Sejarah Kad Pengenalan Saya.
IC pertama saya peroleh sebaik
umur genap 12 tahun pada 29-10-1994.
Arwah mama saya bawakkan ke Pej
Pendaftaran Teluk Intan, taktahu sekarang ada
lagi atau tidak. Nak jadi cerita, masa menuntut pada tahun 2 di UKM, IC saya dicopet, maka tiada lagi IC muka umur 12 tahun saya. Kisah copetnya begini...
Satu weekend yang damai (hehe:p),
kelihatan 3 sekawan terkedek2 menuju ke Stesen Komuter UKM. Hajat di hati nak
ke Sogo membeli barang-barang keperluan (punyalah jauh kan), maklumlah baru
dapat duit PTPTN. Jam dah menghampiri zohor, perut kosong masih belum
terisi. Kugagahi demi Sogo, hehe:P
Sampai di Sogo, sempat
withdrawkan sejumlah duit untuk aktiviti joli. Tengok jam waktu pun dah masuk, lalu 3
sekawan pun ke Surau Sogo untuk menunaikan fardhu. Selesai sembahyang saya
perasan purse saya tiada dalam sling bag. (sebenarnya sling bag tu saya letak dengan selamba kat tepi dinding & tidakk berZIP, maka ia terlopong).
Saya mula cuak dan bagitahu Semah & Aida.
Confirm.
Confirm kena kebas.
Seorang kakak baik hati tiba2
menghampiri 3 sekawan yang tengah gelabah. Terus bagitahu kami supaya tak payah
cari lagi, mesti dah hilang entah ke mana. Dia juga terus bawak kami bertiga
keluar dari Surau.
Lalu tiada ikhtiar lain melainkan
buat report ke Balai Polis terdekat (Balai Polis Dang Wangi). Hilang dalam surau
tuu. Hangat hati. Hangat lagi bila tahu tak boleh shopping. RM300 untuk seorang
student yang hanya dapat pinjaman separuh pada masa tu amat besar ertinya pada
saya.
Wuuu wuuuu T__T (sedih tak tahu nak kata, lepas tu kena marah pulak dengan arwah mama saya)
Wuuu wuuuu T__T (sedih tak tahu nak kata, lepas tu kena marah pulak dengan arwah mama saya)
Selesai buat laporan polis, kami
terus balik ke UKM. Dalam perjalan balik pulak, hati dah redha dengan ketentuan
Ilahi (:p) tapi, perut yang kosong tadi semakin berkecamuk. Migraine pun datang
bila dah lewat makan.
Lalu, apa lagi, dalam train je terkeluar semua isi perut.
Hanya sempat tadah dengan kertas surat khabar. Berbau satu tren, yang tutup
mulut tak usah nak kira lah. Sudah jatuh ditimpa buah nangka.
Dengan itu terhasillah IC baru
saya ni.
![]() |
| Masa ni spek pun frameless, muka baik kan, hahahaa. guling2... :P |
Masa kejadian ni saya tahun 2 di UKM, tahun 2002, umur 20 tahun. 10 tahun dan
berlalu rupanya!
Wahai IC tahun 2002, dah 10 tahun juga usia kau. tak lama
lagi tuan punya nak upgrade lagi ke IC baru. Nampaknya wajah umur menjangkau 30
tahun pulak kali ni. Oh oH tidakk!
p/s : sambung cerita, bila balik kolej kediaman di ukm baru saya terfikir, entah2 kakak yang konon-baik-hati tadi tu yang lesapkan purse saya. dia pakai baju kurung besarrr sangat, padahal orangnya kuruss.
yang benar,
mrs. farizal
tiara lake park
27-02-2012
10:17pm

No comments:
Post a Comment