Social Icons

Sunday, May 18, 2014

bumi kangaroo #4 : melbourne

Assalamualaikum.

Sambungan cerita worktrip bulan Mac yang lepas (boleh klik bumikangaroo1, bumikangaroo2 dan bumikangaroo3 untuk baca).

Baiklah, jarak antara Geelong dengan Melbourne adalah lebh kurang 72 km (1hour by train, 70 min by road). Sepanjang 2 minggu berkursus di Geelong, cuma dapat dua kali ke pekan melbourne. ada sikit advantage sebab flight balik dijadualkan lewat, iaitu pada 00:45 am 9 mac 2014 (Ahad). yer, sehari lepas kejadian yg menimpa mh370. #stillprayingformh370 . 

Oleh kerana dah pernah pergi minggu yang sebelumnya, jadi untuk trip kedua ni dalam kepala dah ada apa yang nak dibeli dan ke mana nak tuju, jadi tak banyak bazir masa atau sesat larat. Oklah, biar gambar yang bicara, saya sampuk bila perlu. :p 

@Burke Street. Banyak gila performance jalanan gini. hampir 2,3 lagu yg mereka nyanyikan saya langut dengar & record. kaki masa ni ringan je nak melangkah beli CD AUD10 tu. 




yang tengah tu saja real performer, yang kiri dan kanan tu patung. memula serius saya ingatkan semua patung hinggalah saya perasan ada peluh menitik di hidung performer yang tengah tu bila saya datang dekat dia. 


Melbourne trip #2. menuju ke DFO (factory outlet). BARU tahu ada DFO.
kalau tak sumpah, dari Trip #1 dah ke mari. 

Melbourne Trip #1 : dalam city train.

Melbourne trip #1 : ernie, dewi (indonesia), me and christina (the philiphines) 

Dari 9 orang tinggal 6 orang (termasuk faizul yang ambil gambar), sebab lagi 3 ada agenda sendiri. 

selesai memborong souvenirs di Queen Victoria Market

Overall, melbourne adalah kota yang seronok untuk dilawati. Banyak tempat menarik. Buat yang risau tentang makanan, usah gusar atau gundah. Melbourne ada dengan pilihan kedai makanan halal (Nandos, kedai2 turkey, malaysia hall jugak ada). takda masalah. kami tak kebuluran langsung. Harga kebab di keai Turkey lingkungan AUD 3-5 / pcs. Tolong jangan convert. Kalau convert jawabnya korang memang tak makan mengenangkan harganya. Kalau makan Nando's, set 1/4 ayam bersama 2 side dishes lebih kurang AUD 11. Saya jugak  bawak bekalan 'iced coffee' yang dibeli dari 7E sana, harga lebih kurang AUD 6.50 untuk 1.0 liter, cukup untuk seharian, heheheee.


Untuk shopping souvenirs, harga terbaik adalah di Queen Victoria Market. Untuk branded items, sila ke DFO. Kami punyalah termenung panjang memikirkan apasallah tak tahu kewujudan DFO dari awal. Sangat rugi. DFO ni macam JPO kita lah, tapi harga memang gila2 mark down. Kami hanya sempat spend 2 jam terakhir saja, dan duit pun dah habis. ahahhaaa. ku tahan-tahan je tak nak swipe credit card. ahahaahhaaa:p dan, kali ni berjaya.




Ok, di sini ada farmasi yang bukan sekadar menjual ubat-ubatan dan barangan kesihatan, tapi jugak ada menjual barangan kosmetik dengan harga yang sangat2 murah. Farmasi nyer ialah CHEMIST. Maaflah, kami tak dibenarkan ambil gambar dalam kedai, jadi takda bukti nak tunjuk pada kalian. Saya sempatlah beli perfume Vera Wang - Princess ni sbb tgk harganya murah banyak. Koleksi ni launch lama dah, rasanya mahu hampir 10 tahun yang lalu. Tapi, you know me lah kan. Kalau dah suka tu, sanggup repeat beli. 

harga asal AUD 89

Diskaun jadi AUD69

Diskaun lagi jadi AUD 38.99 

Oh yer, Masa kami pergi CHEMIST ni, depa ada promosi bagi setiap belian foundation, free mana-mana barang lain. I always trust REVLON kalau ban bedak2 dan lipstick. So hasilnya, belilah 1 foundation dan pilih satu jenis compact powder dengan percuma. Gitu kekdahnya. Murah kan. Rata-rata selepas di convert, harganya lebih kurang kalau menyoping di Orchid Road, Singapore.

