Social Icons

Saturday, March 3, 2012

Land below the wind :: Sabah

Assalamualaikum, salam hujung minggu. 

Lama rasanya tak menulis yang betul-betul menulis. Kebanyakan entry akhir-akhir ini adalah entry 'wordless', yang tak tahu hujung pangkal. buat pening orang baca ja tak faham apa benda. 

Entry kali ni, cerita pasal Trip Cuti Sekolah Hujung Tahun 2011. Ahli rombongan cik kiah ke negeri di bawah bayu ni terdiri dari 10 orang. hehe. best kan jalan ramai2 ni, meriah! :) 

Day 1 : Perjalanan dari Ipoh - LCCT menaiki Star Shuttle. Harga RM 42/seorang. Ambil masa 3 jam 30 minit, terus ke LCCT. Info mengenai Star Shuttle di sini ya (klik sini). Check in di Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu yang terletak lebih kurang 20 minit dari Kota Kinabalu Airport. Untuk info mengenai Promenade Hotel pula boleh refer di sini (klik sini ya) 


Family Room : pandangan dari sofa. 2 katil queen bed (duduk 2 orang saja), haha. Spacious kan? its worth it. 
 
Promenade Service Apartment, Family Room only RM 90.00 / night (ini ruang lepak & makan).
Kalau Standard Room only RM 50.00 / night (kelengkapan 2 single bed + kitchen)

Sesampainya di bumi KK, kami di ambil oleh Van 12 seater yang kami tempah awal. Sesiapa yang berminat boleh leave comment di bahagian bawah entry ni okeh, insyaAllah nanti saya beri nombor telefon orang tu. Untuk meronda2 kami sewa 2 biji kereta (persona + sentra),  RM 120.00 sehari. 

Belah malamnya kami cari makan di sekitar Pasar Filipino, setiap malam ada gerai2 makan kat situ. Believe me, memang heaven seafood kat sabah! 

lobster ni RM 200-250 seekor. Udang yang sederhana tu RM 20.00 seekor, yang paling kecik tu (hujung sekali) RM 10.00 untuk 3 ekor. 

sotong ni rasanya 1 cucuk (3 ekor kecil) ialah RM 10.00 

Chicken wing ni pun famous kat pasar ni, RM 1.50/wing

buah ni pulak RM 2.00 sahaja. 

ketam ni tak sure harga, kami tak ambil menu ketam, cuma tangkap gambar saja. 

lengan besar ka udang besar? heaven! 

ni pula kat area "basah", peniaga jual hasil laut walaupun dah malam. 

Day 2  : Berbekalkan GPS yang dibawa bersama, kami sekeluarga pun menuju ke Kinabalu Park yang terletak di daerah Tuaran, terima kasih PapaGo!. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam dengan cara pemanduan selamat, hehe. Sepanjang perjalanan ke Kinabalu Park kita akan lalu di beberapa pekan kecil seperti Telipok, Tamparuli dan Tuaran, serta Kundasang. 

Seeloknya nak ke mari biar awal pagi, kabus tak terlalu tebal. Tapi tengok jugak macamana cuaca, timing kami tak berapa nak baik, hari hujan, memang tak nampak puncak gunung dari dataran yang disediakan, huhu T__T 

hujan masih renyai. 

@carson fall. mesti sejuk airnya nihh!


Tanda pengenalan setiap pelawat yang ingin membuat pendakian
(walaupun hanya ke Checkpoint pertama iaitu Layang-layang). Sorang pakai satu! 



Track untuk pendakian. Untuk pendakian 750 meter, kami ambil masa 1 jam 10 minit (2 hala). huhu. 

Selepas selepas pendakian (haha, bunyi mcm daki sampai puncak je, padahal 750 meter pun dah semfuttt, tambah lagi daki dlm hujan), kami terus ke Pekan Kundasang untuk makan tengahari, dan teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring (Kolam Air Panas) yang terletak di Kundasang. 

