Social Icons

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Friday, August 28, 2015

Citadines Apart Hotel, Cyberjaya

Assalamualaikum.

Kali ni nak sharekan review mengenai sebuah hotel di Cyberjaya iaitu Citadines Apart Hotel. Lokasinya bersebelahan dengan Citadines D'Pulze Mall.

Review dari saya :

Lokasi : 4 / 5 bintang. Strategik sebab berdekatan dengan mall, stesen bas, dan pejabat serta kilang-kilang di Cyberjaya

Bilik : 5/5 bintang. Bilik adalah besar kerana berkonsepkan apartment. Jadi ada dapur yang dilengkapi dengan kelengkapan asas memasak termasuk microwave, toaster dan induction cooker.

Stail : 5/5 bintang. Bagi sesiapa yang sukakan gaya minimalis, anda pasti akan sukakan hotel ni. Nampak besar, bersih dan moden.

Harga : 4/5 bintang. Harga adalah amat berpatutan. Boleh booking di laman web tempahan seperti booking.com, agoda.com atau lain-lain lagi.

Staff : 4/5 bintang. Tak seramai hotel-hotel yang terletak di pusat-pusat bandar, tetapi semuanya peramah

Makanan : 4/5 bintang. Restoren bagi hotel ini adalah terletak di dalam mall iaitu di Big Bob Burger. Kami hanya sarapan pagi saja di hotel ini. Pilihan makanan tidaklah sebegitu banyak, tapi yang asas semuanya ada. Tapi yang penting, semuanya sedap-sedap belaka. Lupa pulak nak snap gambar masa breakfast!


















Kesimpulannya, memang highly recommended lah untuk rakan-rakan yang ada urusan dan ingin bermalam di Cyberjaya ni. Rasanya kalau urusan di Putrajaya pun tak salah nak menginap di hotel ni sebab jaraknya berdekatan saja. Di samping itu, harganya juga lebih murah berbanding hotel yang setaraf dengannya di Putrajaya. 

Itu saja untuk review kali ini. Jumpa lagi :) 

Nota : Kalau kena bertugas ke Putrajaya biasanya kami memilih menginap di Hotel Everly memandangkan ianya bersebelahan dengan Alamanda. Lepas ni adalah pilihan lain selain Everly :p 

Saturday, April 25, 2015

Etsy.com

Salam hujung minggu semua, 

Sambungan dari entry berkenaan Erin Condren Life Planner dalam entry sebelum ini (boleh rujuk sini) saya juga ada mentioned yang salah satu website yang amat berguna bagi pencinta-pencinta planner / diari ni adalah Etsy.com. Ya, Etsy bukan saja jual barang2 atau alatan tulis, malah pelbagai jenis produk lain lagi.  Kebanyakan adalah aksesori dan semua berkenaan dgn Art! Lubuk yang wajib diterjah oleh orang-orang macam kami nih:p

Aksesori seperti yang saya kongsikan di bawah ni adalah aksesori asas. Sebenarnya tiada had (no limit) dalam 'seni' planner ni, semuanya ikut citarasa masing-masing. Mungkin ada yang suka planner yang kosong, nampak clean and clear. Ada juga yang suka sarat dengan hiasan. Saya ni jenis tangan tak berseni, tak pandai nak melukis :p 

flags, checklist stickers, weekend sticker :p 

Quotes :p 

Washi tapes :p 


Contoh planner saya. Gambar ini diambil pada 4 Mac 2015 yang lepas. Masih belum penuh aktiviti untuk minggu tu pada masa tu.

Selamat berhujung minggu ya semua!


Friday, February 27, 2015

Salah satu ketagihan

Assalamualaikum. 

No no, tidaklah ketagihan benda yang bukan2, hehe. Sebenarnya adalah kegilaan. 
Antara yang jadi kegilaan saya sejak zaman berzaman adalah semuanya tentang stationary termasuklah dengan planner / diary. Setiap akhir tahun kebiasaanya saya akan mula mencari planner / diary yang menepati citarasa dan keperluan. Ada juga dapat diari kerajaan malaysia, tapi ruangannya agak terhad dan kurang bersesuaian. Pejabat saya pun dah lama tak beri diari rasmi, jadi memang dah lama beli diari sendiri. Tak pernah rasa membazir, sebab dah memang suka! 

