Social Icons

Showing posts with label self reminder. Show all posts
Showing posts with label self reminder. Show all posts

Sunday, August 9, 2015

sayang dan simpan?

Assalamualaikum. 

Post ini tidak ditujukan kepada sesiapa, mmg betul saya tak faham dan perlukan pendapat yg lain utk beri saya lebih kefahaman. 

Saya tak faham kenapa bila 'suka' dan 'sayang' kan sesuatu (barang/material ya, bukan orang), sesetengah orang tu beriya2 membeli tapi akan memilih untuk simpan, pamer dan hanya digunakan sekali sekala, bukan untuk tujuan rutin. 

Dua contoh di bawah: 

-----

1. Pinggan mangkuk 

- Masa membeli pilih bunga dan corak yg cantik dan terkini. Bila balik rumah, simpan dalam cabinet dapur, atau lebih teruk lagi bawah katil. Sampai berhabuk tak guna. Hari2 menjamu suami, anak2 dan ahli keluarga yg tinggal sekali dgn pinggan free Colgate Darlie Daia dan segala mcm yang free lagi. Padahal bukan takda pinggan mangkuk yang elok sikit (elok tak semestinya mahal yer). 


Bila tetamu dtg, barulah keluarkan pinggan mangkuk yg elok sikit tu. Itu pun terjeling2 kalau pinggan terlaga, risau benar pecah. 

Point 1 - buat apa beli klu taknak pakai seharian atau sekadar simpan atau pamer.

Point 2 - beli pinggan mangkuk memang utk tujuan "tayang" dekat org atau tetamu lah yer? 

Mmg lah dalam islam amat dituntut melayan tetamu dengan sebaiknya. Tapi macamana dgn suami, anak2 dan ahli keluarga yg tinggal sekali? Tak perlu dilayan ke. Tak layak ke nak pakai pinggan mangkuk elok sikit? Ada beza darjat pulak ke baru boleh pakai pinggan mangkuk elok? Serius tak faham. 

Saya? 
Saya takda pinggan mangkuk mahal atau istimewa. Semuanya biasa saja dan kuantiti pun tak byk. Itulah yg saya guna utk seharian melayan suami dan keluarga, itulah yg saya guna nak menjamu tetamu. Takda bezanya. Takda yg belum pernah guna. Semua kami buat belasahan. Kadang2 suami yg tolong bawak keluar / rotatekan pinggan mangkuk yg tgh digunakan dgn yg dah lama tak pakai dalam kabinet. Suami kata "pakai pinggan bunga yang ni la pulak". Takda istilah sayang-simpan. 

Pinggan free byk, siapa taknak pinggan free kan. Saya guna utk preparation memasak. Saya suka simpan benda free selagi benda tu boleh guna, cawan plastik starbuck pun saya basuh dan simpan. Saya guna utk food preparation jugak. 

Anak kecil dan risau pecah? Kami belum ada anak, tapi pernah tudung periuk kaca saya pecah, saya sendiri yang buat. Dah nama pun kaca, nak harap kekal macamana? C'mon, Take it easy. 

Anak2 boleh beri guna tupperware kalau takut membahayakan anak bila kaca tu pecah. Jangan pulak simpan je tupperware elok2 dalam cabinet tak bagi anak guna. 



----- 

2. Barang perhiasan (emas, diamond, silver, platinum ka, jgn Magnum sudah). 

Sama je konsepnya dan pointnya. 
Beli dan simpan. 
Kenapa tak pakai? Jawabnya sayang. 
Bila nak pakai? Jawabnya bila pergi kenduri atau hari raya. 

Double tak paham!! 

Matlamat pakai barang perhiasan memang ultimately nak "tayang" dekat orang? 

Pakai la hari2. Depan suami pun berhias, apa salahnya pakai dalam rumah. Baru la menghargai apa yg kita beli atau suami beri. Rosak boleh repair, kotor boleh cuci. Ada 20 utas rantai, pakai semua, pakai. Dah memang nama pun untuk perhiasan kan, hias badan tu jgn tak bhias di rumah. 

Beli emas perhiasan untuk tujuan melabur? baik beli gold bar kalau betul2 nak melabur.

Saya? 
Saya takbyk barang kemas. Ada pun yang dah tak muat semuanya, hahahaa.. Lama dah tak membeli. Saya tak pakai sebab tak muat. Yang mana muat saya pakai hari2, setiap masa. Mandi, basuh pinggan, tidur, memang sy tak reti nak bukak2. Takut misplaced pun ya. 

