Social Icons

Sunday, March 30, 2014

bumi kangaroo #3 : Geelong

Bismillah. 
pengabaian. 
bukan saja blog yang terabai, banyak lagi benda yang terabai kebelakangan ni. 
rasa nak menulis tu ada, tu ada tapi kena lawan dengan diri. paksa challenge diri. 
challenge nyer adalah selagi tak hantar extended abstract utk konferen kedua saya tahun ini, maka selagi itu lah takleh publish new blog entry. kahkahkah. gitu sekali kau teha. 
cipta challenge sendiri, pastu cipta reward, double up the kahkahkah. 

gambar-gambar ni kalau boleh basi, dah basi dah terperuk dalam draft entry. 
boleh terus ke caption setiap gambar utk ceritanya yer. 


dlm banyak2 benda terabai, bab makan tak terabai. buktinya kebuntalan ku terserlah. dari kiri : si buntal, dewi (indonesia), erni (indonesia), faizul (malawi, eh malaysia, hihi) 

cantik kan pemandangan. 2 blok je dari tempat kami menginap. 

yang free hair tu Ohnmar dari Mynmar 

national flag of australia, state of victoria and city of geelong

dengan Ohnmar merangkap roomate saya ! 

nun di hujung sana boleh kalau nak pekena fish & chip ka, ape ka. 

Ni la pekan Geelong, belakang tu Shopping Mall - Westfield.
besar jugakla, dalam ada macam2 butik. 

Kami dalam board room, AAHL, CSIRO Geelong


Skodeng kangaroo dari golf course :p 







Last day di AAHL @ 7 Mac 2014

Last day in AAHL. dengan participant Vietnam : Hung & Dang 
Saya suka Geelong. tenang. aman. trafik tak sesak. selamat.
ada laut. ada mall.

#doakanMH370

30 Mac 2014, 11:17 pm 

Monday, March 17, 2014

bumi kangaroo #2

Baru terima email dari Mai Hlaing.
Gambar last day di AAHL, Geelong.

Harini first day naik kerja.
Dan tidak, saya tak sesat cari jalan ke pejabat pagi tadi :)





Lagi cerita berkursus di Geelong & jalan-jalan di Melbourne insyaAllah akan dikongsi bila ada kelapangan nanti.

fly home safely MH370!

17 Mac 2014 : 5:18 pm 

Thursday, March 6, 2014

bumi kangaroo #1


mari menghabiskan sisa-sisa hari di bumi Geelong.
masa bagitahu Pak Shuhay pasal saya kena gi kursus,
dia kata "mana kamu nak pergi ni, tak pernah dengar pun tempatnya"
korang pernah dengar? confirm tak rasanya.
kecuali bagi yang biasa dengan dunia veterinar. hehe.

dan Pak Shuhay pulak, memang jenis merisau.
dia selalu memikir apalah kerja saya buat dekat lab.
selamat ke tidak. ada ke terdedah dengan benda-benda bahaya.
pernah dia masuk kawasan tempat kerja saya dan dia tanya
"apa la kome buat kat sini, nampak macam takda orang je"
itu bab kerja.
kalau bab keselamatan diri tambah lah lagi.
siap bagi tips madam-macam.
adatlah bapak kan. bapak mana tak sayang anak.


baikk.
ini pengalaman kedua ke bumi kangaroo (pengalaman pertama ke perth tahun 2010 - kalau rajin, sila godek entry lama). berbanding perth yang terletak di western australia, Geelong letaknya 70 km dari kota Melbourne. Kira-kira sejam jugaklah kalau naik teksi tu. Disebabkan jaraknya yang tak terlalu jauh, ramai orang melbourne yang berulang alik kerja di Geelong, dan vice versa. Ada train yang menghubungkan bandar-bandar di sini, memudahkan hubungan antara mereka. Cuaca pada jangka masa period ni dalam lingkungan 20-23C pada siang hari, dan 15-18C pada malam hari. Subuh masuk pada 5:45 pagi, dan maghrib pada 8:10 malam. Flight duration pulak, 8 jam (KLIA-Tullmarne Airport, Melbourne).

Rezeki dapat upgrade ke business class KUL-MEL
Dah kata business class, makanan pun upgrade lah sikit. Kerusi dan gebor pun empuk lah sikit.

