Social Icons

Showing posts with label Yang Cute. Show all posts
Showing posts with label Yang Cute. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

kuah yang tumpah dan satey

1. Kuah yang tumpah 

Hehe. Pasal instagram (singkatannya ig) :p Antara yang saya ikut (read : follow) di Instagram adalah @ZiraNabil iaitu ig isteri kepada Nabil Ahmad dan @jozlynnhanania iaitu ig isteri Johan. Kalau nak disenaraikan satu persatu, panjang sangatlah pulak, dari selebriti dalam dan luar negara, sampai ke pakar2 rujuk agama dan motivasi, ig penjual barangan dan ig fesyen, very looong list lah orang putih kata. 

Bagi kategori selebriti, bila dilihat semula senarai "following" saya, ramai juga yang terdiri dari isteri2 pelawak2 rupanya. hihihiii. Seronok lihat kehidupan seorang artis sebagai seorang orang biasa yang rutinnya sama dengan rutin orang lain jugak. Berkeluarga, ada waktu lapang, mendidik anak-anak, memasak, bertukang, mengajar mengaji. Tak sama langsung dengan watak-watak yang dimainkan di kaca tv;) mereka juga insan biasa kan;) 

Hari ni nak kongsi satu gambar yang bagi saya mencuit hati. Sumber gambar ni datang dari ig @ziranabil sendiri yang berkongsikan gambar anak mereka Naira Mikayla yang saling tak tumpah dengan Nabil Ahmad. Haaaii.. itulah kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. 

sumber @ziranabil
sumber : @ziranabil

Terkekeh-kekeh seorang diri bila tengok instagram @ziranabil ni, bukan gelak apa, gelakkan si Nabil yang pakai wig tu. Kelakar rupa dia, agaknya dalam lakonan cerita apa ntah tu. Elok pulak rambut Naira Mikayla pun tengah elok ke depan, dan pendek paras telinga. Memang saling tak tumpah. Sejuk orang tua-tua kata kan? Sporting sungguh @ziranabil berkongsikan gambar ni. Moga kalian berdua berbahagia hingga syurga dengan anak-anak yang soleh dan solehah;). 

2. SATEY 

Minggu lepas kami sekeluarga berpeluang makan malam di gerai Satey Two Dhia yang terletak di Lebuhraya Ekspress Ipoh - Lumut, berhampiran dengan simpang empat Bota Kanan - Parit (berhampiran makan Sultan Muzaffar Shah). Kalau dari arah Ipoh, gerai ni terletak di sebelah kanan, kena buat pusingan-U di lampu isyarat simoang empat tu. 

Fuhh. Thorbaik. Secucuk RM 0.80 untuk semua jenis satey ayam, lembu dan perut. Puas hati. Sateynya solid, takda lemak, daging ayam/lembunya daging betul (bukan jenis tetel), besar dan lembut, perapannya terasa. Pendek kata, memang puas hati la. Gerai Satey Two Dhia ni dibuka setiap hari pada jam 5:00 petang ke atas. 

Satey Two Dhia @ Simpang Bota - Parit 
Kesimpulan. Kuah dan satey tak dapat dipisahkan, ibarat irama dan lagu. Hiks.


Monday, December 10, 2012

kalau audit 5S mesti fail :p


typical meja saya staff perempuan. tapi meja ofis yer, bukan meja kat lab.

Mrs. Farizal 
10-12-2012,  5:19 pm 

Saturday, April 14, 2012

suamiku dan bola

saya merupakan salah seorang dari ribuan silent reader blogger otai, Kak Di (klik sini). nak tergelak pun ada bila baca entry Kak Di tempoh hari, pasal suami/lelaki dan bola sepak. 

saya quotekan semula ya di bawah persoalan yang diajukan Kak Di =P 


Untuk ke blog Kak Di, sila klik sini:) 


















Meh nak jawab soalan2 Kak Di tu : 

1. Suami saya memang kerap check channel 812, 813, dan sewaktu dengannya. Asal pegang remote je memang takde lain, mmg akan ke channel tu dulu. 

