Social Icons

Wednesday, October 22, 2014

CCM : Penang (Part 1) - Hard Rock Hotel Penang

Assalamualaikum. 

Entry kali ni nak berkongsi pasal percutian 3 hari 2 malam kami di Pulau Pinang sempena ulangtahun perkahwinan yang tak lama lagi (advanced celebration hehe). Lama sungguh tak bercuti di Penang ni, ada pun 2 tahun lepas berkursus di Tanjung Bungah. Kali ini kami memilih Hotel Hard Rock (HRH) yang terletak di Batu Feringhi, lokasinya bersebelahan dengan Hotel Bayview. Ini juga pertama kali kami menginap di HRH. 

Sedikit pengenalan kepada HRH ni yang dah pun mencecah usia 5 tahun dari pembukaannya. Rasa macam baru bukak je kan. Secara globalnya HRH hanya terdapat 3 buah iaitu HRH Bali, HRH Pattaya dan HRH Penang, namun Hard Rock Cafe (HRC) ada lebih 170 buah di serata dunia, di Malaysia sendiri ada HRC Kuala Lumpur, HRC Melaka dan HRC Penang sendiri. Bagi HRH Penang, konsepnya sangat lain dari yang lain. Interiornya sarat dengan hiasan konsep 'rock' dan setiap sudutnya pasti dipamerkan pelbagai unsur rock termasuk sejarah, lagenda rock dunia, pakaian dan aksesori yg digunakan, kenderaan yg mereka gunakan, album rock dulu hingga sekarang, alatan muzik yg digunakan.





1. Bilik 

Jenis bilik yang ditawarkan 
Pilihan bilik pula kami pilih Lagoon Deluxe. Istimewanya bilik ini adalah ada akses terus ke swimming pool terus dari balkoni bilik, cumanya pool ni berkongsi dengan hotel guest yang lain. Pool nya berbentuk memanjang di sepanjang bangunan dan menghala ke pool utama. Buka saja sliding door balkoni, boleh terus turun ke pool. Sangat sesuai bagi semua yang minat mandi manda dan beriadah dalam air, hehe:) 

Peralatan lain yang disediakan termasuk tv skrin leper, sistem audio yang hebat dipersiapkan dengan himpunan muzik-muzik rock, himpunan filem. Boleh klik ke alamat laman web ini untuk infomasi lanjut tentang jenis bilik Hard Rock Hotel Penang (klik sini)














2. Makanan 

Makanan di HRH kalau ikutkan selera saya dan suami kami beri 3 dari 5 bintang. Sarapan pagi international memang banyak variati cuma rasanya biasa-biasa saja bagi kami (sorry takda gambar pulak di coffee house, ada video je). Makan malam dan tengahari kami tak cuba melainkan ada pesan supper iaitu cheese cake dan creme brule yang sedap. Rancangan asal nak memerap di hotel dan pesan makanan hotel tersasar bila terbaca terlalu banyak review makanan yang sedap2 yang boleh didapati di Penang (char kuey tiaw, pasembor, laksa, nasi kandar etc). Rugi pulak tak cuba rasanya, makanan hotel di mana-mana pun lebih kurang sama saja:p




3. Kolam mandi 

Kami berpuas hati dengan kolam mandi di HRH, terjaga rapi, bersih, cuma bagi saya dan sesiapa yang comel dan mempunyai ketinggian yang kurang ni, ada masalah sikit dengan pool (melainkan anda boleh berenang la kan), sebab kedalamannya adalah 1.4 meter, di tambah pulak saya yang tak tahu berenang ni. Mencapuk belakang suami je la jawabnya. haha.




4. Lobi 

Lobi adalah sangat spacious. Banyak kerusi meja untuk lepak. Banyak pameran baju2 rockers semua. Ada corner untuk live performance jugak, tapi bukan setiap masa, ada jadualnya. Dah last day baru bergambar dekat lobby, hehe.




last day : after breakfast
last day : after checked out
Last day : after breakfast
last day : after checked out




5. Hard Rock Cafe (HRC) 

Untuk kunjungan kali ini, kami tak pergi pun ke HRC. Sebenarnya perancangan awal memang nak pergi merasa masuk dan dah mundar mandir depan HRC, tapi akhirnya tak jadi masuk sebab ada satu macam feeling tak sedap pulak. Tak pa lah, tak rugi apa pun kan:) 

Lagipun, setiap apa yang berlaku dalam HRC akan ada siaran langsung ke TV setiap bilik, boleh tonton saja dari bilik;) masih boleh menikmati lagu-lagu secara live dari kaca TV;)



