Social Icons

Showing posts with label suatu masa dulu. Show all posts
Showing posts with label suatu masa dulu. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

nikmat cuti

selamat hari pekerja kepada semua, 
selamat menikmati cuti. 
nikmat uols bila cuti ni. kan kan? =P 

nak tahu apa yang saya nikmati harini? 
dah lama tak buat uols. sumpah. 
last rasanya zaman student2 dulu, time cuti semester. 
apakahh? 

guwee layan tidur uols. 
bangun subuh, lalu bermalas-malasan di atas katil seperti weekend yg lain. bukak tv, online di FB, check email, bagi wake-up call en.suami yang schedule choppernya pukul 2 ptg. lepas tu tertidur. 

bangkit dari kemalasan pukul 10.00 pagi uols. 
memang dah lama tak dibuat. 
lapar tak tahu nak kata. 
buat breakfast ala carte, eh ala kadar. 

bercalling2 lagi dengan en.suami. 
tanya en.suami bila nak balik. 
dijawab dengan gelak gempita dari dia. 
mana tak nya, naik chopper pun belum =P 
18 hari lagi okeh, 18 hari teha! 

selepas dapat call dari en.suami kira-kira pukul 1.45 ptg, 
en.suami bagitahu hp dah nak dioff, nak tinggal di heli-based. 
suruh take care, suruh sabar tunggu dia balik, suruh jaga pokok bunga ;) 
entah kenapa golek punya golek, terus lena lagi atas sofa. 

bangkit2, gosok mata dah pukul 4.30ptg uolsss! 
ya allah, sakit kepala! overdose. 
sungguh sejak dah menempuh alam pekerjaan, saya tak reti tidur siang lagi. sebulan sekali pun tak tidur siang, 3 bulan sekali pun tak, 6 bulan sekali pun tak (exception sekiranya migraine melanda, atau semasa awal kehamilan yg asyik letih-tak-tahu-nak-kata). saja2 nak layan tidur mmg tak uols, takda nafsu pun nak tidur siang dah. seronok juga bila tgk orang tidur sekejap especially time lunch hour kat opis. masalahnya saya takda rasa pun nak tidur!  

kalau zaman student dulu, inilah kegiatan tegar saya. 
setiap kali cuti semester, tiap kali lepas final exam. 
tiap kali weekend bila malamnya berjaga. 
rindu zaman uni! 


gambar sekadar hiasan. 


UKM2001-2004  in memories, 
Tiara Lake Park 
1 May 2012 
9:42 pm 

Monday, February 27, 2012

IC lama IC baru



Sejarah Kad Pengenalan Saya.

IC pertama saya peroleh sebaik umur genap 12 tahun pada 29-10-1994. 

Arwah mama saya bawakkan ke Pej Pendaftaran Teluk Intan, taktahu sekarang ada lagi atau tidak. Nak jadi cerita, masa menuntut pada tahun 2 di UKM, IC saya dicopet, maka tiada lagi IC muka umur 12 tahun saya. Kisah copetnya begini... 

Satu weekend yang damai (hehe:p), kelihatan 3 sekawan terkedek2 menuju ke Stesen Komuter UKM. Hajat di hati nak ke Sogo membeli barang-barang keperluan (punyalah jauh kan), maklumlah baru dapat duit PTPTN. Jam dah menghampiri zohor, perut kosong masih belum terisi. Kugagahi demi Sogo, hehe:P 

Sampai di Sogo, sempat withdrawkan sejumlah duit untuk aktiviti joli. Tengok jam waktu pun dah masuk, lalu 3 sekawan pun ke Surau Sogo untuk menunaikan fardhu. Selesai sembahyang saya perasan purse saya tiada dalam sling bag. (sebenarnya sling bag tu saya letak dengan selamba kat tepi dinding & tidakk berZIP, maka ia terlopong). 

Saya mula cuak dan bagitahu Semah & Aida. Confirm. 
Confirm kena kebas.

Seorang kakak baik hati tiba2 menghampiri 3 sekawan yang tengah gelabah. Terus bagitahu kami supaya tak payah cari lagi, mesti dah hilang entah ke mana. Dia juga terus bawak kami bertiga keluar dari Surau. 

Lalu tiada ikhtiar lain melainkan buat report ke Balai Polis terdekat (Balai Polis Dang Wangi). Hilang dalam surau tuu. Hangat hati. Hangat lagi bila tahu tak boleh shopping. RM300 untuk seorang student yang hanya dapat pinjaman separuh pada masa tu amat besar ertinya pada saya. 
Wuuu wuuuu T__T (sedih tak tahu nak kata, lepas tu kena marah pulak dengan arwah mama saya)

Selesai buat laporan polis, kami terus balik ke UKM. Dalam perjalan balik pulak, hati dah redha dengan ketentuan Ilahi (:p) tapi, perut yang kosong tadi semakin berkecamuk. Migraine pun datang bila dah lewat makan.  

Lalu, apa lagi, dalam train je terkeluar semua isi perut. Hanya sempat tadah dengan kertas surat khabar. Berbau satu tren, yang tutup mulut tak usah nak kira lah. Sudah jatuh ditimpa buah nangka. 

Dengan itu terhasillah IC baru saya ni. 

Masa ni spek pun frameless, muka baik kan, hahahaa. guling2... :P 

Masa kejadian ni saya tahun 2 di UKM, tahun 2002, umur 20 tahun. 10 tahun dan berlalu rupanya! 

Wahai IC tahun 2002, dah 10 tahun juga usia kau. tak lama lagi tuan punya nak upgrade lagi ke IC baru. Nampaknya wajah umur menjangkau 30 tahun pulak kali ni. Oh oH tidakk! 

p/s : sambung cerita, bila balik kolej kediaman di ukm baru saya terfikir, entah2 kakak yang konon-baik-hati tadi tu yang lesapkan purse saya. dia pakai baju kurung besarrr sangat, padahal orangnya kuruss. 


yang benar, 
mrs. farizal 
tiara lake park
27-02-2012 
10:17pm 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...