Social Icons

Showing posts with label Lanzhou. Show all posts
Showing posts with label Lanzhou. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Lanzhou #2 :: utk siapa yang tanya senang ke makan? :)


takkan kebulur walau di mana ceruk rantau pun kita berada. makanan halal adalah banyak. cumanya takdelah dapat apa yang kita selalu makan di Malaysia. mana nak cari roti canai, nasi lemak, teh tarik, teh ais, kari kepala ikan mamak, nasi goreng kampung, ikan 3 rasa semua. selagi ianya halal, makanlah, jangan memilih. bukan lama sangat pun, tak mati pun. keluarlah dari kebiasaan, sekali sekala. takkan pengorbanan nafsu tahap tu pun takleh nak kawal. 

dialog tipikal yang orang akan tanya bila kita pergi mana2, dalam negeri, luar negeri atau luar negara adalah "macamana sana, makan senang?" 

sampaikan Sheikh Muzhafar ke angkasa lepas pun PM dok tanya masa interview 
"makan macamana, ok ke?" 

lagi satu, bab halal. terlebih dahulu, ini pendapat peribadi saya berdasarkan kefahaman otak ni digest. kalau salah, silalah betulkan saya. 

sebagai rakyat malaysia, kita kan terdidik supaya gunapakai produk yang mempunyai Logo JAKIM sahaja, which is good untuk enforcement di negara kita. syabas JAKIM. kalau dalam Malaysia, ianya amat praktikal untuk kita perhatikan tanda Halal JAKIM untuk buat pilihan, tapi kalau berada di luar negara, manalah kita nak cari logo Halal JAKIM (unless mmg jumpa produk tempatan yang diimport, atau produk luar yang diikhtiraf JAKIM), jadi bila dah nampak tanda Halal dari negara lain seperti Thailand, China, Indonesia, Australia, Europe, USA, yakinlah. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mempraktiskan undang2 Halal & Haram, dan menguatkuasakan Logo Halal, Malaysia juga bukan satu-satunya negara yang ada Islamic Council untuk Bab Halal Haram, Europe ada, USA ada, semua negara Asia ada. 

How sure yang Halal JAKIM dan enforcement kita is the best? Kalau ada peraturan saja, tapi enforcement lemah, tak jadi jugak. Kita ada pergi tengok requirement & enforcement dari Islamic Council dari negara lain untuk bab Halal Haram ni? Atau yang terdekat, ada kita pergi tengok Hub Halal Dunia iaitu negara jiran kita Singapura? How comply they are? 

Pernah tak tengok requirement Australia untuk Food Quality Standard & Safety tentang bagaimana nak ikhtiraf produk itu adalah KEK PISANG? Saya pernah baca, dan antara syaratnya adalah kandungan PISANG dalam produk tersebut mestilah lebih 85%, baru produk tu layak dipanggil KEK PISANG. Itu baru nak tentukan KEK PISANG! Eh, kek pisang kat Malaysia layak ke agaknya dipanggil Kek Pisang yer? :p 

Jom sama-sama buka minda, jom berfikir, janganlah terkongkong sangat. Janganlah was-was tak bertempat. C'mon, Islam hangat diperkatakan di seantero dunia bukan Malaysia saja, dakwah jugak giat di mana-mana bahagian dalam dunia bukan Malaysia saja, termasuklah kesedaran yang tinggi tentang kelebihan makanan halal berbanding haram, bukan Malaysia saja. Yang bukan orang muslim pun dah mula cari makanan Halal sekarang, mula cari sumber daging yang disembelih halal, dsb. Its everybody's concern now! 

Tu dia intro.... :p Okeh, back to business. Enjoylah gambar2 makanan di bawah yer. Jangan nak tanya "Halal ke makanan yang ko makan ni teha?" 'Halal ke kedai makan yang depa bawak ko ni teha?" Makanan ni semua adalah Halal, dan kami amat beruntung sebab organizer amat prihatin dengan kehadiran 4 orang Muslim dalam kumpulan kami, semua Restoren yang dipilih adalah Halal, tapi sesetengahnya masih lagi serve arak untuk menjaga market penduduk majoriti mereka yang bukan muslim. Pandai-pandailah kita bawak diri. 

complimentary breakfast setiap hari


ok apa makan telur hari2 untuk breakfast

Lunch Day 1 : Teh wajib kalau makan di gerai-gerai

Lunch Day 1 : Jagung untuk praktis pakai chopstick

Lunch Day 1 : Sup Ayam dan Cendawan ni adalah SANGAT sedap. ada cili padi lagi tu :p 

Lunch Day 1 : Beef ni pun sedappppp


Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal. 

Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal

Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal.

Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal.

Day 2 Lunch : Beef Noodle


Lunch Day 2 : Beef Noodle

Lunch Day 2 : Beef Noodle

Lunch Day 2 : Beef Noodle

Dinner Day 2 : Satey Kambing

Dinner Day 2 : Satey Kambing 
Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk
Day 6 : Kacang2 di market

Beli teh di pasar

Lunch Day 6 : Lunch terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Kambing!! 

Ali bin Abu Talib karramallahu wajhah pernah berkata : 
"keluarlah dari negara bagi mencari sesuatu yang berharga. bermusafirlah kerana bagi musafir itu ada lima kelebihan - terlepas daripada kerumitan, dapat meningkatkan kualiti hidup, kaya dengan ilmu dan pengalaman, berpengetahuan tentang adab dan budaya serta mendapat ramai kenalan 
(sumber : Buku Pasport Musafir, Oleh Mohd. Zuhdi Ahmad Khasasi, PTS Islamika) 


Mrs Farizal 
10-11-2012, 4:42 pm 


Lanzhou #1

Korang, letih tau. Letih transit sampai 2 kali dan kena claimed luggage, berangkut dari satu terminal ke satu terminal, memunggah segala isi beg dari satu kaunter kastam ke kaunter kastam yang lain, dari arrival gate ke boardng gate yang satu lagi. Akibat dari route kali ni yang tak berapa friendly juga saya terpaksa menggalas beg deuter 45+10 L yang terisi segala mak nenek keperluan, dari yang luar hingga yang dalam, pakaian sembahyang, baju sejuk dah sah2 sebab perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat yang lain, gadjet2 juga harus di bawa bersama. Nak dekat 11 kg tau beg galas saya. orang perak kata "rebehh bahu". 


18 jam perjalanan termasuk transit


Cabin China Southern Airline yang membawa kami dari Singapore - Guangzhou, dan kemudian Guangzhou - Lanzhou

tiba di Zhongchuan Airport, Lanzhou. rasakan dua2 berlengas tak mandi seharian. 



Zhongchuan Airport, Lanzhou

Serius saya tak pernah dengar "Lanzhou". Jom kita sama2 mengenal Lanzhou dengan lebih dekat. 

Boleh nampak kan kat mana Lanzhou ni terletak. 

  • Lanzhou terletak dalam Province Gansu
  • Bandar terbesar di Wilayah Gansu, merangkap ibu negeri
  • Populasi 3.8 million (10% muslim), Wilayah Gansu merupakan wilayah terbesar bagi komuniti muslim di China. Keseluruhan muslim di China dianggarkan 30 million. 
  • Pertanian : sayuran dan buah (terutama tembikai susu dan pic) 
  • Bunga rasmi : ros dan lily 
  • yang lain-lain sila wiki sendiri :p 

statue sebagai simbolik Yellow River sebagai Mother River kepada penduduk negara China

satey yang dijual oleh orang muslim. sedappppp. 

Cukup kot untuk entry pengenalan Lanzhou ni. Walaupun tak sefamous destinasi perlancongan seperti Beijing, Shanghai atau Guangzhou, Lanzhou ada juga tarikannya yang tersendiri. InsyaAllah ada masa saya akan tulis lagi mengenai Lanzhou dan trip kali ni :) 


kepala tengah melayang cari idea tentang sesuatu perkara, 
mrs. farizal 
10-11-12, 1:56pm 

Saturday, October 20, 2012

the last entry before departing to malaysia

we are the last one. the last one to depart from lanzhou. all other colleagues from Sri Lanka, Indonesia, the Philiphines, Thailand, Vietnam were departed very early in the morning, including Georger Mair (our best lecturer & facilitator ever) from Vienna, Austria. great hospitality from the host, valuable learning session & interactive discussion in the classroom & the laboratory. just perfect! sweet memory in Lanzhou. hope to meet all of them once again soon.

tak beli apa kecuali keychain yang sempat di grab kat Mother of Yellow River semalam petang.
serius, dan masih tak percaya sebab mmg tak beli apa2 lagi. sebab takda apa2 dan tak jumpa apa2 yang berkenan di hati. peluang terakhir hanya di Airport.

ok, nak packing dulu. sebab belum packing lagi. wohoo!
oh ya, travelling route masih lagi mencabar.
Lanzhou - Guangzhou - Singapore - Ipoh.
and the route will take us 16 hours to reach home.