Hidangan pembuka selera. sedapp! 

Seterusnya, tak lalu makan. tak kena tekak. 
Main course : beef spa ntah nama masaknya. sedap.
Sedap tapi tak habis sebab kekenyangan. 

Penginapan kami adalah di Comfort Bay Inn Hotel, yang terletak di Malop Street. Hari-hari naik Geelong Taxi untuk ke AAHL (Australian Animal Health Laboratory, CSIRO) yang letaknya lebih kurang 4-5 km dari hotel. Pekan Geelong lebih kurang Ipoh, tapi kurang sibuk, tak jem langsung. Tapi rasanya mana-mana tempat di Australia adalah kurang sibuk kot, kecuali kota kota besar mereka. Saya suka!

Depan pintu masuk bangunan utama AAHL


Geelong Taxi yang sangat punctual

Beberapa blok dari hotel kami ada pasaraya MYER & Westfield, dalamnya ada supermarket Coles, Big W, Target, dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Nando's adalah Halal. Ada Restoren Kohinoor (Indian Muslim) yang halal jugak, satu blok dari hotel kami. Kalau dinner makan Maggi, kami dinner di luar. hehe :) Masa shopping tak banyak, sebab kebanyakan pasaraya hanya bukak ikut office hour (9am - 5pm) kecuali hari Jumaat. Jadi sebaik kami sampai di bilik hotel, biasanya memang semua kedai dah tutup. Buat apa lagi, menghadaplah homework yang tak pernahnya tak ada, haahahaha:p

Dah nama pun kursus 2 minggu sahaja, bermakna cuma ada 1 weekend sahaja yang dapat berjalan. Apalagi, semua mengelejat nak ke Melbourne pada weekend tu. Naik train, baru AUD 7.80 per way. Kami ambil return ticket, dan ticket tersebut boleh swipe di mana-mana inter-city train, dan tram-city pula adalah free untuk visitor. Menjimatkan.

Cukup dulu cerita tentang Geelong dalam babak 1. Cerita pasal Geelong akan bersambung seterusnya, dan kemudian pasal Melbourne jugak dalam entry yang seterusnya, insyaAllah. Perhatikan muka excited di bawah dulu. hehehee ;)


Christina (Philiphines), Ohnmar (Mynmar), Teha (Malaysia):
setibanya di Kota Melbourne 


Malop Street
Geelong, Victoria

Sunday, February 16, 2014

Kalah

Memang kalah aku dengan panas. Agak lama dah tak kena migrain tup2 dalam minggu ni sahaja kena 3 kali. Panas tengahari kat Ipoh ni dia punya bahang sampai sekejap tu jugak tangkap kepala. Panas petang pun terik mcm tengahari.

Ni pun baru bangun dari aktiviti bergelap, bertuam ais. Baru boleh buat household chores. Dengan kerja ofis nya lagi. Semua tertunggak! Dannnn... Hari ini adalah Isninnn..! 

Utk 2 hari ni, neacafe telah berjaya di'cut' sebab cuaca yg mcmni akan memudahkan lagi sakit kepala tu nak datang & menerukkan tahap sakit. Walaupun nescafe dah jadi minuman ruji aku. Dua pagi minum oat. Erk. 

Tengok sini. Gila lah 36C, macam duduk dalam inkubator dah! 


Mrs. Farizal 
17 Feb 2014 
8:20 pm 

Saturday, February 1, 2014

pdrm

Assalamualaikum:)

Lama tak tulis entry baru kan.
Cuti-cuti macam ni, rindu pulak kat blog.
Haritu kat FB, saya ada post gambar di bawah.
Saman bulan Nov2013, email notification dapat 3 kali.
Kena RM 150, kesalahan langgar lampu isyarat (langgar lampu kuning sebenarnya :p)
Surat saman pulak sampai kampung, siap Pak Aji Shuhay tolong bukakan.
Risau surat amenda. Terus telefon si anak sulung nih.
Bila bagitahu suami pulak, dapatlah ucapan tahniah.
5 minit sekali dia remind soh bayar saman.
Sebab lambat bayar, lebih kena bayar.
Hahahaaa.. tak boleh nak bagi alasan lagi.
Apa lagi mahu, bayar saja looo!


