Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts
Wednesday, July 4, 2018
Saturday, November 7, 2015
Keep calm.
Minggu lepas mengerjakan full itinerary, checklist, transportation dan cost. Walaupun tak jauh mana, tapi itulah yg kami buat setiap kali bercuti. Family trip, 8 orang semuanya. Agak mencabar jugak kali ni bila memilih untuk aturkan semuanya sendiri. Selain lebih jimat, dpt juga susun itinerary ikut preference kita sendiri. Baru puas hati kan:)
Naik van, naik flight, teksi, MRT, jalan kaki, naik bas, dan pulang pula dengan keretapi malam selama 12 jam insyaAllah akan dirasai. Perjalanan keretapi yg paling lama setakat ni bagi saya.
Apapun, best exercise mcmni walau naik juling biji mata tgk google maps, memahamkam route2 public transport dan dptkan kadar tambangnya sekali. Nasib baiklah semua infomasi di hujung jari dan ada juga yang tanyakan pada kawan2 yang ada pengalaman.
Selain itinerary, yang penting dan kena dirancang awal (seawal beli tiket flight promosi:p) ialah bab cost. Dah jadi kebiasaan kami, nak mana-mana percutian sekalipun especially overseas, kami akan buat sehabis detail (cost per head), kemudian allocate siap2 ikut kegunaan utk elakkan overspend di mana2 bahagian dan mengakibatkan percutian jadi tak best, no more fun. Cth yg paling senang bila tak asing duit, overspend masa shopping mengakibatkan allocation utk makan jadi lari lepastu mulalah berkira2 nak makan, tak bestlah mcmtu kan. Ikutlah mana tempat nak dituju, ada tmpt RM 40-50/head/day dah cukup contohnya ke Indonesia, ada tmpt yg currency lebih tinggi mungkin perlu hingga RM100-150/head/day. Contohnya, kalau letak RM 50 sehari, Kalau pergi 4 orang selama 4 hari, maka RM200/head perlu diasingkan seorang, jumlahnya RM800 untuk makan sahaja mesti diasingkan. Apapun jadi, makan tetap kena makan kan? Hahahaa..
Macamtu jugak dgn kos lain. Bukan masalah berkira duit, tapi soal nak uruskan duit tu dan nak melancarkan semua urusan semasa tengah bercuti. Mungkin ada yg senang dgn cara dengan bawa sejumlah wang yg difikirkan cukup pada masa tu. Bila sampai ke destinasi kemudian bayar hotel, bayar transport, bayar entrance fee, shopping, bayar makan hari pertama dan kedua, tiba2 masuk hari ketiga rasa eh tinggal banyak ni saja duit?? Ada lagi dua hari dkt sini! Kelam kabut, tak seronok, terbajet2 akibat baru tersedar dah terover spend. Kalau dalam negara masih boleh withdraw duit yg ada dalam bank. Cuma kalau duit tu dah ada kegunaannya yang menunggu (installment kereta ke, installment rumah ke, renew roadtax insurance ke), kesannya akan dirasai bila balik dari bercuti nanti. Tak pasal kena ikat perut tunggu gaji disebabkan overspend masa pergi bercuti. No no no... Jangan gitu. Tu namanya no more fun. Balik bercuti patutnya semua orang happy, fresh dan bersemangat untuk kembali ke rutin normal.
Eh panjang pulak. Selain dari ada perancangan kewangan, its also good to have a fund for your vacation / traveling. Tak kisah lah cara apa nak menyimpannya tu, simpan ikut warna banknotes ke, ikut tarikh ke, bulanan ke, main kutu ke, cemana pun takpa :)
Im counting!!
Moga dipermudahkan semua urusan dan semuanya baik2 saja.
#travelogMrsFarizal
7 November 2015 : 8:31 pm
Travelog Mrs. Farizal : Langkawi (Mei 2015)
[entry delayed. draft terperam berbulan-bulan]
Salam semua.
Punyalah counting days nak ke Langkawi. Berkobar-kobar walaupun hakikatnya kerja tengah menimbun dan tarikh trip ke Langkawi ni pulak sebenarnya clash dengan satu bengkel yang dianjurkan. Alhamdulillah, dapat colleague yang sangat2 memahami, dan boleh cover ketiadaan saya.
Trip 4 hari 3 malam (22 - 25 Mei) ni disertai oleh kesemua ahli keluarga saya termasuklah ipar duai. Tak ramai pun, kami dalam 10 orang semuanya (9 dewasa, 1 baby). Yang dari Johor Bahru, adik perempuan, suaminya dan adik lelaki bongsu saya - mereka naik flight dari Senai ke Langkawi. Senang dan mudah, jimat banyak masa. Adik no 3, dah siap2 bermalam di rumah keluarga mertuanya di Kangar, Perlis. Saya dan suami pulak bawak bapak dan ummi, bertolak dari Ipoh. Janji jumpa di Kangar, dan naik feri sama2.