Beli foundation, free compact powder. berbaloi gitu. 
Itu sahaja buat kali ini. Serius, takdelah shopping banyak mana pun. Tapi dalam banyak2 trip, saya confirm every trip mesti saya wajib akan beli dua benda ni, iaitu perfume dan kopi. Hahahahahaa... 

why tomorrow is monday

18th May 2014, 6:50 pm 

Friday, May 16, 2014

Mrs. Farizal GA 2014 : Tahniah kepada Pemenang !!!!

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Dengan seronoknya nak umumkan nama pemenang "Mrs. Farizal GA 2014". Alhamdulillah, ada juga yang sudi nak participate walaupun hadiah simple2 aje, thanks yer semua. GA ni sekadar bertujuan nak menghargai pembaca dan di samping tu nak berkenal-kenalan dengan blogger yang lain. Hasilnya, bertambah kenalan blogger;)

Seperti yang dijanjikan, di bawah ni adalah pemenang "Mrs. Farizal GA 2014".
1. Nur Lisa (http://sejakduamenjak.wordpress.com/2014/05/07/ada-apa-dengan-gue/)
2. Ummi Umar Suffiyah (http://desirequeen.blogspot.com/2014/05/mrs-farizal-ga-2014.html)
3. El Janna (http://bbyuya.blogspot.com/2014/05/mrs-farizal-give-away.html)


Yang tak terpilih, jangan sedih pulak, murah rezeki insyaAllah akan buat GA lagi;)

Saya dah email setiap seorang ya untuk minta nama penuh, alamat dan nombor telefon. InsyaAllah takda aral, minggu hadapan hadiah akan diposkan kepada semua pemenang.

Again, terima kasih daun keladi pada semua, ada rezeki lebih saya buat GA lagi;)



16 Mei 2014 , 10:57 pm 

Thursday, May 8, 2014

Kemboja | Weewee

[entry tgh malam, tapi tak dan nak publish dah lena]

Salam tgh malam. 

Ini bahana terkinja2 sgt ber'old town' bagai petang tadi, penyudahnya ni lah dia, orang semua dah lena, kita pakat serba tak kena. Plan asal nak bangun sahur, nampaknya kena adjust. Kalau dlm masa sejam lagi masih mcm ni, terpaksa la makan sebelum tidur, takda la pahala sahur. 

Bagi siapa yg follow / friend saya di FB mungkin anda perasan gambar yg kongsikan ni ;) 


Skrg kemboja tu tgh elok berbunga. Syiokk je tgk. Boleh buat bungan tangan pengantin.
Gambar bawah ni ya:) 


Haaaaa... Tantekk tak? Sihat nampaknya, alhamdulillah. Kami ada sepokok lagi kemboja, bunganya warna merah pekat, dah nak mula berbunga jgk, tapi belum sempurna lagi. Tak sabar. 

Habis pasal kemboja. 

---------------------------------------------------------

Satu lagi, pasal bendalah bawah ni. Bagi saya, terlalu kreatif sampai saya pun tak boleh fikir keperluannya. 


Bukan nak melucah ke apa, tapi serious tak faham sbb tu bertanya dlm FB. Betul, kalau uzur mungkin berguna. Selain tu, kata rakan saya mungkin juga masa camping. Nak weewee dalam corong ni takda masalah rasanya, tapi bab kencing berdiri tu adalah errr... tak ke menceceehh weh. tak konfiden nak sembahyang. 

Taktahu siapa punya idea ni, biasa yang suka dan banyak idea kreatif dan inovatif ni adalah Jepun. Sekecil-kecil dan remeh temeh pun depa akan inovasikan supaya memudahkan hidup depa (dan kita). 

rumah semanis rumah
Mrs. Farizal 
kol 2 pagi dah ni wehh 

Sunday, May 4, 2014

Mrs. Farizal : GA 2014

Assalamualaikum !

Lama kan tak buat Give-Away (GA). hehe.
Baikkk, sekarang adalah masanya, ya, sekarang!




Semuanya dah tertera dalam gambar di atas.
Hadiah tidak lah besar mana, cuma senilai RM 80 tiap satu, buat seronok seronok saja.
Silalah join seikhlas hati ya;)


bila larut malam, macam2 idea datang ^___^

3 Mei 2014, 1.27 am

throwback PD

Bismillah.