Saya ada pendapat sendiri tentang barang perhiasan ni, bagi saya, lebih berbaloi ditukarkan duit yg ada dengan pengalaman dan masa berkualiti dgn org tersyg yg tak ternilai harganya. Life is too short isnt it? 

-----

Kesimpulan. 

Kalau pendapat di atas ni boleh dipakai, renung2kan. Kalau tak boleh terima pun tak apa, masing2 punya cara dan selera. Apapun, janganlah dibezakan layanan kita terhadap tetamu berbanding dgn suami, anak2 dan keluarga. Jgn lupa, diri sendiri pun mesti dihargai. 

Ingat, puas tu untuk dinikmati oleh diri sendiri bukan utk orang. Puas bila diri sendiri dapat guna,pakai, dan rasa. Bukan sebab dpt membeli tapi lepas tu simpan atau pakai untuk tayang dpn tetamu atau org lain shj. 

-----

Kenapa esok senin, kenapa? 


Tuesday, July 1, 2014

dalam pada mandomm

Assalamualaikum reader:) 

Macamana pengalaman puasa korang, dah masuk hari ke-3 pun dah ni. Harap semua sihat dan bersemangat dalam menunaikan ibadah2 dalam bulan yang penuh berkat ni. Sejak semalam, saya jadi mandom semacam. Emosi pun tak berapa nak stabil. Bulan mengambang tu satu hal, tapi ada satu macam perasaan, sensitif sangat jiwa raga. Syahdu je rasa. Alahai hatii...! 

Sebenarnya ada sesuatu yang terjadi. Mode suspend la konon. Tak berapa nak menjadi di situ:p 

Oklah, sebenarnya pasal kerja. pasal pangkat. pasal nama. Lain orang lain visi dan misi nya. Lain orang lain strateginya. Ada yang fikir penat bekerja harus dibalas dengan pangkat yang setaraf. Ada yang penat bekerja terasa puas walaupun belum rezeki dinaikkan pangkat, lebih suka low profile. Ada yang fikir buat apa aku kerja susah-susah, gaji bulan-bulan dapat banyak itu jugak. Ada segelintir yang bersifat kompetetif, ada yang opportunist, ada yang aggresif, ramai yang optimis. Begitulah, kita kerja dalam sesebuah organisasi, bekerja dengan ramai orang, melibatkan banyak perasaan, banyak sifat dan sikap yang sangat variati. Saling melengkapi. 

Apapun visi, misi, matlamat dan strateginya, biarlah yang sihat. Elakkan untuk mencapai misi, hingga terpaksa memburuk atau menjatuhkan rakan yang lain. Tiada salahnya hendak menonjolkan diri tapi, tapi bukan dengan cara menekan / mencari kelemahan orang lain. Mintalah dijauhkan dari sikap ni :((( 

Macam saya tulis di atas tadi. Perjalanan ini akan ke satu fasa yang baru. Baru bermula. Alhamdulillah atas kurniaan dariNya. Bukan tidak bersyukur, cuma yang ingin saya kongsikan di sini adalah perasaan yang bercampur baur. Gementar, takut, tidak bersedia dan rasa belum masanya lagi. Yang paling terkesan dan buat saya runsing adalah gusar tidak mampu mahu memikul amanah yang diberikan. Akhir-akhir ni kerja pejabat sangatlah banyak. Kalau dengan apa yang sedang diusahakan sekarang pun dah tak tertanggung rasanya. Inikan pula kalau tugas bertambah. Migrain sokmo lah jawabnya! Huks! Mudah-mudahan diberikan kekuatan untuk menjalankan amanah yang diberikan. Ianya juga satu ujian. 

Perkara kedua, adalah pasal buat salah. Kita manusia yang pada normanya tidak terlepas dari buat kesalahan. Pendosa. Yer, Fynn Jamal suka sangat dengan perkataan Pendosa. tepat sangat kan. saya banyak belajar dengan apa yang telah jadi di sekeliling, secara langsung terjadi pada saya atau tidak, tidak mengira siapa dan tempat bagaimana seseorang memberikan reaksi apabila diletakkan dengan suatu kesalahan atau pertuduhan.  Memang, bukan senang nak mengaku kesalahan sendiri dan amat senang hendak menunding kepada orang lain, hingga ada yang amat sukar nak ungkap "maaf". Fuhh, memang tabikk spring pada yang mampu berbuat demikian. Respect! Memohon maaf bukan bererti salah, atau kalah. 




