Social Icons

Showing posts with label Gadjets. Show all posts
Showing posts with label Gadjets. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Hashtag

Assalamualaikum,salam hujung minggu! 

Pagi ni nak bercerita pasal hashtag, ya #. Bukan baru pun trend hashtag ni kan. Semua orang dah biasa lihat dan guna. Hashtag ni bukan untuk tujuan suka suka dan bukan jugak nak menampakkan ke'trendy'an si penulis. Hashtag ada kegunaan dan kuasanya! 


HASHTAG


Penggunaan hashtag ialah cara atau kaedah untuk mengumpulkan kata kunci atau keyword yang mungkin terdiri daripada gambar, tulisan, rencana, status update supaya mudah dan cepat untuk dicari dan dilihat semula pada bila2 masa. Oleh itu, dah namanya pun untuk mengumpul/mengklasifikasikan koleksi kita, haruslah penggunaan hashtag tersebut kena konsisten, kalau tak, macamana nak retrieve semula kan kan? 

Ianya amat berguna sekiranya digunakan dengan betul. Contohnya bagi seorang peniaga online, anda boleh kumpulkan gambar, status dan informasi tentang produk anda di dalam hashtag tertentu. Katakan anda beri perkhidmatan make up utk pengantin atau siapa saja,jadi anda boleh cipta/create hashtag anda sebagai #makeupbyfatiha. Jadi bila anda atau sesiapa sahaja yg berminat dgn produk anda klik pada hashtag tu, mudah mereka nak lihat himpunan hasil kerja make up anda tu. Tak perlu scroll panjang2. 

Contoh hashtag yang sangat trending di instagram ialah #sayajual. Sekiranya anda search hashtag tersebut, akan terkumpullah semua seller dalam ig yang menjual pelbagai produk. Anda juga boleh spesifikkan kata kunci kepada #sayajualdress #sayajualbeg sekiranya berhajat.



Selain tujuan perniagaan, anda juga boleh kumpulkan apa saja gambar, informasi atau apa saja materialnya pada hashtag yang anda cipta! Contohnya, hashtag kan katakunci keluarga anda atau anak-anak anda, macam #laraalana #aisyahdhiaranaa di bawah ni. 



Menarik kan bila semua gambar dan kenangan tu dapat dikumpulkan bersama-sama. Mudah nak lihat semula. Ada juga hashtag tentang rancangan televisyen atau mana-mana event yang berlangsung, bagi yang tak dapat tonton, oleh enjoy lihat koleksi yang terkumpul di hashtag! 

Boleh juga nak letak apa saja hashtag contohnya #apeakunakbuathariniakupuntaktahu. hehehehhehe. Ataupun, macam Wak Doyok di bawah ni, dia memang konsisten dengan hashtag nyer iaitu #takoanaske #akuyangpakaikoyangoanas #kodahkenapa. Siapa peminat wakdoyok, taip saja hashtag tu :p 


Begitulah kekdah penggunaan hashtag! Semoga ianya bermanfaat. Sekian. 


#ilovesunday

Sunday, January 11, 2015

Will you be my travel partner, Fujifilm Instax Neo 90 ?

Tiba-tiba.
Serius tiba-tiba.
Angin takda ribut takda, tukang cucuk pun takda.
Tiba tiba I think I need an instax camera!
Oh No!

Seperti biasa, bila dah terlintas tu, research pun kena dibuat.
Mulalah dari dua hari sampai dua bulan memikir and survey!


Setelah membelek-belek model yang direkemen oleh kawan2 di FB dan lihat juga review di Youtube, saya dah jatuh cinta dengan Fujifilm Instax Neo 90 Classic ! To me, compare dengan model instax yang lain, model ini lebih compact dan nampak smart (and classic at the same time). 

Macam paham sgt je bila baca specs! sumpah tak faham! :p 



Tengok kat Lazada je pun. Ada tau!
Lazada - on Monday kan ada special discount!
Cant wait cant wait cant wait!




