Bismillah.
salam 1 Januari 2014.
nak mengabadikan satu entry pada hari penting.
hari pemula 2014.
yang diramal tahun 'istimewa'
dengan pelbagai strategi baru
yang dikhabarkan dan dijanjikan lebih padu
maka kami rakyat, yang perlu segera adaptasi.
saya bukanlah ahli politik yang pandai menyusun kata,
jauh sekali sang penyair yang puitis tulisannya.
saya cuma rakyat biasa,
yang merasa nilai wang makin merundum
berkadaran dengan nilai kemanusiaan makin menipis.
kami rakyat, yang dipinta berjimat
kami rakyat, yang disuruh berhemat
kami rakyat, disuruh mengagung amannya bumi dipijak
sedangkan aset dan dapatan negara dicabul membuta tuli.
apa yang dimahukan.
mahu rakyat akur diam ?
siapa yang mahu turun ke jalanan
merisiko diri entahkan apa kan jadi
tapi apa lagi ikhtiar dan pilihan yang diberi
pada rakyat yang makin didesak dan disesah kanan dan kiri
cuma itu yang perlu kalian mengerti.
kami, rakyat milik kerajaan.
tanpa rakyat, tiada kerajaan.
rumah semanis rumah yang selamanya manis
01.01.14 jam 5:49 petang.


