Mungkin peranan gajah menyusur masa cuaca petang angin sepoi-sepoi bahasa tidak berapa signifikan. Tapi di kala mentari tegak di kepala mahupun hujan turun mencurah takda tanda nak berhenti, peranannya jelas amat relevan.
Macam sekarang, kami serba taklena duduk sementara tunggu pak shuhay & ummi yg menemankan ciknani dalam dewan UTHM keluar. Ke pesta konvo sudah, tgk kereta drift sudah, solat sudah, makan cendol sudah, tawaf uthm berkali2 pusingan juga sudah.
Kawasan UTHM boleh dikatakan baru, masih pesat dengan pembangunan yg pelbagai design. Bangunan canselori, stadium, masjid, fakulti, tadika, perpustakaan semuanya serba baru. Untung mahasiswa & pensyarah. Ada keje kosong tak?
Dah kata kawasan baru maka haruslah pokok2 pun baru di tahap remaja, belum akil baligh sbb belum mampu beri keteduhan yang maksimum. Ada kawasan yg masih belum penuh rumput, jadi digantikan dgn lopak2 air tambah lagi musim2 hujan ni.
Dalam kepesatan pembangunan kampus ni, takda pun nampaknya ke arah pembinaan gajah menyusur di setiap ceruk kawasan, tak kira di fakulti, pentadbiran, mahupun hostel. Jadi agak sukar nak menapak dari satu tempat ke tempat lain dalam cuaca yg kurang mengizinkan begini.
Mungkin di sini saya nak usulkan pembinaan gajah menyusur dalam kampus UTHM untuk memudahkan mahasiswa, pensyarah, dan tetamu2 yg mungkin ramai bermusim. Anggota Palapes/ROTU mungkin tak berapa hairan sebab lebih dari hujan panas mereka sanggup redah.
P/S : siapa taktahu apa itu gajah menyusur, sila google sendiri. Biar baru nak tahu sekarang dari taktahu langsung.
saya rindu Uni saya!
Mrs. Farizal
UTHM Kampus Utama Parit Raja
4 November 2012, 5:45 pm
Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts
Sunday, November 4, 2012
Monday, June 18, 2012
memberi dan menerima
ok, janji. entry 10 minit saja.
cemana nak mulakan yer.
memberi ni bukan tunggu disuruh atau dipaksa.
memberi ni datangnya sendiri. bila hati terdetik, tersentuh, lalu terbuka.
hendak jadi yang memberi tak perlu tunggu hingga kaya raya (pemberian material)
kerana banyak atau sikit yang diberi bukan ukurannya
yang penting ikhlasnya
menerima ni bukan disangka-sangka.
kadang2 tak terduga.
tidak juga meminta-minta.
yang menerima tak perlu menjaja
yang menerima tak perlu mengemis
yang menerima bukan sekali-kali hina.
selagi ada daya, ada usaha.
selagi ada yang prihatin. yang patut menerima pasti tidak akan terpinggir.
sayangnya. ada saja yang tak kena. baik yang memberi atau menerima.
yang memberi asyik nak bercerita
yang menerima merungut di belakang
yang tidak buat apa-apa pun (bkn memberi, bkn menerima) marah situ marah sini.
kalau tak hendak memberi dan tidak layak menerima, duduk diam sahaja.
kalau tak nak beri, orang pun tak minta, orang pun tak kata apa.
tapi janganlah yang memberi pula disalah erti, yang menerima dutuduh yang ntah apa-apa.
tak mampu sumbang bentuk material, sumbangkanlah doa.
P/S : haishh, sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsikan pasal memberi dan menerima ni. InsyaAllah ada kesempatan, lain hari tulis lagi.

