Social Icons

Saturday, June 8, 2013

Ingin terbang




tidak pernah habis
tidak akan

tidak pernah sedikit
tidak akan

benar
dada sesak otak ligat
fikiran kusut
langkah biasa jadi berkejaran
24 jam seakan tidak cukup
hujung minggu rela tiada
saat tuntutan kerja menebal

moga amanah yang digalas
moga apa yang dikerjakan
dari awal ke pengakhiran
diberkati, dilindungi, terpelihara
dikurniaan kejayaan
dan, diterima sebagai satu ibadah



tiara lake park
8 jun 2013

Tuesday, May 21, 2013

Kegilaan.


Kegilaan yang gila. 
Gila sebab tengok promosi dah di penghujung dan cuma berbaki lebih kurang seminggu!
Dan saya baru tahu! 

Semalam, tanggal 20 Mei baru saya terkedek. Itu pun mulanya sebab  tergerak di hati nak semak balance starbucks card secara online petang tadi. Huwaaa. Tapi still belum terlewat, masih sempat. 
Half-priced tuu! bukan itu saja, sempena ulangtahun ke-15 Starbucks Malaysia, ada promosi lagi.
Check this out ! 


Boleh nampak kan. 
Reload RM 150 dalam card, dapat tote bag 15th Anniverssary Starbucks yang bernilai RM 68. 
Gila tak menggelupur. 

Dan. 

Ada lagi si merah jambu ni. Dapat free coffee lagi. 


Dengan tak menyempatnyer balik kerja terus ke Starbucks Station 18. Tak dapat Happy Hour pun takpalah. 

Soalan pertama yang saya tanyakan kepada barista ialah "do you still have totebag for RM150 card reload". 

Bila baristas cakap "YES". 
Apa lagi! 
Serbuuu ! 

Hasilnya. 



Sila rujuk laman web rasmi Starbucks Malaysia untuk lebih info (www.starbucks.com.my) dan di sini pula untuk semak baki card dan redeem free gift yang best2 ( https://card.sbux.com.my/) 

Sejujurnya, jangan lepaskan kesempatan ini. Rugi! 

Yg merelakan diri ke Team Building, 
Mrs. Farizal 
Ipoh-Trolak Plus Highway South Bound 
21 Mei 2013. 


Tuesday, May 14, 2013

:: degupan :: lonjakan :: kekerdilan ::

Al-Haram. 13 April 2013. 3:30 pm 


























laju degupan persis seusai menamatkan pecutan di akhir garisan. 
laju lonjakan dalam diri tidak sabar untuk mendekati, menikmati. 
saat ini, aku masih belum suci. aku diuji. 
hanya mampu merenung. 
dari tempat terhampir yang dapat kurapati. 
ini pandangan pertama ku. 
terasa kerdilnya diri. 
amat amat terasa.  
remang bulu roma. 


Jabal Rahmah, 'Arafah 
degupan yang sama. sekali lagi. 
tiba di tempat yang istimewa. 
bertemunya Adam dan Hawa. 
harapan yang tersimpan,
kutitipkan dalam genangan. 
yang akhirnya jadi esakan. 


Baitullah, Al Haram. 
seusai suci. 
segera aku laksanakan apa yang wajib ke atas ku. 
saat itu, hanya yang maha kuasa tahu. 
betapa kerdilnya. betapa malunya. aku. 
serasa tidak layak berada pada tanah yang kupijak. 
malu semalu malunya. 

dalam malu itu, kulontarkan segala yang kusimpan. 
segala yang terbuku. 
segala yang selama ini terpendam dalam diam. 
semahu-mahunya. 
 tiada apa yang tertinggal. 

bebas aku dari ihram pada hari ke-4 di tanah haram. 
mengajar aku mendidik jiwa dari cuma dikuasai rasa. 

ke atas nikmat yang diberikan pinjam 
cukup dan terisi. tidak ada apa yang tiada. 
sempurna.  



tiara lake park 
14 mei 2013 
9:41 pm

berantakan



habuk tebal 3 inchi. 
sila sabarkan diri. 

Saturday, May 11, 2013

Bersatu Kita Teguh

N54 Hutan Melintang. P75 Bagan Datoh

muka first time mengundi. yg belakang tu lagilah kerek. ekekkee. 

jenuh import voter dari JB nih :p 

lengang gila. SKT Barathi @ 12pm

kami di saluran empat

bersatu kita teguh, kan !