2. Bila saya ada kat rumah, kalau takda game yang menarik, maka dia kasi chance kat saya pegang remote. Tapi kebiasaannya bila saya balik kerja (nota : suami saya tak kerja pejabat, bila dia cuti, dia yang ada kat rumah siang malam) kalau TV terbukak, selalunya channel yg terbukak masa tu adalah channel yg tersebut di atas jugak, walaupun aksi/game2 lama zaman Eric Cantona etc. Oh ya, lupa nak cerita, suami saya kipas-susah-mati Man U. 

3. Bab makan ni, tak sama. Kebiasaannya confirm akan makan siap2 sebelum game mula. 

4. Bab ni pun tak sama, suami saya tak masalah dengan makan, pemakanan atau sewaktu dengannya. Kalau Man U kalah, dia akan masam mencuka. Esok paginya bangun langsung tak sebut pasal bola, Man U, atau apa saja yang bersabit tentang bola. Kalau ditanya, akan cebik muka. 

5. Bukak website ni memang SAHIH. Ada masanya bila internet tak available di tempat dia berada, dia akan call saya, minta tolong soh bukakkan website EPL, soh tgk game schedule. lepas kasi tahu schedule, sama-samalah kami kira GMT +8 untuk tahu waktu siaran local. 

6. Bab seminggu tak tengok TV ni tak sama dengan suami Kak Di. hihihiii... 

-----------------------------------------

Sebut pasal bola ni, ada satu kejadian yang saya tak leh lupa sampai sekarang : 

Subuh tu ada game Man U, jadi suami macam biasa akan set alarmclock. Nak jadi cerita, saya yang tersedar dan TER-OFF alarmclock tu. saya ingatkan alarm subuh, tekan konon nak snooze. rupanya TEROFF terus. 2 jam selepas bangun tidur paginya dia tak tegur saya, breakfast pun muka mencuka. jenuh pujuk baru ok. hahahahaaa. sorry yer abang. 

sejak dari tu dia tak biarkan handphone dia dok dekat dengan saya waktu tidur, rela letak hp atas lantai, sorok bawah katil. dia takut saya OFF lg alarm bola..! :P 

miss u like crazy laling!  


Nota kaki : suami kata kalau nak ikut dia ke Old Trafford kena hafal nama pemain2 Man U, tahu history Man U, kalau tak, tinggal! 


Nonton konsert mania jom! 

Tiara Lake Park 
14-04-2012 
9:00 am 

Sunday, March 18, 2012

nahh.. anak musang

Bagi siapa yang tak kenal musang, 
nahh anak musang sesat yang jatuh di tepi lab kami. 
cute, and, fierce :P 









Tiara Lake Park 
18-03-2012 
23:10 pm 

Wednesday, January 25, 2012

Wordless #4 and its Wednesday

Nama saya choco ! 
Tuan saya nama cik bam nani =) 


Nota Kaki : mood kerja sepoi-sepoi bahasa. 



























m.r.s f.a.r.i.z.a.l 
tempat cari makan
tiger lane ipoh
25 jan 2012

Saturday, January 21, 2012

Video Mat Luthfi "lalang" dan Selamat Tahun Baru Cina


Assalamualaikum semua. 

Terjumpa video terbaru Mat Luthfi bertajuk "lalang" yang berkisarkan pasal perbalahan fahaman politik. Nice to watch and its soo true. Jadi, layankan lah yer sambil anda menikmati limau madu mandarin berkotak-kotak tu, ahaks! 

Selamat tahun baru buat semua rakan taulan yang menyambutnya! 
Dengarnya tahun naga ni tahun yang ONG buat anda semua ya :) 

Nota Kaki : Berhati-hati di jalan raya masa musim2 perayaan macam ni, trafik dah tentu sesak jadi banyak2 sabar dan janganlah ikutkan sangat perasaan. 


Lots of Lurves. 