Disebabkan kami yang naik feri dari Kuala Perlis ni sedikit terlewat sampai, rupanya orang jauh dari JB yang sampai dulu. Patutnya kami yang pick up mereka di airport, sudahnya jadi mereka pula yang menyambut kami di Jeti Kuah. Kami decide ambil 2 buah kereta sewa. Kadar sewa pun tak mahal sebab bukan peak season, bukan cuti sekolah.
Sampai saja, kami pun cari makan tengahari dan kemudian cari homestay yang telah ditempah awal. Rasanya macam takda pulak gambar homestay kami, huhu. Lokasinya di Taman Helang Perdana, rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur, 3 bilik air, RM 250 semalam. Boleh juga tengok di Official FB mereka Tempahan Chalet & Homestay Langkawi Kedah (klik sini untuk ke FB mereka).
Tentatif lebih kurang gini lah.
22 Mei 2015, Jumaat
2:30 petang : Tiba di homestay Taman Helang Perdana
5:00 petang : Makan laksa di tepi airport dan jalan-jalan petang di Chenang.
sebelah malam : Lepas makan malam, kami rehat sebab esoknya nak berjalan seharian ke Cable Car dan Muzium 3D.
23 Mei 2015, Sabtu
Beli breakfast di gerai berhampiran taman
10:00 pagi : tiba di Cable Car. Beratur beli tiket punya lah panjang walaupun bukan cuti sekolah! Selesai cable car, kami ke Muzium 3D pulak. Bergambarlah terbaring terduduk ternganga, terlompat semua ada. hehehee...
Malam : Hati mula resah sebab tak nampak bayang Haji Ismail Group (HIG) atau Idaman Suri. Punyalah menahan. Hahahahaaa.. Akhirnya malam tu kami pun ke HIG dan Idaman Suri untuk survey harga.
24 Mei 2015, Ahad
Pagi : Shopping di HIG, Idaman Suri dan pekan Kuah.
Petang : Geng lelaki nak pi parasailing di Chenang. Kami pun pergi Chenang lagi. Rileks, jalan2 ambil2 gambar.
25 Mei 2015, Isnin
Yang paling awal kena berangkat pulang adalah geng johor. Flight diorg pukul 11:00 pagi. Kami pun siap2 lah selesai saja breakfast, hantar diaorg ke airport. Kami pulak ambil feri pukul 1:00 petang.
Takda banyak tips nak share, semua orang dah familiar dengan Langkawi rasanya. No contact homestay saya ada share dekat atas. Kereta pulak kami contact En. Shamsibah, nombor telefon : 012-444 0109. InsyaAllah harga berpatutan, urusan pun senang, keadaan kereta pun baik.
![]() |
| hakak yang sado :p |
Sampai saja, kami pun cari makan tengahari dan kemudian cari homestay yang telah ditempah awal. Rasanya macam takda pulak gambar homestay kami, huhu. Lokasinya di Taman Helang Perdana, rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur, 3 bilik air, RM 250 semalam. Boleh juga tengok di Official FB mereka Tempahan Chalet & Homestay Langkawi Kedah (klik sini untuk ke FB mereka).
Tentatif lebih kurang gini lah.
22 Mei 2015, Jumaat
2:30 petang : Tiba di homestay Taman Helang Perdana
5:00 petang : Makan laksa di tepi airport dan jalan-jalan petang di Chenang.
sebelah malam : Lepas makan malam, kami rehat sebab esoknya nak berjalan seharian ke Cable Car dan Muzium 3D.
23 Mei 2015, Sabtu
Beli breakfast di gerai berhampiran taman
10:00 pagi : tiba di Cable Car. Beratur beli tiket punya lah panjang walaupun bukan cuti sekolah! Selesai cable car, kami ke Muzium 3D pulak. Bergambarlah terbaring terduduk ternganga, terlompat semua ada. hehehee...
Malam : Hati mula resah sebab tak nampak bayang Haji Ismail Group (HIG) atau Idaman Suri. Punyalah menahan. Hahahahaaa.. Akhirnya malam tu kami pun ke HIG dan Idaman Suri untuk survey harga.
24 Mei 2015, Ahad
Pagi : Shopping di HIG, Idaman Suri dan pekan Kuah.
Petang : Geng lelaki nak pi parasailing di Chenang. Kami pun pergi Chenang lagi. Rileks, jalan2 ambil2 gambar.
25 Mei 2015, Isnin
Yang paling awal kena berangkat pulang adalah geng johor. Flight diorg pukul 11:00 pagi. Kami pun siap2 lah selesai saja breakfast, hantar diaorg ke airport. Kami pulak ambil feri pukul 1:00 petang.