Tapi. Tak usah gusar.
Senang je nak bayar saman sekarang.
Efficient sungguh web myeg ni.
Yang belum pernah ada akaun, sila register, tak susah mana pun.
Yang dah ada akaun, sila log-in.
Kalau saman PDRM, sila klik ke PDRM.
Terpampanglah senarai saman kita.
Klik saman mana yang nak bayar tu.
Proceed je lah. Redha lah.
Tak sampai 5 minit siapp.

Nanti akan keluar status "successful" madam dalam gambar bawah.
Boleh generate resit official.
Akan dapat email jugak berkenaan status keberjayaan korang membayar saman ni :p


Bengang tak bengang.
Salah tetap salah.


Mrs. Farizal
rumah semanis rumah
1 Feb 2014, jam 1:39 pm 

Thursday, January 16, 2014

dasar kangkung

heboh kan. sampai jadi bahan lawak.
gila glamour sampai masuk BBC News.
coverage gitu yang kau nak kan pak jib?
bila rakyat dah terbeban,
isu kecik boleh jadi besar
salah cakap sikit memang jadi bahan
salah langkah sikit memang jadi habuan

pasrahlah pak jib

dari meje kerja pemakan kangkung 
16 Jan 2014
Jam 5:12 petang 

Bank kuasa

Begitulah. 
Kehidupan zaman siber. 
Keputusan bateri gadjet ibarat melingkupnya seantero alam. 

Dengan itu. 
Dengan segala apa kemudahan yang ada. 
Bukan sekadar handphone, malah pc, tablet, laptop, netbook, ultrabook,macbook di tangan. 
Bukan sekadar SMS, malah imessage, whatsapp, viber, skype, line, atau anda namakan apa saja.  
Saya tidak boleh terima alasan sesuatu informasi tidak sampai pada tempat atau masa yang sepatutnya. Tiada alasan tak boleh berhubung, tiada alasan untuk tidak stay connected. 

Kalau tak ada iphone 5s dan samsung s4 mahupun note3 atau apa saja model smartphone, nokia 3310 masih boleh berSMS dan call kan. Jadi, apa masalahnya? 

Menyedari itu, memiliki bank kuasa (power bank) sudah menjadi kemestian. Bank kuasa yang pertama dibeli di Guangzhou pada harga RM80, jenama seperti tertera dalam gambar di bawah, pada kuasa 13,000mAh. Ku kirakan ianya punya kuasa setanding transformers tapi ianya bertahan cuma 6 bulan. 


-----
Ini pula bank kuasa yang kedua. 
Dibeli dalam keadaan terdesak sehari sebelum terbang ke Delhi untuk berkursus 4 minggu di sana. Jenama seperti tertera, harga RM 145, kapasiti 9,000 mAh, bertahan cuma 6 bulan juga sebelum dia jadi ikut suka dia. 


-----
Ini pula yang ketiga. 
Yang paling berat dan tinggi kuasa setakat yang pernah dimiliki, 16,800mAh, dibeli pada hari tokey kedai FRTrading baik hati buat promosi harga runtuh RM 150 seunit. Setakat ini amat puas hati dan tidak mengecewakan. Mudah-mudahan dapat guna sampai titisan kuasa bateri yang terakhir. 


Mudah sangat rasanya. 
Jangan lagi berani kau nak cipta alasan yang itu yang ini. 

dari-meja-kerja 
Mrs. Farizal 
16 Jan 2014 
Jam 5:10 petang 

Sunday, January 5, 2014

korban kemahuan demi keperluan

bismillah. 

tahun baru dan azam. bagi saya, azam itu utk diri. hebahan dan canangan tidak menjadi titik jaya atau sebaliknya. pokok pangkal diri sendiri. cukup tengok cermin pagi-pagi cakap pada diri, cukup sebelum tidur, ingatkan diri. cukup tulis di whiteboard / softboard atau lekat kertas depan meja kerja untuk ditatapi setiap hari. memang, tak perlu tunggu tahun baru untuk tetapkan azam. tapi, kita perlu mulakan dari satu titik masa. dan munculnya tahun baru adalah cuma salah satu pilihan yang ada. 