Assalamualaikum. Mungkin ada di kalangan kalian yang dah baca tips ke Bandung dalam entry lepas. Harap ada yang boleh membantu kalian ya :) Bercakap pasal percutian ni, setakat ini saya dan suami belum ada apa-apa perancangan bercuti keluar negara tahun ni. Cuma ada short vacation saja awal tahun haritu, itupun cuma ke Port Dickson (Januari) & kemudian ke Gold Coast Sepang (Mac). Dalam entry ni saya summarizekan cerita pasal Grand Lexis PD dulu ya :)

25-27 Jan 2014
Grand Lexis, Port Dickson

Grand Lexis PD 25-27/1/2014 :: Dalam perjalanan ke PD. Gambar tempat duduk kosong.
sebab saya migrain, terbaring kat belakang! 

Bilik Sky Pool Villa. Gila besar. Sebenanrnya kami boleh je ambil bilik yang ada 1 king bed,
tapi ada sebab lain kenapa kami ambil bilik jenis ni. Saya ceritakan kat bawah nanti ya:) 


Masa ni baru sampai. Encik suami tengah meninjau2 private pool kami

Inilah private pool nya. taklah terlalu besar untuk berkuak lentang, tapi boleh lah nak berendam :p 

Katil yang lebih dari cukup 

antara kemudahan lain dalam bilik Sky Pool Villa 

Dining area : ada microwave, kettle. bolehlah re-hit apa yang patut.
lepas mandi manda kan biasanya lapar:p 

Bilik mandi yang berasingan dengan toilet

in-room dining. nasi goring nama spa ntah & kueh tiaw goreng. food kami beri 3/5 star. 

Ini pula view pool dari katil kami 

Keesokkan harinya barulah keluar cari makan dan jalan-jalan di PD.
Ini kedai Cowboy Town yang jual nasi kukus ayam yang sedapp. Siap ada live band lagi. 

Sorry saya snap gambar ni dari dalam kereta, waktu ni dah nak balik. 
Summary :
1. Why Grand Lexis PD? Kenapa bukan Lexis PD atau Avilion PD?
Sebab kami dah pernah pergi Lexis PD, walaupun Avilion tak pernah lagi. Hotelnya bersebelahan je, dua-dua ada water-chalet, cuma kali ni nak cuba kelainan berendam dalam bilik sendiri sebab semua bilik ada private pool. Hanya Grand Lexis je yang ada private pool tau.

2. Pilihan bilik di Grand Lexis PD. Kenapa mesti 'Sky Pool Villa' yang boleh muat 4 orang tu?
Ok, di Grand Lexis ni ada 2 jenis bilik. Satu jenis ialah di tower block (bangunan utama atas tanah) dan satu jenis bilik lagi water-chalet (chalet atas air) di mana kedua2 jenis bilik ni ada private pool di dalamnya. Bagi yang belum pernah duduk water-chalet mungkin akan teringin nak ke water-chalet, TAPI cuba fikir, sah sah tetamu yang duduk di tower block boleh nampak pool orang water-chalet (tgk gambar ni). Nampak tak pool chalet atas air tu? Jadi, takla namanya private bagi saya. Perempuan2 muslim masih kena tutup aurat macam mandi di public pool jugak!

Gambar ni diambil dari bilik kami di tower block.
Perasan tak border antara blok hotel tu. Di kiri anda adalah Hotel Lexis yang menawarkan Water Chalet (takda pool).
Manakala di kanan anda adalah Grand Lexis yang tetap Water Chalet dgn tambahan private swimming pool dalam setiap bilik:)  


Ini gambar tower-block yang menempatkan "Sky Pool Villa".
Gambar ni saya ambil masa jalan-jalan lepas breakfast dari Water Chalet.  
Jadi, bagi semua yang concern pasal penjagaan aurat, boleh consider "Sky Pool Villa" sebab takda cara orang boleh "skodeng" kita masa berendam dalam private pool korang, sebab atas korang betul2 langit. nama pun "Sky Pool", melainkan kot-kot ada kapal terbang pulak yang terbang atas korang.

