Ya allah, sedihnya.
Minta dijauhkan dari orang yang tak berperikemanusiaan macam ni!
Moga adik yang sedang koma sekarang ni terus survive! Aminn..!

amirul dengan kerang rebusnya. tapi agaknya bukan musim kerang gemuk buntal macam saya sekarang, yang ada hanya yang kurus selidi macam saya 3 tahun 3 bulan yang lepas. hahahahaa. contoh paling mudah. 
2010 ini penuh keindahan dan pengertian. Penuh jugak dengan pengorbanan dan kasih sayang. Alhamdulillah hidup ini memang indah bila kelilingi insan-insan yang istimewa dan bermakna dalam kehidupan iaitu keluarga dan rakan-rakan seperjuangan. Hehe. Dramatiknya intro:p
Seperti annual report tahun 2009 lalu, 2010 ni pun tak kurang laporannya:p
Buat suami tersayang, terima kasih atas kepercayaan dan keikhlasan selama kita saling hidup melengkapi ni. I believe tiada perkataan yang sinonim dengan ucapan “terima kasih” di atas kasih sayang yang diberikan oleh anda selama perkongsian dua jiwa ni en.rizal. For your love & soul, syukur to Allah. That is the best word to express my thankful to Him. Dan yang paling penting, terima kasih kerana dapat menerima ai yang semakin hari semakin debab ni seadanya. Hehe. Love u!
Buat rakan-rakan, oh banyaknya kenangan tahun ni. Terima kasih sebab menceriakan hari-hari bekerja mahupun bercuti saya kepada semua oposmate. Terima kasih jugak sebab melayan karenah saya yang ntah apa-apa. Kalau disebut nama satu persatu nanti ada pulak yang terasa bila tak disebut, ucapan ini untuk semua tau;) buat teman yang jauh di mata tapi dekat di hati especially geng Genetics, Microbs & Biochemistry. rindu kamu semua, kamu juga telah ceriakan hidup saya walau dari jauh, moga ada kesempatan untuk kita bersua. Siapa rajin kepalai lah reunion kita. Lama sungguh tak jumpa nihh! ;)



Dan hari ini.... seperti yang dijangka, yang ditunggu telah kunjung tibaaa! iPhone4 telah pun dilancarkan..! Yabedabeduuuu!!
Yang lebih menarik tentang pelancaran iPhone4 ini ialah Nuffnang dengan berbesar hati telah mengadakan peraduan DiGi iPhone 4 Me! di mana pemenang yang terpilih membawa pulang DiGi iPhone4. Siapa tak nakk? Anda rugi!
Nuffnang tersayang, berilah DiGi iPhone4 ini kepada saya! Saya amat memerlukannya seperti saya perlukan cik Nuffy dalam hidup sayaa..! gheeee..
Whooooot... Kenapa saya amat perlukan iPhone 4 dari DiGi ini??

Dengan browser terbaik bagi mobil iaitu Safari, juga saya boleh ber-blog di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Berbanding sebelum ini saya terpaksa mendraftkan entry blog di telefon bimbit, dan kemudian menghantar ke laptop dengan menggunakan Bluetooth sebelum boleh diterbitkan dalam blog. Kini saya boleh terus menulis dan mempaparkan terus di blogspot saya! Tidak perlu draf dan tidak perlu Bluetooth! Semakin hari semakin dekat dengan en.Nuffnang! Semestinya!