dalam diskusi dengan salah seorang rakan baik, yang jarang-jarang jumpa, pertemuan amat bermakna, amat padat isinya. hati terdetik dan tersedar dari keselesaan. 
'hidup mesti ada goal/target/matlamat' 
mesti tahu apa yang kita hendak. mesti tahu apa yang kita perlu dan tak perlu. mesti tahu apa yang terbaik buat kita pada ketika itu. bukan hanya pasrah dan go by the flow. doa, dekatkan diri padaNya memang pasti tiada boleh ditinggalkan. 



adakalanya perlu tekan diri untuk keluar dari kebiasaan
adakalanya perlu tempuh kesusahan untuk kesenangan masa terkedepan 
adakalanya perlu korban kemahuan demi keperluan 

bantulah, kuatkan & mudahkan aku untuk capai azamku Ya Rabb. 



rumah semanis rumah
5 Jan 2014.
Jam 2:06 petang. 

Wednesday, January 1, 2014

meja pejabat | pagar rumah


sendiri 
dari pagi hingga ke awal petang
menghadap tugasan pejabat 
walau terkadang curi juga buka mukabuku.
 melempiaskan rasa. 

pukul 3 petang perut terasa minta diisi
dan kemudian keluar mencari sisa makanan tengahari. 
sambil memandu fikiran ligat berpusing
yang hari ini cuti. 
ya, sepatutnya aku cuti. 
patut rehat. fizikal dan mental. 
berbuih mulut dan bertalu minda sedar memberitahu

bukan taknak, tapi risau. 
itu tak siap, ini nak kena dihadap, 
itu menanti, ini mengejar. 

memang akhir akhir ini waktu memandu adalah waktu yang aman bagi fikiran menerawang 
tidak perlu muzik peneman 
tidak perlu handphone di tangan
banyak berdialog dengan diri 

salah satu azam tahun baru. 
kerja pejabat hanya akan tinggal di meja pejabat 
kerja rumah akan hanya tinggal di pintu pagar rumah. 
saya akan mulakan. 
dari sekarang. 




rumah semanis rumah 

01.01.2014 jam 7:36 malam 

khabar berita, pelengkap cerita


Tiap hari sang suami tak pernah lupa kirim khabar berita, 
dan, hari ini ada gambar sebagai pelengkap cerita. 




selamat tahun baru 2014 semua! 


Mrs. Farizal
Rumah semanis rumah 
Jam 7:09 malam 


segera! tukar! hidup bawah kemampuan.

Bismillah. 

salam 1 Januari 2014. 
nak mengabadikan satu entry pada hari penting. 
hari pemula 2014. 
yang diramal tahun 'istimewa' 
dengan pelbagai strategi baru 
yang dikhabarkan dan dijanjikan lebih padu 

maka kami rakyat, yang perlu segera adaptasi.


saya bukanlah ahli politik yang pandai menyusun kata, 
jauh sekali sang penyair yang puitis tulisannya. 
saya cuma rakyat biasa, 
yang merasa nilai wang makin merundum
berkadaran dengan nilai kemanusiaan makin menipis. 


kami rakyat, yang dipinta berjimat
kami rakyat, yang disuruh berhemat 
kami rakyat, disuruh mengagung amannya bumi dipijak  
sedangkan aset dan dapatan negara dicabul membuta tuli. 


apa yang dimahukan. 
mahu rakyat akur diam ?

siapa yang mahu turun ke jalanan 
merisiko diri entahkan apa kan jadi 
tapi apa lagi ikhtiar dan pilihan yang diberi 
pada rakyat yang makin didesak dan disesah kanan dan kiri 
cuma itu yang perlu kalian mengerti. 

kami, rakyat milik kerajaan. 
tanpa rakyat, tiada kerajaan. 



rumah semanis rumah yang selamanya manis
01.01.14 jam 5:49 petang. 

Friday, December 27, 2013

The Dusun

[entry lagging, draft berhari tak publish]
Ola Oli. Kuberi nama.
Cikebum. Cikembang.
Hihi.

Wah, happy tengah malam buta yer kau teha.
Tak sedar dah nak tengah malam, elok pulak buat LA Coffee semug.
Esok dah la ada assembly, siap tema geometri lagi.
Kalau lalok esok, tahan la mata dengan protractor, haha.
Korang ada lagi geometri set sekolah dulu?
Eh.

