D Skin Redefining Mask, 2pcs 
(freebies)
· Facial Treatment Repair C, 15ml 
(freebies)
· Signs Eye Mask, 1pc 
(freebies) 

dan saya tambah FT Cleanser 120g, sebab tengok cleanser freebies seciput je 20g, manalah cukup kan. (dah nama pun freebies teha tolong la). terus dapat member card dan mula kumpul point. 

Pitera Revival Set, Christmas 2009

ya amoi, memang kau diciptakan untuk jadi beautician dan sales promoter. 


lalu selepas itu, setiap kali hujung tahun, atau secara tepatnya semasa christmas sales, saya akan membeli apa yang patut di beli di kaunter SK-II, tapi tidak lagi di Jusco Ipoh (skrg Aeon Mall), sebab kekerekkan diaorg melayan customer yang kerekk jugak macam saya pada 2010. Bermula 2011, cintaku beralih arah ke kaunter SK-II Parkson Ipoh Parade. Dengan amoi nama "Moon". 

Yang bestnya Parkson ni, adalah dia ada 5x bonuslink point. Dan setiap hujung bulan dan christmas sales ada Parkson Voucher, untuk barangan kosmetik RM 30 voucher untuk setiap pembelian bernilai RM 150.00. Haaaah, berbaloi ke tak baloi. Sekali me'refill' barang2 skincare SK-II boleh dapat RM 200 - 300 voucher tau! jadi ada item yang kita boleh beli balik dengan voucher tu, harussss kena ada strategi penjimatan! 




Sejujurnya saya rasakan pelaburan ni amat berbaloi, dan berpuashati dengan kulit muka saya. Takda apa nak complaint. Saya bermula dengan basic set (seperti Revival Set Tahun 2009 di atas) yang mengandungi cleanser (FT Gentle Cleanser yg tak masuk set, saya tambah sendiri) - toner (FT Lotion) - Essence (FT Essence (Miracle Water ) - moisturiser (Skin Signature) dan kemudian step by step mula mencuba beberapa jenis essence dan moisturiser yang berlainan fungsinya mengikut keperluan yang direkemenkan oleh Beautician, hinggalah sekarang. 

InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan Review Product SK-II yang dah saya gunakan dalam masa 3 tahun ni. Selepas tu, satu entry lagi untuk Tips Penjimatan penggunaan SK-II ni. 


p/s : christmas sales 2012 dah start, maksudnya festive set pun ada available di pasaran. di bawah ni saya kongsikan festive set 2012, menariks kan. Untuk lebih lanjut boleh terus je ke laman web SK-II Malaysia (klik sini) 

Ini FT Essence Limited Edition. Lawa kan botol merah! Saya tak beli yang ni, sbb FTE yg tgh guna masih ada 2/3 lagi, dan festive set 2012 yang saya baru beli semasa sales baru2 ni dah ada FT Essence 215ml, tapi bukan botol merah lah :( 

Set ini ada FT Essence 215ml & Cellumination 50ml, yang lain2 tu freebies. 

Set yang ni pun ada FT Essence 215ml, kemudian ada FT Lotion atau toner, yang lain2 tu freebies. sesuai untuk yang nak berjinak pakai SK-II :) Kalau dah sesuai, lain kali boleh tambah moisturiser :) 

Set ini ada LXP Ultimate Perfecting Essence, 150ml, Serum 50ml, Cream 50ml, Cleanser 120g, Massage Fluid 200g, Mask 2 jenis, Eye cream. Saya belum pernah pakai LXP range :) 

Set ni rasanya ramai pelanggan beli, terutama yang nak refill FTE dan pertama kali nak cuba FTE. Dapat toner dan mask as freebies. Jgn lupa beg make-up jugak! worth it:) 

Haaaa.. saya cadangkan beli set ni untuk suami/isteri, atau boyfriend/girlfriend yang baru nak cuba FTE. Ada FTE satu utk women, dan satu untuk men! Freebies jugak ada utk lelaki & perempuan. 

Set ini pulak kita boleh dapat kalau kita tak berminat beli festive2 set di atas, jadi kita beli satu-satu (loose item) dgn harga sekurang2nya RM 1,100, kita layak dapat freebies macam dalam Set Fill-at-Will di atas. tak susah sangat nak cukupkan RM 1,100 tu, beli 2 loose item saiz besar biasanya confirm cukup. so memang layak dapat set ni even korang tak berminat dgn festive set yang lain. 


utk christmas sales tahun ni, saya pilih Pitera Revival Set lagi walaupun sbnrnya FTE 215ml saya masih ada 2/3 lagi. aim asal cuma nak beli Skin Signature (moisturiser) sahaja sebab dah tinggal sikit sangat, tapi alang2 pulak rasanya. Dgn set ni saya dapat upgrade Skin Signature 80g saya kepada moisturiser terbaru dari SK-II iaitu Stem Power, 80g. FTE pulak boleh simpan dulu dan macam biasa, freebies tu untuk kegunaan travelling saya ;) 

>> Saya dah update & buat entry Review Mosturiser SK-II. boleh klik di sini ya 

saya dah refill beli apa yang patut, anda bila lagi?;) 
mrs. farizal 
24 nov 2012 
6:52 pm 


Wednesday, October 3, 2012

26 hari lagi. tak eksaited langsung.



korang, korang ingat status FB saya yang ni? 





dan kemudian yang ni ? 