6. Rock Shop (RS) 

Terdapat dua buah RS yang terdapat dalam premis HRH ini. Satu pada bangunan terasing dipanggil Rock Shop, dan sebuah lagi Rock Shop, Too terletak dalam bangunan utama hotel. RS dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam, termasuk juga RS, Too. Disebabkan bulan Oktober ni merupakan bulan yang dikatakan istimewa , jadi ada promosi Pinktober juga di RS ini. Antara promosi menarik yang sedang berlangsung adalah dengan setiap belian RM 500 anda akan dapat sehelai T-shirt Hard Rock Basic yang bernilai RM 85.00. 




Tips untuk dikongsi : 

1. Untuk menempah bilik di HRH ini dengan harga yang lebih berbaloi, anda bolehlah menempah hotel dengan promosi yang sedang berlangsung pada masa itu. Semua update terkini boleh didapati di laman web rasmi mereka. Pada masa kami buat penempahan, kami masih layak untuk promosi "Early Bird" iaitu sekiranya tempahan dibuat 30 hari lebih awal dari tarikh penginapan. Ada juga 10% diskaun untuk semua barangan yang dibeli di Rock Shop dan sekiranya anda masuk ke HR Cafe, makan dan minum juga ada diskaun 10%.

2. Jenis bilik Lagoon Deluxe ni tak banyak, jadi kalau betul2 inginkan bilik yang ada akses terus kepada pool, maka harus booking awal ya. 

3. Kalau diperhatikan pada laman web HRH Penang ni, ada pakej honeymoon yang menawarkan harga yang agak menarik (termasuk 1x makan malam dan pakej spa). Mulanya kami memang nak ambil pakej ni, tapiiiiii.. tak dapat pula pilih jenis bilik Lagoon Deluxe ni untuk pakej tu. Makanya, kami pun buat pengiraan. Kalau pun kami makan malam di hotel sendiri, masih harganya murah sekiranya kami booking melalui Promosi Early Bird. Jadi anda pun boleh buat pilihan ya:) 

Sekian dulu perkongsian buat kali ni. Diharap boleh beri manfaat. 

Selamat menyambut Deepavali! 

Entry CCM Penang yang lain (klik pada tajuk di bawah)
- Penang Street Art dan Tempat Menarik (Part 2) 
- Makanan yang best di Penang (Part 3) 



Mrs. Farizal 
22 Oktober 2014 : 2:36pm 




Tuesday, October 14, 2014

buat nur lisa dan sejakduamenjak

buat nur lisa.
dan.
sejakduamenjak.

harap hang tak marah noo.
tapi seriyes,
jenuh aku tengok
jenuh aku belek
memang sama.

harap hang tak lupakan aku bila dah glamor nanti.
kihkihkih.
aku vote hang, tapi bukan Nuha.

#NuhaAF2014

http://sejakduamenjak.wordpress.com

aku yang sentiasa ada

kuah yang tumpah dan satey

1. Kuah yang tumpah 

Hehe. Pasal instagram (singkatannya ig) :p Antara yang saya ikut (read : follow) di Instagram adalah @ZiraNabil iaitu ig isteri kepada Nabil Ahmad dan @jozlynnhanania iaitu ig isteri Johan. Kalau nak disenaraikan satu persatu, panjang sangatlah pulak, dari selebriti dalam dan luar negara, sampai ke pakar2 rujuk agama dan motivasi, ig penjual barangan dan ig fesyen, very looong list lah orang putih kata. 

Bagi kategori selebriti, bila dilihat semula senarai "following" saya, ramai juga yang terdiri dari isteri2 pelawak2 rupanya. hihihiii. Seronok lihat kehidupan seorang artis sebagai seorang orang biasa yang rutinnya sama dengan rutin orang lain jugak. Berkeluarga, ada waktu lapang, mendidik anak-anak, memasak, bertukang, mengajar mengaji. Tak sama langsung dengan watak-watak yang dimainkan di kaca tv;) mereka juga insan biasa kan;) 

Hari ni nak kongsi satu gambar yang bagi saya mencuit hati. Sumber gambar ni datang dari ig @ziranabil sendiri yang berkongsikan gambar anak mereka Naira Mikayla yang saling tak tumpah dengan Nabil Ahmad. Haaaii.. itulah kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. 

sumber @ziranabil
sumber : @ziranabil

Terkekeh-kekeh seorang diri bila tengok instagram @ziranabil ni, bukan gelak apa, gelakkan si Nabil yang pakai wig tu. Kelakar rupa dia, agaknya dalam lakonan cerita apa ntah tu. Elok pulak rambut Naira Mikayla pun tengah elok ke depan, dan pendek paras telinga. Memang saling tak tumpah. Sejuk orang tua-tua kata kan? Sporting sungguh @ziranabil berkongsikan gambar ni. Moga kalian berdua berbahagia hingga syurga dengan anak-anak yang soleh dan solehah;). 