Bagi pelawat yang telah bayar yuran kemasukan di Kinabalu Park masuk sini tak perlu bayar dah, cuma perlu tunjukkan tiket tadi.  


Ini pula kolam air panas terbuka. Setiap kolam ada paip air panas & air biasa, jadi harus pandai2 sendiri nak adjust kepanasan di tahap keselesaan masing-masing. 

Masa saya ke sini tahun 2006, masih ada jambatan gantung, tapi nampaknya dah digantikan dengan jambatan konkrit.
Mungkin atas sebab2 keselamatan juga :) 


Ini pula tempat rendaman air panas, kalau anda perasan, ada 3 kolam, berbeza tahap kepanasan air tu:)

Rock Pool ni tempat budak, mak budak dan bapak budak mandi, airnya air biasa, bukan air panas 

Balik dari Hot Spring dah pun menjelang malam, nak tengok Rafflesia pun tak dapat sebab dah gelap. Tak jauh dari kawasan Hot Spring ni ada kawasan Rafflesia tapi hampa T__T. Bergambar di Jambatan Tamparuli pun tak sempat sebab dah malam jugakk. 



Day 3 :  Awal pagi kami ke Pasar Filipino untuk shopping mutiara Trip1 (shopping mutiara ada banyak trip sebab hotel dekat dengan Pasar Filipino:p). Selepas tu, kami habiskan masa di Lok Kawi Wildlife Park yang terletak menuju ke daerah Penampang. 

lain-lain binatang mungkin sama di mana2 wildlife park, 
cuma Proboscis Monkey  saja yang special,  hanya ada di Borneo!  (Credit gambar : Abg Arman)

Entrance Lok Kawi Wildlife Park. Tak ingat berapa fee nya, tak silap RM 16 untuk dewasa.  (Credit gambar : Abg Arman)
Selesai di Lok Kawi Wildlife Park, kami ke Monsopiad Cultural Village yang berdekatan. Apalah ertinya ke negeri di bawah bayu ni kalau tak berkesempatan melihat tradisi masyarakat di sana dengan lebih dekat, ye tak?:) 

Complimentary Drinks :: Tenom Coffee & Tea.
Enak sekali!


Ini pula House of Skulls, yang menempatkan tengkorak2 zaman purba, ada sejarahnya. Saya tak berapa ambil port, sebab tak minat benda2 mistik tak tentu hala ni :) 

Kaunter Masuk ke Monsopiad Cultural Village.
Entrance Fee : Dewasa (RM 55.00), Kanak-kanak (Percuma), Waga Emas (RM 25.00)
Sangat2 berbaloi!



Jambatan Gantung (frust tak dapat naik Jambatan Tamparuli kan;p) 

percubaan makan ulat sagu

percubaan main permainan tradisional sabah



kenangan dengan penari 

tarian buluh

sumazau 



Day 4 : Island Hopping merupakan aktiviti yang pada mulanya tak menjadi keutamaan kami di sana, tapi nak dijadikan rezeki, biras saya (cikgu arman) & pakngah ada peluang berborak dengan salah seorang agen Island Hopping sewaktu menunggu kaum2 ibu shopping di Pasar Filipino. 

Kami pun ambil keputusan untuk sewa satu speed boat. Tak salah saya untuk Pakej Island Hopping ke 2 pulau (Manukan & Sapi), mereka kenakan RM 30 seorang tak termasuk sewa alatan snorkeling. 



Pengalaman dilambung ombak yang bestt! (en.rizal kata saya confirm fail kalau nak kerja offshore:p)





Kami tiba ke darat semula lebih kurang pukul 5 petang. Puas hati. Seronok. Air jernih, walau tak pakai kelengkapan snorkeling pun boleh nampak dengan mata kasar ikan berenang-renang mengelilingi kita. Indah sungguh ciptaan Allah.  


Day 5 : Harini kami mengunjungi Pasar Ikan Masin untuk buah tangan dan stok ikan masin setahun, hehehe. Tak sah kalau tak singgah kan;) Kami juga  habiskan masa tawaf Pasar Filipino kesekian kalinya. Belah malam pula kami ke 1Borneo Hypermall yang terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Sarawak. 