tiara lake park
18-06-2012
11:36 pm
cemana nak mulakan yer.
memberi ni bukan tunggu disuruh atau dipaksa.
memberi ni datangnya sendiri. bila hati terdetik, tersentuh, lalu terbuka.
hendak jadi yang memberi tak perlu tunggu hingga kaya raya (pemberian material)
kerana banyak atau sikit yang diberi bukan ukurannya
yang penting ikhlasnya
menerima ni bukan disangka-sangka.
kadang2 tak terduga.
tidak juga meminta-minta.
yang menerima tak perlu menjaja
yang menerima tak perlu mengemis
yang menerima bukan sekali-kali hina.
selagi ada daya, ada usaha.
selagi ada yang prihatin. yang patut menerima pasti tidak akan terpinggir.
sayangnya. ada saja yang tak kena. baik yang memberi atau menerima.
yang memberi asyik nak bercerita
yang menerima merungut di belakang
yang tidak buat apa-apa pun (bkn memberi, bkn menerima) marah situ marah sini.
kalau tak hendak memberi dan tidak layak menerima, duduk diam sahaja.
kalau tak nak beri, orang pun tak minta, orang pun tak kata apa.
tapi janganlah yang memberi pula disalah erti, yang menerima dutuduh yang ntah apa-apa.
tak mampu sumbang bentuk material, sumbangkanlah doa.
tiara lake park
18-06-2012
11:36 pm
Sunday, April 22, 2012
RIP = really inspiring people
Sehari dua ni asyik mendengar berita tak sahih. berita orang meninggal dunia dan bunuh diri.
Berita meninggal dunia, rasanya semua orang pun dah tahu, siap masuk Melodi, Propaganza, berita mutakhir dan berita utama (sebbaik berita dunia tak masuk) - adalah berita palsu mengenai pemergian Saudara Bob Kuman yang memang tengah dalam kesakitan. Dari buat berita palsu, lebih baiklah kita doakan kesihatan beliau beransur pulih, kalau mampu, silalah bantu. Kalau tak mampu pun, berdoalah, bukan kena bayar pun. Kalau taknak jugak, atau sibuk yang amat, tak payah lah nak mencetuskan berita yang tak sahih, duduk diam-diam.
Bagi yang sudi : Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
Bagi yang sudi : Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
![]() |
| Sumber : Beautifulnara |
Berita kematian seorang pelajar perempuan UPSI Semester 4 pula dikatakan bermotifkan "membunuh diri" pun menjadi hangat sejak tengah malam tadi. Beliau dikatakan jatuh dari tingkat 4 bangunan E-Learning universiti tersebut. Siasatan masih berjalan dan motif masih belum jelas, tapi bermacam spekulasi dah keluar. Ada mendoakan neraka bagi arwah kerana kononnya arwah membunuh diri, ada yang simpati, ada yang kata ganggungan makhlus halus, ada yang kata tekanan emosi. Apapun, yang pergi tetap telah pergi, lebih baik kita doakan semoga rohnya tenang di sana. Hanya arwah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi pada masa itu. Harap-harap ada saksi kejadian untuk memperjelaskan keadaan. Al-Fatihah.
Ada satu website lagi yang jelas menunjukkan mayat mangsa masih di tempat kejadian, tapi tak tergamak rasanya nak dikongsikan bersama, bukan keadaan mengerikan tetapi saya memang taknak kongsikan. Kalau teringin sangat nak tengok, googlelah sendiri.
Nota kaki : teringat dalam 2 bulan lepas #RIP ADELE tiba-tiba trending di Twitter, lalu saya pun cepat2 google, rupanya salah faham. RIP dalam trending tu bukan bermaksud "Rest In Peace" tapi "Really Inspiring People" .
Tiara Lake Park
22-04-2012
4:10 pm
Saturday, March 24, 2012
Akibat sayang
Nape la segala voucher baru sampai bila orang dah selesai nyopping? Uhh... Anyway, tq tesco utk kesekian kalinya. Buat masa skrg setiaku masih padamu walaupun ikan2 kau makin hari makin tak rupa ikan, tapi barang kering lain ok!
Teringat pernah rugi RM 60 (voucher parkson) akibat SAYANG nak perabis guna (total voucher RM 160, RM100 sempat beli kasut kerja). Konon nak datang sekali lg, sudahnya LUPA dan tahu2 dah expired!
Moga tak lupa nak spend voucher ni!
Ada masa sampai 2014!
Nikmat balik kampung,
Mrs Farizal
Seri Melintang
24-03-2012
Teringat pernah rugi RM 60 (voucher parkson) akibat SAYANG nak perabis guna (total voucher RM 160, RM100 sempat beli kasut kerja). Konon nak datang sekali lg, sudahnya LUPA dan tahu2 dah expired!
Moga tak lupa nak spend voucher ni!
Ada masa sampai 2014!
