Social Icons

Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

dari parit ke old trafford


Ya Allah ya ampun.Ya allah ya ampun.Versi zizan raja lawak menyakat Wulan Guritno. Masa ni pulak datang idea menulis.Pencetusnya adalah seorang teman bila kami sedang bersembang tentang “bercuti”.



Ya, bercuti.
Atau makan angin.
Atau melancong.


biasakan dengar orang kata gini :
“banyak duit bolehlah makan angin”
“amboi, tiap-tiap tahun makan angin” 
"dia bolehlah, kita ni entah bila.." 



Sebelum tu, definisi "bercuti" ialah meluangkan masa dengan keluarga / kawan2/ diri sendiri KELUAR dari tempat tinggal harian/kebiasaan.

Apa yang anda faham dengan terma bercuti / makan angin ni?
Pergi luar negara (oversea) saja ke yang dipanggil makan angin?
Orang-orang kaya je boleh makan angin?
Kita rakyat marhaen ni tak layak makan angin? Fikir semula. :) 

Kalau kita duduk Ipoh, sekali sekala berjalan ke Kuala Lumpur pun, itu bercuti lah tu. Hujung minggu, naik Cameron Highlands yang tak sampai 2 jam dari Simpang Pulai tu, kira bercuti lah tu.
Hatta, kalau duduk Ipoh bertahun-tahun, tapi tak pernah pergi Parit, sesekali teringin nak pergi Parit, duduk homestay barang semalam dua, pun kira bercuti. Apa masalahnya? 

Okeh, ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira sebelum bercuti atau sewaktu merancang untuk bercuti. Sebelum tu, betulkan persepsi dulu. 

Persepsi Pertama : Persepsi “Banyak duit bolehlah”

Memang tak dinafikan, kalau bercuti ni, dah nama pun kita meluangkan masa dengan keluarga KELUAR dari tempat tinggal/kebiasaan kita. Memanglah DUIT PUN KENA DILUANGKAN jugak. Mana nak tidur, nak makan, minyak kereta nak isi, tol lagi. Kalau pergi jauh, tiket kapal terbang lagi. Betul, tapi duduk rumah pun, masih kena makan, isi minyak jugak. Bukan semua free. 

Oleh kerana tu, kena lah menyimpan.
Kekdah main kutu boleh, kekdah asingkan duit dalam akaun lain boleh.
Pokoknya menyimpan.
Bukannya harini hati terdetik nak gi Switzerland,terus online beli tiket kapal terbang dan book hotel, esoknya terus pergi dik non. 
Itu cara orang KAYA.
Kita rakyat marhaen, buat cara kita.
InsyaAllah, Ada jalannya.


Kekdah saya sendiri, yang saya kira paling effective buat diri sendiri masa sekarang adalah main kutu. 2 kekdah ;- 


  1. main kutu ikut berapa nilai/kos yang kita perlu untuk satu2 percutian (kalau dah tau kosnya berapa)
  2. main kutu ikut kemampuan, RM 10, RM 50, RM 100, RM200 etc. nak 1 nama, nak 2 nama, nak 5 nama, suka hati. Sampai turn kutu kita, baru plan nak ke mana atau buat apa dengan duit tu. kalau masa tak sesuai nak bercuti, simpan je duit tu, tak basi duit tu. 
Mulanya saya main kutu mmg khas untuk percutian kami yang kali pertama. Ingat lagi, masa tu nak ke Bali tahun 2009. Dapat tiket murah. Percutian pertama kami ke luar negara sebagai suami isteri:) Selepas tu, saya rasa memang perlu buat simpanan tetap untuk tujuan bercuti. Bermula dari tu, hingga sekarang, mmg dah jadi kebiasaan. Samaada ada rancangan bercuti atau tidak, saya memang akan allocate some portion of gaji main kutu beberapa slot untuk bercuti.Kalau schedule husband tak kena pun, still saya simpan utk kegunaan bercuti. 