Kan sekarang tengah cuti sekolah, jadi semestinya wall update di FB penuh dengan gambar-gambar percutian keluarga mahupun kawan-kawan semua. Seronok kan bila dapat luangkan masa dengan orang yang tersayang. Saya dan suami sendiri, sungguh rasa lain macam bila lama tak bercuti bersama, serius terasa. Kalau diikutkan kerja, sampai bila pun kerja tak habis. Nak diikutkan budjet, takda lah banyak mana pun, cuma elok kalau ianya terancang dari awal.

Baru-baru ni saya jumpa satu tempat percutian berkonsepkan eco-resort, atau tropical rainforest resort yang terletak di Seremban. Namanya The Dusun (http://thedusun.com.my/). Nampak sangat-sangat menarik, lama sungguh rasanya tak merasai kehijauan dan kedamaian yang tenang. Cadangan dah pun dikemukakan pada sang suami & geng travelingnya, dan kami berpendapat tempat macam ni sesuai pergi berjemaah, baru happening. Cumanya tak tahu lagi nak pergi bila, hiks.Agak susah juga nak mengumpul geng2 jurutera offshore dalam satu masa, kadang yang ini di darat, yang itu pula di laut. 

Kita cuci cuci mata dulu lah nak tak ;)




Gila lama tak masuk hutan, serius.
Macam gementar pun ada. Dasar penakut kau teha.

Biar betul nak pergi ni.
Tapi macam best je, macam best je!

Untuk lebih info : http://www.thedusun.com.my 

Mrs. Farizal
rumah semanis rumah 

Wednesday, December 11, 2013

dari parit ke old trafford


Ya Allah ya ampun.Ya allah ya ampun.Versi zizan raja lawak menyakat Wulan Guritno. Masa ni pulak datang idea menulis.Pencetusnya adalah seorang teman bila kami sedang bersembang tentang “bercuti”.



Ya, bercuti.
Atau makan angin.
Atau melancong.


biasakan dengar orang kata gini :
“banyak duit bolehlah makan angin”
“amboi, tiap-tiap tahun makan angin” 
"dia bolehlah, kita ni entah bila.." 



Sebelum tu, definisi "bercuti" ialah meluangkan masa dengan keluarga / kawan2/ diri sendiri KELUAR dari tempat tinggal harian/kebiasaan.

Apa yang anda faham dengan terma bercuti / makan angin ni?
Pergi luar negara (oversea) saja ke yang dipanggil makan angin?
Orang-orang kaya je boleh makan angin?
Kita rakyat marhaen ni tak layak makan angin? Fikir semula. :) 

Kalau kita duduk Ipoh, sekali sekala berjalan ke Kuala Lumpur pun, itu bercuti lah tu. Hujung minggu, naik Cameron Highlands yang tak sampai 2 jam dari Simpang Pulai tu, kira bercuti lah tu.
Hatta, kalau duduk Ipoh bertahun-tahun, tapi tak pernah pergi Parit, sesekali teringin nak pergi Parit, duduk homestay barang semalam dua, pun kira bercuti. Apa masalahnya? 

Okeh, ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira sebelum bercuti atau sewaktu merancang untuk bercuti. Sebelum tu, betulkan persepsi dulu. 

Persepsi Pertama : Persepsi “Banyak duit bolehlah”

Memang tak dinafikan, kalau bercuti ni, dah nama pun kita meluangkan masa dengan keluarga KELUAR dari tempat tinggal/kebiasaan kita. Memanglah DUIT PUN KENA DILUANGKAN jugak. Mana nak tidur, nak makan, minyak kereta nak isi, tol lagi. Kalau pergi jauh, tiket kapal terbang lagi. Betul, tapi duduk rumah pun, masih kena makan, isi minyak jugak. Bukan semua free. 

Oleh kerana tu, kena lah menyimpan.
Kekdah main kutu boleh, kekdah asingkan duit dalam akaun lain boleh.
Pokoknya menyimpan.
Bukannya harini hati terdetik nak gi Switzerland,terus online beli tiket kapal terbang dan book hotel, esoknya terus pergi dik non. 
Itu cara orang KAYA.
Kita rakyat marhaen, buat cara kita.
InsyaAllah, Ada jalannya.