Nikmat balik kampung,
Mrs Farizal
Seri Melintang
24-03-2012
Wednesday, March 7, 2012
Zahir di mulut zahir juga di hati
Dialog kat Tesco hujung minggu lepas (yang saya mencari whisper keliling tesco & guardin tapi hampa tu). Disebabkan takda apa dah nak beli, saya pun pergi ke tempat froozen dan mencari aiskrim.
Saya ambil 2 kotak cornetto mini yang dalamnya ada 6 pcs tu dan terus ke kaunter. Lalu saya disapa oleh adik cashier tu (lelaki, mungkin umur sekitar 18-20 tahun)
"banyak beli aiskrim kak" adik cashier , sengih.
"oh, biasalah dik, anak ramai" jawab saya , gelak.
"haa, anak ramai, berapa anak akak?" adik cashier, serius.
"ala, 6 orang je" saya, tahan senyum
"haaa, ramainya biar betui" adik cashier, terjatuhkan tesco-clubcard saya yang dia nak pass semula pada saya
motip saya bukan nak cerita saya perasan muda atau perasan tua.
cuma nak kata,
orang yang suka cakap loyar buruk pada orang,
harus siapsedia untuk diloyarburukkan
baru kau layak cakap loyar buruk :P
orang yang suka melaser orang
harus siapsedia dan tahan bila dilaser orang
baru kau layak melaser
orang yang mengumpat mengata orang
harus tahan dan kebal caci dan maki
baru layak kau mengata
kalau mengata orang je pandai tapi bila kena diri sendiri kau opocot sana sini
kau taklayak mengata orang dan eloknya duduk diam2 saja.
saya tak meroyan, malah tengah senyum simpul.
"......Apa yang dizahirkan di mulut semestinya terzahir dahulu di hati, Cuma ada kalanya mungkin tak sempat diproses dek otak, kemudian sesal bila sedar ......."
night, hug,
mrs. farizal
07-03-2012
00:02 am
Saturday, March 3, 2012
Land below the wind :: Sabah
Assalamualaikum, salam hujung minggu.
Lama rasanya tak menulis yang betul-betul menulis. Kebanyakan entry akhir-akhir ini adalah entry 'wordless', yang tak tahu hujung pangkal. buat pening orang baca ja tak faham apa benda.
Entry kali ni, cerita pasal Trip Cuti Sekolah Hujung Tahun 2011. Ahli rombongan cik kiah ke negeri di bawah bayu ni terdiri dari 10 orang. hehe. best kan jalan ramai2 ni, meriah! :)
Day 1 : Perjalanan dari Ipoh - LCCT menaiki Star Shuttle. Harga RM 42/seorang. Ambil masa 3 jam 30 minit, terus ke LCCT. Info mengenai Star Shuttle di sini ya (klik sini). Check in di Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu yang terletak lebih kurang 20 minit dari Kota Kinabalu Airport. Untuk info mengenai Promenade Hotel pula boleh refer di sini (klik sini ya)
![]() |
| Family Room : pandangan dari sofa. 2 katil queen bed (duduk 2 orang saja), haha. Spacious kan? its worth it. |
![]() |
| Promenade Service Apartment, Family Room only RM 90.00 / night (ini ruang lepak & makan). Kalau Standard Room only RM 50.00 / night (kelengkapan 2 single bed + kitchen) |
Sesampainya di bumi KK, kami di ambil oleh Van 12 seater yang kami tempah awal. Sesiapa yang berminat boleh leave comment di bahagian bawah entry ni okeh, insyaAllah nanti saya beri nombor telefon orang tu. Untuk meronda2 kami sewa 2 biji kereta (persona + sentra), RM 120.00 sehari.
Belah malamnya kami cari makan di sekitar Pasar Filipino, setiap malam ada gerai2 makan kat situ. Believe me, memang heaven seafood kat sabah!