Sunday, March 31, 2013

Saya tak percaya lampu kuning





kalau tak boleh baca, sila klik  gambar atas ya


Best jugak kalau pakai SK-II dah tak payah pakai foundation. hiks.

Agaknya pencari kata kunci di atas ni bermaksud, kesan positif apabila pakai SK-II, kulit muka jadi sihat, tona sekata, lingkaran gelap bawah mata hilang dan pori-pori mengecil, oleh itu tak perlu pakai foundation. 

Baik, mari kita pergi kepada asasnya dulu. Bila sebut foundation atau melayunya bedak asas, maksudnya tengah cakap pasal make-up lah kan. Jadi bila sebut make-up, make-up ada kategori kan : 

  • Basic make-up : lepas cuci muka, pakai toner, pakai moisturiser, pakai compact powder - lipstick 
  • Light make-up : cuci muka - toner - moisturiser - foundation - compact powder - lipstick 
  • Full make-up : cuci muka - toner - moisturiser - concealer - foundation - loose powder/compact powder - eye shadow - eye line - blusher - mascara/bulu mata pelesu (;p) - lips liner - lipstick 


Kalau ditanya saya, sepanjang 3 tahun lebih dengan produk penjagaan muka SK-II ni memang tipulah kalau tak pernah sentuh foundation langsung. Biasanya saya akan pakai foundation kalau rasanya nak make-up muka ni lebih sikit dari biasa (iaitu tahap light, sebab sampai tahap tu je yang tahu:p), dan untuk majlis yang memerlukan ke'sustain'an make-up yang lebih lama contoh kenduri, majlis makan malam. 

Kalau setakat pergi ofis, biasanya mmg basic make-up, calit sikit blusher kalau confident tona sekata, haha. tapi pergi ofis dengan tak pakai apa pun selalu je, haha. Bila santai/casual ke shopping mall atau travel pun biasanya mmg basic make-up saje. bukan taknak, tapi malas berengek (bahasa org perak). 

Kalau cakap pasal full make-up pulak, kali pertama muka ni di'full make-up' adalah masa kawen, kali kedua adalah masa jadi MC untuk majlis jabatan tahun 2008. Lepas tu tak pernah ok, tak pernah.  

Pakai foundation penting. Sebabnya, untuk menonjolkan effect (kesan) make-up tu perlukan permukaan asas (base) yang bertona sekata, dan boleh "pegang" unsur2 tersebut. Bayangkan kalau kita pakai blusher/eye shadow tapi tak pakai foundation atau setidak-tidaknya pakai compact powder yang 2 in 1 dengan foundation tu, pelik ke tak rasanya? 

Saya tak pandai pakai foundation. Pakai pun sekali sekala. Kalau ditanya saya, saya suka pilih foundation yang 1 tona lebih gelap  dari kulit saya yang tampuk manggis ni. Itu pun selalu tak confident, dah rata betul ke foundation setiap kali pakai, sebab takut bertompok tak rata. 

Erm, nak bagi tips pun, rasanya tak berani, cuma, satu je yang saya pegang sampai bila-bila. BILA PAKAI FOUNDATION, PASTIKAN KITA RATAKAN FOUNDATION TU SERATA-RATANYA BARU KE NEXT STEP. 

tu je prinsip saya.
prinsip ok, bukan tips. 

dan prinsip saya jugak, saya tak percaya LAMPU KUNING walaupun lampu dressing table saya warna kuning.  masa make-up, saya akan cari lampu putih seboleh-bolehnya. paling takada pun, saya duduk tepi tingkap, selak langsir, utk dapatkan cahaya matahari. 

haha. serius, tak tipu. 


debar dalam tidak sabar,
tiara lake park
31-03-13

Wednesday, March 27, 2013

makin dekat, makin berdebar

asyik terkesan. amat sensitif.
air mata menjadi sangat murah

kagum dengan seseorang
setia menjaga pasangannya, menderita lebih sedekad.

deritanya, susah senangnya sendiri
tidak nampak pada wajahnya
tidak nampak pada gerak tubuhnya
tindak tanduknya tak menggambarkan berat bahu yang dipikul
jauh sekali meminta simpati

hingga tidak saya duga
tidak dapat saya baca dari wajahnya yang sentiasa ceria

saya kagum
dan saya belajar banyak perkara.

semoga Allah menyembuhkan penyakit pasangannya.
dan terus memberkati keluarga itu.


makin dekat, makin berdebar.


27-03-2013 : 10.30pm


Monday, March 18, 2013

Kami berbeza. Tapi sama.