saya rindu nescafe aisssssss
Mrs. Farizal
Room 902, Lanzhou Legend Hotel,
Tianshui South Road,
Lanzhou, Gansu, PR of China
20 October 2012, 10:05 am


Thursday, October 18, 2012

when the communication is totally breakdown

sorry2, bukan saja2 nak mengadu domba, bukan nak mengada.
rasanya bukan di lanzhou saja ada masalah ni, di mana2 part of China juga.
malah di Eropah pun jadi jugak (pengalaman pergi Vienna tahun lepas).
dalam kepala ni, asal tengok kulit putih je, mesti ingat depa ni fasih berbahasa inggeris.
padahal kita lupa, dalam dunia ni ada banyak lagi bahasa lain, selain inggeris.
lebih memburukkan keadaan, saya taktahu bahasa lain macam Perancis, Jerman dan Spanish pada masa tu.
dalam keadaan sekarang pulak, bahasa mandarin yang belajar kat Uni pun yang ingat cuma bilang 1 sampai 10, ni hao ma, wo hen hou sahaja. bahasa arab yang belajar di sekolah menengah jugak tak dapat banyak membantu.

adalah amat sukar bila ada languange barrier.
serius. amat sukar dan stress.
hendak ke sana dan ke mari, hendak buat itu dan ini, semuanya kena gunakan pelbagai aksi tangan dan kaki (kadang2 mata, hidung, mulut juga) untuk menyatakan hasrat di hati.
macam nak bergaduh pun ada dengan orang yang lawan cakap.
akhirnya dua2 stress, dua2 belah mengutuk belah yang satu lagi.

oklah, moralnya, belajarlah banyak bahasa, supaya campak mana pun tak susah.


























baru lepas berparty hotpot,
Mrs. Farizal
Lanzhou Legend Hotel
Tianshui South Road, Lanzhou China
18 Oktober 2012 : 10:57 pm

Tuesday, October 16, 2012

malam yang bakal -2C

pertamanya, silalah bagi idea cemana nak dapatkan feeling buang air besar.
(sorrylah kalau ada yang rasa jijik sangat entry ni, takyah lah baca okeh. )

saya memang biasa jugak ada masalah gini esp bila travelling,
tak payah pergi jauh2 pun, kadang2 pergi tempat lain sikit sistem pencernaan dah buat hal.
tapi biasanya takdelah teruk sangat. dan mudah diovercome bila makan fibre dengan banyak.

masalahnya skrg ni, sejak sampai sini, takde feeling langsung nak mencernakan hasil2 yang tak seberapa dalam usus ni. tempat ni mewah dengan buah-buahan yang manis2 dan sedap2, maklumlah tengah musim sejuk skrg ni. hari2 makan buah tak kurang 2 biji (kadang2 epal, kdg2 oranges, limau mandarin), sayur mmg makan banyak sbb mmg kebanyakan lauk yang boleh dimakan adalah sayur. Daging merah ataupun putih ada, tapi tak makan banyak. Ikan belum pernah jumpa sepanjang kat sini.

masalahnya (masalah lagi) masih tak boleh mencerna.
keadaan toilet, di hotel memang tip top, bersih takda masalah. masih ada sumber air.
keadaan toilet di LVRI, agak menyedihkan, memang saya akan pergi bila terpaksa je.
(hari2 terbayang penemuan2 dalam tandas perempuan, fobia gila).
takda sumber air langsung, walaupun sinki basuh tangan! tisu toilet pun TAKDA.
can u imagine? sila dtg ke China ya.
wet tissue bawak entah berapa kajang, dah tinggal kurang dari separuh je stok,
walaupun baru je 3 hari kat sini.
sebelum duduk saya wipe toilet cover, sesudah mencerna dah tentulah kena bersihkan diri,
then sekali lagi saya sterilizekan toilet cover tu, dan akhir sekali sterilizekan tangan sendiri selepas bukak tombol pintu toilet, dan keluar kemudian baru keluar.
boleh bayang tak, sekali saya mencerna kena pakai berapa pieces wet tissue??

mungkin stress sebab wet tissue dah banyak habis,
maka otak ni automatik translate supaya "jangan berak?"

oklah, korang pun mesti dah uweekkk uwekkk dan cakap saya tak senonoh.
tak kisah, cakap je lah.