Moga Allah lembutkan hati-hati kita semua untuk sentiasa mengakui kesalahan dan kesilapan untuk membolehkan kita mudah memohon maaf sesama manusia dan memohon taubat dari Allah, kerana apabila kita sentiasa kita rasa diri ni sempurna, tidak buat salah, bererti kita semakin lupa menagih taubat dari Allah dan macamana nak berubah ke arah yang lebih baik kalau rasa diri terlalu sempurna? 

Saya amat berterima kasih dengan facebook. Sebab? Sebab dari FB saya berpeluang "berjumpa" orang-orang hebat, ilmuan, ornag yang luar biasa yang berkongsikan motivasi, peringatan dan ilmu walaupun dengan sekeping gambar macam gambar-gambar kat atas ni. 

Korang doalah supaya saya terus dengan entry-entry begini berbanding entry berbentuk royanan. Dalam pada mandom, 6,7 paragraph jugak kau membebel teha, hihi :p



rumah semanis rumah
1 Julai 2014, 3 Ramadhan 1435H
11:25pm 

Thursday, January 16, 2014

dasar kangkung

heboh kan. sampai jadi bahan lawak.
gila glamour sampai masuk BBC News.
coverage gitu yang kau nak kan pak jib?
bila rakyat dah terbeban,
isu kecik boleh jadi besar
salah cakap sikit memang jadi bahan
salah langkah sikit memang jadi habuan

pasrahlah pak jib

dari meje kerja pemakan kangkung 
16 Jan 2014
Jam 5:12 petang 

Wednesday, December 11, 2013

dari parit ke old trafford


Ya Allah ya ampun.Ya allah ya ampun.Versi zizan raja lawak menyakat Wulan Guritno. Masa ni pulak datang idea menulis.Pencetusnya adalah seorang teman bila kami sedang bersembang tentang “bercuti”.



Ya, bercuti.
Atau makan angin.
Atau melancong.


biasakan dengar orang kata gini :
“banyak duit bolehlah makan angin”
“amboi, tiap-tiap tahun makan angin” 
"dia bolehlah, kita ni entah bila.." 



Sebelum tu, definisi "bercuti" ialah meluangkan masa dengan keluarga / kawan2/ diri sendiri KELUAR dari tempat tinggal harian/kebiasaan.

Apa yang anda faham dengan terma bercuti / makan angin ni?
Pergi luar negara (oversea) saja ke yang dipanggil makan angin?
Orang-orang kaya je boleh makan angin?
Kita rakyat marhaen ni tak layak makan angin? Fikir semula. :) 

Kalau kita duduk Ipoh, sekali sekala berjalan ke Kuala Lumpur pun, itu bercuti lah tu. Hujung minggu, naik Cameron Highlands yang tak sampai 2 jam dari Simpang Pulai tu, kira bercuti lah tu.
Hatta, kalau duduk Ipoh bertahun-tahun, tapi tak pernah pergi Parit, sesekali teringin nak pergi Parit, duduk homestay barang semalam dua, pun kira bercuti. Apa masalahnya? 

Okeh, ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira sebelum bercuti atau sewaktu merancang untuk bercuti. Sebelum tu, betulkan persepsi dulu. 

Persepsi Pertama : Persepsi “Banyak duit bolehlah”

Memang tak dinafikan, kalau bercuti ni, dah nama pun kita meluangkan masa dengan keluarga KELUAR dari tempat tinggal/kebiasaan kita. Memanglah DUIT PUN KENA DILUANGKAN jugak. Mana nak tidur, nak makan, minyak kereta nak isi, tol lagi. Kalau pergi jauh, tiket kapal terbang lagi. Betul, tapi duduk rumah pun, masih kena makan, isi minyak jugak. Bukan semua free. 

Oleh kerana tu, kena lah menyimpan.
Kekdah main kutu boleh, kekdah asingkan duit dalam akaun lain boleh.
Pokoknya menyimpan.
Bukannya harini hati terdetik nak gi Switzerland,terus online beli tiket kapal terbang dan book hotel, esoknya terus pergi dik non. 
Itu cara orang KAYA.
Kita rakyat marhaen, buat cara kita.
InsyaAllah, Ada jalannya.