11:43 pm
11.01.2015
Tiara Lake Park

Thursday, April 3, 2014

t o l o n g !

Assalamualaikum. 

Serius pelik bila display Apple Store jadik macam ni. 
Tak tahu dah berapa lama jadik, sebab rasanya 2,3 minggu ni tak pakai MBP ni, dok pakai Dell lama jugak yang cepat dan pantas buat kerja-kerja. Apa hal display jadi pelik. Biasanya dalam App Store tak gini, elok je. :( dah try nak update, tak da masalah. cuma paparannya jadi gini :(( 





Please help !!
Huwaaaaa T_____T


3 April 2014
8:15 pm 

Thursday, January 16, 2014

Bank kuasa

Begitulah. 
Kehidupan zaman siber. 
Keputusan bateri gadjet ibarat melingkupnya seantero alam. 

Dengan itu. 
Dengan segala apa kemudahan yang ada. 
Bukan sekadar handphone, malah pc, tablet, laptop, netbook, ultrabook,macbook di tangan. 
Bukan sekadar SMS, malah imessage, whatsapp, viber, skype, line, atau anda namakan apa saja.  
Saya tidak boleh terima alasan sesuatu informasi tidak sampai pada tempat atau masa yang sepatutnya. Tiada alasan tak boleh berhubung, tiada alasan untuk tidak stay connected. 

Kalau tak ada iphone 5s dan samsung s4 mahupun note3 atau apa saja model smartphone, nokia 3310 masih boleh berSMS dan call kan. Jadi, apa masalahnya? 

Menyedari itu, memiliki bank kuasa (power bank) sudah menjadi kemestian. Bank kuasa yang pertama dibeli di Guangzhou pada harga RM80, jenama seperti tertera dalam gambar di bawah, pada kuasa 13,000mAh. Ku kirakan ianya punya kuasa setanding transformers tapi ianya bertahan cuma 6 bulan. 


-----
Ini pula bank kuasa yang kedua. 
Dibeli dalam keadaan terdesak sehari sebelum terbang ke Delhi untuk berkursus 4 minggu di sana. Jenama seperti tertera, harga RM 145, kapasiti 9,000 mAh, bertahan cuma 6 bulan juga sebelum dia jadi ikut suka dia. 


-----
Ini pula yang ketiga. 
Yang paling berat dan tinggi kuasa setakat yang pernah dimiliki, 16,800mAh, dibeli pada hari tokey kedai FRTrading baik hati buat promosi harga runtuh RM 150 seunit. Setakat ini amat puas hati dan tidak mengecewakan. Mudah-mudahan dapat guna sampai titisan kuasa bateri yang terakhir. 


Mudah sangat rasanya. 
Jangan lagi berani kau nak cipta alasan yang itu yang ini. 

dari-meja-kerja 
Mrs. Farizal 
16 Jan 2014 
Jam 5:10 petang 

Friday, August 16, 2013

ganas. tak cermat. serius.

Tak payah orang sebut, biar saya mengaku. 

Benar, memang saya tidak cermat, dan 'ganas'. Apa juga benda di tangan cepat jahanam. Kalau masa zaman sekolah dulu, beg sekolah adik nombor dua boleh tahan dari dia form1 hingga form5. Zipnya elok, tak ada yang koyak, cuma warnanya lusuh. Dia cermat. Saya yang tak cermat ni menggalaslah beg yang zip rosaklah, jahitan tertetaslah. 

Istilah cermat mungkin tepat untuk penjagaan sesuatu barang. Ganas pulak mungkin lebih tepat menggambarkan tingkahlaku. Contohnya berjalan, duduk, bercakap, cara makan, tertib. 

Ya, saya keduanya. 
Ganas pun ya. 
Tak cermat pun ya. 

Allah tu kan maha adil. 
Dia tetapkan jodoh orang yang tak cermat dan ganas dengan org yg cermat dan santun. Contoh paling ketara adalah penggunaan dan penjagaan gadjet. Kami berdua mula menggunakan iphone pada 2010, hingga kini handphone suami masih elok macam baru, handphone isteri home button dah jahanam kena pakai assistive sahaja, screen calar balar, dah pandai lagging2 skit akibat jatuh terpelanting atas simen, atas lantai, atas jalan tar cuma belum masuk air je lagi. 