Akhir tahun lepas, saya perasan Dr Halina ada berkongsi tentang planner yang dibelinya, dan bermulalah episod kegilaan saya:p Survey punya survey, kedua planner ini tidak dijual di mana-mana kedai buku utama di Ipoh. Kalau di KL, ada dijual di Kinokuniya, tapi entah bila lah nak ke sana kan. Di antara dua jenama ini, Erin Condren boleh dipesan secara online dan penghantarannya juga worldwide, berbanding Filofax yang terhad. Jadi, saya pilih untuk cuba Erin Condren! 




Yang menariknya tentang planner ni adalah kita boleh customised cover, aksesori dan jenis layout yang diingini. Best kan! Di bawah ni adalah contoh planner dari pelanggan lain. Oh ya, covernya kita boleh beli lebih dari satu, sebabbb ianya removable! Macam orang yang kat bawah ni, dia beli extra 3 cover lagi, jadi boleh tukar2 cover ikut mood. :p 


Di bawah ni pula planner saya. Punyalah excited, tak sabar tunggu planner ni sampai. Saya tunggu lebih kurang 10 hari untuk mereka createkan planner ikut kehendak saya dan penghantaran pula hanya ambil masa 3 hari melalui Fed-Ex International Priority dari California, AS. Ada tracking number diberikan dan kita sentiasa boleh monitor. 

Rupa pakej yang saya tempah

Tak zabarrr
Ada invoice,  of course lah kan
Tadaaaaa! Planner saya yang kiri atas tu, yang ada nama "Fatiha". 
Rupa dalam box, elok tersusun. takda cacat cela. hehe
Ini pula, saya beli dari Etsy.com. Inspirational sticker untuk dilekatkan dalam planner tu nanti. hehe
Salah satu catatan saya dalam planner! 
Kalau ditanya pasal keperluan, jawapan saya adalah perlu. Memang boleh set appoinment atau aktiviti harian dalam smartphone, tapi sama macam membaca jurnal, buku cerita atau surat khabar secara online, tiada feel. Tak boleh dipegang, disimpan, tak nampak secara fizikal! 


#erincondrenlifeplanner

27 Feb 2015 : 5.45pm

Sunday, January 11, 2015

Manisnya tahun baru!



Dah tonton Manisnya Cinta di Cappadocia (MCDC)? 

Saya sudah! Korang macamana? 
Puas hati tak? 


Bagi saya, tak puas. 
Tak puas "berada" di Turki ! 
Kejap sangat scene2 di sana. 


Jika dibuat perbandingan dengan filem Bernard Chauly sebelum ini iaitu Istanbul Aku Datang, walaupun ceritanya sedikit ringan (komedi romantik), tapi lokasi penggambarannya sangat menarik. Tapi tak ada pula scene di Cappadocia. Hehehee. Berbanding Manisnya Cinta di Cappadocia yang banyak scene di kedai kedai karpet dan hiasan rumah. Lebihnya sudah tentu scene belom udara panas tu. 




Tentang konflik dalam filem ini pula, yang paling menyentuh hati bagi saya adalah ketika anak lelaki Bakhtiar merajuk dan mengamuk minta jumpa arwah ibunya, dan akhirnya Bakhtiar bawa menziarah kubur arwah ibunya. Bergenang juga ratu air mata ni (saya lah tu). Walaupun Fazura sangat menghayati watak dalam scene pertengkaran dengan Nazmi, tapi belum sampai 'rasa' tu pada saya. 

Apa lagi tentang filem ini ya? Oh Lisa! 
Lisa sentiasa memukau, tak make up pun lawa! Lakonan bersahaja. 
Shaheizy Sam, dia memang versatile. Tapi macam tak feel sangat la kali ni. Tak sampai rasa "jatuh cinta" bila tengok lakonan dia, mungkin sebab dia muncul kejap2 sahaja? Erm! 