Kekdah saya sendiri, yang saya kira paling effective buat diri sendiri masa sekarang adalah main kutu. 2 kekdah ;- 


  1. main kutu ikut berapa nilai/kos yang kita perlu untuk satu2 percutian (kalau dah tau kosnya berapa)
  2. main kutu ikut kemampuan, RM 10, RM 50, RM 100, RM200 etc. nak 1 nama, nak 2 nama, nak 5 nama, suka hati. Sampai turn kutu kita, baru plan nak ke mana atau buat apa dengan duit tu. kalau masa tak sesuai nak bercuti, simpan je duit tu, tak basi duit tu. 
Mulanya saya main kutu mmg khas untuk percutian kami yang kali pertama. Ingat lagi, masa tu nak ke Bali tahun 2009. Dapat tiket murah. Percutian pertama kami ke luar negara sebagai suami isteri:) Selepas tu, saya rasa memang perlu buat simpanan tetap untuk tujuan bercuti. Bermula dari tu, hingga sekarang, mmg dah jadi kebiasaan. Samaada ada rancangan bercuti atau tidak, saya memang akan allocate some portion of gaji main kutu beberapa slot untuk bercuti.Kalau schedule husband tak kena pun, still saya simpan utk kegunaan bercuti. 

Persepsi : "Melancong lambang kemewahan" 
Macam kereta juga, kereta bukan lambang kekayaan atau kemewahan, tolonglah ubah persepsi ni. Tolonglah! 

Ada banyak pilihan. Pilihlah ikut kemampuan. Kalau nak kena naik kapal terbang, kita kan ada kapal terbang tambang murah. Bukankah semua orang boleh terbang sekarang "everyone can fly" ? 
---------------------------------------------------

Harap persepsi dah jelas ya. Sekarang jom saya kongsikan beberapa perkara yang kena diambil kira sewaktu merancang untuk bercuti. 


Perkara Pertama : “Jauh dekat bukan masalah”

Bercuti ni adalah waktu/masa yang diluangkan bersama keluarga / kawan2 ke tempat di luar kebiasaan atau rutin harian kita. Orang Ipoh ke Alor Setar, orang Parit ke Langkawi, orang Teluk Intan ke Nilai 3, orang Nilai 3 ke Rompin. Gitu lah kekdahnya. Tak payah tunggu pergi Eropah, tak payah tunggu ke New Zealand. 

Kalau ada tiket tambang murah, duit simpanan cukup, boleh lah ke luar negara. Kadang2 kos ke luar negara pun taklah mahal mana kalau kena promosinya. Kan AirAsia kata semua orang boleh terbang. 


Perkara Kedua : Tetapkan tujuan anda bercuti

Bagi saya faktor ini penting, malah amat penting sekali. Apa matlamat anda bercuti ? 

a. merehatkan diri (tepi laut, atau mana resort ada spa pun boleh)
b. honeymoon (tepi laut, atas gunung, tempat sejuk)
c. shopping (city centre)
d. menimba pengalaman, budaya dan tradisi 
e. buat aktiviti lasak (diving, panjat gunung, dll)
f.  menikmati keindahan alam (masuk hutan, tepi laut/pulau)
g. makan (cari tempat mewah makan) 

kena ada matlamat, baru anda boleh beri keutamaan dan capai matlamat tu! maksud saya, kalau nak shopping, anda harus maksimumkan penggunaan masa dan DUIT anda untuk shopping sahaja, TAK PAYAH duduk hotel mahal, TAK PAYAH fikir nak berehat-rehat tepi pantai. dalam kepala, shopping, shopping dan shopping sahaja, masuk semua tempat yang orang rekemen, jangan tinggal satu pun. beli apa saja yang dalam wishlist. takpayah nak terbudjet-budjet. rembat semua. 

kalau nak honeymoon, pergi dua orang saja (dengan suami/isteri). tak payah bawak segala saudara mara, tak payah pi cerita dengan orang pun takpa. kemudian, maksimumkan budjet untuk keperluan honeymoon. contohnya ambil pakej honeymoon, candlelight dinner dengan pasangan, buat spa sama-sama, naik cruise tengok sunset. order makanan dine-in dalam bilik. TAK PAYAH fikir nak shopping. beli key-chain sorang satu sudah. jangan tidak.

kalau rasa tempat tu kaya dengan tradisi dan budaya, habiskan budjet anda masuk ke Taman-taman budaya, persembahan kebudayaan, cuba duduk di homestay yang berasaskan budaya dan tradisi mereka. TAK PAYAH duduk hotel dalam bandar yang moden, TAK PAYAH shopping beriya2. 

cukuplah contohnya kot kan. korang dah boleh rancang sendiri lepas ni :)


Perkara ketiga : Budjet  
Sila refer pada tulisan saya kat atas tadi, betapa pentingnya ada perancangan kewangan untuk bercuti. Dah nama nak bercuti, tak bestlah kalau sampai destinasinya nanti kita terbudjet-budjet nak bayar itu dan ini. Jadi, pastikan budjet diallocate dengan betul. 