Laptop. 
Laptop suami dibeli pada 2006. 
Laptop isteri dibeli pada 2009. 
Pada awal 2012 laptop isteri dah buat hal, crash sana sini, format berkali-kali. Sejak 2012 hingga kini isteri pakai laptop suami, dan suami beli laptop baru. baru setahun (2013), laptop suami yang saya pakai ni dah mula meragam. 7 tahun baru nak meragam, berbaloilah kan. 3 tahun pakai jahanam? sendiri jawab. 

disebabkan ganas dan tak cermatnya saya ni, 
boleh tolong cadangkan laptop yang sesuai? 
mungkin kena consider specs seperti tahan lambung, tahan hempas, tahan gegar, tahan calar, tahan kecai. pengunaan hanya untuk MOffice, browsing, surfing, blogging, terlalu minimal guna software kerja. bila rajin edit movie amatur dan gambar untuk tatapan bersama keluarga. 

tolong. 
ini serius. 

mrs. farizal 
16-08-2013 



Thursday, January 5, 2012

Pasrah itu menyerah. tiba tiba

Terima kasih lah untuk application blogger FREE utk Apple iOS5 ni (kalau harga USD9.99 sorrylah saya nak langgan. Huhu. Kudukutt). Dengannya dpt saya tulis entry di mana saja berada, dalam trafik sesak, mahupun ketika badan dah surrender letih berbungkang di katil (erk buruknya description:P) tapi mata kelip-kelip tak reti nak lelap macam sekarang ni.

Salah satu sebab terbungkang eh bukan, salah satu sebab tak boleh lelap.. Sbnrnya sebab LAPAR. Bukan malas nak makan atau diet (mmg jauh panggang dari api) tapi takda selera nak makan, perut pun awal malam tadi steady2 saja.

Tapi nahh, dah masuk tgh malam maka dia pun mula keroncong. Buka hp & cari gambar makanan, sekali jumpa gambar di Gulam Rasul Teluk Intan ni.



Erkk, bukan semakin kenyang, tapi makin lapar dibuatnya:LoL

Lalu kesannya terpaksa memujuk hati bahawa kalau nak ke kedai mamak depan taman pada waktu skrg mmg dah lama tak dibuat jadi jgn dibuat.

Dan pasrah bahawa cukuplah secawan nescafe sebijik buah oren untuk malam ini.

Redha itu ikhlas,
Pasrah itu menyerah.
(tiba tiba)

Okeh izinkan Izzah tidur dulu ya Abg Hariz. Izzah sudah mengantuk. (haha) 


Tiara Lake Park, 
4 Januari 2012
23:40am 

Sunday, March 13, 2011

Adhoc Vacation :: Singapura dilanggar todak - Orchard Rd & HardRock Cafe

adhoc sebab apa? sebab sang2 suami ni taknak cerita lebih2 dekat sang2 isteri, tahu2 dah ada planned, tarikh bagai. alhamdulillah cuti rehat saya yang waktu tu dah berbaki di hujung2 tanduk masih dapat approval boss. kalau tidakk?? surprise lah sgt kann..! huhu.

oklah, trip ini yang kedua buat saya, juga yang kedua buat en.rizal. tapi kali pertama dulu dua2 pergi atas komitmen kerja. jadinya ini yang pertama kami ke sana together2;) tarikh pun dah tak ingat, but it was in last December. yepp, middle of december, yang penting sebelum krismas. ok dah ingat, 14 - 17 dec!

kami decide naik ETS ke KL Central dan kemudian ambil Tren Ekspress Rakyat KL Central - Singapura. Harga tiket? ETS masih promosi, jadi RM30/pax. Tren Ekspress Singapura pulak RM40/pax sleeping coach atas. Ini gara2 sang isteri yang seorang ni asyik merengek nak minta naik tren. hamikkk, dari utara sampai ke selatan, hingga last station pulak tu dapat naik tren!


