Social Icons

Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Saturday, June 14, 2014

pasport musafir

Buku ini banyak membantu. Lengkap semuanya, bagi yang tertanya-tanya, ragu-ragu. 
Cuma senarai restoren halal perlulah diupdate dari semasa ke semasa, dan tidaklah tertakluk dengan hanya yang ada di dalam senarai ini sahaja. Tapi pilihan yang dah tertera bukan sedikit, banyak sangat, semoga ianya pemudahkan pembaca. 

Bab adab musafir 
Bab solat 
Bab makan 
Bab keselamatan 
Bab hotel 
Bab puasa 
Bab pengangkutan 

Bacalah. Jangan sombong. 
Bacalah. Elakkan ragu dan was-was. 
Bacalah. Banyak yang mudah dari yang susah. 
Bacalah. Biar berilmu. 







Sudah maghrib

14 June 2014 , 7:32 pm 

Monday, April 28, 2014

buku

Assalamualaikum. Lamanya tak menulis. 
Menulis tapi tak terpublish, sudahnya berjujuk draft entry. 
Malam ni sebelum lena, nak tulis pasal pesta buku antarabangsa. 

Jealous bila Pesta Buku selalunya bertempat di PWTC 
Jealous bila BiG Bad Wolf juga tempat berlangsungnya biasanya di KL. 
Saya di Ipohhhh!! Bukanlah terlalu jauh Ipoh ke KL, tapi yang merencatkan langkah adalah masa! 
Timing tak kena! 
Asyik beli buku di toko biasa saja, 
ataupun kalau malas sangat cuma mampu beli MPHonline dan Pustaka Darul Iman saja. 
Tapi feel nya lain dengan ke pesta bukuuu! 
Sangat lain. 

Yang sedang berlangsung ni pulak, di antara yang istimewa. 
Istimewanya sebab penulis yang saya amat kagumi sedang berkampung di sana. 
Pn. Raudzah Roslan! atau nama penanya Roza Roslan. 
Selain mempunyai sebahagian buku tulisan beliau, 
saya juga meminati tulisan suaminya iaitu Prof. Dr. Muhd. Kamil. 
Minat dan kagum. 
Sangat. 


Tengah berkira-kira menyusun ayat nak mengajak sang suami ke PWTC hujung minggu nanti. 
Mungkinkah dapat jumpa Roza Roslan, mungkinkah? 
Hehehehe. Doakan saya. 


Rumah semanis rumah

28 April 2014, 10:27 pm 

Saturday, August 17, 2013

muhd kamil ibrahim / roza roslan

dulu dua nama ini asing. 
kini, sinonim. 
itu yang dikatakan. 
tak kenal maka tak cinta. 

mulanya saya dahagakan motivasi. 
tercari-cari panduan. 
tercari-cari arah hendak bermula. 

maka atas rekomendasi beberapa orang rakan, serta rakan blogger. 
juga, hasil pencarian di internet. 
jumpa beberapa nama. 
saya beli beberapa naskah. 
berkisarkan panduan haji dan umrah. 
berkisarkan motivasi haji dan umrah. 

di antara naskah-naskah tersebut 
yang paling lekat di hati 
adalah tulisan Muhd Kamil Ibrahim dan Roza Roslan
Travelog Haji "Mengubah Sempadan Iman" 
terima kasih yang tak terhingga atas nukilan yang berjaya melembutkan hati yang keras 
terima kasih atas tips yang bernas buat insan tuli yang pertama kali hendak menjejak tanah haram 
terima kasih atas motivasi buat insan yang dulu kosong kini mula rasa terisi 
terima kasih atas semangat hingga membuat saya tidak sabar mahu pergi lagi dan lagi 
terima kasih atas suntikan hingga hati saya bulat, yakin dan tidak berpaling lagi 

semakin dibaca tulisannya, semakin terasa dekat dengan mereka. 
terima kasih Prof, terima kasih Kak Roza. 

antara bahan bacaan untuk panduan haji & umrah, a must have collection. 
tulisan roza roslan Travelog Impian Abadi - Kehidupan Abadi - Cinta Abadi 

selain panduan & motivasi haji & umrah, elok juga kalau bakal2 haji & hajah sekalian cari bahan bacaan berkisarkan sirah kota makkah & madinah, pasti mudah nak buat perkaitan bila kaki betul-betul berpijak di kota haram itu nanti. 

sekarang MPH ada diskaun 10% bagi buku-buku edaran dan terbitan Mutiara Minda. 
untuk yang ingin mengenal Prof Kamil & isterinya Roza Roslan yang kini menetap di Kota Madinah, boleh ke : 
Website Prof Kamil : http://muhdkamil.org/
Blog Roza Rozlan : http://muhdkamil.org/rozaroslan/ 

Jumpa lagi next entry, insyaAllah. 