Satu lagi, dalam cerita ni macam nampak Fazura lebih tua dari Sam, macam kakak dan adik. Ops! (tiba-tiba teringat filem "Sekali Lagi" yang menggandingkan Lisa & Sam, bagi saya, amat padan! dan saya bukan setakat bergenang, tapi menangis sungguh tengok filem ni :p ). 

Apapun, saya enjoy menonton MCDC ni walaupun tak baca novelnya. 
Apa yang penting, keinginan ke negara ini semakin membuak2! 

Selamat Tahun Baru 2015! 
Mrs. Farizal 
11.01.2015 






Sunday, November 16, 2014

Review Produk : Gerobokpin

Entry kali ini insyaAllah saya nak beri sikit review tentang produk di bawah ni, tak payah bayar2, sebab puas hati sangat dengan servis Instashop ni, dan nak tolong promotekan pada pembaca-pembaca semua. 

Memperkenalkan.... drumroll! 

Gerobokpin 

Instagram : http://instagram.com/gerobokpin

Kalau korang minat dengan brooch dan pin, di sinilah tempat yang saya boleh rekemen. Nama ownernya Zetty, sangat peramah! Design brooch dan pin-pin di sini memang lain dari yang lain, sangat berbaloi, dan harganya sepadan dengan kualiti. 

Pin nya betul2 tajam, dan tak tersangkut-sangkut ketika nak cucuk. Tak rosakkan tudung langsung. Materialnya juga berkualiti dan tak lembik atau mudah bengkok! Memang jatuh cinta! Di bawah ni adalah di antara koleksi saya sendiri. Korang pun mesti ada tau, hehehee.  

1. Pin pepatung dan bunga ros-gold ni memang sangat mudah nak dipadankan dengan mana-mana tudung yang saya pakai. Nak-nak pulak saya jenis suka bertudung warna gelap, jadi pin dengan warna cerah macam ni akan menonjol bila dipakai. 




2. Brooch bunga hitam-putih dan pin 3 kuntum bunga kecil (suka hati bagi nama kan!) ni pulak, adoi. Memang serius jatuh cinta. Materialnya bagus, ada weight. Saya ni jenis kalau beli apa pun mesti suka benda yang agak berat (read : ada weight), sebab kalau ringan sangat rasanya melayang2 je bila pakai dan tak tetap duduknya bila dipasang pada tudung / baju. Ianya bukan satu set, saya yang padankan dan nampaknya menjadi, hehehehee. 




3. Brooch bebiri (sheep) dan pin pepatung! 
Setiap kali saya lihat sebarang brooch, anak patung, keychain, atau apa saja aksesori berunsurkan kambing atau bebiri, saya akan terus ingat pada seorang kawan @DijahSaad yang kini seorang pensyarah universiti di pantai timur. Beliau ni pakar dalam kajian parasit pada kambing dan bebiri, dan banyak juga kumpul aksesori seperti ini. Miss u Dijah! Unik kan brooch ni, saya saaaangat suka. elok je terletak di bahu. 


4. Ini pula koleksi-koleksi lain di Gerobokpin. Geramnya tengokkk! Rasa nak beli semua!






Bagi korang yang minat kumpul aksesori begini, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi brooch dan pin dari Gerobokpin ni okeh. Rasa nak beli semua, seriously!

Gerobokpin 

Instagram : http://instagram.com/gerobokpin



16 Nov 2014 

Salam Hujung Minggu !

Assalamualaikum semua. 

Lama tak update blog! Selain dari kekangan masa, kadangkala kekeringan idea jugak. Saya memilih untuk mencari topik / subjek yang boleh beri perkongsian dan manfaat berbanding nak tulis / ekspress tentang diri dan perasaan sendiri saja. Di samping itu, nak elak juga tulis pasal orang lain atau dalam erti kata lain, bercerita pasal orang seboleh-bolehnya. Menjadi satu cabaran jugak untuk pastikan perkongsian kita ni kekal relevan. Sekali dah dipublishkan entry tu ke internet, selamanya ia duduk di situ dan boleh diakses oleh sesiapa saja. Untuk itu, bukan mudah, ilham tak selalu datang. hehehe. 