![]() |
| Kami bersepuluh.. hehee.. Makan laksa tepi airport Langkawi. |
![]() |
| Makan malam di Restoren Wan Thai. |
![]() |
| Recommended Thai restaurant. |
![]() |
| Memang tak banyak kerenah si Arissa ni. Dia teman papa dan paksunya parasailing di Chenang. |
![]() |
| Lelaki-lelaki dalam hidup :) |
![]() |
| Adik bongsu, Amin :) |
![]() |
| Adik no 2, Ilyana dan suaminya Akmal :) |
![]() |
| Adik no 3, Nani dan suaminya Hafiz. Arissa tidoq. |
![]() |
| Cucu atokkkk. |
![]() |
| Bapak & Ummi di Muzium 3D |
![]() |
| Aksi en. suami :p |
![]() |
| hehehee.. |
![]() |
| Pantai Chenang yang tak pernah tak ramai orang |
![]() |
| Byeee Langkawi, hingga kita berjumpa lagiiiii. |
Takda banyak tips nak share, semua orang dah familiar dengan Langkawi rasanya. No contact homestay saya ada share dekat atas. Kereta pulak kami contact En. Shamsibah, nombor telefon : 012-444 0109. InsyaAllah harga berpatutan, urusan pun senang, keadaan kereta pun baik.
7 November 2015 : 3:45 pm
Travelog Mrs. Farizal : Medan (Januari 2015)
[entry delayed. peram dalam draft nak dekat 10 bulan]
Assalamualaikum.
Sejak cinta dah beralih arah dari iOS Apple kepada telefon pintar dengan sistem operasi Android ni semakin malas nak tulis blog guna aplikasi dalam telefon. Bagi saya, kurang blogger-friendly lah, dan aplikasi blog untuk Android jugak tak cukup lancar untuk kegunaan saya, walaupun biasa-biasa. Kalau dulu, gunakan iPhone, setiap gambar mudah nak sync ke dalam Macbook untuk di"publish" dan begitulah sebaliknya. Sekarang, dari Xperia Z3 ke Macbook, jawabnya memang tak lah. Ke kau yang reti wahai teha?
Oklah, percutian kali ini selain dari nak berjalan, sebenarnya nak mencuba penerbangan Malindo Air yang baru saja buka laluan Ipoh ke Medan. Selain suami dan ibu mertua, kami ditemani oleh kawan suami (Joey) dan keluarganya termasuk ibu mertuanya. Trip kali ini pendek saja, iaitu dari 25 hingga 28 Januari 2015 (4 hari 3 malam), kami beri kepercayaan kepada Keris Tours & Travel pula kali ini untuk menguruskan tempahan kami.
Tentatif :
25 Januari 2015
- Berlepas ke Medan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh menaiki pesawat Malindo Air, perjalanan cuma mengambil masa selama 1 jam 05 minit.
- Tiba ke Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan dan dibawa ke Parapat, Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam menaiki van.
- Tiba di Parapat dan menginap di Hotel Niagara.
Kami ada jugak berhenti di satu cafe di atas bukit (lupa nama tempatnya). Yang istimewa di situ ialah air teh halianya dan pisang goreng panas. Memang sedap pekena teh halia masa sejuk-sejuk macam tu.
![]() |
| Hotel Niagara, Parapat. Cantik sungguh pemandangan Danau /Tasik Toba (Toba Lake) |
![]() |
| Kak Aida, Umar dan Syamil. Background tu rasa macam dkt new zealand :p |
![]() |
| Kak Aida, Umar and aunty teha :p |
26 Januari 2015
Keesokan harinya. Kami ke Perkampungan Batak iaitu di Pulau Samosir. Perlu naik feri lebih kurang 30 minit dan dapat enjoy pemandangan indah dari tengah tasik. Gambar di Pulau Samosir ada dalam digicam dan handycam. Belum sedut keluar pun lagi. hukss!
Keesokan harinya. Kami ke Perkampungan Batak iaitu di Pulau Samosir. Perlu naik feri lebih kurang 30 minit dan dapat enjoy pemandangan indah dari tengah tasik. Gambar di Pulau Samosir ada dalam digicam dan handycam. Belum sedut keluar pun lagi. hukss!
Setelah seharian di perkampungan batak, kami pun bertolak ke Berastagi. Perjalanan ambil masa 5 jam lagi, menaiki van. Mencabar bagi saya yang jenis mabuk jalan ni, sebab laluan adalah di lereng2 bukit. Di sepanjang jalan nak ke Berastagi akan lalu perkampungan dan banyak kawasan pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan, sebab tempat tinggi kan, macam Cameron Highlands.
Singgah di Air Terjun Sepiso-piso untuk ambil gambar. Dikatakan air terjun ini tajam seperti pisau, sebab itulah dinamakan Sepiso-piso. Airnya mengalir ke Danau Toba.
Sampai Berastagi dah malam dan kami pun tak kemana-mana lagi.
Singgah di Air Terjun Sepiso-piso untuk ambil gambar. Dikatakan air terjun ini tajam seperti pisau, sebab itulah dinamakan Sepiso-piso. Airnya mengalir ke Danau Toba.
Sampai Berastagi dah malam dan kami pun tak kemana-mana lagi.
