Social Icons

Showing posts with label Vienna. Show all posts
Showing posts with label Vienna. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Vienna : Sekitar Vienna City

Disebabkan hutang pada diri sendiri banyak, maka haruslah jangan nak panjang2 cerita. Entry ini akan dipenuhi dengan gambar syok sendiri sahaja. 

Untuk pengetahuan, kami hanya sempat berjalan di sekitar Vienna City shj, sebabnya hanya ada 1 weekend saja yang free (haruslah kan, dah kata course pun 2 weeks je T__T). Jadi haruslah maximizekan masa yang ada.  

Mula-mula Ruby Cueto (penyelaras IAEA) nak bawa kami ke Venice, Italy yg hanya 8 jam perjalanan naik bas atas tanggungan kami sendiri (which only cost us Euro 100 for a day trip). Punyalah excited angkat tangan kaki masa dia tanya. Malangnya, disebabkan lebih dari separuh dari kami mmg orang Europe, so ada aku kesah kau orang Asia 2 ketul & 4 org African nak gi Venice?? Haruslah takda sapa nak layan kalau takat 6 ketul je yang jakun terkinja nak gi Venice T__T (kaciwaaa) 

Oleh itu, kami sepakat lah nak pusing Vienna City saja sampai muntah hijau. hehe. takda lah, best apa Vienna City, kaya dengan seni arkitek yang unik! 







Salah satu public transport,train di Vienna City. Sangat efficient. Jangan risau.

 
Boleh klik kat link ini untuk terus explore Route2 Public Transport di Vienna City, Insyaallah kebarangkalian nak sesat 1% saja:P 


Baru turun tram. Public Transport mereka sangat2 efficient. Gunakan tanpa was2. Tiket pun boleh beli weekly, monthly, atau untuk 24 hrs. Then mengkome boleh naik apa jenis public transport pun, tunjuk je tiket tu.

Tak pasti apa bangunan tu, ini baru turun dari stesen Karlsplatz


Si buntal gigih nak bergambar atas rel trem. 

 
Ini pula baru sampai di stesen Ketten Bruckengasse. Turun terus sampai NarschMarkt 

Ini pula baru sampai di NarschMarkt. Ala-ala Loken kat Ipoh tu. Dr Abel dari Cameron yang guide kami ke sini. Tapi tak beli apa pun. 


Baru tiba di Schonbrunn Palace, bapak besarrr  
Di pintu masuk istana, kami masuk ke dalam istana ni, amik full package  (Classic PassGrand Tour + Maze + Crown Prince Garden + Gloriette) dapat explore satu istana, tingkat atas, dapur, bilik tidur, tandas, ruang keramaian. MALANGNYA, TAK BOLEH TANGKAP GAMBAR. So mmg takda gambar lah untuk belah dalam istana hokeyy. Kalau berminat nak tgk boleh klik official site ni :  Schloß Schönbrunn   




Namanya Crown Prince Garden. Super besarr. Lenguh kaki. Kalau tak disebabkan Dr Hendra yang bersemangat, si buntal dah lama surrender nak jalan punyalah jauh nak menyampaikan Gloriette (tembok peninjau) kat depan sana nunnnn


Getting closer. Kena naik bukit lagi tuuu!!
Ini pulak pemandangan istana dari arah dalam taman Crown Prince Garden , yang ada kereta kuda tadi dari pintu depan, ni kiranya pintu belakang laaa

Sumpah rasa nak guling tapi malangnya sah2 kat situ ada amaran jangan pijakk atau petikk. KACIWA lagi.
Half way to the Gloriette. Nampak muka seposen? 



Boleh bayang cemana muka si buntal naik tinggi ni??
Dari palace tu besaq gedabak, ni nunn jauh di bawah.
Ini gambar separuh jalan dah meninggalkan Palace
Abaikan model dan nikmatilah keindahan persekitarannya :P 


Yeahhh, berjaya sampai kat sini!! tu yang balik malaysia turun 2.5 kg tu :P kahkahkah. lepas tu naik balik bukan 2.5kg, tapi 3.0 kg, SYABAS TEHA


Rasa nak bergolek je turun, masa ni kaki macam nak patah dahh :P 



Boleh baca kan saya kat mana. Masuk sekejap je dalam maze ni sebab seriyes dah nak muntah hijau letihnyaaa :P Senyum? senyum mesti maintain, muka saya kalau masam amat buruk. 


Dalam banyak2 stesen train rasanya yang ni yang namanya catchy skit "OTTAKRING" macam SUPERRING pun ada, macam kepalaotakhang pun ada :P hehhee. Buruk je kan stesen ni. 


Ini pulak masa kami memandai2 jalan ke MariahilferStrasse yang penuh dengan kedai, mall dan butik untuk membeli belahh


Eh ini gambar masa baru sampai, turun dari trem :) 

Nota kaki : Rasa-rasa siapa menang AJL26 ? i love to see Cik-Gadis-Semasa menang!! 


Ok, saya nak tgk AJL26, 

Tiara Lake Park 
29 Jan 2012 
9:18 pm 



Saturday, January 28, 2012

Entry lagging [ Vienna ::: food ]


Mana tak lagging kan, dah genap 6 bulan balik baru nak buat entry. Janji punyalah lama nak sambung entry Vienna Part 1 , Part 2 dan Part 3

Terimalah entry ini seadanya, cuma nak cerita-cerita pasal makan2 kat sana. Tak banyak mana kalau nak dibandingkan dengan kat tempat kita, yang boleh makan pun terhad:) 





Apple Struddel : makanan tempatan warga Austria, dan merupakan makanan rutin raja2 dan pembesar seharian dan sewaktu keramaian. Masa ni kami makan di Residenz Cafe Restaurant, di Schonbrunn Palace, Vienna. 