Day 6 : Kami bersiap pulang dan selamat tiba di LCCT pada pukul 3:30 petang. 



Rekomendasi : 

  • Menginap di Promenade Service Apartment adalah advantage sebab baaanyak kedai di bawah apartment, restoren makan yang baaanyak dan sedaappp. Selain itu, mudah sebab walking distance ke Pasar Filipino, Plaza Central, Plaza Warisan dan macam2 kedai lagi. Worth money. Highly recommended. 
  • Pendapat saya, tak payah pakai tourist guide, sebab insyaAllah kita boleh manage sendiri tempat yang nak dilawati. TAPI, kena banyak homework BANYAK jugaklah:) 
  • Makanan tak perlu risau, di KK sendiri baaanyak pilihan restoren makan. Cuma pastikan restoren tu halal. Restoren seafood baaanyak, tapi banyak restoren cina, tu sebab kami makan seafood di gerai saja, boleh tahu orang islam tak islamnya. 
  • Kalau nak ke Poring Hot Spring, pergilah awal pagi, sebab ada baaanyak lagi aktiviti menarik kat dalam tu (not just mandi air panas). Dan lepas tu, boleh ke Rafflesia Centre untuk tengok sendiri rafflesia - kena masuk hutan, rafflesia hidup meliar. 
  • Tawar menawar di Pasar Filipino, tawarlah habis-habisan. Kalau barang2 perempuan seperti brooch, rantai tangan, rantai leher mutiara adalah amat-amat berbaloi ambil baanyak sekaligus. Kalau brooch tu ambillah sekali satu papan, kemudian pandai2 lah bahagi2 kan :) 
  • Ambillah peluang daki Gunung Kinabalu walaupun kilometer yang pertama saja (1st 1 km) macam kami. Puas hati! 




Tiara Lake Park 
03-03-2012 
6:02 pm 

Tuesday, February 28, 2012

Hari murah rezeki

Hari murah rezeki.
Pakai pulak kebaya ketat.
Terus jadi sendat.

Tghari rezeki dibelanja oleh 2nd boss di swimming club. bukan saya seorang tapi dgn ahli komiti kami yang lain, berenam semuanya.

Belah petang masuk2 bilik tgk ada sebungkus nasi kerabu, pemberian Kak Ku. Tq akak!

Tak berapa lama pintu bilik pulak diketuk, En Ali masuk dan bawa bungkusan bihun goreng & kuih jamuan AGM Pers. Kebajikan Islam VRI (PKI). Patut saya masuk AGM sekali tapi ada pulak urusan kerja lain pulak.

Terima kasih daun keladi
Kenyang perut suka hati.


Kenyang mkn tengahari pun masih berbaki,
Mrs. Farizal
Home sweet home
28-02-2012 :: 7:43pm

Monday, February 27, 2012

IC lama IC baru



Sejarah Kad Pengenalan Saya.

IC pertama saya peroleh sebaik umur genap 12 tahun pada 29-10-1994. 

Arwah mama saya bawakkan ke Pej Pendaftaran Teluk Intan, taktahu sekarang ada lagi atau tidak. Nak jadi cerita, masa menuntut pada tahun 2 di UKM, IC saya dicopet, maka tiada lagi IC muka umur 12 tahun saya. Kisah copetnya begini... 

Satu weekend yang damai (hehe:p), kelihatan 3 sekawan terkedek2 menuju ke Stesen Komuter UKM. Hajat di hati nak ke Sogo membeli barang-barang keperluan (punyalah jauh kan), maklumlah baru dapat duit PTPTN. Jam dah menghampiri zohor, perut kosong masih belum terisi. Kugagahi demi Sogo, hehe:P 

Sampai di Sogo, sempat withdrawkan sejumlah duit untuk aktiviti joli. Tengok jam waktu pun dah masuk, lalu 3 sekawan pun ke Surau Sogo untuk menunaikan fardhu. Selesai sembahyang saya perasan purse saya tiada dalam sling bag. (sebenarnya sling bag tu saya letak dengan selamba kat tepi dinding & tidakk berZIP, maka ia terlopong). 

