on 21 May 2012
Okeh, moh kiter
sambung kisah labah-labah.
Bila difikir-fikirkan
nasihat Ustaz Kazim, saya teringat satu lagi kisah yang jadi kat saya.
Insiden di Poslaju Ipoh.
Kebiasaannya saya akan
buat urusan poslaju selepas waktu pejabat, sangat-sangat bersyukur sebab waktu
urusan kaunter poslaju hingga 8:30 malam pada setiap hari bekerja, sabtu pun
bukak! Tak payah lah nak bersesak-sesak semasa waktu lunch hour pejabat yang
cukup cukup je untuk ke kantin, jumpa kawan2, berborak, dan kemudian solat dan
berehat di bilik sementara tunggu pukul 2 petang. Adik-adik poslaju (walaupun
ada yang nampak gaya macam Abang2, tapi saya “adikkan” je semua, senang dan
saya tak kekok bila nak berurusan).
Nak dijadikan cerita, satu petang tu saya keluar dari pejabat seperti biasa sekitar pukul 6 petang, baru
ingat hari tu adalah Rabu. Bila Rabu maknanya ada pasar malam kat Rapat Setia.
Walaupun dah duduk jauh dari pinggir Ipoh, Pasar Malam Rapat Setia tetap di
hati. Oh bahagia pergi pasar malam. Apakah.
Dah la keluar pejabat
lambat, singgah pulak di pasar malam, rasa-rasanya pukul berapa nak sampai di
Poslaju?? Haruslah jam pun dah nak dekat 7.00 malam masa tu. Selesai urusan,
Cik City pulak tak boleh nak start enjin. Memang cemerlang gemilang sangat
rasanya bila benda tu jadi waktu-waktu syaitan dah nak keluar. Kalau bapak saya
tahu dia mesti membebel, sebab dia mmg pantang dalam waktu peralihan2 gitu anak
dara eh mak dara masih duduk luar rumah.
Cuba start beberapa
kali tak boleh, pakej bertambah lengkap sebab suami pulak mmg tengah kerja luar
kawasan, ohh, saya perempuan yang teraniaya masa tu, insan yang lemah
(apakah?). Akhirnya bila dah takleh nak setel seorang diri, saya pun mengalah
call En. Atan (opismate saya yang suka tolong orang, jadi orang pun semua minta
tolong dari dia). Alhamdulillah, sebagai insan yang lemah, tiada suami di sisi
ketika itu En. Atan available untuk membantu. Takpa lah walaupun kena tunggu
beberapa minit, sebab kena fikir jugak orang tu pun ada anak dan isteri. Waktu
pulak tgh maghrib.
Sementara tunggu dia,
saya pun melakukan percubaan demi percubaan start kereta. Seorang staff poslaju
yang mulanya tengah memunggah2 barang dari dalam van dan 2 orang adik kaunter
datang dekat saya, cuba bantu apa yang patut. Tak lama lepas tu En. Atan sampai,
cuba lagi, tapi memang takleh buat apa dah walau di “jumper” dengan kereta
lain. Adik-adik poslaju pulak, dengan ringan tulangnya pergi survey kedai2
kereta yang berhampiran dengan tempat kejadian, tapi malang memang tak berbau,
tapi dalam kes ni agak berbau, sebab dah sah-sah jam gitu kedai apa pun dah
tutup.
Menyedari pilihan
makin tak banyak dan hari makin gelap, En. Atan cadangkan pergi ke kedai kereta
di kawasan Ampang, yang confirm bukak lagi time2 gitu. Saya pun menurut dan
ikut dia. Cik City pulak ditinggalkan di Poslaju yang
gelap-gelita-lampu-jalan-rosak pulak malam tu. Sambil diberi jaminan oleh
adik-adik poslaju bahawa Cik City akan selamat dalam premis mereka, mereka akan
tengok2 kan.
Selesai dapat bateri
baru dan melayang RM230, kami kembali ke poslaju dan acara memasang bateri
bersuluhkan handphone dan torchlight adik-adik poslaju berlangsung dengan
jayanya. Semuanya selesai pukul 8.45 malam, pukul 9.00 malam saya sampai rumah
dengan selamat. Dalam perjalanan suami telefon, ceritakan semua, suami pun
bersyukur panjang dengar ada orang2 yang sudi tolong isteri dia yang selalu
kena tinggal seorang ni.
Selepas kejadian tu,
suasana ketika berurusan dengan mereka di kaunter poslaju jadi semakin ceria,
walaupun dalam keadaan letih bekerja seharian dan kena beratur panjang.
Kelebihan? Masih tak ada apa2, cuma mudah sikit minta borang kosong lebih. Itu
sahaja. ^__^
Kesimpulan dan
pengajaran :
- Dah tahu bateri dah tunjuk perangai susah nak
start, sila ganti bateri cepat2.
- Bersyukur sebab jadi di kawasan poslaju, iaitu
kawasan yang saya biasa dan kenal dengan orang sekeliling, bukan di tepi jalan
atau di jalan shortcut saya balik kerja yang banyak anjing & gelap.
- Walaupun saya seorang2 perempuan masa tu, saya rasa
selamat sebab saya tahu adik2 tu kenal saya dan staff saya (En. Atan) boleh
dipercayai.
- Jalinkanlah hubungan baik sesama manusia, tak
kira di mana-mana kaunter perkhidmatan, di pasar malam, dengan makcik duduk
sebelah di foodcourt, dengan tukang kebun, dengan pekerja DBI yang datang ambil
sampah kita setiap hari isnin, rabu dan jumaat, atau dengan makcik jual goreng
pisang. Janganlah sombong tak bertempat. insyaAllah takda apa yang rugi.
P/S : Nantikan laporan lengkap Percutian Langkawi sedikit masa lagi. InsyaAllah.
Seminggu dah blog takda entry,

Tiger Lane - 06 - 06 - 2012