Persepsi : "Melancong lambang kemewahan" 
Macam kereta juga, kereta bukan lambang kekayaan atau kemewahan, tolonglah ubah persepsi ni. Tolonglah! 

Ada banyak pilihan. Pilihlah ikut kemampuan. Kalau nak kena naik kapal terbang, kita kan ada kapal terbang tambang murah. Bukankah semua orang boleh terbang sekarang "everyone can fly" ? 
---------------------------------------------------

Harap persepsi dah jelas ya. Sekarang jom saya kongsikan beberapa perkara yang kena diambil kira sewaktu merancang untuk bercuti. 


Perkara Pertama : “Jauh dekat bukan masalah”

Bercuti ni adalah waktu/masa yang diluangkan bersama keluarga / kawan2 ke tempat di luar kebiasaan atau rutin harian kita. Orang Ipoh ke Alor Setar, orang Parit ke Langkawi, orang Teluk Intan ke Nilai 3, orang Nilai 3 ke Rompin. Gitu lah kekdahnya. Tak payah tunggu pergi Eropah, tak payah tunggu ke New Zealand. 

Kalau ada tiket tambang murah, duit simpanan cukup, boleh lah ke luar negara. Kadang2 kos ke luar negara pun taklah mahal mana kalau kena promosinya. Kan AirAsia kata semua orang boleh terbang. 


Perkara Kedua : Tetapkan tujuan anda bercuti

Bagi saya faktor ini penting, malah amat penting sekali. Apa matlamat anda bercuti ? 

a. merehatkan diri (tepi laut, atau mana resort ada spa pun boleh)
b. honeymoon (tepi laut, atas gunung, tempat sejuk)
c. shopping (city centre)
d. menimba pengalaman, budaya dan tradisi 
e. buat aktiviti lasak (diving, panjat gunung, dll)
f.  menikmati keindahan alam (masuk hutan, tepi laut/pulau)
g. makan (cari tempat mewah makan) 

kena ada matlamat, baru anda boleh beri keutamaan dan capai matlamat tu! maksud saya, kalau nak shopping, anda harus maksimumkan penggunaan masa dan DUIT anda untuk shopping sahaja, TAK PAYAH duduk hotel mahal, TAK PAYAH fikir nak berehat-rehat tepi pantai. dalam kepala, shopping, shopping dan shopping sahaja, masuk semua tempat yang orang rekemen, jangan tinggal satu pun. beli apa saja yang dalam wishlist. takpayah nak terbudjet-budjet. rembat semua. 

kalau nak honeymoon, pergi dua orang saja (dengan suami/isteri). tak payah bawak segala saudara mara, tak payah pi cerita dengan orang pun takpa. kemudian, maksimumkan budjet untuk keperluan honeymoon. contohnya ambil pakej honeymoon, candlelight dinner dengan pasangan, buat spa sama-sama, naik cruise tengok sunset. order makanan dine-in dalam bilik. TAK PAYAH fikir nak shopping. beli key-chain sorang satu sudah. jangan tidak.

kalau rasa tempat tu kaya dengan tradisi dan budaya, habiskan budjet anda masuk ke Taman-taman budaya, persembahan kebudayaan, cuba duduk di homestay yang berasaskan budaya dan tradisi mereka. TAK PAYAH duduk hotel dalam bandar yang moden, TAK PAYAH shopping beriya2. 

cukuplah contohnya kot kan. korang dah boleh rancang sendiri lepas ni :)


Perkara ketiga : Budjet  
Sila refer pada tulisan saya kat atas tadi, betapa pentingnya ada perancangan kewangan untuk bercuti. Dah nama nak bercuti, tak bestlah kalau sampai destinasinya nanti kita terbudjet-budjet nak bayar itu dan ini. Jadi, pastikan budjet diallocate dengan betul. 