Saya mula cuak dan bagitahu Semah & Aida. Confirm. 
Confirm kena kebas.

Seorang kakak baik hati tiba2 menghampiri 3 sekawan yang tengah gelabah. Terus bagitahu kami supaya tak payah cari lagi, mesti dah hilang entah ke mana. Dia juga terus bawak kami bertiga keluar dari Surau. 

Lalu tiada ikhtiar lain melainkan buat report ke Balai Polis terdekat (Balai Polis Dang Wangi). Hilang dalam surau tuu. Hangat hati. Hangat lagi bila tahu tak boleh shopping. RM300 untuk seorang student yang hanya dapat pinjaman separuh pada masa tu amat besar ertinya pada saya. 
Wuuu wuuuu T__T (sedih tak tahu nak kata, lepas tu kena marah pulak dengan arwah mama saya)

Selesai buat laporan polis, kami terus balik ke UKM. Dalam perjalan balik pulak, hati dah redha dengan ketentuan Ilahi (:p) tapi, perut yang kosong tadi semakin berkecamuk. Migraine pun datang bila dah lewat makan.  

Lalu, apa lagi, dalam train je terkeluar semua isi perut. Hanya sempat tadah dengan kertas surat khabar. Berbau satu tren, yang tutup mulut tak usah nak kira lah. Sudah jatuh ditimpa buah nangka. 

Dengan itu terhasillah IC baru saya ni. 

Masa ni spek pun frameless, muka baik kan, hahahaa. guling2... :P 

Masa kejadian ni saya tahun 2 di UKM, tahun 2002, umur 20 tahun. 10 tahun dan berlalu rupanya! 

Wahai IC tahun 2002, dah 10 tahun juga usia kau. tak lama lagi tuan punya nak upgrade lagi ke IC baru. Nampaknya wajah umur menjangkau 30 tahun pulak kali ni. Oh oH tidakk! 

p/s : sambung cerita, bila balik kolej kediaman di ukm baru saya terfikir, entah2 kakak yang konon-baik-hati tadi tu yang lesapkan purse saya. dia pakai baju kurung besarrr sangat, padahal orangnya kuruss. 


yang benar, 
mrs. farizal 
tiara lake park
27-02-2012 
10:17pm 


Degil itu keras, keras itu batu



Degil itu keras. 

Degil itu salah satu fitrah manusia. 
Keras pula fitrah batu. 
Manusia yang degil = manusia batu? 

Orang yang degil adalah orang yang mempunyai daya untuk mengharungi apa juga rintangan untuk mengecapi impian yang diinginkan.  

Sumber Gambar : Klik Sini 

Oleh itu, 
Orang yang degil juga tidak takut untuk jatuh, 
tidak takut untuk disakiti, tidak akan timbul sesal. 

Orang yang degil punya azam yang jitu. 
Orang yang degil juga tegar, bersedia dengan segala kemungkinan. 

Lalu orang degil, telah kau dapat apa kau mahu?  



tak sah kalau tak meroyan dalam sehari, 

Very Romantic Institute (VRI)
Tiger Lane, 
27-02-2012 :: 5:27 pm 

wordless #9



Api bila kecil kau kawan 
Bila besar kau jadi lawan 


Resam ia panas, 
Menyala menerangi 
Meluap luap membakari 


Berhati-hati 
Ingat padahnya nanti 
Salah langkah 
Kelak merana diri 


p/s : darah muda, api membara 




Happy working guys! 
 
Veterinary Research Institute 
27-02-2012 
1:59pm 

Tuesday, February 21, 2012

Sunday, February 19, 2012

Buah nam nam

Pernah dengar buah nam nam?