3. Makanan
Bagi kami, makanan biasa-biasa je. Takde lah sedap sangat, dah tak lah sampai tak sedap. Sebab tu cuma 3/5 saja. Serious, setakat ni, hotel ni lebihnya pada private pool semata2, bukan makanan. Bila waktu breakfast baru sedar betapa ramainya hotel guest, sampaikan coffee house mereka tak muat & bukak main ballroom, dan main ballroom pun penuh!

4. Tempahan hotel
Kami tempah direct dengan website grandlexis, booking awal2 dapat early bird promotion untuk 3 hair 2 malam. Cadangan saya, eloklah menginap di sini sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam, SEBAB check-in time adalah 4 pm yer pembaca budiman sekalian. Bayangkan berapa lama je korang dapat berkuak lentang dan renang berirama dalam private pool tu kalau stay cuma 1 malam. takkan lepas maghrib baru nak berendam kot... air dia.. fuhhh sejuk ya amat pulak tu. Esok paginya pulak, lepas breakfast dah nak bersiap2 nak balik, jadi bagi kami macam tak puas je kalau tinggal 1 malam.

5. Overall
Kami tetap beri 4/5. Sebab so far puas hati dengan kemudahan bilik, layanan staff. Boleh pergi lagi kalau nak relaks lain kali.


Rumah semanis rumah

3 Mei 2014, 2357 pm


Tuesday, April 29, 2014

Bandung : Tips & Tricks. [awas, entry panjang:p]

2 Disember 2013 [entry nak masuk 5 bulan duduk dalam draft]

Kengkonon nak buat entry tak lagging sebab Rumah Ebo yg kami duduk ada wifi. Sekali hamikk kau teha. Mmg tak larat nak update ke ape. Balik bilik pengsan, asal pengsan balik bilik.

Tak perlu nak ulas apa yang ada di Bandung ni berkali-kali rasanya. Ramai rakyat Malaysia yg sudah tak asing lagi dengan apa yang ditawarkan oleh Kota Bandung. Kunjungan ni juga adalah yg keempat kali buat saya dan suami. 

Bila ditanya oleh rakan2 tentang macamana buat arrangement kalau tak pakai tourist guide. Jawapannya senang, iaitu banyak kena buat kerja lebih sikit. Tapi taklah susah mana pun. 

1) Persediaan sebelum pergi 

a) Tiket Penerbangan 

- Dah kata nak buat arrangement sendiri haruslah sendiri yang kena alert. Setakat yang saya tahu AirAsia ada penerbangan terus ke Bandung. Kalau naik MAS, destinasinya adalah Jakarta dan selepas tu korang boleh ke Bandung yang jaraknya lebih kurang 200km atau 3 jam perjalanan melalui Highway mereka. 

- Kalau AA, macam biasa, kalau booking last minute harganya memanglah tidak semurah yang disangka. Harus peka dengan promosi2 mereka. Promosi pun bermacam-macam. Ada yg Free Seat, , ada yang All-in-Fare, Ada harga murah. Pilihlah dan ikutlah nasib pada masa tu macamana. 

- Tips : kalau dengan AA, lebih mudah jika korang dah register akaun supaya korang dah boleh siap2 isi details ahli keluarga atau kawan2 yang kebiasaannya travel dengan korang. Kenapa penting sangat details ahli rombongan korang? Sebab...... Ini akan melancarkan proses booking tiket korang! Kan ke kita nak berebut2 dapatkan harga tiket atau promosi yang paling berbaloi..... Kalau lambat2, atau baru terhegeh nak dapatkan nama penuh, no passport, no IC ahli rombongan...... Jawabnya tak merasalah...! Seminit lambat pun banyak perubahan dalam harga tiket AA ni tau. Last2 dapatlah tiket harga biasa. Tak baloi lah. 

- Tips : Kalau tengah booking AA jugak, jangan pening pasal Luggage atau Makanan atas flight atau Seat Number korang. Korang boleh Add-on sehingga 24jam sebelum terbang. So jangan buang masa kat benda2 tu. Yang PALING PENTING, DAPATKAN TIKETnya dulu. 

b) Kewangan 

Kalau korang dah dapat beli tiket yang mungkin tarikhnya 6 bulan atau 12 bulan lagi. Jangan gusar. Korang sepatutnya bersyukur sebab banyak masa nak menabung. Pergi Bandung bawak duit sikit2 buat sakit jantung ja bila sampai sana nanti. Ini bukan cakap besar atau menunjuk atau apa. Serius korang akan menyesal kalau bawak duit sikit2. 