dalam ETS. lepas kerja terus berangkat. semangat kan. hehe. kelajuan ETS paling maksimum waktu kami naik ni adalah sekitar 143km/hr. boleh tahan. perjalanan ambil masa 2 j 12 min. yang penting rasa tenang sebab tak terdera mata dan badan dengan trafic jamm!


yang konon2 saya gayut ni adalah safety belt utk sleeping coach belah atas. keadaan sleeping coach memuaskan takda bau badan orang mahupun bau2 lain yang tidak disenangi, tapi saya tetap tak lalu nak masuk dalam selimut. saya selimut dgn jacket saja. ada curtain, ikut2 nak tanggal tudung pun boleh, tapi saya selesa dgn apa yang sedia dipakai, tak perlu nak bukak2. tapi, tanggal baju jangan dibuatlah yer!




esok subuhnya kami dijemput oleh en.saiful & family di stesen terakhir iaitu stesen Singapura. rehat2 sekejap, mandi manda dan terus keluar ke Orchard Road! yeyy! best sampai kaki nak tercabut!:p toksah nak sebut la shopping complex kat Orchard rd ni, main masuk je dari satu pintu ke pintu lain sedar2 rupanya dah masuk complex yang lain. Takashimaya, lucky plaza, ION, Tangs, Paragon, Ngee Ann City dan etc cakap je lah nak cari apa, semua ada belaka. Its Christmas Sales!!



dua sahabat. hehe. hari pertama di orchard rd ni kami decide nak survey dulu harga2 wishlist. lepas tu baru decide nak rembat di mana.



singgah solat di Al-Falah Mosque di Orchard Rd.



sambung jalan lagi. tengok ferraro roche ni teringat pulak yang kami langsung tak tengok chocolate waktu ni, maksud saya tak mencari untuk buah tangan. murah kah choc kat sana?



singgah makan pulak di Ayam Penyett, tingkat berapa sudah lupa, tapi di Lucky Plaza. Sedap!!



iya, kemudian ke HardRock Cafe(HRC) Singapore pulak. ada sedikit kekesalan di HRC masa ni, ada promotion tapi tersalah susun strategi mengakibatkan kami kerugian 2 helai t-shirt HRC extra. iya, 2 helai lagi boleh dapat patutnya!! takpalah, ada tu hikmahnya. cukuplah tshirt 2 helai sorang, sang2 suami dpt pulak rembat windbreaker. and, dapat free cap!



belon pepel itu adalah belon HRC kedua selepas yang pertama si kecik Alyysa dah terpecah dalam outlet HRC tadi. tak lama lepas tu yang ini pun turut pecah, tapi sempat jugak lah sampai rumah. hehe.


suasana sepanjang orchard rd. orang tetap ramai walaupun hanya weekday.
hari2 kah mereka ni shopping?:P

TIPS Day 1:

1. SHOPPING PERFUME, COSMETIC dan SKINCARE :: basically memang betul dari apa pengalaman orang lain, juga blogspot2 yang saya baca, Lucky Plaza mmg boleh kasi bestprice untuk perfume, cosmetic serta skincare.

- perfume memang boleh pergi sampai near half price dari harga shopping complex di malaysia, dan di singapore banyak miniature dijual. senang nak buat travel kan? mereka jugak jual TESTER unit, ada yang with cap, without cap, ada yang with box dan without box. lebih murah dari unit yang NEW. dan lagi satu cara jual perfume mereka pun macam jual syampoo di kedai runcit je, langsung tak nmpk exclusive, letak atas rak macam biasa je, haram nak berpintu cermin mcm biasa kita tgk kat shopping complex tempat kita yg konon exclusive sangat. haha!