Tepi rumah atok saya ada pokok nam nam. 
Buahnya tak cantik pun. Kedut kerekot. 
Masam. Itu yg buat kecur air liur. Hihi.


Cicah kicap gula dan cili api.
Heaven.




Saya budak kampung,
Mrs Farizal
Tiara Lake Park
19 Feb 2012
13:51 PM


By Blogger for Iphone


Jujur Aku Dayus :: Apa kata saya



Tak cliche. 

Itu yg terdetik di hati saya sejurus lepas scene klimaks flashback menunjukkan 'kecurangan' Lisa seperti dakwaan Edree. Nyata itu yang menjadi punca konflik yang tercetus.


Sinopsis garapan saya ;

Lama rajuk dipendam oleh Edree. 
Pedih hancur luluh melihatkan isteri yang dirindui ditiduri lelaki lain. Kecewa tak siapa yang tahu. Sayang pula teramat mendalam. 

Sejurus sedar dari koma, diasingkan tempat tidurnya dengan isteri. Tanda sebuah teguran buat isteri yang didakwanya curang, yang difikirnya nusyuz. Ya, itu mmg salah satu caranya. Cara islam menangani isteri nusyuz.

Lalu, Edree mendakwa dirinya sendiri pengecut yakni dayus setelah tidak mampu melafazkan cerai setelah sekian lama disakiti oleh Isteri yang amat dicintai. Hingga satu masa dia sedar cintanya kepada Allah mengatasi segalanya. Lalu tertalaklah Lisa dengan 1 talak.

Namun, Hikmah yakni bijaksana Edree telah menemukan mereka berdua kembali. Tempat mengadu hanya pada Yang Esa setelah perkara sebenar diperjelasi. Lalu, saling memaafi. Saling sayang menyayangi. Kasih bertaut kembali.



Lesson learnt
Bijaksana yakni hikmah itu kunci keutuhan kasih sayang dalam rumahtangga. 


Apa kata saya
Lakonan Beto Kusyairy dan Nora Danish amat terkesan di hati saya. Jalan cerita yang suspen dan menarik membuat penonton tertanya-tanya permasalahan yang dilalui mereka. Banyak makna tersirat yang diperolehi bila diamati dengan teliti. Terdapat unsur2 islamik yang tersirat (mungkin orang yang tidak teliti tak perasan). Ya, maksud saya tersirat, walaupun yang dipaparkan di screen adalah watak Edree yang gila-gila namun teguh dengan prinsipnya, scene anak beranak masuk-keluar masjid, menangis mengadu pada Allah di sejadah, isteri yang berubah sepenuhnya menutup aurat. Ia tetap menggambarkan maksud yang dalam. 


Perkembangan watak Lisa yang baik, dari seorang gadis yang 'liar', beliau berusaha menjadi isteri solehah, taat dengan perintah Allah dan suami. Anak yang taat kepada ayahnya. Walaupun melakukan kesilapan (keluar berduaan dengan bekas kekasih). 


Perkembangan watak Edree yang sangat mendadak, dari seorang yang gila-gila, selamba dan muka tembok kepada seorang suami yang "kering hati" atau dilabel "dayus". Tidak menghiraukan isteri, mengasingkan tempat tidur, walau sebenarnya jauh di hati hanya tuhan yang tahu. Sangat respek dengan kekuatan emosi dalaman dan ekspresi yang dilakonkan oleh Beto terpancar dari air muka, riak wajah, genangan air mata (apatah lagi air mata yang jatuh) dari satu scene ke satu scene. Air mata siapa yang mampu bertahan. 


Watak Aisyah (Irma Hasmie) yang tidak bersalah. Secara peribadinya, saya rasa amat marah dengan karakter Aisyah kerana tidak menerangkan status sebenar beliau kepada Lisa pada peringkat awal. Memang Aisyah telah berkawan baik dengan Edree, malah pernah menjadi tunangannya, tapi untuk kebaikan rumahtangga Edree beliau seharusnya lebih bijak menangani situasi genting tersebut (bila Lisa menyerang). Tapi, yaaa, nama pun cerita kan, mesti suspend. hehe. 