Saya ada sedikit tips. Kalau korang bercuti sendiri (tidak ambil pakej travel agency), korang kena juga buat budjet seolah-olah korang pergi dengan travel agent. Maksud saya gini : 

  • kira budjet minyak & tol kalau naik kenderaan sendiri 
  • kira budjet tiket kapal terbang kalau berkenaan
  • kira budjet public-public transport yang korang akan gunakan di tempat2 tersebut atau mungkin sewa kereta 
  • kira budjet penginapan (ambil kira rate hotel yang kebiasaannya mahal pada weekend & peak time)
  • budjet aktiviti korang (honeymoon ka, shopping ka, aktiviti lasak ka, makan sampai pengsan ka)  
  • kira budjet makan (buat kiraan per day, maksudnya katalah sehari korang budjet RM 50 seorang untuk 3 kali makan. katalah korang suami isteri dan 1 orang anak, jadi sehari RM 150, 3 hari RM 450). Asingkan duit makan pelisss!  
PENTING tau. Asingkan duit-duit tu ikut kegunaan. Tak best lah kalau tengah bercuti dan nak shopping, alih-alih bila time nak makan kena terbudjet-budjet pulak sebab budjet dah lari bayar public transport mahal atau dah terover shopping. serius, memang tak best nanti jadinya. 
Jadi rancang okeh! 


--------------------------------------

Betulkan persepsi sudah, bagi tips pun sudah, jadi sekarang tentang faedah melancong pulak.  

Faedah melancong 1 : Jauh berjalan, luas pengalaman
Dengarnya, macam sinonim kan. tapi berapa ramai yang bebetul faham & berniat untuk menimba pengalaman dengan melancong. dapat pahala tau melancong ni. ianya merupakan salah satu ibadah selagi tidak melanggar perintah & laranganNya. 

  • Surah Muhammad, ayat 10 yang bermaksud : "Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu.."
  • Surah al-Naml, ayat 69, maksudnya : "Katakanlah, berjalanlah kamu di muka bumi lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. " 
Ibadah Haji dan umrah sendiri adalah sebahagian daripada melancong melihat kebesaran rumah allah, kota mekah dan menziarah makam rasulullah dan tempat bersejarah di madinah. 

  • Surah al-Hajj, ayat 46 bermaksud “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” 
Dengan melancong, insyaAllah kita semua akan terbuka mata, banyak belajar, banyak menginsafi, banyak mensyukuri, banyak bersederhana, belajar tolong menolong sesama ahli keluarga & kawan-kawan, mengeratkan silaturrahim, meneliti setiap perbezaan dan persamaan antara manusia di seluruh pelosok dunia. Ianya akan sedikit sebanyak mengubah cara berfikir, cara beradaptasi, cara survival, cara bertindak dan membuat keputusan, dan macam-macam faedah lagi.  

Faedah melancong 2 : Quality Time 
Tak kira lah korang melancong dengan pasangan, dengan anak-anak, dengan mak ayah, dengan mertua, adik beradik, dengan ipar duai, dengan kawan-kawan, dengan budak ofis, dengan classmate masa Uni. 

Inilah masanya kita semua ni saling kenal mengenali, rapatkan mana yang renggang, gembira dengan keluarga dan anak-anak. Fikir atau bayangkan betapa seronoknya anak-anak dengan pengalaman baru, betapa sukanya mak ayah atau mertua bila dibawa melancong walaupun mak ayah tak cakap depa suka depan kita, berbunganya hati pasangan bila digembirakan. Masa tu, bila tengok orang yang tersayang gembira, korang akan rasa duit bukan segalanya lagi. Korang secara automatiknya akan nak bercuti lagi dan tak sabar merancang destinasi seterusnya. Percayalah kalau ada yang masih tak percaya. 