Ini pulak namanya makanan kegemaran saya(akibat tidak banyak pilihan) sepanjang di sana. semua bekal dari malaysia. beras & buah beli kat kedai groceries sebelah hotel.  makan nasi selang sehari. balik terus turun 2.5 kg:P 



telur yang cuma separuh harga, tinggal Euro 0.49 rasanya masa tu :) 




Ini cafe  roti depan hotel. tak pernah pergi pun


Ini pulak salah satu tempat "wine" yg bagus kat bandar ni. Nama tempatnya Grinzing. Tak dpt nak snap gambar makanan yang sedap sbb saya cuma pesan Cola dan as usual, fries sahaja:) 


Baru sampai. Bergambar dengan Fethiye (Turkey) dan Eirini (Athens, Greece). Yang tinggi gila berbaju biru tu Peter Junior dari Swiss Institute of Bioinfomatics (SIB) Geneva  :) 



Di Grinzing. Next to me is Dr Mugabi from Uganda :) 


Sebahagian dari kami. Masa ni bergambar sebelum saya & Dr Hendra chow awal :) 



Some of the guys. Masa ni nak mengatur meja supaya semua boleh duduk bersama. The one with red cap and tshirt is Dr Hendra from DIC Wates, Indonesia. Yang blue shirt nampak muka sipi2 pula ialah Mihail, dari Bulgaria :) 



Nice kan tempat ni, tenang. cuma takda apa yang boleh di makan sangat 

Kesimpulannya, kita (muslim) boleh hidup di mana saja, insyaAllah tak kebulur. Kenapa saya cakap begini, sebab biasanya yang menjadi kerisauan kita nak ke mana-mana ke tempat yang tak biasa terutama negara barat, adalah... MAKANAN...! risau sangat takda makanan, risau sangat sana haram situ haram. 

Bukan pula sampai ambil mudah dan main bedal, tapi percayalah, ianya tak lah sesusah yang disangka, ianya mudah dan insyaAllah dipermudahkan:) 



28 Jan 2012 
4:11 pm

Monday, September 5, 2011

Vienna lagi :: IAEA classroom & Summer Party

Berjumpa lagi kiter yer. Baikk mari teruskan! 

Sambung sikit pasal kursus ni. Inilah ghopernyer classroom kami. Peserta semuanya 19 orang, sebab 1 org dari Bangladesh tak dapat nak hadir, sebab lagi, sebab VISA application problem. Hal ini jugak menjadikan hanya Dr Hendra Wibawa (Wates, Indonesia) dan si buntal ini menjadi the only two participants dari Asia. Yang lainnya semua dari Eropah timur dan Afrika. Jadilah kan, dari takda langsung member sebenua:P 

Dr Hendra yg terbang jauh dari Melbourne. Hes doing PhD at Quennsland Uni, sedang buat labwork di AAHL Geelong. Memula ingat saya yang paling jauh sekali, 18hours perjalanan, rupanya ada yang 26 hours:P 



Ini Jacquline, dari Kenya. Warm sangat orangnya. 


Suka sgt dapat duduk depan sekali! 



 Oleh kerana nama course pun Bioinfo & Genomics Tools maka masa 100% dihabiskan depan laptop. Menghadap sequence2 dan software2. 



Dapat laptop satu sorang


Satu2nya expert yang saya sempat snap gambarnya sewaktu memberi lecture. 
Dr Herman Unger.    


si buntal in the classroom, last day baru teringat nak snap gambar sendiri:P 


- Summer Party - 

Last day di IAEA Lab, mereka adakan satu summer party. Selain kursus yang saya hadiri ada lagi 2 kursus lain yang sedang berjalan. Bertambah meriah lah summer party ni, satu kepala bayar 10Euro. Alhamdulillah, walau tak sekenyang mana sbb tak byk benda yang boleh dimakan, dapat berkumpul beramai2:) 


 Ini bowl saya. mula-mula hanya amik fries dan fruit & vege salad saja. tapi bahu saya ditepuk oleh seorang staff IAEA "excuse me lady,you can eat chicken wings" sambil menunjuk ke arah chicken wing dlm tray dan beliau terus menyambung "those are halal, i am muslim too". Maka makan ayamlah saya setelah 2 minggu tak jamah daging langsung. 




with girl prenn 




One of the IAEA staff. Beliau banyak tolong kami dalam classroom, 
nama dah lupa. 



 Hey I am Abel Wade from Cameroon:P hiksss. Ini ketua kelas kami sepanjang 2 minggu ni. Tepat jam 6:45 am dia akan call setiap bilik remind jangan lewat sebab bas tunggu pukul 7:00am punctual. Dalam bas pulak akan buat head-count. Hidup Abelllll!! 



Ini orang terpenting! Ms Rubby Cueto, dialah yang jaga kami 19 orang, jemput kami di sana di sini, tunjukkan bilik solat untuk saya & Dr Hendra, ajar naik tram, tren dan tunjukkan kami supermarket nak beli groceries, shes so nice & warmmm. miss her! 



Ini pulak Eirini dari Greece. Dia pun sama. SANGAT warm! 





The girlssss;) miss all of you! 


InsyaAllah sikit masa lagi saya akan tuliskan mengenai apa yang saya makan kat sana dan tempat2 menarik yang saya lawati walaupun tak banyak mana sebab ada 1 weekend saja yang sempat kami berjalan. Itu pun keliling Vienna saja. Tungguu yaaa! 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...