![]() |
| lobster ni RM 200-250 seekor. Udang yang sederhana tu RM 20.00 seekor, yang paling kecik tu (hujung sekali) RM 10.00 untuk 3 ekor. |
![]() |
| sotong ni rasanya 1 cucuk (3 ekor kecil) ialah RM 10.00 |
![]() |
| Chicken wing ni pun famous kat pasar ni, RM 1.50/wing |
![]() |
| buah ni pulak RM 2.00 sahaja. |
![]() |
| ketam ni tak sure harga, kami tak ambil menu ketam, cuma tangkap gambar saja. |
![]() |
| lengan besar ka udang besar? heaven! |
![]() |
| ni pula kat area "basah", peniaga jual hasil laut walaupun dah malam. |
Day 2 : Berbekalkan GPS yang dibawa bersama, kami sekeluarga pun menuju ke Kinabalu Park yang terletak di daerah Tuaran, terima kasih PapaGo!. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam dengan cara pemanduan selamat, hehe. Sepanjang perjalanan ke Kinabalu Park kita akan lalu di beberapa pekan kecil seperti Telipok, Tamparuli dan Tuaran, serta Kundasang.
Seeloknya nak ke mari biar awal pagi, kabus tak terlalu tebal. Tapi tengok jugak macamana cuaca, timing kami tak berapa nak baik, hari hujan, memang tak nampak puncak gunung dari dataran yang disediakan, huhu T__T
![]() |
| hujan masih renyai. |
![]() |
| @carson fall. mesti sejuk airnya nihh! |
![]() |
| Tanda pengenalan setiap pelawat yang ingin membuat pendakian (walaupun hanya ke Checkpoint pertama iaitu Layang-layang). Sorang pakai satu! |
![]() |
| Track untuk pendakian. Untuk pendakian 750 meter, kami ambil masa 1 jam 10 minit (2 hala). huhu. |
Selepas selepas pendakian (haha, bunyi mcm daki sampai puncak je, padahal 750 meter pun dah semfuttt, tambah lagi daki dlm hujan), kami terus ke Pekan Kundasang untuk makan tengahari, dan teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring (Kolam Air Panas) yang terletak di Kundasang.
Bagi pelawat yang telah bayar yuran kemasukan di Kinabalu Park masuk sini tak perlu bayar dah, cuma perlu tunjukkan tiket tadi.
![]() |
| Ini pula kolam air panas terbuka. Setiap kolam ada paip air panas & air biasa, jadi harus pandai2 sendiri nak adjust kepanasan di tahap keselesaan masing-masing. |
![]() |
| Masa saya ke sini tahun 2006, masih ada jambatan gantung, tapi nampaknya dah digantikan dengan jambatan konkrit. Mungkin atas sebab2 keselamatan juga :) |
![]() |
| Ini pula tempat rendaman air panas, kalau anda perasan, ada 3 kolam, berbeza tahap kepanasan air tu:) |
![]() |
| Rock Pool ni tempat budak, mak budak dan bapak budak mandi, airnya air biasa, bukan air panas |
Balik dari Hot Spring dah pun menjelang malam, nak tengok Rafflesia pun tak dapat sebab dah gelap. Tak jauh dari kawasan Hot Spring ni ada kawasan Rafflesia tapi hampa T__T. Bergambar di Jambatan Tamparuli pun tak sempat sebab dah malam jugakk.
Day 3 : Awal pagi kami ke Pasar Filipino untuk shopping mutiara Trip1 (shopping mutiara ada banyak trip sebab hotel dekat dengan Pasar Filipino:p). Selepas tu, kami habiskan masa di Lok Kawi Wildlife Park yang terletak menuju ke daerah Penampang.
![]() |
lain-lain binatang mungkin sama di mana2 wildlife park,
cuma Proboscis Monkey saja yang special, hanya ada di Borneo! (Credit gambar : Abg Arman)
|
![]() |
| Entrance Lok Kawi Wildlife Park. Tak ingat berapa fee nya, tak silap RM 16 untuk dewasa. (Credit gambar : Abg Arman) |
Selesai di Lok Kawi Wildlife Park, kami ke Monsopiad Cultural Village yang berdekatan. Apalah ertinya ke negeri di bawah bayu ni kalau tak berkesempatan melihat tradisi masyarakat di sana dengan lebih dekat, ye tak?:)
![]() |
| Complimentary Drinks :: Tenom Coffee & Tea. Enak sekali! |
![]() |
| Ini pula House of Skulls, yang menempatkan tengkorak2 zaman purba, ada sejarahnya. Saya tak berapa ambil port, sebab tak minat benda2 mistik tak tentu hala ni :) |
![]() |
| Kaunter Masuk ke Monsopiad Cultural Village. Entrance Fee : Dewasa (RM 55.00), Kanak-kanak (Percuma), Waga Emas (RM 25.00) Sangat2 berbaloi! |
![]() |
| Jambatan Gantung (frust tak dapat naik Jambatan Tamparuli kan;p) |
![]() |
| percubaan makan ulat sagu |
![]() |
| percubaan main permainan tradisional sabah |
![]() |
| kenangan dengan penari |
![]() |
| tarian buluh |
![]() |
| sumazau |
Kami pun ambil keputusan untuk sewa satu speed boat. Tak salah saya untuk Pakej Island Hopping ke 2 pulau (Manukan & Sapi), mereka kenakan RM 30 seorang tak termasuk sewa alatan snorkeling.