Terkesan.
Pertemuan singkat.
Empat mata.
Yang tidak pernah kenal.
Mulanya.
Atas dasar jual-beli.
Akhirnya bertukar.
Jadi sesi linangan air mata.

Kisah menantu yang menjaga ibu mertua hingga ke akhir hayat si ibu. Rela, pasrah setelah puas melihatkan ibu yang terlantar. Akhirnya akur kerana telah sampai masanya. Tidak sesaat tertangguh.

Kami berbeza.
Beza usia, beza generasi.
Beza agama, beza budaya.
Beza bangsa.

Yang sama cuma.
Kami pernah merasai kehilangan.
Kehilangan ibu yang tersayang.
Walau kisah kami berbeza.

Semoga Allah memcucuri rahmat pada arwah mama. Syurga saja tempatmu.

Mrs. Farizal
Tiara Lake Park
18-03-2013 : 20:50pm



Friday, March 8, 2013

Serba Salah


Malam ini terasa nak menconteng sesuatu di muka blog. Perihal jumaat, perempuan dan perasaan serba salah saya.

Waktu rehat tengahari tadi saya ke Ipoh Parade untuk beli keperluan asas yang berbulan duduk dalam wishlist tapi tak pergi beli. Ya, walaupun asas, tapi harini baru berkesempatan. Selesai membayar, rasa nak mengisi perut yang sememangnya lapar.

Lapar nasik pulak tu.
Tekak pulak, dahaga kopi.
Kedai jual kopi yang saya suka malangnya tiada jual nasik, dan kedai jual nasik yang saya nak makan tiada kopi yang diingini. Lalu saya pun bercadang pergi bungkus kopi dan makan saja di kedai jual nasik.

Semasa saya buat pesanan di kedai nasik cashier yang melayan hanya menjeling bungkusan kertas yang mengandungi kopi saya dan tertera nama kedai kopinya. Dia tidak kata apa2, cuma dua kali menanyakan saya "are you sure to order ala carte ma'am?" Namun tidak pula saya ditegah membawa minuman luar ke premis itu.

Tapi, saya rasa bersalah.
Dalam hati dah fikir nak jawab apa kalau tiba2 adik cashier sound
"Sorry ma'am but no outside food/drinks are allowed in our restaurant"

Sebaliknya, adik cashier cakap
"You must be a great coffee fan ma'am"
Dan dia senyum! Ikhlas nampaknya, bukan menyindir. Saya juga senyum!

Suasana di Marrybrown agak meriah dengan kunjungan kaum wanita yang meluangkan waktu rehat mereka seperti saya.

Kedengaran kakak2 di meja sebelah memperkatakan sesuatu tentang ketua mereka (telahan saya). Tapi, pedulikan mereka. Saya kan ada nasik & kopi kegemaran depan mata.

Alhamdulillah. Makan dgn tenang. Hirup kopi juga dengan perasaan berbunga sakura. Hihi.



Esok nak ikut rombongan meminang hoyehh!
Mrs. Farizal
Tiara Lake Park
08-03-2013 , 22:46pm



Thursday, February 28, 2013

buat kali ke-4

dimulakan di bukit merah pada 2010, 
2011 masih di tempat yang sama, 
2012 ke cameron highlands. 

tahun ini buat kali ke-4. 

nampaknya mulai tahun depan, penang akan jadi destinasi pilihan. 
mungkin akan makin mara ke hadapan. 






mak jemah 27 Feb 2013
:: day 1 at copthorne orchid

Sunday, February 24, 2013

suatu pernah



lemau di hujung minggu
melepas lelah setelah penat

tak rasa nak bangkit
mahu sepuas-puasnya

mahu waktu henti
mahu ikut rasa hati

tak perlu buka mata
cuma pejam
dan dengarkan alunan





2:24 pm, 24.02.2013
tiara lake park

Thursday, February 21, 2013

Saturday, February 9, 2013

Hujung minggu


setiap hari yang dipinjam amat rugi dibiarkan berlalu tanpa erti.
tanpa isi
tanpa ingin
tanpa cuba
tanpa apa

amat rugi
sekiranya kita masih sama


setiap hela nafas
setiap detak di hati
setiap runtun jiwa
setiap kelumit rasa
amat dekat dengan pencipta


tak perlu panjang bicara
tak perlu penjelasan bermuka
tak perlu canang segala

yang perlu cuma, bertindak.
berdikit tidak apa,
buat, dan terus usaha.