![]() |
| Kami semua. 6 dewasa 2 kanak-kanak |
![]() |
| Subhanallah. Cantik kan? |
![]() |
| Ini Umar. Dia yang buatkan mama, abah, uncle, aunty, opah opah semua exercise lebih sikit sebab kena mengejar dia. hehe.. |
27 Januari 2015
Hari seterusnya kami meneruskan perjalanan dari Berastagi ke Medan. Sebelum sampai ke Medan kami singgah di Pasar Ikan untuk membeli belah. Masa pun tak berapa panjang di situ. Rembatlah apa yang dapat untuk kenangan. Yang pastinya memang tak samalah dengan Bandung, Bandung sememangnya syurga shopping. :p
Sebelah malam, kami semua dah kepenatan dan tak kemana-mana lagi. Sibuk packing beg, sebab keesokannya flight sebelah pagi.
28 Januari 2015
Alhamdulillah selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh lebih kurang pukul 1:30 tengahari. Memang tak rasa penat langsung sebab perjalanan dekat (1 jam 10 minit flight) dan kami tak perlu naik bas/keratapi nak balik Ipoh. Sebelum ni terbang dari KLIA/LCCT, 3-4 jam baru dapat sampai Ipoh.
Update November 2015 : Flight Malindo Ipoh-Medan-Ipoh dah tak ada. Yang tinggal hanya Sriwijaya Air.
Hari seterusnya kami meneruskan perjalanan dari Berastagi ke Medan. Sebelum sampai ke Medan kami singgah di Pasar Ikan untuk membeli belah. Masa pun tak berapa panjang di situ. Rembatlah apa yang dapat untuk kenangan. Yang pastinya memang tak samalah dengan Bandung, Bandung sememangnya syurga shopping. :p
Sebelah malam, kami semua dah kepenatan dan tak kemana-mana lagi. Sibuk packing beg, sebab keesokannya flight sebelah pagi.
28 Januari 2015
Alhamdulillah selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh lebih kurang pukul 1:30 tengahari. Memang tak rasa penat langsung sebab perjalanan dekat (1 jam 10 minit flight) dan kami tak perlu naik bas/keratapi nak balik Ipoh. Sebelum ni terbang dari KLIA/LCCT, 3-4 jam baru dapat sampai Ipoh.
Update November 2015 : Flight Malindo Ipoh-Medan-Ipoh dah tak ada. Yang tinggal hanya Sriwijaya Air.
7 November 2015
2:36 pm
Friday, August 28, 2015
Citadines Apart Hotel, Cyberjaya
Assalamualaikum.
Kali ni nak sharekan review mengenai sebuah hotel di Cyberjaya iaitu Citadines Apart Hotel. Lokasinya bersebelahan dengan Citadines D'Pulze Mall.
Review dari saya :
Lokasi : 4 / 5 bintang. Strategik sebab berdekatan dengan mall, stesen bas, dan pejabat serta kilang-kilang di Cyberjaya
Bilik : 5/5 bintang. Bilik adalah besar kerana berkonsepkan apartment. Jadi ada dapur yang dilengkapi dengan kelengkapan asas memasak termasuk microwave, toaster dan induction cooker.
Stail : 5/5 bintang. Bagi sesiapa yang sukakan gaya minimalis, anda pasti akan sukakan hotel ni. Nampak besar, bersih dan moden.
Harga : 4/5 bintang. Harga adalah amat berpatutan. Boleh booking di laman web tempahan seperti booking.com, agoda.com atau lain-lain lagi.
Staff : 4/5 bintang. Tak seramai hotel-hotel yang terletak di pusat-pusat bandar, tetapi semuanya peramah
Makanan : 4/5 bintang. Restoren bagi hotel ini adalah terletak di dalam mall iaitu di Big Bob Burger. Kami hanya sarapan pagi saja di hotel ini. Pilihan makanan tidaklah sebegitu banyak, tapi yang asas semuanya ada. Tapi yang penting, semuanya sedap-sedap belaka. Lupa pulak nak snap gambar masa breakfast!
Nota : Kalau kena bertugas ke Putrajaya biasanya kami memilih menginap di Hotel Everly memandangkan ianya bersebelahan dengan Alamanda. Lepas ni adalah pilihan lain selain Everly :p

Kali ni nak sharekan review mengenai sebuah hotel di Cyberjaya iaitu Citadines Apart Hotel. Lokasinya bersebelahan dengan Citadines D'Pulze Mall.
Review dari saya :
Lokasi : 4 / 5 bintang. Strategik sebab berdekatan dengan mall, stesen bas, dan pejabat serta kilang-kilang di Cyberjaya
Bilik : 5/5 bintang. Bilik adalah besar kerana berkonsepkan apartment. Jadi ada dapur yang dilengkapi dengan kelengkapan asas memasak termasuk microwave, toaster dan induction cooker.
Stail : 5/5 bintang. Bagi sesiapa yang sukakan gaya minimalis, anda pasti akan sukakan hotel ni. Nampak besar, bersih dan moden.
Harga : 4/5 bintang. Harga adalah amat berpatutan. Boleh booking di laman web tempahan seperti booking.com, agoda.com atau lain-lain lagi.