![]() |
| Pengalaman dilambung ombak yang bestt! (en.rizal kata saya confirm fail kalau nak kerja offshore:p) |
Kami tiba ke darat semula lebih kurang pukul 5 petang. Puas hati. Seronok. Air jernih, walau tak pakai kelengkapan snorkeling pun boleh nampak dengan mata kasar ikan berenang-renang mengelilingi kita. Indah sungguh ciptaan Allah.
Day 5 : Harini kami mengunjungi Pasar Ikan Masin untuk buah tangan dan stok ikan masin setahun, hehehe. Tak sah kalau tak singgah kan;) Kami juga habiskan masa tawaf Pasar Filipino kesekian kalinya. Belah malam pula kami ke 1Borneo Hypermall yang terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Sarawak.
Day 6 : Kami bersiap pulang dan selamat tiba di LCCT pada pukul 3:30 petang.
Rekomendasi :
- Menginap di Promenade Service Apartment adalah advantage sebab baaanyak kedai di bawah apartment, restoren makan yang baaanyak dan sedaappp. Selain itu, mudah sebab walking distance ke Pasar Filipino, Plaza Central, Plaza Warisan dan macam2 kedai lagi. Worth money. Highly recommended.
- Pendapat saya, tak payah pakai tourist guide, sebab insyaAllah kita boleh manage sendiri tempat yang nak dilawati. TAPI, kena banyak homework BANYAK jugaklah:)
- Makanan tak perlu risau, di KK sendiri baaanyak pilihan restoren makan. Cuma pastikan restoren tu halal. Restoren seafood baaanyak, tapi banyak restoren cina, tu sebab kami makan seafood di gerai saja, boleh tahu orang islam tak islamnya.
- Kalau nak ke Poring Hot Spring, pergilah awal pagi, sebab ada baaanyak lagi aktiviti menarik kat dalam tu (not just mandi air panas). Dan lepas tu, boleh ke Rafflesia Centre untuk tengok sendiri rafflesia - kena masuk hutan, rafflesia hidup meliar.
- Tawar menawar di Pasar Filipino, tawarlah habis-habisan. Kalau barang2 perempuan seperti brooch, rantai tangan, rantai leher mutiara adalah amat-amat berbaloi ambil baanyak sekaligus. Kalau brooch tu ambillah sekali satu papan, kemudian pandai2 lah bahagi2 kan :)
- Ambillah peluang daki Gunung Kinabalu walaupun kilometer yang pertama saja (1st 1 km) macam kami. Puas hati!
Tiara Lake Park
03-03-2012
6:02 pm
Monday, January 2, 2012
Kemalangan Ngeri 1 Januari 2012 : Manjung
Berhati-hatilah memandu, jangan ikutkan rasa, jangan ikutkan hati. Jalan raya bukan medan menunjuk perasaaan, bukan medan bermegahan.
Ngeri sungguh membaca liputan Harian Metro Online dan Utusan Malaysia Online. Boleh klik link di atas.
Saya akui, Jalan Setiawan-Lekir memang bahaya, ianya tidak jauh dari kampung halaman saya (Hutan Melintang, Teluk Intan). Jalan ini makin menjadi alternatif popular untuk orang ramai yang hendak ke Utara tanah air sejak wujudnya Lebuhraya Lumut-Jelapang-Ipoh beberapa tahun dahulu. Jalan Persekutuan dari Kuala Lumpur - Kuala Selangor - Sabak Bernam yang menghubungkan 2 negeri ini juga sudah amat selesa bagi yang mahu mengelakkan tol bagi orang ramai yang datang dari Selatan. Ini juga puncanya mengapa aliran trafik di Jalan Lekir-Sitiawan ni makin hari makin sesak.