2. SATEY 

Minggu lepas kami sekeluarga berpeluang makan malam di gerai Satey Two Dhia yang terletak di Lebuhraya Ekspress Ipoh - Lumut, berhampiran dengan simpang empat Bota Kanan - Parit (berhampiran makan Sultan Muzaffar Shah). Kalau dari arah Ipoh, gerai ni terletak di sebelah kanan, kena buat pusingan-U di lampu isyarat simoang empat tu. 

Fuhh. Thorbaik. Secucuk RM 0.80 untuk semua jenis satey ayam, lembu dan perut. Puas hati. Sateynya solid, takda lemak, daging ayam/lembunya daging betul (bukan jenis tetel), besar dan lembut, perapannya terasa. Pendek kata, memang puas hati la. Gerai Satey Two Dhia ni dibuka setiap hari pada jam 5:00 petang ke atas. 

Satey Two Dhia @ Simpang Bota - Parit 
Kesimpulan. Kuah dan satey tak dapat dipisahkan, ibarat irama dan lagu. Hiks.


Friday, October 3, 2014

20 sen. smartphone. dan maine coon

20 SEN. 
barang lain silap2 naik 20 persen. 
yang tak bersabit pun guna alasan "minyak naik". 
memang buat orang "naik minyak". 
pakej tambah lengkap dengan implementasi GST. 
untuk itu, khabarnya belanjawan 2015 lebih mesra rakyat. 
harap bukan saja faedah kepada penjawat awam. 
tengok tengoklah sama yang kerja swasta 
adik beradik sepupu sepapat ipar duai saya ramai jugak kerja swasta

MAINE COON.
harga lebih kurang nak sama dah dengan smartphone. 
kehendak dan keperluan. 
yang tu kena diimbangi. 
tapi bila, sebut pasal imbang, kena mengena dengan "berat". 
"berat" kena timbang. 
kalau ikut berat, 
smarthone sekitar 120gram - 150gram
maine coon dewasa boleh cecah 10 kg
haruslah maine coon lebih utama sebab dia lebih berat. 
(sila maafkan perkadaran ini). 
tapi perlu ke bela maine coon? 

saya tak perlu mainecoon. 
tapi rasanya perlu therapy, specifically bila balik kerja. 
hahahahaaa. (macam kerja perdana menteri je bunyi.)
tak perlu maine coon pun, kucing apa2 pun boleh. 
cuma jatuh cinta dengar cerita husband yang kawannya ada bela maine coon pure breed. 
oh ya, cakap pasal husband, dia punya therapy (selain dari saya-sila muntah) adalah pokok bunga dia. 
kalau korang nak tahu, sampai bercakap dengan pokok dia tu (biasanya dialog pujuk suruh berbunga la). 
kalaulah pokok tu boleh cakap balik kan. hahahaaa. 
tapi, 
saya takda fefeeeeling dengan pokok bunga masalahnya. 
setakat suruh siram boleh la. 












Dalam pada penggeli dengan kucing, ada hati kau nak bela kucing sendiri teha. Batuk jap. Khabarnya maine coon ni manja, tapi ada kala tak suka dipegang, cuma suka duduk di sisi atau menempek dengan tuannya. Kau boleh tahan ke teha? Boleh tahan kucing melepap atas kepala? Ahh, nak seribu daya kan! Batuk lagi. 

SMARTPHONE. 
Tengah tulis entry ni, husband pulak baru telefon kejap ni. Perkhabaran tentang Sony Xperia Z3 yang dah masuk pakej dalam Maxis. RM 1,499.00 with advanced deposit RM 512.00, contract langganan selama 24 bulan, berbanding beli handphone sahaja iaitu RM 2,399.00. iphone 4 ni macam perlu jugak diganti. 4 tahun sudah bakti. Najib boleh bagi lebih sikit bonus, supaya saya yang tamak ni tak payah celaru? 

Maafkan saya, entry ini yang nampak cuma kecelaruan diri. 
Untuk meredakan kecelaruan, saya perlu makan. 
Bab makan tak pernah celaru. 