----------------------------------------

habis cerita pasal sembelit.

masuk cerita weather.
masa sampai airport Lanzhou, keluar2 je airport, terus angin sejuk satu macam datang,
terasa macam duduk dalam aircond suhu maksimum tapi takleh nak off aircond tu :P
suhu tengahari tu around 18C, so masih ok lagi.
malam cecah 8C, pun masih ok lagi. sebab kami dah selamat lena dalam bilik, tak keluar bilik pun.

Isnin, di LVRI, masih boleh tahan sebab siangnya around 16C, malam jatuh 6C,
gigil2 jugak la keluar dinner official malam tadi.

Harini, Selasa, hamiikk kau.
Tiba2 suhu siang drop sampai 9C,
sampaikan tengahari tadi keluar makan (jalan kaki lebih kurang 1km), kebas pipi ni.
Sekarang (around 7:10 malam), suhu dah pun 3C.
Saya dah berlong-john dalam bilik.
tengah fikir nak pakai berapa lapis baju sebab kejap lagi around 7:30 mlm, nak keluar cari makan malam.
Suhu paling peak malam ni adalah -2C.
Negative. Dan kurang menyenangkan bagi orang kampung macam saya.

yang tak sempat2 shopping lagi,
Mrs. Farizal
Lanzhou Legend Hotel,
Tianshui South Road.
16 Oct 2012 : 7:18pm


Monday, October 15, 2012

when all social networks are permanently banned...

assalamualaikum. 

what a boring life without any of social network. wuuhuuu..! 
skrg ni (kat blogger ni) pun boleh bukak dan tulis entry & preview je, 
nak tengok blog sendiri pun takleh, blog sapa2 pun takleh. 
facebook, twitter, YM, skype, youtube, yang seangkatan dengannya mengalami nasib yang sama. puasa yer, sila puasa teha, sekejap je. 

alhamdulillah, touchdown di bumi Lanzhou jam 11:30 pagi Ahad, 14 Oktober 2012 selepas lebih 18 jam perjalanan dari Ipoh-Singapore-Guangzhou-Lanzhou yang sungguh memenatkan mental dan fizikal! Tak sukanya transit! Tapi air-ticket semua sponsored by organizer, sila jangan over nak merungut depan2 organizer. depan korang takpa. 

nak cerita panjang2 macam dah letih. sbb sebenarnya baru je sampai bilik ni. 
(oh yer, high speed internet is available in this hotel, walaupun bukan WiFi, but still, as long as you can get connected to the world, syukran jazillan ya allah). skrg tengah chatting dengan en.rizal sama di Yahoo Mail ni. semalam saya bagitahu en.rizal, saya rasa letih sangat2, sebab takleh tidur langsung dalam perjalanan, rasa nak nangis je. memang yer pun, sangat2 letih bila lebih 24jam tak tidur langsung. badan sakit galas beg sandang dan asyik kena heret luggage dari satu transit ke satu transit. lepas mengadu domba chatting dan dipujuk2 oleh en.rizal terus leh tidur :p (ape yang ko nak sampaikan sebenarnya ni teha?;p) 

ade jugak gambar sikit2 masa di Changi Airport, Singapore, Baiyun Airport, Guangzhou dan Lanzhou Airport, serta serba sedikit gambar di Lanzhou Veterinary Research Institute (LVRI) sepanjang workshop kami hari ni dan tak lupa official dinner baru kejap tadi, tapi tak kuasa pulak rasanya nak cucuk2 cable camera mahupun iphone di saat ini. InsyaAllah ada masa saya buat entry lagi okeh. 

dua benda yang saya expected dari Malaysia, dan adalah totally wrong bila sampai ke Lanzhou 
  • Lanzhou ni mula2 saya ingatkan macam Ipoh ataupun lebih rural dari Ipoh (sbb dalam web tak banyak info dan tak nampak kemodenan sangat) tapi sebenarnya besar dan happening, macam KL, diulangi, Kay Ell. 
  • LVRI yang mula2 saya ingatkan biasa2 saja, rupanya besar dan canggih 2x dari VRI Ipoh :p 

Moral : sebab itu pepatah kata banyak berjalan luas pengalaman, kalau tak banyak berjalan tu sebab kita asyik nak perasan tempat sendiri je yang terbaik, dan segala ter..ter.. lagi.. :P dan jangan cepat sangat buat spekulasi mentang2 ko tak pernah dengar nama tempat tu. 

Open up yourself and never ever stop learning! 

from lanzhou with love, 
mrs. farizal 
15 Okt 2012, 9:27pm 
Legend Hotel 
Tianshui South Road Lanzhou, Gansu, 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...