How much banyak is banyak ? 
How much sikit is sikit? 
Itu subjektif. Terpulang budjet masing2. 
Duit ni banyak mana pun bawak memang takkan cukup kalau dah namanya pun nak bershopping. Jangan sampai berhutang piutang pulak sudah. Sebab tu seeloknya menabung. Meh saya berikan gambaran, moga boleh jadi panduan berapa wang yang nak dibawa ke sana.

c) Gambaran Shopping di Bandung.

Oh ya, seperkara yang penting berkaitan dengan BANDUNG.
Iaitu EKPEKTASI KORANG tentang HARGA BARANG DI BANDUNG.
Ya, SANGAT PENTING.

Apa barang yang biasa orang cari di Bandung :-
> Fabrik (di Pasar Baru)
---> Kain Ela (kain buat baju kurung/baju melayu/blouse/jacket/seluar/skirt)
---> Kain Sutera Bandung
---> Kain Sulam
---> Kain Cotton / Viscose / Linen
---> Kain Langsir 

> Pakaian berjenama (di Factory Outlet)
---> Lacoste, Ralph Lauren, Zara, Burberry, Calvin Klein, you name it lah, semua ada.
---> Jeans Original (Levis, Lois, Dickies, Lee Cooper)

Nota : Pakaian berjenama di Bandung adalah ORIGINAL bukan fake/immitation. Ianya merupakan keluaran khas untuk Outlet, bukan untuk Butik. Kualitinya berbeza sedikit dengan butik, sebab tu harganya lebih murah. Ini adalah antara strategi perniagaan untuk menambah pelanggan yang mampu membeli barangan berjenama dengan harga yang lebih murah. Ada juga dijual pakaian dari butik yang OFF-SEASON, sebab tu lebih murah. jadi ianya sama sekali BUKAN FAKE/IMMITATION.

> Pakaian Solat , Haji dan Umrah
---> Telekung
---> Jubah
---> Tudung berpelapik dagu

> Pakaian Muslimah / Muslim
---> Jubah muslimah
---> Blouse muslimah
---> Skirt/Seluar/Palazzo
---> Tudung

Contoh 1 : Jeans Levis
Harga di Malaysia untuk jeans keluaran terbaru : RM 299.00 - RM 369.00
Harga di Bandung untuk jeans yang sama : RM 215.00 selepas diconvert

Itu yang dimaksudkan LEBIH MURAH dari Malaysia.
Tolonglah  jangan sangkakan untuk sehelai Jeans Levis Original Terbaru macam di atas korang boleh dapat harga RM 50.00. Tolonglah betulkan ekspektasi tu. Kalau nak Levis RM 50.00 beli saja yang Thailand/Siam mari.

Namun saya pernah beli Levis - Women Off Season,
bila convert duit Malaysia, tinggal RM 80.00.
Memang murah dan takkan dapat di Malaysia.

Contoh 2 : T-Shirt Ralph Lauren, Polo 
Harga di Butik Malaysia : RM 250 - 350 sehelai
Harga di Butik RL Bandung RM : RM 160 (new collection) / RM 80 (off-season)
Harga di Factory Outlet Bandung : RM 50.00 (off-season)

Itu yang dikatakan LEBIH MURAH ya.
Bukan T-shirt Polo dapat RM 10.00.
Itu sila beli kat Malaysia, takyah pergi jauh-jauh.

Contoh 3 : Telekung Cotton Paris 
Harga di Malaysia : RM 160 - RM 180
Harga di Pasar Baru Bandung : RM 60 - RM 80 ikut gred
Telekung indonesia yang harga RM 30-RM40 sepasang pun dah cantik gila kot. 

Macamtu kekdahnya ya.

Toko 3 : Kedai jual jeans original. Ada servis potong-original utk jeans, Bayaran hanya Rp10,000 sahaja (RM3) sehelai


Salah satu FO di Jalan Dago (Rasanya Episode), siap ada kolam, taman bagai dalam FO. FO2 di bandung kebanyakkannya konsep dalam taman macam ni. sangat best.

d) Gambaran Harga Hotel di Bandung 

Ada banyaaak pilihan hotel. Pilihlah ikut budjet masing-masing.
Tapi kalau ditanya saya, takda gunanya pilih hotel mahal2.
Korang hanya akan guna untuk tidur. serius.
Rugi pergi Bandung kalau memerap kat bilik.