Bye. 



3 okt 2014 : 12:56 pm 

Sunday, September 7, 2014

Keinginan terlampau

Keinginan terlampau.
atau.
Terlampau ingin?
Konflik diri.
Hahhaha. 

Kepuasan. Lain orang kan lain. 
Memasak. Bela kucing. Tangkap gambar. Kumpul barang kemas. 
Kumpul barang lama. Berkebun. Panjat gunung. Kerja amal. Mengembara. 
Kepuasan tu untuk diri sendiri yang nikmati dan rasai. Bukan puas bila dapat tayang kat orang. BIG no. 

Oklah, intro ntah apa-apa. Nak cerita pasal keinginan yang satu ni sebenarnya. 
BACKPACKER! 

BACKPACKER = 
Backpacking is a form of low-cost, independent international travel. It includes the use of a backpack or other luggage that is easily carried for long distances or long periods of time; the use of public transport; inexpensive lodging such as youth hostels; a longer duration of the trip when compared with conventional vacations; and an interest in meeting the locals as well as seeing the sights. It is typically associated with young adults who generally have fewer obligations and thus more time to travel. 

Haaaa.. sekarang jelas tak backpacker tu apa dia? Menarik tak? Heheheee.. Menarik bagi saya dan terlampau teringin nak cuba. Asyik berjalan duduk hotel (walaupun hotel tak mewah, tapi selesa) semuanya diaturkan oleh travel agent, terikat dengan jadual, tak cukup masa nak buat apa yang kita nak buat dan harga yang bukanlah murah sangat. 

Jangan tak tahu, kebanyakan 'hardcore backpacker' ni tak bergerak secara berkumpulan, sebaliknya mereka mengembara secara 'solo'. Mereka ni siap ada komuniti sendiri di mana mereka akan bertukar maklumat sesama mereka (tips, tricks) dan mereka akan menjadi 'host' atau tuan rumah kepada backpacker yang lain, bila backpacker tu datang mengembara ke tempat mereka. Dengan cara tu akan menjimatkan kos sewa bilik & dapat jalinkan ukhwah walaupun berlainan bangsa & agama ;) 

Sumber : The Savvy Backpacker 
Istilah backpacker ni jugak (macam definisi dari wikipedia di atas tu), mereka ni takkan duduk hotel mahal (mereka akan duduk dengan 'host' atau di hostel/dorm), takkan naik flight selagi ada public transport guna jalan darat/air yang available (naik flight tak dapat explore apa yang ada di darat kan, so rugi, banyak benda yang ter'miss out', tahu2 dah sampai next destination), peta dan kompas sentiasa di tangan, cuma bawa backpack (sebab tu la mereka dipanggil backpacker kan?), pengembaraan mereka bukan 3 hari 2 malam mahupun seminggu, malahan berminggu2 dan ada yang makan berbulan-bulan. 

Sumber : Blog Afif 
Sumber : Blog BackpackerBusuk
Objektif backpacker ni bukan nak honeymoon atau shopping, sebaliknya lebih kepada nak menjelajah dunia dan merasai sendiri apa yang orang tempatan rasa, explore kepelbagaian, persamaan dan perbezaan penduduk serata dunia (duduk hotel mewah dan semua diaturkan bukan cara hidup sebenar orang tempatan kan?). Saya percaya, mereka ni pastinya akan pulang ke tanah air masing-masing dengan pengalaman yang sarat, tak terjual beli. Percayalah bahawa pengalaman2 tu akan menjadikan diri mereka jadi lebih menghargai, menginsafi dan menilai sesuatu dari sudut yang berbeza, di samping nilai-nilai survival yang tinggi dalam diri. Itu nilai kepuasan. 

Salah satu aspek yang penting sebelum memulakan pengembaraan dan semasa merancang sesebuah perjalanan tu adalah memilih beg yang sesuai. Ianya boleh jadi backpack (beg sandang belakang) atau beg beroda (trolley bag) yang ringan, sesuai dengan empunya badan yang nak mengendong, kalis air, tidak menyakitkan badan, berupaya menampung barang2 keperluan yang ingin dibawa. 