16 Ogos 2013

Tuesday, January 31, 2012

Ombak Rindu | Bicara Hati | Gemersik Kalbu | Vanilla Coklat | Ariana Mikhail

Kebanjiran Filem/Drama adaptasi novel terulung! Kan? 
Nampak trend di situ. Satu yang baik.  
Novel boleh jadi laku bagai goreng pisang semula. 
Makcik-makcik dan muda mudi macam saya (LoL) kecoh nak balik rumah awal sebab nak make sure pukul 7 malam semua serba serbi dah siap dan boleh duduk depan tv! 

----------------------- 
:: Ombak Rindu ::
novel tersohor, tapi malangnya filem adaptasi tidak begitu terkesan di hati. the only thing yang SANGAT membantu selain dari Aaron Aziz ialah OST Ombak Rindu oleh Hafiz & Adira. Thumbs up! 


----------------------
:: Bicara Hati ::
saya hampir tidak ingat apa konflik yang terjadi antara Zahlia dan Tengku Syahran, tapi rasanya nama tu sinonim di fikiran saya, maknanya pernah lah baca!  Saya baru berkesempatan melihat 2 episod hingga hari ini, tapi buat saya nak tgk lagi! 

Cuma yang saya kaciwa sebab waktu siarannya yang hanya seminggu sekali T__T (nak tengok hari-hari boleh?). Btw, Sharnaaz Ahmad ni cakapnya mmg ada slanga eh? 



----------------------
:: Gemersik Kalbu ::
Saya tak pernah baca novelnya. Tapi drama ni saya ikut dari mula, walaupun adakalanya sesekali datang boring dengan jalan ceritanya, terutama part awal. Tapi bila Raihana dan berjumpa dengan Suffian plotnya semakin menarik! Hari-hari tengok tak missed weh! 


"Ingin ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu"... LOL 


----------------------
:: Vanilla Coklat :: (Saya rasa bukan adaptasi novel, cuma waktu siarannya semusim dengan cerita2 novel lain)
Iya, saya minat Izara Aisyah walau dalam masa yang sama saya masih dibayangi watak antagonisnya dalam Soffiya. Seperkara lagi, waktu siarannya yang clash pulak dengan Bicara Hati. Jadi, apa boleh buat ?  


----------------------
:: Ariana Mikhail :: (Saya pun rasa bukan adaptasi novel, cuma waktu siarannya semusim dengan cerita2 novel lain)

Saya tak pernah tgk langsung. Jadi no komen. Boleh? 



Nota kaki : Saya langsung tak boleh recall novel melayu apa yang terakhir yang baca. huhu. 

Okeh, sebenarnya tgh tgh Bicara Hati ni :) 



Tiara Lake Park 
31-01-2012 
9:27 pm 



Saturday, December 31, 2011

::makan-doa-cinta::

Haruslah orang yang tak seberapa terurus perlu ada diary untuk menguruskan aktiviti penting dalam kehidupan :P Besar jasamu wahai diary, walaupun dah berapa tahun tak dapat yang free :(


hasil pencarian diary2012, yg berakhir dgn beberapa hasil yg lain jgk :P


Survey diary di beberapa tempat, last2nya yang di Jusco Kinta City yg jadi pilihan. Pilihan2 yang ada di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular (itu saja pun yang ada di Ipoh ni), agak mengecewakan, huh! Masa di MPH, diary yang dicari, tapi mata ni terpandang pulak pada Eat, Pray Love! Bunyi macam ketinggalan zaman kan =P

Ya betul, saya memang belum menonton filem Eat Pray Love, baik di pawagam (sebab sang suami hanya layan action / thriller movie saja di pawagam uhukss!), mahupun belum nonton DVD.

Pada mulanya tak berapa yakin sebab melihatkan rekod buku-buku yang dibeli sejak 1,2 tahun ni mula tak terbaca habis, tapi untuk Eat Pray Love saya cuba sekali lagi! 


peneman pi servis kereta kali ini:P 

Love, 
Teha 
Tiara Lake Park 
31 December 2011 
4:20 pm 

Sunday, October 10, 2010

Eat Pray Love (EPL)


aritu tengok MAGIKA dengan shariza, naama, basirah, kak zarra & aniza. dari 5 bintang, saya kasi 4.5 bintang. sebab? sebab ada part yang saya tak leh terima apabila dimuzikalkan. tengah ai feeling air mata berlenang2 sekali masuk laguuu.. hancus! terkencat suda baaah:p cemana pun tahniah pada KRU sebab katanya kutipan dah mencecah lebih RM 4 juta.

berbalik pada topik malangnya EPL masih belum ditayangkan di Ipoh. haiihh la, apasal la Ipoh selalu lambat?? tak sabar nak tgk EPL, lalu saya pun ushar2 saja di MPHonline dan browse sana sini about it.