Staff : 4/5 bintang. Tak seramai hotel-hotel yang terletak di pusat-pusat bandar, tetapi semuanya peramah
Makanan : 4/5 bintang. Restoren bagi hotel ini adalah terletak di dalam mall iaitu di Big Bob Burger. Kami hanya sarapan pagi saja di hotel ini. Pilihan makanan tidaklah sebegitu banyak, tapi yang asas semuanya ada. Tapi yang penting, semuanya sedap-sedap belaka. Lupa pulak nak snap gambar masa breakfast!
Kesimpulannya, memang highly recommended lah untuk rakan-rakan yang ada urusan dan ingin bermalam di Cyberjaya ni. Rasanya kalau urusan di Putrajaya pun tak salah nak menginap di hotel ni sebab jaraknya berdekatan saja. Di samping itu, harganya juga lebih murah berbanding hotel yang setaraf dengannya di Putrajaya.
Itu saja untuk review kali ini. Jumpa lagi :)
Sunday, January 11, 2015
Journey to the North: Perlis - Kangar, Padang Besar, Wang Kelian, Alor Setar
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, ada kesempatan lagi bercuti bersama keluarga. Trip ke utara kali ni sebenarnya adalah Plan B, plan asal nak menjelajah pantai timur. Tak kisahlah ke mana kan, janji boleh luangkan masa yg berkualiti dgn keluarga. Trip ni adalah selama 5 hari 4 malam, dan nyaris nak jadi 6 hari 5 malam, dek kerana seronok sgt stay di D'Puncak Beris Resort pada 2 malam terakhir di sana.
Meh saya kongsikan ringkasan itinerary kami ni dulu, insyaAllah tiap satu tempat nanti saya tulis entry berasingan ya:)
- Sabtu, 6 Dis: Bertolak dari Ipoh ke Perlis. Membeli belah di Padang Besar dan bermalam di homestay di Kangar. Tak lupa misi pulut durian :p
- Ahad, 7 Dis: Pergi ke Wang Kelian untuk beli belah hingga tengahari. Bertolak ke Alor Setar dan bermalam di sana.
- Isnin, 8 Dis: Pergi ke Pasar Rabu untuk beli makanan tempatan. Tengahari bertolak ke Sik, Kedah untuk ke D'Puncak Beris Resort. Sampai di resort lebih kurang pukul 4 petang. Bermalam di resort ini selama 2 malam.
- Selasa, 9 Dis: Melawat ladang anggur Tasik Beris dan kemudian habiskan masa dengan memancing dan untuk saya, khatamkan naskah yang dah sebulan beli tapi tak khatam2.
- Rabu, 10 Dis : Selepas breakfast, sambung memancing. Check out pukul 11 pagi dan singgah di Ladang Anggur semula untuk beli bekalan bawak balik. Bertolak balik Ipoh, dan sempat pekena yong tau foo di Taiping (Medan Selera belakang bomba).
![]() |
| Wang Kelian. Barang super duper murah, even compare dengan Padang Besar. |
Kami bermalam selama 1 malam di homestay di Kangar. Malam tu pergi makan di kedai Stimbot (tapi dah lupa nama). Huhu.. Boleh tahan jugak kedainya. Oh ya, tiada gambar di Padang Besar, tiada juga gambar pulut durian, sebab bak kata husband saya "bila sampai padang besar, abang pun sayang boleh lupa". Maknanya dah tak ingat apa dah dalam kepala, selain dari shopping. Mendalam sangat.
Esok pagi nya breakfast di Medan Selera Pasar Kangar. Sedap dan murah. Bertambah-tambah. Hahahaaa.. Selepas tu kami bertolak ke Wang Kelian. Selesai membeli belah di Wang Kelian, kami pun bertolak ke Alor Setar.
![]() |
| Menara Alor Setar . RM 8 / dewasa, RM 4 / warga emas dan kanak-kanak |
Sempat ke Pekan Rabu dan melawat Menara Alor Setar keesokan harinya sebelum bertolak ke Sik. Pemandangannya bagus betul dari sini. Orang pun tak ramai mana, jadi tak berebut-rebut. Best.
Tips nak dikongsi di Perlis ;
1. Padang Besar - tawar menawar dah tak berapa nak jalan. tak tahu pasal apa, huks! nak tunggu cakap siam, memang tak reti la kan. Cuba cakap Perlis pun terpeleot-peleot. Kebanyakan kedai macam biasa, jual benda yang lebih kurang nak sama. Banyak pakaian, periuk belanga, aksesori wanita, handbeg siam, jersey, makanan kering.
2. Wang Kelian - Pengalaman kali ni membuka mata betapa bezanya harga barangan di Wang Kelian berbanding Padang Besar. Serius Wang Kelian lagi murah. Semua benda lebih murah.