Panjang sungguh makjemah membebel. sudah cukup sudah rasanya. 


yang benar 
mrs farizal 
11-12-13, jam 8:38 malam







Sunday, October 27, 2013

nota untuk adik kecil

dengarlah adik.

hidup ini terlalu singkat
kita tidak punya banyak masa

detik yang tak seberapa ini
jangan henti belajar 
untuk redha
untuk terus berusaha
untuk menghargai
untuk menghormati
jangan ikut kepala sendiri
jangan ikut hati 

siapa tidak diduga 
siapa tidak diuji
tiada siapa
yang beda cuma masa dan caranya

kita
tidak boleh lari
kita
harus hadapi

memang. 
semua ingin bahagia
semua ingin gembira
semua tidak mahu terluka atau berduka 
tapi kita siapa mahu menyoal
ketentuan qada' dan qadarNya

satunya cara untuk bahagia dan gembira
walau sedang diuji
walau apa yang jelma menduga 
belajarlah untuk redha
belajarlah untuk menerima
dan belajar untuk terus mara

yakinlah
bahawa Allah adalah sebaik perancang
yang maha mengetahui
lagi maha adil meletakkan sesuatu pada yang hak

kiranya berdepan dengan kehilangan
baik harta mahupun nyawa yang tersayang 
yang buat kita seakan hilang arah
runsing dan mungkin boleh jadi hilang akal  
yakinlah
tiada apa yang diambil dari kita
tiada apa yang hilang 

kerana
dari azalinya
pada janjinya
tiada apa pun yang mutlak milik kita
semuanya pinjaman dariNya
yakinlah 

jangan heret insan keliling yang menyayangimu
untuk terus berduka lara bersamamu
untuk terus menjawab soal tentang takdirmu 
untuk terus hiba melihat meranamu

bangkit.
ingatlah, hidup ini terlalu singkat 
kita punya pilihan.
dan
pilihlah untuk bahagia.

nota untuk adik kecil
mrs. farizal
rumah semanis rumah
27 oktober 2013, jam 12:42 malam

Sunday, June 30, 2013

berkira itu tidak sihat, ambil kesempatan itu hilang berkat

tidak sekali-kali mahu menghakim
tidak sekali-kali mahu menunding
lontaran ini ikhlas
ditujukan buat diri sendiri yang selalu lupa
dan renungan buat semua agar jangan turut alpa 

CONTOH 1
berbelanja ke spa kecantikan.
untuk dapatkan servis sedapkan badan.
ada yang datang sekali sekala.
ada yang dah jadi regular.
ada yang kosnya mmg jadi belanjawan bulanan,
dan ada yang perlu menyimpan.

ada kalanya untuk khidmat tertentu.
kita masih perlu sedapkan badan dengan khidmat mereka yang tiada kedai
makcik yang tiada namanya di papan tanda, jauh sekali punya pakej A,B dan C
servisnya kebiasaan dilakukan di rumahnya sendiri
atau datang ke rumah pelanggannya
itu pun, terlalu sedikit yang boleh datang sendiri
kebanyakannya perlu diambil kerana tiada pengangkutan dan sudah tiada suami
yang rezeki tergantung pada kudrat 4 kerat 

TAPI

dengan spa kecantikan,
kita mampu bayar harga pakej hingga tiga empat angka
bila berurut dengan orang kampung, bidan mungkin.
yang kadang kala khidmatnya bukan sekali,
kebiasaanya 3 kali berturut.
yang tiada batas waktu, hanya akan berhenti bila pelanggannya rasa puas dan lega. 
yang tiada diletakkan harga, cukup seikhlasnya,
kita hulur RM 10, RM 20, RM 30. 
untuk kudrat tua itu.

mungkin beribu alasan yang keluar,
rumah bidan takda pendingin hawa
bidan datang pun kita yang jemput sendiri
bidan mengurut bukan keluar modal macam spa
atau
buat apa bayar mahal-mahal, ini kan cuma bidan kampung.

antara berkira atau ambil kesempatan.
jawab. 

CONTOH 2
upah jahit baju.
kita sanggup mencari tailor yang ternama
kerana percaya orang ternama boleh dipercaya
lagipun kain ela bukan yang calang-calang harga
upahnya hingga tiga angka
sudah siap pakai dengan bangga.