Tiara Lake Park 
21.01.2012
2:58pm 

Saturday, December 31, 2011

::makan-doa-cinta::

Haruslah orang yang tak seberapa terurus perlu ada diary untuk menguruskan aktiviti penting dalam kehidupan :P Besar jasamu wahai diary, walaupun dah berapa tahun tak dapat yang free :(


hasil pencarian diary2012, yg berakhir dgn beberapa hasil yg lain jgk :P


Survey diary di beberapa tempat, last2nya yang di Jusco Kinta City yg jadi pilihan. Pilihan2 yang ada di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular (itu saja pun yang ada di Ipoh ni), agak mengecewakan, huh! Masa di MPH, diary yang dicari, tapi mata ni terpandang pulak pada Eat, Pray Love! Bunyi macam ketinggalan zaman kan =P

Ya betul, saya memang belum menonton filem Eat Pray Love, baik di pawagam (sebab sang suami hanya layan action / thriller movie saja di pawagam uhukss!), mahupun belum nonton DVD.

Pada mulanya tak berapa yakin sebab melihatkan rekod buku-buku yang dibeli sejak 1,2 tahun ni mula tak terbaca habis, tapi untuk Eat Pray Love saya cuba sekali lagi! 


peneman pi servis kereta kali ini:P 

Love, 
Teha 
Tiara Lake Park 
31 December 2011 
4:20 pm 

Adele - Live at the Royal Albert Hall

Keterujaan menjadi tak terkawal bila dengar DVD konsert ni dah available di pasarann. Tak menahan dan terus ke Speedyy bila balik dari kerja semalam!


Terus pasang CD dalam kereta! Rasa taknak sampai rumah cepat2:P


Sampai rumah terus layann DVD concert pulakk! 
Sapa belum dpt, sila sila ke kedai music berdekatan anda! ;) 


Oh oh how i love her voice! 


Much Love, 
Teha
Tiara Lake Park 
31 December 2011 

Sunday, December 18, 2011

Weekend & dusun durian

Assalamualaikum!


Musim2 durian ni tak sah takda entry pasal durian kan. Walaupun tanpa sang suami di sisi tapi dgn mak mertua & anak2 buah misi tetap terlaksana. Hehh. Dusun arwah pak mertua ni terletak di kawasan Manong.


Hasil tak sebanyak minggu lepas (trip mggu lepas saya tak join), tapi separuh boot cik city saya lah jgk. Alhamdulillah.



Dek kerana di kampung saya tak banyak dan bukan tanah dusun (kmpg saya banyak kelapa,koko & sawit), teringat pulak pengalaman pertama ke dusun durian dengan sang suami masa mula2 kawen dulu. Jakun sungguh! Heheeheee:P


Ok, terasa nak menulis lagi, mungkin malam nanti. Petang ni ada misi yang masih belum selesai :) 


dengan ketinggian & kebulatan yang sama dengan maksunya, adik di dusun tok! 


Love love love,


Si buntal
Tiara Lake Park
18 Dis 2011
6:30 pm

Monday, September 5, 2011

Vienna lagi :: IAEA classroom & Summer Party

Berjumpa lagi kiter yer. Baikk mari teruskan! 

Sambung sikit pasal kursus ni. Inilah ghopernyer classroom kami. Peserta semuanya 19 orang, sebab 1 org dari Bangladesh tak dapat nak hadir, sebab lagi, sebab VISA application problem. Hal ini jugak menjadikan hanya Dr Hendra Wibawa (Wates, Indonesia) dan si buntal ini menjadi the only two participants dari Asia. Yang lainnya semua dari Eropah timur dan Afrika. Jadilah kan, dari takda langsung member sebenua:P 

Dr Hendra yg terbang jauh dari Melbourne. Hes doing PhD at Quennsland Uni, sedang buat labwork di AAHL Geelong. Memula ingat saya yang paling jauh sekali, 18hours perjalanan, rupanya ada yang 26 hours:P 



Ini Jacquline, dari Kenya. Warm sangat orangnya. 


Suka sgt dapat duduk depan sekali! 



 Oleh kerana nama course pun Bioinfo & Genomics Tools maka masa 100% dihabiskan depan laptop. Menghadap sequence2 dan software2. 