Saya sendiri tak arif pasal pemilihan beg ni. Cuma ada sedikit pengalaman semasa memilih backpack sebelum dihantar berkursus ke New Delhi India selama 4 minggu (Sept 2013). Disebabkan kesuntukan masa dan banyak perkara yang perlu disiapkan di saat akhir, saya tak ada masa untuk 'survey' dengan banyak, saya cuma pergi ke Aeon Station 18 berhampiran rumah dan terus beli. Nak jadikan cerita, pekerja yang on duty pada masa tu tak dapat berikan panduan / guide yang cukup untuk saya yang tak pernah beli backpack ni. Terpisat-pisatlah sekejap. Orang perempuan ni tahu je lah, kalau beli barang mesti nak yang cantik je, tu yang bahaya tu kalau takda panduan yang betul. Alhamdulillah, ada seorang adik ni, dia gemar hiking, dan tahu serba sedikit pasal bag. Dialah yang guide saya. TQ dik!  

Adik tu kata backpack ada macam2 jenis, ada yang sesuai untuk hiking, trekking dan biking. Adik tu suruh saya ambil backpack yang designated untuk "lady". Yer, untuk perempuan. Sebab katanya design lelaki akan menyebabkan kita yang perempuan ni tak selesa pakai, atau tak selesa di badan seorang perempuan. Setiap features pada backpack ni ada fungsinya, bukan saja2, bukan untuk cantik kakkk, dia kata. sengih je saya nih mendengarnya! 

Memang trip ke India bukan trip backpacker. Saya pergi berkursus. Kemudahan semua tersedia oleh pihak penganjur. Tapi saya menjangkakan ada shorttrip akan diadakan dalam tempoh 4 minggu tu, dan sangkaan saya betul. Kami dihantar ke Bhopal, Madhya Pradesh yang terletak 800km dari New Delhi selama 1 minggu. Perjalanan ke sana naik keretapi selama 7 jam 30 minit! Bawak backpack lebih senang kan? Kenapa ya? 

Kelebihan backpack : 
1. Tangan korang free a.k.a "handsfree". tak perlu nak menyeret beg, semua atas badan. Korang senang nak bergerak. 
2. Senang nak naik tangga, senang nak berjalan di celah orang ramai (ummat di stesen keretapi new delhi macam semut, tuhan je la yang tahu, pengalaman saya pertama di kelilingi oleh sebegitu ramai ummat). 
3. Memudahkan pergerakan. Contohnya nak masuk ke toilet awam ke, boleh bawa masuk backpack korang sekali. Nak solat di tempat awam, boleh letak beg di depan. 
4. Saiz boleh lepas untuk handcarry di atas cabin. Amat berguna terutama bila perjalanan korang banyak transit, dalam tu cukup untuk letak pelbagai keperluan korang dalam tempoh transit. Saya pernah merasa 2 kali transit dalam perjalanan ke Lanzhou China di mana tempoh amat panjang dalam transit tu. Sebab tu tahu rasanya macamana transit lama2. 

Jom saya kongsikan backpack kepunyaan saya. 


Jenama yang dipilih. Aeon tak banyak pilihan pada masa tu :( 


Perhatikan label ini ya utk para jelitawan yang ingin membeli backpack :) 

4 jenis backpack yang berlainan features dan kegunaannya. 

Harga yang fuhh. Tapi percayalah, berbaloi. Tak sakit badan langsung walaupun
saya bawa hampir 12kg masa tu, siap handcarry lagi, tak masuk cargo! padahal
limit handcarry kan 7kg jer :p hehehehe. 

Ini rupa backpack yang saya maksudnya. Alhamdulillah, amat berguna dan saya amat puas hati.   

Deuter Futura Vario 45 + 10 L. 

Ada bukaan zip di depannya, maksudnya bila nak ambil barang tak payah
punggah dari atas (top load). Bukaan di atas tetap ada seperti beg lain. 

Bukak je zip ni terus ke isi perut beg. no worry. 

belakang beg, semua strap & belt ada fungsinya. kalau kita pakai dengan betul,
insyaAllah badan tak sakit walaupun bawak beban yang berat. 

Air comfort : bentuk ikut anatomy badan. VarFit : Ada wired mesh membuatkan 
beg tak lekat di badan (ventilation : kot badan berpeluh ke) dan strap stabilizer untuk lebih keselesaan

Ini rupa beg bila ditegakkan dalam keadaan kosong. Bawah tu ada compartment untuk
letak baju kotor/basah. Saya letak telekung & tuala kecil setiap kali travelling. 

Beg ni ada rain coat dia yang attached sekali dengan beg ni. Bila perlu cuma pasangkan saja. 