Di antara jenis entry blog yang menarik perhatian saya dan amat bermanfaat adalah "review produk" atau "product review". Saya sendiri, setiap kali membuat apa saja, baik membeli, memasak, bercuti, mendapatkan rawatan kesihatan, sering buat carian di internet dulu dan membaca pengalaman dan review pengguna lain. Bagi saya, ianya amat membantu sebelum boleh kita membuat keputusan. 

Kalau di instagram pula sekarang, "review product" menjadi trending di mana kebiasaanya servis ini ditawarkan oleh selebriti, model atau sesiapa saja yang mempunyai pengikut (read : follower) yang ramai untuk mempromosikan produk mana-mana penjual. Contoh yang terkenal adalah Atitaharis  dan JihanMuse serta FynnJamal . Servis ini bukannya free tau, ianya berbayar, bermula dari RM 200 dan ke atas, mengikut pakej dan harga yang dipersetujui oleh kedua pihak. 





Ok, itu servis review yang ditawarkan di instagram, di bawah ini pula saya kongsi beberapa laman web yang khas untuk mengumpulkan review dari sesiapa saja. Contohnya, bagi tujuan perlancongan/percutian, saya amat gemar merujuk ke laman web TripAdvisor untuk membaca apa kata pengunjung lain yang telah berpengalaman ke destinasi yang dicari, selain dari melihat blog-blog peribadi. Ianya saya jadikan panduan utama sebelum membuat penempahan. Kadang-kadang apa yang terpapar di laman web rasmi tak semuanya menggambarkan keadaan semasa. Selain itu, saya juga telah berjinak-jinak menjadi salah seorang dari penulis review dalam laman web tersebut! 


Terdapat pelbagai feature dan aplikasi yang boleh diexplore dalam laman web TripAdvisor ni. Contoh yang saya ambil di bawah adalah bagi pelancongan Langkawi. Anda boleh pilih jenis percutian bagaimana yang dikehendaki (honeymoon, berkeluarga, mewah, budjet, tepi pantai dsb), dan aplikasi ini akan membantu anda untuk meringkas senarai (short-list) ikut keperluan anda. Selepas mendapatkan senerai pendek pilihan, anda boleh mula membawa review tentang pengunjung2 lain yang telah pun ke sana. 


Contoh, Langkawi Lagoon Resort. Anda boleh lihat gambar terkini yang diambil oleh pengunjung di bahagian "travellers photo". Dipaparkan juga beberapa laman web penempahan di ruangan tersebut (AsiaRooms, Booking.com dan Agoda contohnya). 


Seterusnya di bahagian bawah, merupakan bahagian yang menempatkan review pengunjung2, dan rating yang diberikan oleh mereka. Senang kan. Anda boleh lihat sekiranya ada sesuatu istimewa seperti sambutan atau aktiviti menarik yang sedang berlangsung di tempat penginapan itu. Ataupun maklumat seperti "hotel ini sedang direnovasi, dan sila ambil perhatian tentang bunyi bising". Bagi saya, ianya amat membantu! 


Diharapkan, dengan membuat lebih sedikit kerja pencarian / pembacaan seperti ini, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan yang tepat untuk keperluan kita. Tidak timbul lagi isu seperti "tidak berbaloi" "hotel buruk" "makanan tak sedap" ketika kita berkunjung ke sana apabila kita telah pun "bear in mind" tentang perkara-perkara tersebut setelah membaca review. Namun tak dinafikan, pengalaman seseorang walaupun di tempat yang sama, adakalanya berbeza2. Ada pengunjung yang merasakan pengalamannya amat baik sekali ke sesuatu destinasi, tapi pengunjung lain rasakan yang sebaliknya pula. Itu semua tidak dapat dikawal dan kita terimalah seadanya rezeki pada masa tu. Tips yang terdapat dalam laman web ini adalah sebagai salah satu panduan sahaja okeh :) 

Itu saja buat kali ini, manfaatkan hujung minggu anda!