Dapat laptop satu sorang


Satu2nya expert yang saya sempat snap gambarnya sewaktu memberi lecture. 
Dr Herman Unger.    


si buntal in the classroom, last day baru teringat nak snap gambar sendiri:P 


- Summer Party - 

Last day di IAEA Lab, mereka adakan satu summer party. Selain kursus yang saya hadiri ada lagi 2 kursus lain yang sedang berjalan. Bertambah meriah lah summer party ni, satu kepala bayar 10Euro. Alhamdulillah, walau tak sekenyang mana sbb tak byk benda yang boleh dimakan, dapat berkumpul beramai2:) 


 Ini bowl saya. mula-mula hanya amik fries dan fruit & vege salad saja. tapi bahu saya ditepuk oleh seorang staff IAEA "excuse me lady,you can eat chicken wings" sambil menunjuk ke arah chicken wing dlm tray dan beliau terus menyambung "those are halal, i am muslim too". Maka makan ayamlah saya setelah 2 minggu tak jamah daging langsung. 




with girl prenn 




One of the IAEA staff. Beliau banyak tolong kami dalam classroom, 
nama dah lupa. 



 Hey I am Abel Wade from Cameroon:P hiksss. Ini ketua kelas kami sepanjang 2 minggu ni. Tepat jam 6:45 am dia akan call setiap bilik remind jangan lewat sebab bas tunggu pukul 7:00am punctual. Dalam bas pulak akan buat head-count. Hidup Abelllll!! 



Ini orang terpenting! Ms Rubby Cueto, dialah yang jaga kami 19 orang, jemput kami di sana di sini, tunjukkan bilik solat untuk saya & Dr Hendra, ajar naik tram, tren dan tunjukkan kami supermarket nak beli groceries, shes so nice & warmmm. miss her! 



Ini pulak Eirini dari Greece. Dia pun sama. SANGAT warm! 





The girlssss;) miss all of you! 


InsyaAllah sikit masa lagi saya akan tuliskan mengenai apa yang saya makan kat sana dan tempat2 menarik yang saya lawati walaupun tak banyak mana sebab ada 1 weekend saja yang sempat kami berjalan. Itu pun keliling Vienna saja. Tungguu yaaa! 




Friday, March 25, 2011

Moh kite:P

** psttt!! entry ini adalah sticky sehingga 25/3,
sila scroll ke bawah utk entry terkini dari saya :P **

--------------------------------------------

Bismillah. harapan saya semoga usaha ciput ni boleh jadi pencetus cita.

mulanya hasrat nak jual "live" sebab nak bagi orang feeeeel, tengok kualiti materialnya dan kemudian cuba sendiri di badan. nak bagi semua puas hati. maklumlah, saya sendiri pun AGAK cerewet pasal pemilihan material ni. huhu! tapi bila ada ramai (alhamdulillah sgt2) yang suggest bukak blog, akhirnya berjaya dilunaskan! dan tak sangka sambutan menggalakkan!


dengan rendah diri saya nak jemput pembaca blog ^m.r.s.f.a.r.i.z.a.l^ sekalian ke : http://dbeautyofmuslimah.blogspot.com.


Promosi yang sedang berlangsung :

Pembelian 1-2 pcs : Free Postage ke Semenanjung Malaysia & Free Gift
Pembelian 3-5 pcs : Discount 10% tidak termasuk postage & Free Gift
Pembelian Borong 6 pcs ke atas : Discount lebih hebat menanti anda!
sudi-sudikan email saya!

InsyaAllah saya berani jamin kualitinya, tengoklah siapa yang pilih kan! hehe ^_^

Monday, February 14, 2011

akhirnya MACARONS kupon Kak Nomie menjadi milikku ^_^


dah nama nyer teha, memang tak nyempat.
ai dah ade kupon yuuu..!
2 kupon lagi. hihi. dasar pelahap.
boleh beli bila2 masa hingga April nanti.
oh best!


Kak Nomie Aziz, tengok la saya dah ade kupon yey yey!
boleh makan bertemankan teh O vanilla.
uishh syahdu!




siapa beli lebih dari 5 kupon, dapat extra macarons!
mana tahu ade yang nak buat door gift akikah anak ke, door gift adik tunang ke, birthday gift kat sahabat2 ke. boleh apa. haaaa.. pikir balik.. pikir balik..
^_^

omg! macaron best deal!

macaron situ sana sini!

fenomena apakah ini. hiks ^_^


tantek kan? sayang nak makan.
saya? saya pun belum pernah makan lagi.
dok terliur je dengar orang cakap situ sana sini pasal MACARON ini.
omg! telan air liur lagi!
gulp!





wow-weeee!
macam best kan kan.
orang kata rasanya manis gitu.
tak boleh jadi ni, asyik dengar orang kata situ sana sini je.
kau taknak cuba ke teha?