"lalu lena malam saya dengan handphone masih di tangan, santak sedar laman sesawang masih di paparan, moga Allah berkati kamu, dalam langsung atau tidak, hingga buat aku terkesan"




tiara lake park
09.02.2013
4:09 pm

Friday, February 1, 2013

bukan sekadar pilihan, tapi pengakhiran

untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju, tentu saja ada banyak pilihan.

Jalan utama yang biasanya banyak lampu trafik dan sesak dengan kenderaan lain, risiko juga menjadi tinggi bila aliran trafik tinggi. sesekali ada pula sesuatu yang tak diingini berlaku depan mata, contohnya kemalangan.

Kita juga punya pilihan lain, iaitu jalan pintas. ikut jalan pintas boleh lencong sana lencong sini, mungkin kurang halangan trafik. Kurang juga risiko berlaku kesesakan & kemalangan.

Kalau ikut jalan yang utama, dah tentu yang dahulu, didahulukan, yang kemudian, perlu tunggu dengan sabar. Misalnya haluan arah jam pukul 3 jalan dulu, kemudian pukul 6, 9 dan 12. Begitulah aturannya.

Kadang kala, jalan pintas tidak diduga. Ada yang jaraknya lebih dekat, ada juga jaraknya lebih jauh dari sepatutnya. Ada yang selamat, ada yang sempit, ada yang sunyi.Adakalanya aliran trafik di jalan pintas tak kurang sesaknya.

Logiknya yang ikut jalan pintas akan sampai dahulu.
Tapi boleh jadi juga yang ikut jalan utama sampai lebih awal.

Pilihan jalan adalah pilihan kita, tapi kesudahannya tetap di tangan-Nya.
Berusahalah untuk mencari kesudahan yang lebih bermakna.






2:35 pm, 1 Februari 2013
Lorong Harimau, Ipoh


Thursday, January 31, 2013

sabar dan syukur




 






agar dilembutkan hati yang keras dan degil, 
moga dikurniakan sabar dan tidak putus mensyukuri. 


makin terasa diri semakin kerdil.

Tuesday, January 1, 2013

di mana2 dan bila2 masa




Selamat Tahun Baru 2013!

Amat terkesan dengan bingkisan ini...

"Bila kita mempunyai rasa meminjam, akan terbit rasa redha untuk melepaskan. Tapi bila kita punya rasa memiliki, akan timbul rasa tamak, rasa takut dan rasa tidak mahu melepaskan sesuatu yang kita rasa sepenuhnya milik kita. 

Segala-galanya yang kita ada hanya pinjaman. 
Tiada yang kekal milik kita. Semuanya milik ALLAH yang menguasai dunia dan akhirat. 

 Hakikat dan kenyataan itu memang telah sedia maklum. 
Penerimaan terhadap hakikat itu membuatkan hati yang berat menjadi ringan. 

Rasa redha dan berserah akan sangat2 dirasai. Dan, apabila kita belajar untuk mula redha, ketenangan sangat pasti akan datang menyusul :)

nukilan asal, HA
olahan, FS 

 
belum cuba belum tau ^__^

Terima kasih 2012 yang penuh kemanisan ! 
Mrs. Farizal 
010113
 


Monday, December 10, 2012

kalau audit 5S mesti fail :p


typical meja saya staff perempuan. tapi meja ofis yer, bukan meja kat lab.

Mrs. Farizal 
10-12-2012,  5:19 pm 

Monday, December 3, 2012

kembara kota singa - day 1

Bersiaran dari LT Sultan Azlan Shah Ipoh;) Beg dah check-in, tuan badan pun dah check-in,sekarang tunggu nak boarding. Regu kali ni bersama family Fiza & Kak Liza, semua 9 org termasuk 3 orang kanak2.

P/S : Uncle aunty ni senang hati volunteer nak jagakan sorang kanak2 ya mama,ummi, papa dan walid sekalian. Hehe.

Mrs. Farizal
Sultan Azlan Shah Airport
3-12-12 , 15:20 pm

Saturday, December 1, 2012

weekend marathon :: essence



ok, kita dah discuss pasal moisturiser kan. untuk siapa yang belum baca boleh klik sini : Weekend Marathon - Moisturiser . sebelum tu pulak saya buat satu entry khas jugak pasal festive set 2012, boleh klik sini : SK-II Festive Set

ok, jom sekarang kita bercerita pasal essence pulak. 
dalam bahasa melayu nya, essence = pati. 