16 Nov 2014 

Saturday, June 14, 2014

pasport musafir

Buku ini banyak membantu. Lengkap semuanya, bagi yang tertanya-tanya, ragu-ragu. 
Cuma senarai restoren halal perlulah diupdate dari semasa ke semasa, dan tidaklah tertakluk dengan hanya yang ada di dalam senarai ini sahaja. Tapi pilihan yang dah tertera bukan sedikit, banyak sangat, semoga ianya pemudahkan pembaca. 

Bab adab musafir 
Bab solat 
Bab makan 
Bab keselamatan 
Bab hotel 
Bab puasa 
Bab pengangkutan 

Bacalah. Jangan sombong. 
Bacalah. Elakkan ragu dan was-was. 
Bacalah. Banyak yang mudah dari yang susah. 
Bacalah. Biar berilmu. 







Sudah maghrib

14 June 2014 , 7:32 pm 

Sunday, November 25, 2012

Weekend Marathon : Moisturiser


[Maafkan hamba, weekend2 gini memang masa untuk belek2 muka dan badan pampered diri sendiri, maka entry pun harus berbaur kecantikan dan kesihatan okeh]

Dalam banyak2 SK-II moisturiser, sepanjang 3 tahun terjebak ni saya cuma berpeluang cuba Skin Signature, Whitening Derm Definition, Facial Lift Emulsion dan yang terbaru (beli masa Christmas sales 2012) adalah Stem Power (belum pakai lagi pun).  

Year 1 (2009/2010) : 
ini bukan botol Skin Signature tahun 2009 ya. tak kuasa nak simpan2.
ni botol SS yg sy tgh pakai skrg :p 

Masalah kulit muka saya yang dikenalpasti adalah tone tidak sekata (uneven skin tone) dan kering. beautician tu cadangkan killer moisturiser mereka iaitu Skin Signature, 80gram (SS) untuk permulaan. Nasihat dia elok sihatkan kulit dulu, baru fokus untuk betulkan masalah lain seperti uneven skin tone tu. Dia kata lepas habis SS (dia estimate 4-6 bulan selepas tu) baru dia akan rekemen saya pakai regime yang sesuai untuk selesaikan masalah tona kulit tu.  Saya pakai SS bukan 4 bulan, mahupun 6 bulan okeh, saya pakai SS genap setahun (jimat kan!), sebab cuma pakai 1x sehari iaitu pagi. Dasar hajah bakhil :p

Komen :
yer, memang sangat puas hati. Kulit muka saya agak kering sebab kurang minum air. Hidung mengelupas itu biasa bagi saya ketika tu. Selepas gunakan Skin Signature kulit muka mula terasa lembab, tapi tak sampai berminyak. Bab garis halus (fine line) masih tak boleh bagi komen sebab takda line lagi kot masa tu. (tak boleh belah). Tapi serius. Dan yang penting makin hari, kulit muka terasa anjal (firm). Maksudnya tak lembik bila dipegang. Anjal ni kena dirasa tau, anjal tak boleh “nampak” tapi kena “rasa”.

Tips :
Masa pakai Skin Signature ni, pastikan anda sapu hingga ia resap dalam kulit dan kemudian biarkan seketika untuk penyerapan (absorbtion) lebih kurang 2-3 minit sebelum pakai foundation (kalau korang pakai lah) atau compact powder. Biasanya saya akan buat benda lain sementara menunggu Skin Signature ni menyerap, contohnya pakai perfume atau buat gaya depan cermin. 

---

Year 2 (2010/2011):
susah gila nak ambil gambar ni sbb botol kaler silver yang kaya dgn pantulan gini :p 
Evaluation ke atas kulit muka saya dijalankan dan terus dicadangkan moisturizer Whitening Source Derm-Brightener, 75gram (WSD) untuk selesaikan masalah uneven skin tone. Dia cadangkan jugak Essence Whitening Spots Specialist, tapi Spots Specialist ni nantilah saya cerita dalam bab “Essence” ya. Sekarang kita habiskan bab moisturizer dulu :)

Komen :
WSD ni lebih “light” structurenya. Bila apply dekat muka pun cepat menyerap. Masalah saya beransur pulih, kulit yang sebelum ni sangat ketara ketidak-samaan nya, sekarang lebih sekata. Masalah sun-burn pada masa tu dah dapat diatasi. Masih memberikan keanjalan yang baik pada kulit muka saya. Saya masih pakai 1x sehari, jadi memang tahan lebih lama dari sepatutnya. Sampai skrg ada lagi. tapi sangat sikit. Best, saya suka WSD ni. 