Kekdah saya sendiri, yang saya kira paling effective buat diri sendiri masa sekarang adalah main kutu. 2 kekdah ;- 


  1. main kutu ikut berapa nilai/kos yang kita perlu untuk satu2 percutian (kalau dah tau kosnya berapa)
  2. main kutu ikut kemampuan, RM 10, RM 50, RM 100, RM200 etc. nak 1 nama, nak 2 nama, nak 5 nama, suka hati. Sampai turn kutu kita, baru plan nak ke mana atau buat apa dengan duit tu. kalau masa tak sesuai nak bercuti, simpan je duit tu, tak basi duit tu. 
Mulanya saya main kutu mmg khas untuk percutian kami yang kali pertama. Ingat lagi, masa tu nak ke Bali tahun 2009. Dapat tiket murah. Percutian pertama kami ke luar negara sebagai suami isteri:) Selepas tu, saya rasa memang perlu buat simpanan tetap untuk tujuan bercuti. Bermula dari tu, hingga sekarang, mmg dah jadi kebiasaan. Samaada ada rancangan bercuti atau tidak, saya memang akan allocate some portion of gaji main kutu beberapa slot untuk bercuti.Kalau schedule husband tak kena pun, still saya simpan utk kegunaan bercuti. 

Persepsi : "Melancong lambang kemewahan" 
Macam kereta juga, kereta bukan lambang kekayaan atau kemewahan, tolonglah ubah persepsi ni. Tolonglah! 

Ada banyak pilihan. Pilihlah ikut kemampuan. Kalau nak kena naik kapal terbang, kita kan ada kapal terbang tambang murah. Bukankah semua orang boleh terbang sekarang "everyone can fly" ? 
---------------------------------------------------

Harap persepsi dah jelas ya. Sekarang jom saya kongsikan beberapa perkara yang kena diambil kira sewaktu merancang untuk bercuti. 


Perkara Pertama : “Jauh dekat bukan masalah”

Bercuti ni adalah waktu/masa yang diluangkan bersama keluarga / kawan2 ke tempat di luar kebiasaan atau rutin harian kita. Orang Ipoh ke Alor Setar, orang Parit ke Langkawi, orang Teluk Intan ke Nilai 3, orang Nilai 3 ke Rompin. Gitu lah kekdahnya. Tak payah tunggu pergi Eropah, tak payah tunggu ke New Zealand. 

Kalau ada tiket tambang murah, duit simpanan cukup, boleh lah ke luar negara. Kadang2 kos ke luar negara pun taklah mahal mana kalau kena promosinya. Kan AirAsia kata semua orang boleh terbang. 


Perkara Kedua : Tetapkan tujuan anda bercuti

Bagi saya faktor ini penting, malah amat penting sekali. Apa matlamat anda bercuti ? 

a. merehatkan diri (tepi laut, atau mana resort ada spa pun boleh)
b. honeymoon (tepi laut, atas gunung, tempat sejuk)
c. shopping (city centre)
d. menimba pengalaman, budaya dan tradisi 
e. buat aktiviti lasak (diving, panjat gunung, dll)
f.  menikmati keindahan alam (masuk hutan, tepi laut/pulau)
g. makan (cari tempat mewah makan) 

kena ada matlamat, baru anda boleh beri keutamaan dan capai matlamat tu! maksud saya, kalau nak shopping, anda harus maksimumkan penggunaan masa dan DUIT anda untuk shopping sahaja, TAK PAYAH duduk hotel mahal, TAK PAYAH fikir nak berehat-rehat tepi pantai. dalam kepala, shopping, shopping dan shopping sahaja, masuk semua tempat yang orang rekemen, jangan tinggal satu pun. beli apa saja yang dalam wishlist. takpayah nak terbudjet-budjet. rembat semua. 

kalau nak honeymoon, pergi dua orang saja (dengan suami/isteri). tak payah bawak segala saudara mara, tak payah pi cerita dengan orang pun takpa. kemudian, maksimumkan budjet untuk keperluan honeymoon. contohnya ambil pakej honeymoon, candlelight dinner dengan pasangan, buat spa sama-sama, naik cruise tengok sunset. order makanan dine-in dalam bilik. TAK PAYAH fikir nak shopping. beli key-chain sorang satu sudah. jangan tidak.