- untuk cosmetic dan skincare, kalau yang high-end sikit macam SKII mmg tak byk beza walaupun dah ambil saiz/kuantiti paling besar, tapi still murah banding M'sia, adalah RM20-30 murahnya kalau 215ml Essence tu, itu pun di Lucky Plaza, bukan di kaunter SKII di shopping mall. kaunter SKII di shopping mall adalah sama je dengan M'sia, sebab control price kan:) compact powder clinique pulak murah lebih kurang RM10:) lagi satu kad2 privillage/member yang kita punya takleh pakai pulak kat sana. beriya saya bawak kad bagai. so kalau ada point pun takleh redeem and point pun tak masuk. jadi saya rasa rugi dan tak membeli sangat, kecuali compact powder sbb mmg dah licinn.

- tips perfume : kalau nak beli tester unit withOUT cap pastikan sekurang2nya ianya ada BOX, kerana HIGH TEMPERATURE, LIGHT and HUMIDITY/moisture boleh mempengaruhi bau dan ketahanan perfume anda especially once ianya telah dibuka/diguna! itu basic concept. jadi bila takda CAP setidak2nya anda boleh simpan dalam box di tempat yang no direct sunlight. saya malas nak berbalah pasal topik ni sebab ada yang gelakkan saya, terpulanglah ok, saya hanya kongsikan tips saja:) oh ya, perfume biasanya takkan berubah bau sehingga 3 tahun depends cara simpan, kalau simpan elok boleh hingga 10 tahun! tips ni amat applicable untuk orang yang mempunyai collection perfumenyer hingga 2,3 almari! sebab mesti tukar2 pakai kan, jadi lambat nak habis! saya pun biasanya tak habiskan perfume hingga ke titisan terakhir, sbb sayang baunyer yang takkan sama dgn perfume lain! jadi haruslah kena simpan lama kan;)


2. SHOPPING PINGGAN MANGKUK PERIUK BELANGA

- pinggan mangkuk periuk belanga bila saya survey di blog, ada yang prefer beli di TANGS ada jugak di Takashimaya. Fizah dan Makcik Norizan pun suggest yang sama. jadi kami survey dua tempat ni. Nyata TANGS lebih berbaloi dan lebih banyak pilihan berbanding Takashimaya.

- HARGA? allahuakbar! price-wise ni mmg kalah malaysia. berbaloi2 beli di Singapore. masih tak boleh nak lawan kalau beli di Australia / USA, but still murah. Hanya beza around RM20 dengan Australia. OK, contoh yer (kasi hangat kasi siapa yang baca:P) .. contohnya Corelle 16pcs square di Jusco/lain2 mall di M'sia adalah RM599, tapi di TANGS ni baru SGD109. masa tu currency SGD 1 = RM2.41, baru RM267 okehhh!! tak ke boleh beli 2 settt? sila menyesal kalau tak beli! :P dan.... jangan tanya kami beli berapa set:P

- VISION, wishlist saya untuk dapatkan vision yang besar2 gedabak, but harga pulak tak begitu menggembirakan, pilihan pun kurang je. so tak beli.

- TEFAL : pun, sila menyesal kalau tak beli. saya dapat beli dgn harga SGD49, kalau di Msia terchenta dah dekat RM300.

- NORITAKE, VANTAGE : ada, tapi saya tak minat ENGLISH style/deco. jadi saya tak tengok pun. berdasarkan blog online pun memang mereka bawa masuk stok pinggan mangkuk periuk belanga ni semua dari Singapore! so understood, mmg lebih murah banyaklah tu!


sekian melaporkan, nantikan entry Singapore seterusnya!


