Social Icons

Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Kalah

Memang kalah aku dengan panas. Agak lama dah tak kena migrain tup2 dalam minggu ni sahaja kena 3 kali. Panas tengahari kat Ipoh ni dia punya bahang sampai sekejap tu jugak tangkap kepala. Panas petang pun terik mcm tengahari.

Ni pun baru bangun dari aktiviti bergelap, bertuam ais. Baru boleh buat household chores. Dengan kerja ofis nya lagi. Semua tertunggak! Dannnn... Hari ini adalah Isninnn..! 

Utk 2 hari ni, neacafe telah berjaya di'cut' sebab cuaca yg mcmni akan memudahkan lagi sakit kepala tu nak datang & menerukkan tahap sakit. Walaupun nescafe dah jadi minuman ruji aku. Dua pagi minum oat. Erk. 

Tengok sini. Gila lah 36C, macam duduk dalam inkubator dah! 


Mrs. Farizal 
17 Feb 2014 
8:20 pm 

Friday, July 13, 2012

Restoren M. Salim, Jln Tokong, Ipoh

(Penafian : Saya tiada kena mengena dgn keluarga M. Salim mahupun S.M Salim. 
Hanya ingin berkongsikan pengalaman peribadi)

Dibuka sejak 1985. (skrg tahun berapa, cer tolong kira jap)

sorry gambar mana dan je, pakai hp je. 


Rugi. Sy mmg RUGI tak tahu kewujudan restoren ni lebih awal. Kalau tak, mesti muka mak jemah ni yg selalu bertenggek di M. Salim ni.Sejak azali saya mmg gemar masakan berempah. Rasa puas makan. Pedas, panas campur sikit masam. Bertemu regu dgn suami yg selera tak ubah, dua dua jadi kaki makan.

Istimewanya restoren ni (walaupun lokasinya agak tersorok) makanannya SANGAT best, layanannya bagus, kebersihannya Gred A, dann.. kari kapla ikan dia nahh.. semangkuk besarr. Ikannya lembut, manis dan fresh. Kari kambing pun superbbb. Daging lembut, tak hamis, kuah sedapp. Signature Dish pulak ialah Nasi Beriyani Anarkali :P mantapp!

Pertama kali diperkenalkan oleh biras saya pada awal Jun/akhir Mei lalu. Hingga ke hari ini baru dapat pergi 4 kali termasuk baru-baru ni lunch dgn staff lab saya pekena Beriyani Anarkali. Perghh. Mmg terbaikk. (gambar mmg takda,sbb tak ingat apa dah waktu tu:p) 

boleh nampak itu "anarkali" ?:p 

Menu lain yg saya sendiri dah cuba : Capati dan kari kambing. Sumpah Sekeping mmg tak cukup. 

kari KAMBING. sumpah sedap. peberet guwee! 


Ini guwa punya capati. berapa kali dah pekena. terbaekkkk! 







Menu favourite En. Rizal :
Tosai telur bawang dgn daging cincang. Confirm 2 keping.

Menu2 lain yg sedap dan dah cuba :
Nasi goreng ayam
Mee goreng
Kuetiaw goreng
Kari kepala ikan
Nasi beriyani
3 layer tea
Jus Mangga India

Alamat : 75, Jln Bahru off Jln Tokong, 31650 Ipoh, Perak 
Location : Lupa pulak nak set GPS ke ape, nnt kalau ada saya update yer. 
Waktu Urusniaga : Dibuka setiap hari hingga pukul 10.00 malam. Jumaat : 1.00 - 2.00 petang tutup.

"Anarkali" punya gambar, later i will put up okeh ;) 

Jgn pisahkan daku dan dia, 
Mrs. Farizal 
Tiara Lake Park 

Sunday, March 18, 2012

AEON Ipoh Station 18 - Opening 29 March

Dah kata rumah dekat, haruslah senang nak jenguk progress kan. 
Petang petang minggu boleh buat lawatan tapak :P 

Maka, seperti yang diuar-uarkan oleh banting2 yang berserakan ini 
(saya pun nak uar-uarkan sekali lagi), 
AEON Ipoh Station 18 ni akan dibuka pada 29 Mac 2012, Khamis depan. 