Pertama kali ke Bandung :
Hotel Cemerlang, Jln Pasir Kaliki, Kos RM 110/semalam (bilik berdua)

Kali ke-2, ke-3, dan ke-4 :
Rumah Ebo, Jalan Dago (Jln Ir Juanda), Kos RM 100/semalam (bilik berdua)

Antara area pilihan untuk menginap di Bandung adalah :-
- Jalan Dago (Ir Juanda) : sebab walking distance dengan deretan FO
- Jalan Riau : walking distance jugak dengan deretan FO

Korang pilihlah lokasi yang strategik, dengan harga yang berbaloi.
Percayalah korang hanya akan duduk bilik dari pukul 10 malam hingga 8 pagi sahaja. 


e) Gambaran Harga Transport di Bandung

Nak jimat naik Angkutan. Angkutan ni adalah Van yang dah dimodified untuk dijadikan macam teksi. Kosnya Rupiah 2,000 (RM 0.60) sekali naik untuk sekitar pekan bandung. Gila murah.

Tapi kami tak pernah naik, sebab kurang sesuai dengan ahli rombongan kami ada yang bawak baby, kanak-kanak & mak ayah. Jadi memang kami tak pernah naik. Kebiasaannya kami akan sewa van dan pemandunya sekali. Kos lebih kurang di bawah :

Avanza / Suzuki APV 6 seater : RM 130 - 150 / sehari
Isuzu Elf 11 seater : RM 200.00 / sehari
Bahagilah sama rata berapa orang yang ada.

Tak semestinya hari-hari korang kena sewa transport. Sebab tu kena pilih lokasi hotel yang betul. :)

f) Gambaran Harga/Kos Makan di Bandung 

Kalau korang berani makan street food iaitu makanan yang dijual oleh penjaja gerai tepi jalan, memang adalah sangat-sangat murah. Semangkuk Bakso sekitar harga Rupiah 5,000 sahaja, iaitu kiranya RM 1.70. TAPI, cuba fikir. Dalam pada nak berjimat bab makan, kalau kena sakit perut sebab tak biasa dengan makanan mereka, kita tergolek dalam bilik hotel sebab berulang ke tandas, tak ke spoilt agenda shopping korang?

Makanan adalah syurga juga di Bandung. Beranikan masuk restoren-restoren ekslusif di Bandung. Harganya kita masih mampu bayar lagi. Percayalah. Makanan mewah gila, restoren ambiance sangat-sangat cantik, relaxing, layanan tip top, makan tepi air terjun, ada pondok privacy untuk setiap keluarga, sedap dan portion besar.  Kitaorang budjet makan RM 30 - RM 40 sehari untuk seorang (untuk lunch, dinner, jajan2, minum petang).
Supper di Restoren Cabe Rawit. Roti Bakar Choc-Keju & Lychee Elixir

Salah satu menu di Cabe Rwawit : Nasi Goreng Special . Sedapppp.

Nasi Uduk Komplit . Salah satu menu di Cabe Rawit jugak.


2) Aturcara di Bandung 

Susun tentatif program sendiri. Kalau boleh saya kongsikan tentatif lawatan kami ke Bandung pada 20 Nov hingga 25 Nov 2013 yang lepas.

20 Nov (Rabu) :
Bertolak dari Ipoh (chartered van persiaran, kami berlapan), flight AA rescheduled ke pukul 9:50 am, alhamdulillah tak delayed. Sampai Bandung 10:50 pm local time. Dijemput oleh Pak Kirman (Supir dari Rumah Ebo) terus ke Rumah Ebo, Jalan Dago (ambil masa lebih kurang 20 minit)

21 Nov (Khamis) : Tak ambil van sewa, jalan kaki semata-mata
Dah nama pergi sehelai lagi sepinggang. Selepas breakfast di Rumah Ebo, hari pertama harus ke Factory Outlet (FO) untuk membeli kain baju nak pakai esok hari dan seterusnya. Jadi kami jalan sepanjang Jalan Dago saja. Masa ni beberapa FO tengah renovate. Yang masih beroperasi seperti biasa ialah JetSet, Blossom, Donatello, Episode, Glow, Edward Forrer, Grande (re-locate), The Uptown, Nike Factory Outlet, Ralph Lauren Butik. Gila lenguh badan.
Lunch : Cabe Rawit
Dinner : Ngopi Doelu 