Saya ada sedikit tips. Kalau korang bercuti sendiri (tidak ambil pakej travel agency), korang kena juga buat budjet seolah-olah korang pergi dengan travel agent. Maksud saya gini : 

  • kira budjet minyak & tol kalau naik kenderaan sendiri 
  • kira budjet tiket kapal terbang kalau berkenaan
  • kira budjet public-public transport yang korang akan gunakan di tempat2 tersebut atau mungkin sewa kereta 
  • kira budjet penginapan (ambil kira rate hotel yang kebiasaannya mahal pada weekend & peak time)
  • budjet aktiviti korang (honeymoon ka, shopping ka, aktiviti lasak ka, makan sampai pengsan ka)  
  • kira budjet makan (buat kiraan per day, maksudnya katalah sehari korang budjet RM 50 seorang untuk 3 kali makan. katalah korang suami isteri dan 1 orang anak, jadi sehari RM 150, 3 hari RM 450). Asingkan duit makan pelisss!  
PENTING tau. Asingkan duit-duit tu ikut kegunaan. Tak best lah kalau tengah bercuti dan nak shopping, alih-alih bila time nak makan kena terbudjet-budjet pulak sebab budjet dah lari bayar public transport mahal atau dah terover shopping. serius, memang tak best nanti jadinya. 
Jadi rancang okeh! 


--------------------------------------

Betulkan persepsi sudah, bagi tips pun sudah, jadi sekarang tentang faedah melancong pulak.  

Faedah melancong 1 : Jauh berjalan, luas pengalaman
Dengarnya, macam sinonim kan. tapi berapa ramai yang bebetul faham & berniat untuk menimba pengalaman dengan melancong. dapat pahala tau melancong ni. ianya merupakan salah satu ibadah selagi tidak melanggar perintah & laranganNya. 

  • Surah Muhammad, ayat 10 yang bermaksud : "Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu.."
  • Surah al-Naml, ayat 69, maksudnya : "Katakanlah, berjalanlah kamu di muka bumi lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. " 
Ibadah Haji dan umrah sendiri adalah sebahagian daripada melancong melihat kebesaran rumah allah, kota mekah dan menziarah makam rasulullah dan tempat bersejarah di madinah. 

  • Surah al-Hajj, ayat 46 bermaksud “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” 
Dengan melancong, insyaAllah kita semua akan terbuka mata, banyak belajar, banyak menginsafi, banyak mensyukuri, banyak bersederhana, belajar tolong menolong sesama ahli keluarga & kawan-kawan, mengeratkan silaturrahim, meneliti setiap perbezaan dan persamaan antara manusia di seluruh pelosok dunia. Ianya akan sedikit sebanyak mengubah cara berfikir, cara beradaptasi, cara survival, cara bertindak dan membuat keputusan, dan macam-macam faedah lagi.  

Faedah melancong 2 : Quality Time 
Tak kira lah korang melancong dengan pasangan, dengan anak-anak, dengan mak ayah, dengan mertua, adik beradik, dengan ipar duai, dengan kawan-kawan, dengan budak ofis, dengan classmate masa Uni. 

Inilah masanya kita semua ni saling kenal mengenali, rapatkan mana yang renggang, gembira dengan keluarga dan anak-anak. Fikir atau bayangkan betapa seronoknya anak-anak dengan pengalaman baru, betapa sukanya mak ayah atau mertua bila dibawa melancong walaupun mak ayah tak cakap depa suka depan kita, berbunganya hati pasangan bila digembirakan. Masa tu, bila tengok orang yang tersayang gembira, korang akan rasa duit bukan segalanya lagi. Korang secara automatiknya akan nak bercuti lagi dan tak sabar merancang destinasi seterusnya. Percayalah kalau ada yang masih tak percaya. 


Panjang sungguh makjemah membebel. sudah cukup sudah rasanya. 


yang benar 
mrs farizal 
11-12-13, jam 8:38 malam







Thursday, October 17, 2013

tiada tajuk #2

salam semua.

tiada tajuk sempurna.
masih.
tapi, punya kenangan yang tak hilang.
abadi.
jika ada izin-Nya,
akan dikarang sedaya upaya. 