Review dari saya sendiri. Beberapa trip dah saya bawa beg ni sejak dibeli pada September 2013 (ke New Delhi, ke Bhopal, ke Melbourne dan ke Bangkok). Alhamdulillah, badan tak sakit, sungguh. Adjust segala strap dan belt ikut kesesuaian badan kita, jangan malas pakai strap & belt sebab semua tu ada fungsinya. Kalau taknak pakai strap tu semua, baik pakai beg sekolah saja ok. Antara features yang saya amat suka & bagi saya amat berguna adalah : 

1. Selain dari bukaan atas (jenis top load), beg ni ada zip depan untuk akses ke ruang utama beg (bukan semua backpack ada features ni ya). Jadi, bila nak ambil barang tak payah selongkar dari atas dan keluarkan semua barang. semak ok! 

2. Ada pocket utk map di bahagian depan amat mudah letak map dan brochure2 seperti jadual train/bus yang berguna sepanjang travelling. 

3. Ada pocket berasingan di bawah untuk asingkan barang. Boleh letak baju kotor/basah. Saya letakkan telekung & tuala kecil kat situ setiap kali travel. 

4. Beban paling berat saya bawa beg ni adalah 12kg. Walaupun 12 kg, alhamdulillah saya manage bawak beg ni, dan yang penting tak sakit badan. Cuma saya ada masalah skit nak loadkan backpack ni dalam cabin (ruang simoan beg atas tempat duduk). Tapi takda masalah, saya sentiasa minta bantuan steward/stewardess dalam flight tu. Penumpang2 lelaki pun biasanya akan hulur bantuan. InsyaAllah. 

Oklah, habis dah cerita pasal beg. Di bawah ni adalah beberapa blog backpacker dan website yang saya selalu ushar. Hehehehe...:p ushar dulu, kumpul maklumat. kalau ada rezeki insyaAllah, teringin nak merasa sekurangnya sekali dalam hiduppp! 

Saya kagum dengan kalian! Boleh terus klik link di bawah ya untuk ke blog mereka semua ^______^ 



Sekian untuk kali ini
Mrs. Farizal 
7 Sept 2014 : 10:31pm 






Monday, September 1, 2014

1 September 2014

Salam kemerdekaan buat semua, salam kesyukuran atas nikmat keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi. Alhamdulillah. 

Syurga kan bila cuti. Azabnya bila esok dah nak naik kerja. Mula bulan baru. September. Lapan bulan dah 2014 ni pergi! Fuhh! 

Minggu ni aktiviti tak penuh, merehatkan diri dengan keluarga. Habiskan masa bersama. Sabtu malam Ahad buat small family gathering, projek nasi arab AlBayt. Bagi yang belum cuba, jangan lupa cuba, highly recommended! Setelah di'over-loaded' oleh nasi arab, hari esoknya (Ahad dan Isnin harini) kami dah tak sanggup lagi makan nasi (kononnya) dan daging mahupun ayam. Tu yang cari benda lain nak makan tu. :lol 

Breakfast dan dinner. setelah perut penat mengerjakan nasi arab ayam maqluba & kambing mandy :p
Koko Krunch - Choco Caramel (flavor baru) & some crunchy muesli (mcm dalam gambar bawah). 

cuba la koko krunch baru ni. sedap tau ! 

haaaaa... pencinta kacang. angkat tangannn!!
ada banyak kacang dalam pek ni tau, tak mcm beberapa jenama lain yang saya dah try,
cereal banyak, kacangnya boleh dikira! 


Ini pulao lunch sorang diri saya. Nasi panas, udang galah goreng, ikan bilis goreng resipi Dr. Safri (digoreng dengan bawang, tomato, cili padi & kicap). Sedappp! Hingga menjilat siku. :p 

Ok, ada kisahnya tentang resipi ikan bilis goreng Dr Safri tu. Masa tu saya tengah dapatkan rawatan di Klinik Dr. Safri, memang biasa ke klinik beliau memandangkan klinik ni salah satu panel klinik company suami yang terdekat dengan rumah. Dr. Safri ni memang ramah orangnya, memang tak rugi bayar duit consultation.  Tanyalah apa nak tanya, sampai bab resipi pun dia share. Asalnya saya minta nasihat makanan apa yang patut dielak untuk mencegah migrain. Nasihat punya nasihat, sampai la dia teringat salah satu resipi yang dia selalu masak masa belajar kat oversea dulu. Terus lekat resipi dalam kepala :p Pada yang minat ikan bilis, boleh cuba ya! 

Oklah, perlu selesaikan beberapa kerja rumah. Jumpa lagi nanti. 




1 September 2014 : 7.12 pm 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...