Friday, February 18, 2011

City & Jazz : Honda panggil semula


Disebabkan tak tengok berita malam tadi, cuak jugak bila dapat sms dari member pasal Honda panggil balik City & Jazz. Bagus kan tak tengok berita. Jadi, sat tadi bila call dealer barulah jelas. Ada certain City 2009 & Jazz 2009/2010 batch lot saja yang terlibat, dan pihak Honda akan keluarkan surat pada owner, barulah owner kena pi claim pada pusat servis, tiada cas dikenakan. Kereta saya manufacturer 2010, setakat ni takda masalah, sgt convenient, minyak pun sangat2 lah save alhamdulillah. tapi kalau honda saja nak kasi servis free pun boleh juga, sebab 3x free-service saya dah habis :P


Respect juga pada pengeluar2 kereta yang panggil balik kereta mereka ni semua. Tak silap dulu ada Toyota punya batch pun dah dipanggil kan. dah tau buat salah, mengaku salah dan sedia perbaiki sebelum membahayakan keselamatan pengguna serta tanggung semua kos. Alhamdulillah mereka panggil semula daripada setengah tu sah-sah banyak problem sana sini tapi usahkan panggil, bila kita mengadu nak tak nak je layannyer, check pun ala kadar. penghabisnya semua owner kena bayar pulak. Customer's satisfaction tu No 1 abang proton oit!

p/s : tak offend mana-mana, cakap dari pengalaman senirik :P

SUMBER : KOSMO

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010 bagi menggantikan lost motion springs dan retainers bagi kesemua kenderaan terbabit.

Dalam satu kenyataan, Honda berkata, lost motion springs yang dimampat oleh rocker arms dalam enjin biasa mungkin bengkok atau pecah sekali gus mengakibatkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti.


Friday, September 24, 2010

demam iP4 dan adik maxis yang kerek


ok tenang. tau ramai yang demam iP4 harini. ai yang mulanya malas nak amik port pun dah terjangkit demam akibat sang suami yang menyucuk-nyucuk kasi perangat napsu ai ni.

akibatnya terhasillah jugak entry desperados sebentar tadi. sila jangan muntah baca walau kak long kata dah macam iklan. hihihiiii.. ai hentam je kak long!

berbalik pasal demam dan terjangkit, balik kerja tadi dengan semangatnyer saya ke Kinta City untuk ushar apa yang patut dan kot kot boleh redakan demam (hahahahhaa:p). sebelum tu dah call Maxis centre. 3 kali call ok. sampai muntah operator tu assist saya gamaknya. ai kan customer maxis, haruslah ngada kan.

mula-mula terjah booth maxis di kinta city. wahhh kau kerek yer adikk maxis. mentang2 ramai beratur nak beli iP4 dari kau, kau kerekkk yerr. mentang2 ai datang selekeh tak pakai make-up, baju selebet dah petang2 ni, tudung pun dah senget2, lengan baju dah ke siku, kau ingat aku memain ke tanya pasal iP4 wahai adekk?
  • ai tanya "isnin nanti baru boleh beli yer?"
  • adekk maxis " tak la, skrg pun boleh, mau kontrak ka phone saja?"
  • ai kata "kontrak la, tapi saya suplementary, husband saya principal, dia out station skrg. suami saya mesti ada jugak ke?"
  • adek kerek kata "yala, suami mesti sign kontrak lo. kalau you mau cepat angkat phone dulu la. boleh angkat sekarang, tak payah tunggu suami"
  • ai kata "takpalah macam tu, saya tanya saja. tadi pun saya dah tanya maxis centre, sama saja die kata"
  • ai sambung lagi "boleh saya tgk display??"
  • adek kerek kata "aiya, ini bukan hp biasa, mana ada display2, nak tgk kena beli dulu laaaaa... you angkat phone ini la, tak mahai, rm2690 saja"
  • ai terus balas "takpa la, saya mau pegi tanya DIGI"

dia ingat ai tak survey dulu ka berapa harga iP4 saja, berapa harga iP4 with maxislinee?? silap la braderrrr. ai dah survey habis2san ok! siap buat analisis lagi mana lagi untunggg... :p

disebabkan bengang dengan kekerekkan adek maxis, ai pun pegi DiGi.

adik DiGi baik je layan kerenah saya. macam2 saya tanya sebab banyak yang tak biasa dengan DiGi, maklumlah ai bukan pelanggan DiGi. ushar punya ushar, pengamatan saya iP4 DiGi pun ok jugak. cuma saya risaukan reception DiGi, maklumlah rumah ai bukan kat town ipoh. huhuhuh!


ceh macam yer yer je nak beli... hahahahhaaa... kecoh je lebih hang ni teha!

p/s : tapi kalau ikutkan geram dgn adek kerek maxis tadi, nak je sign-up dengan DiGi, lepas tu tayang depan muka adek kerekk:p kehkehkeh.