Kesimpulan : 
Olahan cerita yang terbaik setakat ini, sangat terkesan di hati. Kawalan emosi dalaman dan permainan ekspresi yang bukan calang-calang oleh semua pelakon. Bagi saya, kalau hendak diberikan rating, saya beri 4.5/5.0. 




"Syurga Isteri di atas Redha Suami"

Yang masih berendam air mata:P
Mrs Farizal
Tiara Lake Park
19 Feb 2012
01:22 am

Harap kamu baik2 aja Nadia

Siang tadi hujan lebat, kami kat area Fair Park hajat nak cari barang rumah. Tak semena2 seorang student perempuan terjatuh motor betul2 belakang kereta kami. Kami baru parking dan terus bantu dia. Lutut luka, kaki dan tapak tangan jugak.

Bawak dia ke tepi, waktu tu dia dah pucat tapi masih sempat telefon member. Rupanya student medical college. Dia cakap pada saya dlm keadaan mamai "kak,saya tak nampak apa2"

Terus kami papah nak bawak ke kereta dan hantar ke hospital. Nak jadi cerita dalam pada tu ada sebuah Van Hospital Teluk Intan tetiba park selang beberapa buah lot dari kami, saya pun teriak minta dia tolong. Adik perempuan ni dah lembik pucat lesi & pitam.

Saya ikut van (ya, mmg van hospital,bkn ambulan pun) hantar adik tu ke GH Ipoh dan temankan dia di emergency hingga kawan2 dia sampai. Alhamdulillah Dr kata tak perlu masuk ward. En rizal pulak tadi uruskan motornya bawa parking ke tempat lebih selamat.

Harap kamu baik2 aja Wan Nadia. Huhu, lupa pulak nak tukar2 no telefon:((

Mrs Farizal
Tiara Lake Park
00:58 am
19 Feb 2012

Wednesday, February 8, 2012

wordless #7 - wordless wednesday

cuti dan sangat bahagia. 

lamb chop adhoc untuk very late lunch kami nyata tidak mengecewakan. sengih sampai telinga. bila hari dah lewat, maka en. suami tak rasa nak makan nasi (lagipun pagi dah pekena nasi kerabu. oh bahagia pagiku).

yang ada dalam freezer pun hanya 2 keping lamb shoulder saja. yg lain2 cuma ikan cencaru skit, ada ayam sikit, ada sotong sikit. kelmarin pergi cameron, sayur yang 13 jenis RM10 tu, dah la beli sampai RM20 baru luak sikit, masih banyak berbaki. 

maka keputusan membuat lamb chop adalah keputusan paling tepat lewat tengahari tadi. sayur-sayuran pulak ada yang saya salai/panggang atas api, ada yang saya rebus bodoh saja. buat teman lamb yang terkonting2 atas pinggan. bila sikit tu lah yg sedap sangat, suami isteri sejoli makan sampai licin pinggan boleh buat iklan axion :P

kadang2 malas nak plan beriya masak itu ini, 
sbb yang tak plan tu lebih menjadik. 

oklah, mcm takde motip sgt. cerita kronologi masak, mmg takda motip. mmg takda isi mahupun idea bernas. ahhh..! 

(sbnrnya hati tersentap bila tgk last entry rupanya dah 4 hari berlalu, lalu terus bukak blogger dan tulis apa saja:P)





Tiara Lake Park 
08-02-2012 
4:58pm 

Saturday, February 4, 2012

Friday, February 3, 2012

asing

harini 
satu dunia baru. 
satu ilmu baru. 
satu aliran baru. 
satu semangat baru. 
yang mungkin merubah 
kalau pun bukan segalanya
mungkin sebahagiannya 


yang mungkin terpendam 
yang mungkin tersimpan 
kini mungkin tidak lagi asing 




love love night night 

tiara lake park 
03-02-2012 
00:03 pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...