Tips Alor Setar ;
1. Pekan Rabu dah bertukar tempat ya kawan-kawan sekalian. Dah ada bangunan baru, dipanggil Ukir Mall. Masa kami datang, mereka boleh dikatakan baru berpindah ke Ukir Mall tu untuk beberapa bulan, dan ada yang baru masuk 1 minggu. Jadi banyak kedai masih kosong dan peniaga ada yang masih sibuk uruskan/kemaskan kedai.
2. Pekasam - juga dah bertukar tempat, bukan dalam Ukir Mall, tapi bertentangan dengan Ukir Mall. Ada deretan kedai setingkat.
Sambungan di entry seterusnya ya!
Mrs. Farizal
7:45 pm, 11.01.2015
Tiara Lake Park
Wednesday, October 22, 2014
CCM : Penang 2014 (Part 2) - Penang Street Art
Assalamualaikum.
Entry khas ditujukan buat adik Khairunnisa' Jamaludin:) Terlebih dulu maaf anda review ini tak seberapa dan tak sempurna, namun diharap dapat bantu Nisa':)
Tak banyak tempat yang kami lawati sebenarnya. Selain dari faktor honeymoon, faktor "dah pernah pergi" juga mempengaruhi keputusan "tak payah pergi lah kali ni" dalam trip ni. Kalau nak diikutkan Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di dalam dan luar negara dan banyak tempat menarik dan pelbagai aktiviti boleh dibuat sewaktu bercuti di sini. Boleh juga lawati laman web Tourism Penang ni, sangat informative http://www.tourismpenang.net.my.
Antara tempat menarik untuk dilawati :
1. Bukit Bendera (lama tak pergi, walaupun dah pernah pergi lama dulu, kami skip)
2. Muzium (kebanyakan muzium tak pernah pergi, suami tak minat pula pergi muzium, toy museum jugak tak pergi)
3. Tokong Ular (tak pergi)
4. ESCAPE (tak pergi)
5. Batu Feringghi
6. Street Art (tak dapat parking walaupun berjam tawaf!)
7. Taman Negara Pulau Pinang (tak pergi jugak)
Oleh kerana entry ini khas untuk Street Art, jadi tumpuan dah tentu pd Street Art :)
Untuk pengetahuan semua, lukisan dinding ni terletak di lokasi yang berbeza-beza sekitar bandar georgetown. Ada yg terletak di Ah Quee Street, Pengkalan Weld & Armenian Street. Kami menghampiri Ah Quee street sekitar jam 11 pagi Sabtu. Tak boleh kira dah berapa kali tawaf kawasan tu tapi mmg langsing takda parking. Menjelang pukul 12 tghari akhir kami give up & terus set GPS ke Nasi Kandar Line Clear, boleh gitu?
Nak dipendekkan cerita sampai ke sudah kami tak pergi dah tempat ni. Kebetulan masa meronda di pasar malam feringhi malam minggu tu terjumpa fridge magnet gambar2 lukisan dinding ni. Saya pun buat keputusan beli semua koleksi tersebut. Hahahaaa.
Saksikanlah, fridge magnet yang harganya RM 10 untuk 4 pcs :p
Tips untuk ke Street Art ni, elok la bermula seawal pagi. Kalau dah pukul 10 pagi ke atas tu, kawasan tu dah sesak dan adalah amat susah cari parking. Satu cara lagi, adalah parking lah mana pun yang dapat sekitar kawasan tu atau jauh sikit, kemudian naiklah beca dari satu lorong ke satu lorong.
Good luck ya!
InsyaAllah entry lepas ni pasal makanan di Penang pula ya :)
Entry lain berkenaan Penang (klik pada tajuk di bawah)
- Hard Rock Hotel Penang
- Makanan yang best di Penang
Good luck ya!
InsyaAllah entry lepas ni pasal makanan di Penang pula ya :)
Entry lain berkenaan Penang (klik pada tajuk di bawah)
- Hard Rock Hotel Penang
- Makanan yang best di Penang
I miss penang !
22 Oktober 2014 : 2.44 pm
Sunday, September 7, 2014
Keinginan terlampau
Keinginan terlampau.
atau.
Terlampau ingin?
Konflik diri.
Hahhaha.
Kepuasan. Lain orang kan lain.
Memasak. Bela kucing. Tangkap gambar. Kumpul barang kemas.
Kumpul barang lama. Berkebun. Panjat gunung. Kerja amal. Mengembara.
Kepuasan tu untuk diri sendiri yang nikmati dan rasai. Bukan puas bila dapat tayang kat orang. BIG no.
Oklah, intro ntah apa-apa. Nak cerita pasal keinginan yang satu ni sebenarnya.
BACKPACKER!
BACKPACKER =
Backpacking is a form of low-cost, independent international travel. It includes the use of a backpack or other luggage that is easily carried for long distances or long periods of time; the use of public transport; inexpensive lodging such as youth hostels; a longer duration of the trip when compared with conventional vacations; and an interest in meeting the locals as well as seeing the sights. It is typically associated with young adults who generally have fewer obligations and thus more time to travel.
