Social Icons

Wednesday, October 22, 2014

CCM : Penang (Part 3) : Makanan yang sedap

Buat yang tertunggu review ini - Khairunnisa' dan Faziatun Nisa' (nama pun dah nak sama nih).

Sambungan dari CCM Penang Part 1 dan CCM Penang Part 2.

Memang terkenang-kenang kesedapan makanan-makanan yang terdapat di Penang ni.
Nasi kandar.
Pasembor.
Laksa.
Char Kuey Tiaw.

Rasa nak pergi Penang lagi.

1. Nasi Kandar

Ada baaaanyak sangat kedai nasi kandar kat penang ni. setiap lorong kedai, setiap jalan, setiap bangunan, setiap setiap la. Saya pasti semuanya sedap. Antara banyak-banyak pilihan, kami memilih untuk ke Nasi Kandar Line Clear yang terletak di Jalan Penang, Georgetown.

Parking amat susah di town ni, maka ada disediakan kwsn parking berbyr utk pelanggan2 sekitar jalan tu.
Ini pintu masuk belakang ke Nasi Kandar Line Clear dari tempat parking. 

Ini pintu masuk belakang ke Nasi Kandar Line Clear dari tempat parking. 

Menu kami. Harganya RM 30.50.
2 Nasi beriyani, 2 ketul ayam, telur ikan (sgt bykkk), sotong, sayur, air bali dan teh ais. 
Review : 
- Kami berdua sependapat bahawa nasi kandar Salim di Jalan Bahru off Jalan Tokong Ipoh lagi sedapp. Kuahnya kurang menyengat. Ayam, sotong memang lembut. Jangan kecil hati pulak ya peminat nasi kandar line clear. 
- Kalau nak diberikan bintang, kami berikan 3.5 dari 5.0 bintang. 
- Servisnya cepat dan semua staff peramah melayan pelanggan, 5 bintang 
- Kebersihan pula, restoren bersih tapi mungkin disebabkan kami masuk ikut "jalan belakang" menyebabkan kami boleh nampak apa yang tak patut dinampak. Tapi bukan pada kawasan restoren tu lah, lorong belakang tu, banyak sangat tikus yang sihat2. mujurlah dah selesai makan dan dah nak balik ke parking baru saya perasan. Kalaulah mereka boleh buat sesuatu dengan tikus2 tu. 


2. Pasembor 

Melalui review yang kami perolehi, Pasembor Menari yang terletak di Gurney Drive ni amat digemari ramai. Gerainya No 9. Kami singgah untuk makan di sini dan siap bungkus lagi untuk makan di hotel nanti :p Gambar dalam handphone suami pulak, nanti suruh dia hantar & saya akan update entry ini ya. 

Ramai yang bagi nasihat makan di gerai pasembor ni takut kena ketuk. Bagi saya sebenarnya tak timbul masalah bila harga setiap pilihan makanan telah terpampang. Contohnya ketam/sotong dari RM 8 hingga RM 15 seekor (tengok saiz), Udang RM 5-8 seekor. Fishball fishcake pun ada harganya. Setidaknya boleh estimate sendiri kan. 




3. Char Kuey Tiaw 

Ikut review blog-blog sebelum ini, ada beberapa gerai char kuey tiaw yang selalu jadi perhatian pelancong-pelancong, iaitu Mady Char Kuey Tiaw, Bob Char Kuey Tiaw dan An CKT. Malang, dan malang sekali. Kami dah pergi ke ketiga-tiga tempat yang dicadangkan tapiiiii... Mady dan Bob CKT tutup, manakala An CKT hanya bukak pada pukul 10 malam ke atas, sedangkan masa tu baru pukul 6 petang dan kami tengah kelaparan gila-gila. 

Dalam hati fikir, dalam banyak2 hari apasal la korang semua tutup hari kami datang ni, hahahahaa. takleh terima betul bila tak jumpa CKT kat Penang ni. Suami pulak nak memujuk,  cadangkan supaya lupakan CKT dan malam tu dinner di hotel saja, tapi nak dijadikan cerita dan rezeki kami jugak, sebelum belok ke Hard Rock Hotel Penang, suami kata macam ada nampak gerai CKT bertentangan dengan hotel. Kami pun ushar tengok. 

Tak sampai pun 200 meter ke hadapan (kami tak pernah lagi berjalan2 ke arah depan sana - hala ke Teluk Bahang), ada gerai Slow Rock Cafe yang salah satu menu istimewanya adalah CKT. Hadoihhh. nak dekat 20 kilometer kami melarat dalam trafic jammed dari Feringghi nak ke Bob CKT di Georgetown, sekali ada gerai 200 meter je dari hotel. 

Senyum sampai telingaaa! 
CKT special dalamnya ada daging lembu, ayam, udang dan sotong serta telur mata, harganya RM 15.00 sepinggan. Serius sedap dan banyaaakkk gila. 



Review : 
- Sumpah sedap 
- Siapa duduk area Feringghi tak perlu pergi jauh-jauh. Mady CKT di Feringghi jugak, berhampiran Petronas, cuma kami tak pasti waktu operasinya bila. 
- Kalau nak diratekan dengan bintang saya bagi 5.1 dari 5.0 bintang. hehehe. serius puas hati. boleh pergi lagi. 


4. Laksa 

Satu lagi makanan yang kategori 'kalau tak pekena tak sah mai penang' adalah laksa. Dalam banyak-banyak review jugak yang mendapat rekemendasi tinggi adalah "Laksa Janggus" yang terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau. Selepas checked out dari hotel, kami terus menghala ke Balik Pulau ikut laluan Teluk Bahang dan Dusun Durian semua. Dapat nombor telefon kedai laksa dari GPS, bila call rupanya kedai ni bukak pukul 3:30 petang. Apa lagi, punyalah slow and steady macam orang bercinta dalam kereta husband saya bawak kereta. hehehheheee... 

Sampai depan kedai, memang sah tak bukak lagi. Kami pun berjalan2 sekitar town dan berpatah balik ke gerai laksa ni. Masa tu dalam pukul 3:45 petang. Orang dah mula datang. 




Harga laksa adalah RM 3.50 untuk laksa biasa (tanpa telur) dan RM 4.00 untuk laksa special (ada telur). Tengok tong kuah laksa depa ni, punyalah besar. boleh buat mandi. 

Ada gerai jual pisang dan ubi goreng jugak, boleh try. kami bungkus saja untuk makan dalam kereta. 

Review 
- Sedap. Puas hati tunggu hampir 2 jam :p Siap tapau 10 bungkus untuk habuan mak, keluarga kakak ipar dan jiran. hihi. 
- kebersihan pun nampaknya terjaga, walaupun faham je lah kan bila menu berasaskan ikan ni. tempat bersih, takda lalat. ruang makan pun selesa dan luas. 
- bintang diberi adalah 5 bintangg!! 


Itulah alkisahnya pasal makanan tempatan yang kami dah cuba sepanjang 3 hari 2 malam di Pulau Pinang. Ikutkan banyak lagi kena cuba tu, tapi bak kata suami saya "bila lagi masa nak makan, hat ni pun dah kenyang taktahu mana nak sumbat dah". 

Semoga ada yang mendapat manfaat dari perkongsian ini okeh ^__^ 




22 Oktober 2014 : 5:55 pm 

1 comment:

harrizam said...

Cuti sekolah nie boleh try laksa... macam menarik ja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...