Ok, disebabkan saya confirm korang tak ingat la yang kena paste semula 2 FB status di atas :P 



Sebulan dah pun berlalu, lepas meneliti komen kawan2, dan buat research sana sikit sini sikit, saya pun memberanikan diri buat percubaan pertama iaitu Ephyra. Baca blog Kak Di dari awal Kak Di bercerita pasal Ephyra, masa tu tak terasa langsung nak menggoogle apa ke benda nya tu, jauh sekali terasa nak cuba. tapi bila di"hint"kan oleh suami, tahun ni birthday saya ke-30, terus sentap dan menggelupur cari kolagen, kahkahkah.  



Pada masa saya buat keputusan tu, justifikasi saya : 



- saya ambil kira testimonial pengguna2 Ephyra yang lain, termasuklah testimonial tentang RASA Ephyra, sebab bagi saya faktor "rasa" tu penting, sebab kalau takleh nak telan, takda maknanya melabur beli mahal-mahal. Ephyra ni rasa macam air asam boi (atau nak describe dgn kelass sikit, mcm tutti fruity:p). 




- Ephyra bukan sekadar ada kolagen, tapi ada 8 lagi ramuan lain (Sila Klik Website Oceanlife2u ni : http://oceanlife2u.com/9-wonders-of-natures-miracles-from-east-and-west-in-ephyra/ ). 
Antaranya adalah Acai Berry, Acacia Gum, L-Glutathione, Asthaxanthin, Tomato powder, Acerolla Cherry, Marigold Flower Extract, Superberry 


- price-wise : tak terlalu mahal, tak terlalu murah. tengah2. dan bagi saya berpadanan dengan kandungannya yang bukan sekadar kolagen. marine kolagen. 



- teruja sebab banyak kandungan BERRY yang bermacam jenis. SEBAB? Sebabnya saya ialah golongan darah jenis B+, dan pengambilan jenisan Berry adalah advantage untuk pemilik darah jenis ni! Darah jenis A jugak! 




OK! 



Setelah genap sebulan, berikut merupakan sedikit perbandingan sebelum dan selepas : 



Arahan sebelum tgk gambar : 



1) Sila jangan muntah, atau kalau nak muntah pun takyah lah bagitahu :p 

2) gambar ni semua dalam kereta, sbb itu je masa nak bercam-whore (waktu trafic light merah) sambil keeptrack & simpan rekod perkembangan diri sendiri 
3) maafkan gambar dari handphone ini, dan maafkan faktor pencahayaan jugak. ianya tidak dikawal. 
4) sila jangan bandingkan faktor pengembangan muka akibat gemuk, ya saya gemuk! 
5) saya suruh perhatikan kulit muka, bukan benda lain, dan saya hanya boleh pamerkan muka shj untuk dikongsikan, bahagian badan yang selebihnya dilarang untuk tontonan umum walaupun terdapatt baaanyak kesan positif lain selain di muka :P 


Sept2012 : Beberapa gambar sebelum dan selepas, tanpa makeup, just pakai bedak johnson& johnson shj.

Sept2012 : Beberapa gambar selepas berEphyra. Yang ni pakai very light compact powder & lipstick. 

Awal Okt2012, with very light compact powder & lip balm

Awal Okt2012, with very light compact powder & lip balm.
Sila abaikan nandek di antara kening, sebab bulan tgh mengambang :p 

Awal Okt2012, with very light compact powder & lip balm


Lagi testimonial awal dari saya sendiri mengenai perubahan2 selepas minum Ephyra (sistem pencernaan, rambut, kuku, kulit muka, kulit badan, bibir, tenaga, tumit, tapak tangan, tapak kaki, parut) ada dalam BlogShop saya : D'Beauty Of Muslimah. 


Sila klik sini kalau berminat baca testimonial awal saya klik sini Blog D'Beauty Of Muslimah 



Dan, Macam dalam FB Status yang kedua di atas. 

Terpulanglah pada korang semua nak pilih kolagen yang mana satu untuk pemakanan tambahan diri. Tapi memang saya rasakan amat perlu dan tak rugi mencuba. Korang mesti akan rasa perubahannya. 


Kalau nak cuba Ephyra, 

Boleh contact saya! 
Akhir sekali, sungguh tak siokkkk sekali nak melangkah ke alam 30-an ni. 

Harap diberikan kesihatan dalaman dan luaran yang baik. 
Dan, kena mulakan makanan tambahan yang sepatutnya, dan gaya hidup sihat juga! 

------------------------------------------
UPDATE EPHYRA : PROMOSI AIDILFITRI 2013! 







tiara lake park 
3-oct-2012, 00:26 am

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...