DiGi iPhone 4 Me


Bismillah, punyalah teruja baca iklan DiGi iPhone 4 di Nuffnang tempoh hari. Tak sabar jugak nak tunggu apa sebenarnya yang terkandung dalam klu yang diberi!! Berbekalkan klu 4 biji epal dan seekor kambing ramai yang telah dapat mengagak Apple akan keluarkan model iPhone baru dan DiGi pula akan menyediakan pakej istimewa untuk pelanggannya.

Dan hari ini.... seperti yang dijangka, yang ditunggu telah kunjung tibaaa! iPhone4 telah pun dilancarkan..! Yabedabeduuuu!!

Yang lebih menarik tentang pelancaran iPhone4 ini ialah Nuffnang dengan berbesar hati telah mengadakan peraduan DiGi iPhone 4 Me! di mana pemenang yang terpilih membawa pulang DiGi iPhone4. Siapa tak nakk? Anda rugi!

Nuffnang tersayang, berilah DiGi iPhone4 ini kepada saya! Saya amat memerlukannya seperti saya perlukan cik Nuffy dalam hidup sayaa..! gheeee..

Whooooot... Kenapa saya amat perlukan iPhone 4 dari DiGi ini??

  • Video Call!!! Ciri ini akan memudahkan saya berkomunikasi dengan suami yang selalu bekerja di luar kawasan. Bayangkanlah si suami biasanya akan meninggalkan saya sehingga sebulan lamanya, hati siapa yang tak rindu menatap wajah orang tersayang. Dengan iPhone 4 saya yakin masalah itu akan dapat diatasi apabila kami dapat menatap wajah masing-masing ketika berbual! Semakin hari semakin sayang walau selalu berjauhan!
  • Dengan adanya fungsi wireless terkini juga saya dapat mengakses internet di mana sahaja tanpa batasan. Saya boleh mengemaskini blog dan membalas email di mana saja berada! Wowwee, best tuu!
  • Dengan browser terbaik bagi mobil iaitu Safari, juga saya boleh ber-blog di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Berbanding sebelum ini saya terpaksa mendraftkan entry blog di telefon bimbit, dan kemudian menghantar ke laptop dengan menggunakan Bluetooth sebelum boleh diterbitkan dalam blog. Kini saya boleh terus menulis dan mempaparkan terus di blogspot saya! Tidak perlu draf dan tidak perlu Bluetooth! Semakin hari semakin dekat dengan en.Nuffnang! Semestinya!


  • Ini adalah ciri terbaik masa kini! Camera 5 MP dengan dan suar LED! Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mempunyai koleksi video HD di dalam iPhone 4! Bolehlah saya berkongsi video dengan pembaca blog! Pasti kualiti gambar dan video yang terbaik untuk semua pembacaa! Yang terbaik juga untuk en.Nuffnang!




  • Fungsi lain yang amat saya gemari ialah GPS! Selama ini saya menghadapi kesukaran dengan akses GPS yang terhad melalui telefon bimbit saya sedia ada. Sesat merupakan sesuatu yang amat sinonim dengan saya. Saya amat yakin iPhone4 dapat mengatasi masalah itu lebih lagi dengan fungsi kompas yang pastinya akan membantu! Tidak perlu risau lagi hendak ke majlis perkahwinan rakan di utara mahupun selatan tanahair, semuanya boleh dilawati dengan yakin dan tak perlu buang masa & petrol!


Sungguh saya tak sabar untuk mendapatkan iPhone 4 DiGi ini!


bila la angan nak menjadi nyata niii.. wahai en. Nuffnang, bagi la iPhone 4 ni kat aiiii!!!! hihihiii...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...