SK-II ada Facial Treatment Essence (FTE) atau nickname nyer Miracle Water.  

saja nak letak gambar FTE Limited Edition yg terbaru ni, hehe :p 

SK-II jugak ada Beauty Essence yang terdiri daripada beberapa pati mengikut specialization masing2. Ada yang designated untuk Aura, pati untuk kedutan (wrinkle), serum, up-lifter (elak kekenduran/sagging), serum untuk pencerahan, dan pelembut. 


yg kiri adalah Whitening Source Derm Brightener - moituriser utk atasi masalah uneven skin tone
yg kanan adalah Whitening Spots Specialist - essence yg berfungsi untuk mencerahkan uneven skin tone/spot etc



Sorry sbb susun segala essence ni gini
Kiri Atas (kecil) : Cellumination Deep Surge Ex - freebies masa beli SK-II Festive Set 2012
Kiri Bawah (besar) : Facial Treatment Essence (FTE) , 215ml - beli masa tengah tahun 2012, masih ada lagi. Masa ni Limited Edition Rochas jugak, tapi Ltd Edition Rochas yg terbaru botol MERAH, lagii TANTEKK.
Kanan Atas : Facial Treatment Repair C, 30 ml / Serum : untuk atasi masalah kedutan. Saya tgh pakai yg ni skrg
Kanan Bawah : Facial Treatment Repair C / Serum jugak - freebies Festive Set 2012, belum bukak.


sorry gambar pakai henpon je

Komen tentang FTE / Miracle Water : 
- Dengan pemakaian rutin hanya 1x sehari saya boleh tahan  miracle water (215ml) ni utk sekurangnya2 8 bulan. Sesekali (bila rajin) saya pakai 2x sehari ( 1x pagi, 1x malam)
- Kulit muka jadi lebih anjal, lembab tapi tak sampai oily, kiranya balance lah. 
- Pori-pori (pores) mengecil dan less visible..! penting nih! 
- Saya direct apply gunakan tapak tangan, bukak cotton balls. 
- Everybody must try FTE ni! 

Komen tentang Whitening Spots Specialist : 
- Saya pakai bukan hari2, (jimat, sebab spots specialist ni sgt mahal, uhuks). saya pakai bila perlu saja (ie bila nak buat aktiviti outdoor, selepas aktiviti outdoor iaitu nak memulihkan sun-burn, bila jerawat dah kering yakni nak menghilangkan parut jerawat) 
- structurenya agak oily, tapi bila apply ke muka, cepat absorb 
- lepas pakai FTE, pakai Spots Specialist ni, then biar kejap, pakai Moisturiser, dan compact powder 
- saya notice bila pakai Spot Specialist ni, bila apply compact powder akan lebih berkilat muka, tapi bukan berkilat minyak tu, nampak moist yg balance. 
- parut jerawat memang sangat cepat hilang 
- masalah tona tak sekata saya jugak makin banyak improve! 

Komen tentang Facial Treatment Repair C / Serum C : 
-  Kadang2 saya pakai siang, kadang2 kalau rajin pakai malam sekali. 
- Fungsinya nak kurangkan garisan dan kedutan di muka, especially di lingkaran senyuman, lingkaran mata dan dahi. 
- saya notice garisan halus tepi mata memang sangat2 kurang sejak pakai Serum C ni. Jugak bantu cepatkan proses pemulihan kulit kalau kena sun-burn. 
- Serum ni jugak bantu untuk hilangkan parut dan memperbaharui kulit (genarate/renew cells) , so parut akan lebih cepat hilang dan kulit mati pun cepat diremove. 
- Bantu juga mengecilkan pores! Best! 
- Sangat puas hati! 


P/S : Kat bawah ni Festive Set 2012 yg saya pernah sebut dalam entry sebelum ni. 


new limited edition box utk Festive Set 2012 : tantekk! 


Isi perut Festive Set 2012 : Pitera Revival Set.
Freebies yang kenit Cellumination Deep Surge Ex yg terkeluar dari kotaktak termasuk dalam list Freebies.
Sales person tu baik hati bagi.:) 

ini pulak Moisturiser Stem Power, 80g yang saya pernah describe dalam entry sebelum ni.
Hijrah dari Skin Signature(SS) ke Stem Power(SP).
tapi belum mula pakai lagi, sbb SS ada lagi, hehe :) 

happy weekend y'ouls! 
mrs. farizal 
1 Dis 2012 
12:42 pm 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...