kalau rasa tempat tu kaya dengan tradisi dan budaya, habiskan budjet anda masuk ke Taman-taman budaya, persembahan kebudayaan, cuba duduk di homestay yang berasaskan budaya dan tradisi mereka. TAK PAYAH duduk hotel dalam bandar yang moden, TAK PAYAH shopping beriya2. 

cukuplah contohnya kot kan. korang dah boleh rancang sendiri lepas ni :)


Perkara ketiga : Budjet  
Sila refer pada tulisan saya kat atas tadi, betapa pentingnya ada perancangan kewangan untuk bercuti. Dah nama nak bercuti, tak bestlah kalau sampai destinasinya nanti kita terbudjet-budjet nak bayar itu dan ini. Jadi, pastikan budjet diallocate dengan betul. 

Saya ada sedikit tips. Kalau korang bercuti sendiri (tidak ambil pakej travel agency), korang kena juga buat budjet seolah-olah korang pergi dengan travel agent. Maksud saya gini : 

  • kira budjet minyak & tol kalau naik kenderaan sendiri 
  • kira budjet tiket kapal terbang kalau berkenaan
  • kira budjet public-public transport yang korang akan gunakan di tempat2 tersebut atau mungkin sewa kereta 
  • kira budjet penginapan (ambil kira rate hotel yang kebiasaannya mahal pada weekend & peak time)
  • budjet aktiviti korang (honeymoon ka, shopping ka, aktiviti lasak ka, makan sampai pengsan ka)  
  • kira budjet makan (buat kiraan per day, maksudnya katalah sehari korang budjet RM 50 seorang untuk 3 kali makan. katalah korang suami isteri dan 1 orang anak, jadi sehari RM 150, 3 hari RM 450). Asingkan duit makan pelisss!  
PENTING tau. Asingkan duit-duit tu ikut kegunaan. Tak best lah kalau tengah bercuti dan nak shopping, alih-alih bila time nak makan kena terbudjet-budjet pulak sebab budjet dah lari bayar public transport mahal atau dah terover shopping. serius, memang tak best nanti jadinya. 
Jadi rancang okeh! 


--------------------------------------

Betulkan persepsi sudah, bagi tips pun sudah, jadi sekarang tentang faedah melancong pulak.  

Faedah melancong 1 : Jauh berjalan, luas pengalaman
Dengarnya, macam sinonim kan. tapi berapa ramai yang bebetul faham & berniat untuk menimba pengalaman dengan melancong. dapat pahala tau melancong ni. ianya merupakan salah satu ibadah selagi tidak melanggar perintah & laranganNya. 

  • Surah Muhammad, ayat 10 yang bermaksud : "Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu.."
  • Surah al-Naml, ayat 69, maksudnya : "Katakanlah, berjalanlah kamu di muka bumi lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. " 
Ibadah Haji dan umrah sendiri adalah sebahagian daripada melancong melihat kebesaran rumah allah, kota mekah dan menziarah makam rasulullah dan tempat bersejarah di madinah. 

  • Surah al-Hajj, ayat 46 bermaksud “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” 
Dengan melancong, insyaAllah kita semua akan terbuka mata, banyak belajar, banyak menginsafi, banyak mensyukuri, banyak bersederhana, belajar tolong menolong sesama ahli keluarga & kawan-kawan, mengeratkan silaturrahim, meneliti setiap perbezaan dan persamaan antara manusia di seluruh pelosok dunia. Ianya akan sedikit sebanyak mengubah cara berfikir, cara beradaptasi, cara survival, cara bertindak dan membuat keputusan, dan macam-macam faedah lagi.  

Faedah melancong 2 : Quality Time 
Tak kira lah korang melancong dengan pasangan, dengan anak-anak, dengan mak ayah, dengan mertua, adik beradik, dengan ipar duai, dengan kawan-kawan, dengan budak ofis, dengan classmate masa Uni. 