ikut sinopsis ceritanya, Elizabeth Gilbert (Julia Robert) dia ni dah kawen dan ada krisis rumah tangga hingga menyebabkan penceraian. maka untuk mengubat hati dia nekad merantau untuk mencari dirinya yang sebenar, yang dah lama ditinggalkan. Destinasinya Rome, Italy - Bali, Indonesia dan Delhi, India. masa ni lah die jumpa dengan hero dan dia banyak belajar tentang kehidupan yang lebih bermakna. Tgk dalam review semua gambar2nya cantekk2! dan dengar2nya jugak filem ni dikatakan filem terbaeekk oleh Julia Roberts.



bagi siapa minat membaca, boleh dapatkan di mana-mana kedai buku. taklah mahal mana, tak sampai RM 40.00. bagi siapa nak tonton, pi la cinema mana2 kecuali Ipoh yang lambat sangat. tensiii!

mana nak cari EDP nih? ada tak terjumpa kat mana2?

Wednesday, February 17, 2010

Sharing is Caring :: The Principles of Success



Baru-baru ni saya dengan rajinnya beli buku motivation yg ke-6 selepas "Who Moved My Cheese?" by Dr Spencer Johnson dan beberapa siri Chicken Soup for the Soul masa zaman Uni dulu. Menyedari diri ini semakin kekurangan motivasi, kalau dibiarkan mmg boleh capai tahap demotivation yang terlampau. Saya juga dah jarang masuk MPH/popular sekarang. Dari pengumpul novel cinta tegar satu ketika dulu, hingga ke buku motivation pulak sekarang, dari pengumpul majalah CLEO di zaman Uni, sehingga lah ke impiana, impiana dapur, anjung seri, reader's digest dan pa & ma.. nampak sangat peralihan usia. ehehee. takpa, sekurangnya saya berada di track yang betul.

"Who moved my cheese?" ni adalah buku motivation yang berbentuk cerita yang sangat simple tapi realistik. tapi saya tak nak berkongsi pasal tu, saya nak berkongsi pasal buku ke-6 ni iaitu "How to get from where you are, to where you want to be" by Jack Canfield. Tak nyesal beli buku ni, sbb 1. simple 2. jelas dan tidak meleret 3.fokus 4.pendekatan yang realistik.

Sementara tunggu Cik Nani di saloon tadi, sempat saya baca FEW principles dan telah saya extract keluar point2 utk dikongsikan bersama. mana yang baik, dimanfaatkanlah ya!

Principle 1 :: Take 100% Responsibility for Your Life!
Kenapa ? Sebab...
a) apa yang terjadi hari ni adalah HASIL daripada keputusan/pilihan yang kita SENDIRI ambil at the past
b) org yg tidak bertanggungjawab akan SELALU blamed orang lain, dan beri BANYAK alasan serta compaint tak habis2.. ini tanda orang yang kurang berjaya! jadi JANGAN salahkan orang lain atas apa yang berlaku hari ini ke atas diri anda! bertanggungjawablah!

Principle 2 :: Be Clear Why You're Here
Kenapa ? Sebab...
a) kejadian kita di muka bumi ni ada SEBAB! dalam erti kata lain, each of us are born with a life purpose! saya pernah menulis dalam entry di blogspot sebelum ni tentang REASON of EXISTANCE!! yeah, mmg tepat..!! jadi cari... what are your LIFE PURPOSEs??
b) list down semua purposes!
c) stay on purpose!!

Principle 3 :: Decide What You Want
Kenapa ? Sebab...
a) Skrg dah tau your life purpose kan, jadi kena decide apa yang kita mahukan dalam hidup. BUKAN apa yang ORANG LAIN mahukan untuk hidup kita!! senang cerita "don't live someone else's dreams"
b) senaraikan apa yang ANDA mahukan dalam hidup! sbb dalam buku ni kata, orang tak dapat apa2 adalah orang yang takda kemahuan.
c) jangan TERLAMPAU risau dengan apa kemahuan anda! pedulikan apa orang kata.

Principle 4 :: Believe in Yourself
Kenapa ? Sebab...
a) be positive! pilihan HANYA di tangan anda
b) give up "I can't". dont waste yr life believing you CAN'T. buang masa!
c) pedulikan apa org fikir tentang anda. sbnrnya takda sapa pun yg fikirkan psl kita most of the time, jadi jangan terlalu risau dgn ORG LAIN

Principle 5 :: Release Your Brakes
Kenapa ? Sebab...
a) Tolong keluar dari ZON SELESA anda! sbb tu jgn terlalu negative dan takut mencuba benda yang baru.
b) orang yang berjaya mencuba sesuatu yang baru. bukan hanya mengulangi apa yang TELAH mereka lakukan!
c) jgn menghadkan segala percubaan anda untuk sesuatu yg baru!

Take home note untuk hari ini ::

" you weren't an accident. you weren't a mass-produced. you aren't an assembly-line product. you were deliberately planned, specifically gifted, and lovingly possitioned on the earth by the GOD "

Sekian, sehingga saya menulis lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...