#Guangzhou #Shenzen :: Disember 2012
mrs. farizal 
rumah semanis rumah 
17 okt 2013, jam 11:59 malam


Saturday, November 10, 2012

Lanzhou #2 :: utk siapa yang tanya senang ke makan? :)


takkan kebulur walau di mana ceruk rantau pun kita berada. makanan halal adalah banyak. cumanya takdelah dapat apa yang kita selalu makan di Malaysia. mana nak cari roti canai, nasi lemak, teh tarik, teh ais, kari kepala ikan mamak, nasi goreng kampung, ikan 3 rasa semua. selagi ianya halal, makanlah, jangan memilih. bukan lama sangat pun, tak mati pun. keluarlah dari kebiasaan, sekali sekala. takkan pengorbanan nafsu tahap tu pun takleh nak kawal. 

dialog tipikal yang orang akan tanya bila kita pergi mana2, dalam negeri, luar negeri atau luar negara adalah "macamana sana, makan senang?" 

sampaikan Sheikh Muzhafar ke angkasa lepas pun PM dok tanya masa interview 
"makan macamana, ok ke?" 

lagi satu, bab halal. terlebih dahulu, ini pendapat peribadi saya berdasarkan kefahaman otak ni digest. kalau salah, silalah betulkan saya. 

sebagai rakyat malaysia, kita kan terdidik supaya gunapakai produk yang mempunyai Logo JAKIM sahaja, which is good untuk enforcement di negara kita. syabas JAKIM. kalau dalam Malaysia, ianya amat praktikal untuk kita perhatikan tanda Halal JAKIM untuk buat pilihan, tapi kalau berada di luar negara, manalah kita nak cari logo Halal JAKIM (unless mmg jumpa produk tempatan yang diimport, atau produk luar yang diikhtiraf JAKIM), jadi bila dah nampak tanda Halal dari negara lain seperti Thailand, China, Indonesia, Australia, Europe, USA, yakinlah. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mempraktiskan undang2 Halal & Haram, dan menguatkuasakan Logo Halal, Malaysia juga bukan satu-satunya negara yang ada Islamic Council untuk Bab Halal Haram, Europe ada, USA ada, semua negara Asia ada. 

How sure yang Halal JAKIM dan enforcement kita is the best? Kalau ada peraturan saja, tapi enforcement lemah, tak jadi jugak. Kita ada pergi tengok requirement & enforcement dari Islamic Council dari negara lain untuk bab Halal Haram ni? Atau yang terdekat, ada kita pergi tengok Hub Halal Dunia iaitu negara jiran kita Singapura? How comply they are? 

Pernah tak tengok requirement Australia untuk Food Quality Standard & Safety tentang bagaimana nak ikhtiraf produk itu adalah KEK PISANG? Saya pernah baca, dan antara syaratnya adalah kandungan PISANG dalam produk tersebut mestilah lebih 85%, baru produk tu layak dipanggil KEK PISANG. Itu baru nak tentukan KEK PISANG! Eh, kek pisang kat Malaysia layak ke agaknya dipanggil Kek Pisang yer? :p 

Jom sama-sama buka minda, jom berfikir, janganlah terkongkong sangat. Janganlah was-was tak bertempat. C'mon, Islam hangat diperkatakan di seantero dunia bukan Malaysia saja, dakwah jugak giat di mana-mana bahagian dalam dunia bukan Malaysia saja, termasuklah kesedaran yang tinggi tentang kelebihan makanan halal berbanding haram, bukan Malaysia saja. Yang bukan orang muslim pun dah mula cari makanan Halal sekarang, mula cari sumber daging yang disembelih halal, dsb. Its everybody's concern now! 