Haaaa.. sekarang jelas tak backpacker tu apa dia? Menarik tak? Heheheee.. Menarik bagi saya dan terlampau teringin nak cuba. Asyik berjalan duduk hotel (walaupun hotel tak mewah, tapi selesa) semuanya diaturkan oleh travel agent, terikat dengan jadual, tak cukup masa nak buat apa yang kita nak buat dan harga yang bukanlah murah sangat.
Jangan tak tahu, kebanyakan 'hardcore backpacker' ni tak bergerak secara berkumpulan, sebaliknya mereka mengembara secara 'solo'. Mereka ni siap ada komuniti sendiri di mana mereka akan bertukar maklumat sesama mereka (tips, tricks) dan mereka akan menjadi 'host' atau tuan rumah kepada backpacker yang lain, bila backpacker tu datang mengembara ke tempat mereka. Dengan cara tu akan menjimatkan kos sewa bilik & dapat jalinkan ukhwah walaupun berlainan bangsa & agama ;)
![]() |
| Sumber : The Savvy Backpacker |
Istilah backpacker ni jugak (macam definisi dari wikipedia di atas tu), mereka ni takkan duduk hotel mahal (mereka akan duduk dengan 'host' atau di hostel/dorm), takkan naik flight selagi ada public transport guna jalan darat/air yang available (naik flight tak dapat explore apa yang ada di darat kan, so rugi, banyak benda yang ter'miss out', tahu2 dah sampai next destination), peta dan kompas sentiasa di tangan, cuma bawa backpack (sebab tu la mereka dipanggil backpacker kan?), pengembaraan mereka bukan 3 hari 2 malam mahupun seminggu, malahan berminggu2 dan ada yang makan berbulan-bulan.
![]() |
| Sumber : Blog Afif |
![]() |
| Sumber : Blog BackpackerBusuk |
Objektif backpacker ni bukan nak honeymoon atau shopping, sebaliknya lebih kepada nak menjelajah dunia dan merasai sendiri apa yang orang tempatan rasa, explore kepelbagaian, persamaan dan perbezaan penduduk serata dunia (duduk hotel mewah dan semua diaturkan bukan cara hidup sebenar orang tempatan kan?). Saya percaya, mereka ni pastinya akan pulang ke tanah air masing-masing dengan pengalaman yang sarat, tak terjual beli. Percayalah bahawa pengalaman2 tu akan menjadikan diri mereka jadi lebih menghargai, menginsafi dan menilai sesuatu dari sudut yang berbeza, di samping nilai-nilai survival yang tinggi dalam diri. Itu nilai kepuasan.
Salah satu aspek yang penting sebelum memulakan pengembaraan dan semasa merancang sesebuah perjalanan tu adalah memilih beg yang sesuai. Ianya boleh jadi backpack (beg sandang belakang) atau beg beroda (trolley bag) yang ringan, sesuai dengan empunya badan yang nak mengendong, kalis air, tidak menyakitkan badan, berupaya menampung barang2 keperluan yang ingin dibawa.
Saya sendiri tak arif pasal pemilihan beg ni. Cuma ada sedikit pengalaman semasa memilih backpack sebelum dihantar berkursus ke New Delhi India selama 4 minggu (Sept 2013). Disebabkan kesuntukan masa dan banyak perkara yang perlu disiapkan di saat akhir, saya tak ada masa untuk 'survey' dengan banyak, saya cuma pergi ke Aeon Station 18 berhampiran rumah dan terus beli. Nak jadikan cerita, pekerja yang on duty pada masa tu tak dapat berikan panduan / guide yang cukup untuk saya yang tak pernah beli backpack ni. Terpisat-pisatlah sekejap. Orang perempuan ni tahu je lah, kalau beli barang mesti nak yang cantik je, tu yang bahaya tu kalau takda panduan yang betul. Alhamdulillah, ada seorang adik ni, dia gemar hiking, dan tahu serba sedikit pasal bag. Dialah yang guide saya. TQ dik!
Adik tu kata backpack ada macam2 jenis, ada yang sesuai untuk hiking, trekking dan biking. Adik tu suruh saya ambil backpack yang designated untuk "lady". Yer, untuk perempuan. Sebab katanya design lelaki akan menyebabkan kita yang perempuan ni tak selesa pakai, atau tak selesa di badan seorang perempuan. Setiap features pada backpack ni ada fungsinya, bukan saja2, bukan untuk cantik kakkk, dia kata. sengih je saya nih mendengarnya!
Memang trip ke India bukan trip backpacker. Saya pergi berkursus. Kemudahan semua tersedia oleh pihak penganjur. Tapi saya menjangkakan ada shorttrip akan diadakan dalam tempoh 4 minggu tu, dan sangkaan saya betul. Kami dihantar ke Bhopal, Madhya Pradesh yang terletak 800km dari New Delhi selama 1 minggu. Perjalanan ke sana naik keretapi selama 7 jam 30 minit! Bawak backpack lebih senang kan? Kenapa ya?