Tips :
WSD mudah serap jadi tak payah tunggu lama2 sebelum pakai compact powder atau foundation, tapi dah jadi habit saya lepas pakai moisturizer memang akan tunggu kejap, tak terus pakai compact powder. Cuma tipsnya kat cara keluarkan moisturizer ni, sebab packaging nyer unique sikit. Korang tengok gambar bawah ni okeh. Jadiknya kalau terkuat pusing, WSD ni akan keluar dengan banyaknya, dan masalahnya adalah kita tak boleh nak masukkan balik. No way okeh. Jadi sila jangan berangan ketika bukak moisturizer ni, focus skit :p 

no way IN ok, just the way OUT :p 
---


Year 3 (2011/2012):
Saya berpatah balik ke Skin Signature, 80gram (SS) sebab masalah uneven skin tone makin dah mengurang, dan saya sedar perlu terus maintain anti-aging regime bermula sekarang lagi.

boleh nampak kan dah nak habis. pandai tak ai budjet, elok je hujung tahun SS pun habis:p 
Komen:
Alhamdulillah, skin become more and more supple, firmer. Puas hati. Kulit muka lembab walaupun semasa tak pakai SS. Nampak sihat je muka. Suami selalu jeles. Ahahaha:p 

Tips :
Please jangan letak too much SS ni, cukup sebesar coin 20 sen saja untuk satu muka. Pastikan ketika korang apply kat muka tu buat dgn gentle, ambik masa dari satu point ke satu lagi point muka. Jangan pakai kelam kabut okeh. Rugi kalau SS yg sepatutnya serap dalam muka tapi disebabkan korang tak sabar, kena wipe pulak oleh compact powder sponge. Nanti SS penuh kat sponge korang, bukan kat muka korang. Nanges rugi.

---

Year 4 :
Bila dah genap 3 tahun hujung tahun 2012 ni, maksudnya tahun mendatang ni (2013) akan jadi tahun keempat saya bersama SK-II lah kan. Saya tak bukak lagi Stem Power tu sebab SS saya di atas masih ada lagi. So review Stem Power akan menyusul bila saya dah mula pakai nanti okeh :) 

stand-by dulu dalam gobok. habis SS baru pakai Stem Power ni
---

Additional Moisturiser

Masa redeem point akhir tahun 2011, saya dapat pilih untuk redeem Facial Lift Emulsion, 30ml (FLE) x 2 bottle. Pakai siang boleh, pakai malam pun boleh. Jadi saya gunakan FLE ni bila malam, Itu pun kalau rajin (adalah sangat malas dan tak minat berkrim2 di malam hari). FLE ni pun masih ada lagi. Sepanjang hidup saya selama ni sebenarnya tiada istilah Krim Malam (Night Cream)! 

Structurenya lebih oily, dan perlukan lebih masa untuk serap. Di malam hari (it u pun kalau saya rajin), lepas basuh muka, saya akan pakai FT Lotion, FT Essence, Serum C dan kemudian Facial Lift ni. Memang sedikit berkilat muka bila pakai. Bila face-time dengan husband mesti dia akan tanya "syg, muka syg berkilat la, nnt abang dah balik syg nak pakai ke krim2 ni semua?" maksudnya apa tuan puan? maksudnya tak payah pakai krim malam2 sbb suami kata mcm hantu :p 

Cakap pasal redeem point SK-II ni, banyak tau barang yang korang leh redeem. Boleh tengok CatalogRedemption ni ya (klik sini)

P/S : semalam baru lepas buat entry pasal SK-II Festive Set 2012, anda boleh baca di sini (klik sini ya


cadang jap2 lagi nak tepek mask 
25 nov 2012 
12:25 pm 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...