22 Nov (Jumaat) : Ambil kereta sewa Elf 12 seater
Awal pagi ke Tangkuban Perahu
Lunch di Kampung Daun : tak pernah terjadik. first time kena queue, waiting list lagi. pukul 3 petang baru setel makan.
Toko 3 untuk cari jeans. Dapat demi-curve, Straight cut, Rupiah 649,000.00 sehelai. Guys beli banyak jeans & Tshirt
Singgah ke Rumah Mode

23 Nov (Sabtu) : Ambil kereta sewa Elf 12 seater
Awal pagi bersemangat ke Pasar Baru.
Lunch - Food court pasar baru
Sampai kedai tutup (5:00 petang) baru kami keluar dari Pasar Baru)
Singgah di FO sekitar Jalan Riau
Dinner di Ngopi Doelu
Pengsan 

24 Nov (Ahad) : Ambil kereta sewa Elf 12 seater
Awal pagi ke Cibaduyut untuk beli barangan kulit (kami first time ke Cibaduyut)
Lunch di Simpang Raya
Singgah di FO sampai malam
Pengsan 

25 Nov (Isnin) :
Pagi sempat mengulang ke FO menghabiskan saki baki duit (haha)
Onthe way ke Airport singgah di Kartika Sari beli kek dan bagelen (nanti saya buat entry pasal ni)
Lunch siap di Cabe rawit
Sampai Airport awal gila, sekali flight delay ke pukul 6:20 pm local time
9:00 malam waktu malaysia.
naik van persiaran balik ipoh
sampai rumah - pengsan

3) Tips Shopping di Bandung 

a) Buat costing seolah2 macam korang nak bayar pada Travel Agent. (tak kiralah korang gi Bandung ke, atau tempat lain yang korang arrange sendiri). Maksud saya, korang asingkan mana duit makan, mana duit nak bayar hotel, mana duit transport, mana duit shopping, mana duit kawan2 kirim barang. Jangan main tukar je sejumlah wang ke local currency, lepas tu baru terhegeh hegeh cari money changer kat sana sebab rupanya duit Rupiah korang tak cukup. Sebab bayar hotel, bayar transport, duit makan, semua dalam rupiah ya. Shopping di Pasar Baru boleh pakai RM, tapi kita rugi kalau dari segi valuenya. Shopping di FO boleh pakai credit card, tapi bergantung pada rate bank tu nanti, sometime higher, sometime cheaper.

b) Buat costing untuk makan siap2. Asingkan duit tu. Kalau korang suami isteri, katakan sehari budjet RM 40 sekepala, so sehari budjet RM 80 untuk 2 orang makan. Korang duduk sana 4 hari, so kena ada RM 320 diasingkan untuk MAKAN SAHAJA. Ini untuk memastikan korang tak berkira-kira nak makan bila duit dah banyak habis untuk shopping tak hingat dunia. Shopping sampai berikat perut pun tidak menyihatkan jugak. Tambah lagi bila makanan kat sana best2 belaka. Buat kecur air liur saje. Serius.

c) Pasar Baru akan buka pada pukul 9:00 pagi dan tutup pukul 5:00 petang. Jadi breakfast awal2 kat hotel, kemudian geraklah ke Pasar Baru. Kalau korang gi dengan transport, supir korang boleh parking dengan senangnya dalam Pasar Baru. Korang pulak, agak2 barang penuh di tangan, pi lah hantar barang ke kereta sewa korang. Pasar Baru tu ada 7 tingkat. Baru pergi 1/4 dari setingkat pun tangan korang dah penuh kiri kanan. percayalahh.

Ada surau, toilet setiap floor dan food court. So agak2 suami korang dah muncung je tu, pujuk2 skit makan dan minum di food court. Or suruh dia baring dekat surau pun boleh :p

Nota : Biasanya orang akan pi Pasar Baru ni seharian (dari mula bukak sampai la tutup pukul 5 ptg) Jadi allocatelah sehari untuk ke Pasar Baru ni ya. Kalau gila datang, sehari pun tak cukup, mau repeat pulak keesokan harinya :p 

d) Keselamatan (Pencopet) : Penyangak memang ada di mana-mana, di negera kita sendiri pun tak kurang hebatnya. Jadi, dalam Pasar Baru nanti awasi beg tangan, sling beg, pouch bag, apa jugak jenis bag dan barang kemas korang, termasuk handphone, gadjet2 kat tangan anak tu, selalu2 diperhatikan. Pakai beg di hadapan bukan di sisi atau di belakang.