Tu dia intro.... :p Okeh, back to business. Enjoylah gambar2 makanan di bawah yer. Jangan nak tanya "Halal ke makanan yang ko makan ni teha?" 'Halal ke kedai makan yang depa bawak ko ni teha?" Makanan ni semua adalah Halal, dan kami amat beruntung sebab organizer amat prihatin dengan kehadiran 4 orang Muslim dalam kumpulan kami, semua Restoren yang dipilih adalah Halal, tapi sesetengahnya masih lagi serve arak untuk menjaga market penduduk majoriti mereka yang bukan muslim. Pandai-pandailah kita bawak diri. 

complimentary breakfast setiap hari


ok apa makan telur hari2 untuk breakfast

Lunch Day 1 : Teh wajib kalau makan di gerai-gerai

Lunch Day 1 : Jagung untuk praktis pakai chopstick

Lunch Day 1 : Sup Ayam dan Cendawan ni adalah SANGAT sedap. ada cili padi lagi tu :p 

Lunch Day 1 : Beef ni pun sedappppp


Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal. 

Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal

Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal.

Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal.

Day 2 Lunch : Beef Noodle


Lunch Day 2 : Beef Noodle

Lunch Day 2 : Beef Noodle

Lunch Day 2 : Beef Noodle

Dinner Day 2 : Satey Kambing

Dinner Day 2 : Satey Kambing 
Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk
Day 6 : Kacang2 di market

Beli teh di pasar

Lunch Day 6 : Lunch terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Kambing!! 

Ali bin Abu Talib karramallahu wajhah pernah berkata : 
"keluarlah dari negara bagi mencari sesuatu yang berharga. bermusafirlah kerana bagi musafir itu ada lima kelebihan - terlepas daripada kerumitan, dapat meningkatkan kualiti hidup, kaya dengan ilmu dan pengalaman, berpengetahuan tentang adab dan budaya serta mendapat ramai kenalan 
(sumber : Buku Pasport Musafir, Oleh Mohd. Zuhdi Ahmad Khasasi, PTS Islamika) 


Mrs Farizal 
10-11-2012, 4:42 pm 


Lanzhou #1

Korang, letih tau. Letih transit sampai 2 kali dan kena claimed luggage, berangkut dari satu terminal ke satu terminal, memunggah segala isi beg dari satu kaunter kastam ke kaunter kastam yang lain, dari arrival gate ke boardng gate yang satu lagi. Akibat dari route kali ni yang tak berapa friendly juga saya terpaksa menggalas beg deuter 45+10 L yang terisi segala mak nenek keperluan, dari yang luar hingga yang dalam, pakaian sembahyang, baju sejuk dah sah2 sebab perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat yang lain, gadjet2 juga harus di bawa bersama. Nak dekat 11 kg tau beg galas saya. orang perak kata "rebehh bahu". 


18 jam perjalanan termasuk transit


Cabin China Southern Airline yang membawa kami dari Singapore - Guangzhou, dan kemudian Guangzhou - Lanzhou

tiba di Zhongchuan Airport, Lanzhou. rasakan dua2 berlengas tak mandi seharian. 



Zhongchuan Airport, Lanzhou

Serius saya tak pernah dengar "Lanzhou". Jom kita sama2 mengenal Lanzhou dengan lebih dekat. 

Boleh nampak kan kat mana Lanzhou ni terletak. 

  • Lanzhou terletak dalam Province Gansu
  • Bandar terbesar di Wilayah Gansu, merangkap ibu negeri
  • Populasi 3.8 million (10% muslim), Wilayah Gansu merupakan wilayah terbesar bagi komuniti muslim di China. Keseluruhan muslim di China dianggarkan 30 million. 
  • Pertanian : sayuran dan buah (terutama tembikai susu dan pic) 
  • Bunga rasmi : ros dan lily 
  • yang lain-lain sila wiki sendiri :p 

statue sebagai simbolik Yellow River sebagai Mother River kepada penduduk negara China

satey yang dijual oleh orang muslim. sedappppp. 

Cukup kot untuk entry pengenalan Lanzhou ni. Walaupun tak sefamous destinasi perlancongan seperti Beijing, Shanghai atau Guangzhou, Lanzhou ada juga tarikannya yang tersendiri. InsyaAllah ada masa saya akan tulis lagi mengenai Lanzhou dan trip kali ni :) 


kepala tengah melayang cari idea tentang sesuatu perkara, 
mrs. farizal 
10-11-12, 1:56pm 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...