Ini lah dia Puan Nomie Aziz. kalau cakap kek lapis sarawak siapa tak kenal Nomie Aziz!
dialah pengasas Piqa Bakery yang sungguh fofuler itu.
lagi mau cakap tentang macaron beliau? oh tak payah cakaplah kan.
baru cakap nama, orang dah beratur meng-order.
lambat lah kau teha. rugi tak kenal awal2.



dekat KLCC sebijik comel ini RM2/piece.
normal price orang jual pun RM2 sutir.
tapi Puan Nomie Aziz buat promosi di Milkadeal nih ... Aduh!
RM12 = 12 pieces !
offer 50% ni offer tinggal lagi 6 jam 22 minit 10 saat.
omg! balik kau pikir balik teha.
betul ke kau taknak teha?





Inilah rupa sedozen macaron!
assorted ya! purple, rose, biru, hijau, putih, oren.
boleh pilih mana yang berkenan di hati!

erm.. nak beli ke tak nak..

nak ke tak nak..
nak ke tak nak..
lambat la kau ni teha..!




Friday, October 1, 2010

TeacherShida : anda memang rawk & cool

satu alam facebook dah kenal siapa itu teachershida a.k.a cikshida.
sangat kool kan? sempoi gila!
siapa berani buat macam teachershida? ada brannn?:p

setiap orang ada cara tersendiri nak menghiburkan hati sendiri (dan menghiburkan orang), ada cara sendiri jugak nak mendapat kepuasan diri, ada cara sendiri jugak untuk mengisi masa, ada cara sendiri nak mereleasekan tension. maka ini adalah cara teachershida! bravo lah.

sumpah kalau orang kasi RM10,000 pun belum tentu ai nak buat macam ni, ai tak se-sporting teachershida ok. huhuuuu..! bagus ade teacher yang sporting gini, senang nak ngajar budak2, senang nak mendekati budak2. ingat senang ke nak tekel budak2? ingat senang ke jadik cikgu?

dengar2nya teachershida terasa hati bila dihentam oleh segelintir orang yang kurang menyenangi video2 yang dikongsikan sebab profession teachershida seorang cikgu. takpalah, yang tak suka tak boleh nak paksa jadi suka. bagi saya, biarlah teachershida, itu cara dia, let her be. bukan jejas kat kita pun. dapat jugak kita tersengih waktu tension bekerja, kira sampai lah motip teachershida ni, iaitu nak menghiburkan orang.

ada orang menghiburkan hati dengan menyendiri
ada orang menghiburkan hati dengan window shopping
ada orang menghiburkan hati dengan menyental kain
ada orang menghiburkan hati dengan berkebun
ada orang menghiburkan hati dengan masak kat dapur
ada orang menghiburkan hati dengan berblogging (ahaks)
ada orang menghiburkan hati gi karok
ada orang menghiburkan hati dengan ngemas rumah
ada orang menghiburkan hati dengan buat video miming macam teachershida! hehehee...

suka hati die la kan!



rupanya embed2 dah takleh, sila klik "watch on youtube" tu. anda akan terus ke channel "teachershida". pilih la lagu mana nak dengar. selamat berhibur!:)


Tuesday, September 21, 2010

sampai termimpi2=p

si kecik syameel ni la yg berjaya meng'enter dlm mimpi ai sebaik saja balik dari perth beberapa bulan lepas. dok sakan sgt main dengan dia, last2 bukan budak nyer yang ngigau mengekek2, ai pulak yang termimpi2 bila balik sini:p

syameel udah besar, dah 1 1/2 yrs. bertambah chubby, so ai laggi gereeemmm:D lupa nak cerita, gambar ni sewaktu mereka sekeluarga beraya di rumah saya. sementara suami saya melayan mak abah syameel makan, ai pun amik peluang snap snap ^_^



p/s: ade video gelagat2 si kecik ni jgk, kat perth ada, kat rumah kami masa beraya pun ada, nnt ada masa bleh upload:) ehh, tapi kena minta izin mama abah die dulu:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...