e) FO :  Waktu Operasi Hari Biasa (Isnin - Jumaat) adalah 10:00 pagi hingga 9:00 malam
             Waktu Operasi hari Minggu (Sabtu-Ahad) adalah 10:00 pagi hingga 10:00 malam
 
   FO banyak di sekitar : Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Setiabudhi, Jalan Pasir Kaliki 

f) Tawar menawar : Proses tawar menawar dengan peniaga mereka ni kita kena kering hati sikit. Kalau kata dah tawar tapi tak dapat, blah je lah. Banyak kedai lain lagi. Macam biasa tawar hingga 50%. Tapi kebanyakan kedai pun dah pandai, diorang takkan bagi kita tawar banyak sangat. Orang Malaysia kan mewah kaya raya, baik hati pulak tu. T__T. Make sure korang beli sesuatu tu harganya sepadan dengan kualiti yang diberikan.

Apa lagi eh. Rasanya point penting semua dah masuk dah.
Fabrik , pakaian, telekung yang disambar masih elok duduk dalam beg luggage.
Belum punggah pun lagi. Hadoih, malas.
Kalau dah punggah nanti, boleh saya snapkan gambar untuk panduan yer.
Tak janji, tapi saya cuba.

InsyaAllah entry ini akan ditambahbaik lagi nanti.

Salah sebuah kedai kain di pasar baru. Nama kedai "Famous".
Banyak pilihan & trend baru. Jumpa pulak dengan Fouziah Gouz: =) 
Pelanggan2 dijamu dengan Teh Botol (teh O botol) . So takda reason kaum2 lelaki ni nak merungut =P 
Bali Heaven Factory Outlet, salah satu FO yang wajib pergi. 
Dalam FO Bali Heaven. Pilih saja! 
Ni hasil shopping seharian. Kalau dua hari berapa banyak? kalau 5 hari 4 malam atau lebih, berapa kontena barang? =P 

Kalau ada info yang tertinggal, insyaAllah akan diupdate dari semasa ke semasa.

Dari saya yang tak puas ke Pasar Baru.
Mrs. Farizal
2 Disember 2013 


Monday, April 28, 2014

buku

Assalamualaikum. Lamanya tak menulis. 
Menulis tapi tak terpublish, sudahnya berjujuk draft entry. 
Malam ni sebelum lena, nak tulis pasal pesta buku antarabangsa. 

Jealous bila Pesta Buku selalunya bertempat di PWTC 
Jealous bila BiG Bad Wolf juga tempat berlangsungnya biasanya di KL. 
Saya di Ipohhhh!! Bukanlah terlalu jauh Ipoh ke KL, tapi yang merencatkan langkah adalah masa! 
Timing tak kena! 
Asyik beli buku di toko biasa saja, 
ataupun kalau malas sangat cuma mampu beli MPHonline dan Pustaka Darul Iman saja. 
Tapi feel nya lain dengan ke pesta bukuuu! 
Sangat lain. 

Yang sedang berlangsung ni pulak, di antara yang istimewa. 
Istimewanya sebab penulis yang saya amat kagumi sedang berkampung di sana. 
Pn. Raudzah Roslan! atau nama penanya Roza Roslan. 
Selain mempunyai sebahagian buku tulisan beliau, 
saya juga meminati tulisan suaminya iaitu Prof. Dr. Muhd. Kamil. 
Minat dan kagum. 
Sangat. 


Tengah berkira-kira menyusun ayat nak mengajak sang suami ke PWTC hujung minggu nanti. 
Mungkinkah dapat jumpa Roza Roslan, mungkinkah? 
Hehehehe. Doakan saya. 


Rumah semanis rumah

28 April 2014, 10:27 pm 

Thursday, April 3, 2014

t o l o n g !

Assalamualaikum. 

Serius pelik bila display Apple Store jadik macam ni. 
Tak tahu dah berapa lama jadik, sebab rasanya 2,3 minggu ni tak pakai MBP ni, dok pakai Dell lama jugak yang cepat dan pantas buat kerja-kerja. Apa hal display jadi pelik. Biasanya dalam App Store tak gini, elok je. :( dah try nak update, tak da masalah. cuma paparannya jadi gini :(( 





Please help !!
Huwaaaaa T_____T


3 April 2014
8:15 pm 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...