TAPI 

sekali sekala mungkin kita juga pernah hantar pada tukang jahit kampung
yang namanya sekadar di bibir orang-orang kampung cuma
yang sedaya upaya memahamkan kehendak kita 
takut lihat kain ela yang diterima nampak lain dari biasa 
yang mungkin dari kalangan kenalan ibu, atau saudara mara terdekat kita
atau mungkin cuma suri rumah yang cuba cari duit poket berbekal bakat yang ada
atau lebih buruk mungkin itu saja punca tergantungnya rezekinya
yang bila ditanya harga
tukang jahit cuma kata harga kampung saja
lalu kita beri RM25.

sebab kita fikir, tukang jahit kampung takda modal besar
tak perlu sewa kedai
tak perlu bayar gaji pekerja
tapi mungkin kita lupa,
mungkin mereka bersengkang mata menjahit malam hari
kerana siang terpaksa ambil upah jaga anak orang
mungkin tidur mereka tak selena kita
kerana subuh hari kena bangun awal buat kuih dan nasi lemak untuk hantar ke gerai-gerai
sebelum boleh jahit baju kita 


antara berkira atau ambil kesempatan.
jawab.


ini bukan soal ikhlas atau tidak.
BENAR
kecil atau besar.  banyak atau sedikit.
tiada satu ukuran nilai ringgit untuk menggambarkan ikhlasnya kita
siapa kita mahu nilai ikhlas tidak orang itu 

ini soal mampunya kita berbelanja besar kepada tuntutan yang lain
yang ada kalanya tidaklah perlu, tapi kita yang mahu.
namun kita gagal 'berbelanja' besar terhadap yang lebih berhak.

itu nilai sebenar yang harus kita soal bukan pada siapa-siapa
tapi pada diri sendiri. 

KESIMPULAN
berkira itu tidak sihat
ambil kesempatan itu hilang berkat

yang tidak menonton tapi mendengar KEL-JDT,
tiara lake park - 290613 - 11:43pm

Saturday, February 9, 2013

Hujung minggu


setiap hari yang dipinjam amat rugi dibiarkan berlalu tanpa erti.
tanpa isi
tanpa ingin
tanpa cuba
tanpa apa

amat rugi
sekiranya kita masih sama


setiap hela nafas
setiap detak di hati
setiap runtun jiwa
setiap kelumit rasa
amat dekat dengan pencipta


tak perlu panjang bicara
tak perlu penjelasan bermuka
tak perlu canang segala

yang perlu cuma, bertindak.
berdikit tidak apa,
buat, dan terus usaha.



"lalu lena malam saya dengan handphone masih di tangan, santak sedar laman sesawang masih di paparan, moga Allah berkati kamu, dalam langsung atau tidak, hingga buat aku terkesan"




tiara lake park
09.02.2013
4:09 pm

Friday, February 1, 2013

bukan sekadar pilihan, tapi pengakhiran

untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju, tentu saja ada banyak pilihan.

Jalan utama yang biasanya banyak lampu trafik dan sesak dengan kenderaan lain, risiko juga menjadi tinggi bila aliran trafik tinggi. sesekali ada pula sesuatu yang tak diingini berlaku depan mata, contohnya kemalangan.

Kita juga punya pilihan lain, iaitu jalan pintas. ikut jalan pintas boleh lencong sana lencong sini, mungkin kurang halangan trafik. Kurang juga risiko berlaku kesesakan & kemalangan.

Kalau ikut jalan yang utama, dah tentu yang dahulu, didahulukan, yang kemudian, perlu tunggu dengan sabar. Misalnya haluan arah jam pukul 3 jalan dulu, kemudian pukul 6, 9 dan 12. Begitulah aturannya.

Kadang kala, jalan pintas tidak diduga. Ada yang jaraknya lebih dekat, ada juga jaraknya lebih jauh dari sepatutnya. Ada yang selamat, ada yang sempit, ada yang sunyi.Adakalanya aliran trafik di jalan pintas tak kurang sesaknya.

Logiknya yang ikut jalan pintas akan sampai dahulu.
Tapi boleh jadi juga yang ikut jalan utama sampai lebih awal.

Pilihan jalan adalah pilihan kita, tapi kesudahannya tetap di tangan-Nya.
Berusahalah untuk mencari kesudahan yang lebih bermakna.






2:35 pm, 1 Februari 2013
Lorong Harimau, Ipoh


Thursday, January 31, 2013

sabar dan syukur




 






agar dilembutkan hati yang keras dan degil, 
moga dikurniakan sabar dan tidak putus mensyukuri. 


makin terasa diri semakin kerdil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...