Kelebihan backpack :
1. Tangan korang free a.k.a "handsfree". tak perlu nak menyeret beg, semua atas badan. Korang senang nak bergerak.
2. Senang nak naik tangga, senang nak berjalan di celah orang ramai (ummat di stesen keretapi new delhi macam semut, tuhan je la yang tahu, pengalaman saya pertama di kelilingi oleh sebegitu ramai ummat).
3. Memudahkan pergerakan. Contohnya nak masuk ke toilet awam ke, boleh bawa masuk backpack korang sekali. Nak solat di tempat awam, boleh letak beg di depan.
4. Saiz boleh lepas untuk handcarry di atas cabin. Amat berguna terutama bila perjalanan korang banyak transit, dalam tu cukup untuk letak pelbagai keperluan korang dalam tempoh transit. Saya pernah merasa 2 kali transit dalam perjalanan ke Lanzhou China di mana tempoh amat panjang dalam transit tu. Sebab tu tahu rasanya macamana transit lama2.
Jom saya kongsikan backpack kepunyaan saya.
![]() |
| Jenama yang dipilih. Aeon tak banyak pilihan pada masa tu :( |
![]() |
| Perhatikan label ini ya utk para jelitawan yang ingin membeli backpack :) |
![]() |
| 4 jenis backpack yang berlainan features dan kegunaannya. |
![]() |
| Harga yang fuhh. Tapi percayalah, berbaloi. Tak sakit badan langsung walaupun saya bawa hampir 12kg masa tu, siap handcarry lagi, tak masuk cargo! padahal limit handcarry kan 7kg jer :p hehehehe. |
Ini rupa backpack yang saya maksudnya. Alhamdulillah, amat berguna dan saya amat puas hati.
![]() |
| Deuter Futura Vario 45 + 10 L. |
![]() |
| Ada bukaan zip di depannya, maksudnya bila nak ambil barang tak payah punggah dari atas (top load). Bukaan di atas tetap ada seperti beg lain. |
![]() |
| Bukak je zip ni terus ke isi perut beg. no worry. |
![]() |
| belakang beg, semua strap & belt ada fungsinya. kalau kita pakai dengan betul, insyaAllah badan tak sakit walaupun bawak beban yang berat. |
![]() |
Air comfort : bentuk ikut anatomy badan. VarFit : Ada wired mesh membuatkan
beg tak lekat di badan (ventilation : kot badan berpeluh ke) dan strap stabilizer untuk lebih keselesaan.
|
![]() |
| Ini rupa beg bila ditegakkan dalam keadaan kosong. Bawah tu ada compartment untuk letak baju kotor/basah. Saya letak telekung & tuala kecil setiap kali travelling. |
![]() |
| Beg ni ada rain coat dia yang attached sekali dengan beg ni. Bila perlu cuma pasangkan saja. |
Review dari saya sendiri. Beberapa trip dah saya bawa beg ni sejak dibeli pada September 2013 (ke New Delhi, ke Bhopal, ke Melbourne dan ke Bangkok). Alhamdulillah, badan tak sakit, sungguh. Adjust segala strap dan belt ikut kesesuaian badan kita, jangan malas pakai strap & belt sebab semua tu ada fungsinya. Kalau taknak pakai strap tu semua, baik pakai beg sekolah saja ok. Antara features yang saya amat suka & bagi saya amat berguna adalah :
1. Selain dari bukaan atas (jenis top load), beg ni ada zip depan untuk akses ke ruang utama beg (bukan semua backpack ada features ni ya). Jadi, bila nak ambil barang tak payah selongkar dari atas dan keluarkan semua barang. semak ok!
2. Ada pocket utk map di bahagian depan amat mudah letak map dan brochure2 seperti jadual train/bus yang berguna sepanjang travelling.
3. Ada pocket berasingan di bawah untuk asingkan barang. Boleh letak baju kotor/basah. Saya letakkan telekung & tuala kecil kat situ setiap kali travel.
4. Beban paling berat saya bawa beg ni adalah 12kg. Walaupun 12 kg, alhamdulillah saya manage bawak beg ni, dan yang penting tak sakit badan. Cuma saya ada masalah skit nak loadkan backpack ni dalam cabin (ruang simoan beg atas tempat duduk). Tapi takda masalah, saya sentiasa minta bantuan steward/stewardess dalam flight tu. Penumpang2 lelaki pun biasanya akan hulur bantuan. InsyaAllah.
Oklah, habis dah cerita pasal beg. Di bawah ni adalah beberapa blog backpacker dan website yang saya selalu ushar. Hehehehe...:p ushar dulu, kumpul maklumat. kalau ada rezeki insyaAllah, teringin nak merasa sekurangnya sekali dalam hiduppp!
Saya kagum dengan kalian! Boleh terus klik link di bawah ya untuk ke blog mereka semua ^______^
Sekian untuk kali ini
Mrs. Farizal
7 Sept 2014 : 10:31pm
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