Teruja kan?
Mahu tak teruja!
Rasa nak ambil cuti & tunggu depan pintu masuk je, haha 
Macam la seumur hidup kau tak pernah pergi AEON Mall lain teha 

Dalam entry sebelum ini saya hanya dapat ambil gambar di pintu masuk utama saja [tekan sini]

Di bawah ni pula adalah beberapa gambar hasil tawaf kami petang2 tadi.
Pun masih bukan semua angle dapat diambil. 






Pandangan hadapan, sekali lagi

Masih pandangan hadapan



Ini sisi (kiri)  


Nampaknya pasti ada Kenny Rogers & A-Look :) 



Ada juga Universal Traveller & Nandos (seperti wishlist saya - tekan sini). Arin, kau pasti suka! 


Menghala ke belakang 



Ini pun dari arah belakang


Wing belah kanan tak dapat nak lawat petang tadi, sebab jalan masih lagi dihadang oleh kon2 oren itu. 






Sekian, esok kerja! 

Tiara Lake Park 
18-03-2012 
23:33 pm

Friday, March 9, 2012

Aeon Ipoh Station 18

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang Aeon Mall kedua di Negeri Perak, iaitu di Station 18, Ipoh. Sempena dengan penjenamaan semula nama Jaya Jusco Stores Bhd kepada AEON CO. (M) BHD, mall ini telah diberi nama Aeon Ipoh Station 18. Kalau dulu, semua orang panggil Jaya Jusco tu "JJ" kan? Skrg ni fikir-fikirkan lah nickname baru ;) 

Lokasinya berhampiran dengan kediaman saya, rasanya 5 minit pun tak sampai dan sudah tentu faktor utama untuk menyesakkan trafik di kawasan kami. trafic light pun dah bertambah. hukks! 

Di bawah ni ada beberapa gambar yang saya ambil minggu lepas, dari arah gerai makcik sedap yang betul-betul berhadapan dengan Aeon Mall ni.  gambar pun gambar henpon je okehh. 


wing paling kiri dari pandangan saya waktu tu la



bahagian tengah yg saya kira mestilah main entrance untuk mall ni



ini pula wing yang kanan sekali


wing yang tengah tadi



Carpark pun nampaknya dah siap. 

Dengan keluasan 17.6 ekar, 160 lot kedai dan 2,300 tempat parking kenderaan menjadikan AEON Ipoh Station 18 ni di antara 5 AEON Mall yang terbesar daripada 29 buah mall nyer di Malaysia. AEON Mall yang terbesar adalah AEON Bukit Tinggi, Klang yang berkeluasan 26 ekar serta 5,000 kapasiti parking (merupakan Mall yang ke-3 terbesar juga di South East Asia). 

Suka hati sebab ada mall yang dekat dengan kawasan rumah. maknanya senang nak berdating dan tengok wayang dengan sang suami, keluarga, mahupun berdating dengan diri sendiri. senang nak main bowling (harap ada bowling kat dlm), senang nak cari makanan bila tiba hari malas masak, senang nak cuci-cuci mata bila-bila suka, boleh singgah ontheway balik kerja saja. 

Saya begitu mengharap senarai kedai-kedai dan restoren berikut ada di AEON Ipoh Station 18 ni :- 

1) Kinokuniya (sbb MPH & POPULAR dah ada kat AEON Ipoh) 
2) Crabtree & Evelyn
3) L'OCCITANE EN PROVENCE
4) Charles & Keith 
5) Kenny Rogers (pls, supaya ai takyah gi jauh2) 
6) Manhattan Fish Market (pls, kat ipoh takdak) 
7) Sushi King (pls also, nearer pls) 
8) Secret Recipe (pls, am a big fan of u, pls) 
9) Dominos (yes, we definitely need u nearer) 
10) last but not least, HABIB (pls, ipoh takdak, terliur tgk promo hanya di FB) 
11) Longchamp setidaknya, lagi bagus coach (jgn harap ai nak beli kat mall kat blog berlambak murah2 direct dari US/EU, tapi setidaknya ai boleh feeeel, tengok & cuba)

Oh ya, khabarnya dah nak beroperasi hujung Mac ini. 
Sama-sama kita serbu ok:) 


saya teruja, 
Mrs. Farizal 
Tiara Lake Park 
09-03-2012 
8:28pm 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...