Inilah masanya kita semua ni saling kenal mengenali, rapatkan mana yang renggang, gembira dengan keluarga dan anak-anak. Fikir atau bayangkan betapa seronoknya anak-anak dengan pengalaman baru, betapa sukanya mak ayah atau mertua bila dibawa melancong walaupun mak ayah tak cakap depa suka depan kita, berbunganya hati pasangan bila digembirakan. Masa tu, bila tengok orang yang tersayang gembira, korang akan rasa duit bukan segalanya lagi. Korang secara automatiknya akan nak bercuti lagi dan tak sabar merancang destinasi seterusnya. Percayalah kalau ada yang masih tak percaya. 


Panjang sungguh makjemah membebel. sudah cukup sudah rasanya. 


yang benar 
mrs farizal 
11-12-13, jam 8:38 malam







Thursday, November 21, 2013

Bandung Day 1 :: 21 november 2013

Assalamualaikum Bandung & Malaysia ;)

Alhamdulillah, selamat sampai di kota bandung tengah malam tadi. Menginap di Rumah Ebo dan Sekarang nak berjemaah shopping di FO Jalan Dago. 

Rumah ebo, 27, jalan imam bonjol, ir juanda, bandung 

Supper di restoren cabe rawit, 20 november 2013 midnight. 

Jumpa lagi nanti ! 
Mrs. Farizal 
10:05am, Jalan Dago 
Bandung 




Tuesday, November 19, 2013

apa ni

A mood is an emotional state. Moods differ from emotions in that they are less specific, less intense, and less likely to be triggered by a particular stimulus or event. Moods generally have either a positive or negative valence. In other words, people typically speak of being in a good mood or a bad mood.

Mood.
Semua kena ikut mood.
Takda mood, takda lah entry baru
Takda mood, buat entry pun takda perasaan, kejung macam batu.
Ikutlah mood tu sangat kan.
Kau ingat kau sorang ada mood teha?

Makin sibuk kerja tengah peak,
Masa tu lah mood mari.
3,4 topik rasa nak dihambur ke blog
Tapi tengoklah berapa bahagian yang betul-betul masuk.

Sebenarnya mood menulis tu ada,
Tapi yang cemburunya pulak adalah masa.
Dah nama kerja tengah peak.

Apa kau tulis ni teha.

Wednesday, November 13, 2013

K untuk kopi

[entry lama di penghujung oktober yang tak terpublish,
nak delete tapi sayang ceritanya. pembaca, sila pasrah]

Mood larik. 
Ingin sendiri.
Merajuk takda sebab dgn diri. 

Minggu yang baru berlalu adelah minggu minggu pertama naik kerja dengan doa agar fizikal dan mental saya boleh bekerja selepas 7 minggu tiada. Rupanya ofis tengah sedikit panas dgn beberapa isu yang tidak perlulah diperkata di ruangan ini. Seharian membaca segala surat arahan, memo, minit mesyuarat, laporan KPI seksyen yg saya jaga, update progress dan isu di lab sepanjang hampir 2 bulan, dan perlu attend mana yang belum diambil tindakan. 

Seminggu ni juga selera terhadap kopi kembali membuak buak. Kopi sebagai breakfast mmg kemestian saya, sekali sehari sekurangnya. Kalau missed masa breakfast siaplah kutuntut waktu lunch/dinner. Tak kiralah instant coffee seperti nescafe yang dibancuh sendiri atau apa juga brand kopi 3in1 yang tinggal curah air panas, kalau makan kedai, bancuh kedai lah saya. 

Bertepatan dgn tema 'no canteen no pantry' maka desakan amat tinggi terhadap kopi menjadi tekanan hebat pada saya. Org minum kopi sakit kepala, saya, tak minum kopi jadi serba tak kena. 

Misi mencari kopi paling bagus sewaktu Balik kerja. Tiap hari kepala menerawang mencari kopi. Kalau ke setabak, mmg kopi sedap terbaik tapi takda makanan yang saya gemari. Kalau ke Oldtown jemu pilak rasanya. Dua kaki dah ke Oldtown minggu tu. Akhirnya saya ke McD Station 18, sbb ada McCafe. 





Jangan compare kopi setabak dgn kopi McCafe yer.

and yes, now i really need coffee, again.

sayamrsfarizal
13 november 2013, pukul 2:53 petang
ofis semanis ofis 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...