Kenderaan berat seperti lori dan trailer juga amat banyak terutama di waktu malam. Walaupun ada lorong kecemasan tapi sering disalah gunakan untuk memotong, begitu juga dengan ketiadaan lampu jalan mengakibatkan pemanduan malam yang sangat berisiko.
Al-Fatihah buat mangsa dan takziah pada keluarga dan sahabat handai mereka.
Moga jadi peringatan pada kita semua.
Video Kemalangan : Ehsan Metro TV
"Menurutnya, nahas berlaku apabila MPV tersebut yang dari arah Sitiawan hilang kawalan ketika cuba memotong kereta Honda Civic di laluan kecemasan.
Katanya, MPV berkenaan kemudian masuk secara mengejut ke laluan hadapan kereta Honda Civic itu lalu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler dari arah Teluk Intan.
“Ia menyebabkan MPV itu berpusing dan terbalik beberapa kali sehingga ramai penumpang kenderaan itu tercampak keluar. Seorang terjatuh di atas kereta Honda Civic berkenaan.
“Treler tersebut pula terbabas ke kanan jalan dan merempuh gerai buah-buahan di tepi jalan.
Difahamkan, treler itu dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pulau Pinang,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati MPV tersebut dipercayai dipandu laju melebih 120 kilometer sejam berdasarkan keadaan kenderaan yang tercabut bumbung dan tercampak sejauh kira-kira 50 meter dari tempat kejadian... "
Petikan Metro Online :
“Saya hampir terpijak biji mata seorang mangsa tercampak di atas jalan, malah ada tali usus mangsa turut terkeluar,” kata seorang pegawai kerajaan yang juga saksi kejadian, Hasni Hashim, 45.
Menurutnya, dia kemudian bergegas melihat insiden itu sebelum mendapati banyak tubuh remaja lelaki bergelimpangan di atas jalan dan tepi gerai.
“Suasana ketika itu amat mengerikan apabila ada tubuh mangsa yang putus hingga terkeluar isi perut, otak dan mata,” katanya ketika ditemui wartawan di lokasi kejadian.
Tiara Lake Park
2 Januari 2012
3:03 PM
Sunday, January 1, 2012
2012 and im still struggling
Happy New Year! Happy 2012!
Well, as usual, i prefer to celebrate new year in my own preferred way (yeah, blogging is one of it =p). up to now, i still cant justify why there is a need to celebrate it in such ways. haha. sound silly. after a gathering at dataran or elsewhere, watching fireworks, listening to liveband performance, and then what? err... is that significant? oh just cant find any reason for it. ok, leaved me alone =P
Better to have some checklist for preparation for the upcoming new books in life.
First and foremost, the basic things to survive, salary :P hiksss
So, feel free to download Government Pay Date here okehh!
| we want bonus, we want bonuss:! :P |
And secondly, its also important to plan your activities through out the year kan, so here is the list of Public Holiday in Malaysia for 2012!
|
Then what else do we need ya, most probably a diary, you must have it by now. As for me, my planner for the 1st and 2nd week of January, already, yeah full of activities.
Azam tahun baru? as you wished! place yours now. it might be differ from one another. our goal and need is vary, for sure. ok, now, i do prefer to have a checklist rather than just thinking about azam, because in the checklist you will be planning every single step, set up your milestone/goal within a timeframe or so called dateline. but to have just an azam, you will just aiming for something without a proper plan and somehow you will just forget about it. or, errr... maybe its the same?
whatever u called it. the idea is just to have a guide, a priority list. for career, for family, for future, for own own health, for establishing good asset in future, a bigger house, new car, a better offer in job or promotion, to finish up study on time, to get rid of old bad habits, for a closer step to be a better muslim.
oh ohh, so many things to be put-in in the 2012 checklist!
2012 and im still struggling, searching for myself,
Tiara Lake Park
1st January 2012
01:37 am
Subscribe to:
Posts (Atom)











































