Social Icons

Showing posts with label Yang tak cool. Show all posts
Showing posts with label Yang tak cool. Show all posts

Saturday, February 1, 2014

pdrm

Assalamualaikum:)

Lama tak tulis entry baru kan.
Cuti-cuti macam ni, rindu pulak kat blog.
Haritu kat FB, saya ada post gambar di bawah.
Saman bulan Nov2013, email notification dapat 3 kali.
Kena RM 150, kesalahan langgar lampu isyarat (langgar lampu kuning sebenarnya :p)
Surat saman pulak sampai kampung, siap Pak Aji Shuhay tolong bukakan.
Risau surat amenda. Terus telefon si anak sulung nih.
Bila bagitahu suami pulak, dapatlah ucapan tahniah.
5 minit sekali dia remind soh bayar saman.
Sebab lambat bayar, lebih kena bayar.
Hahahaaa.. tak boleh nak bagi alasan lagi.
Apa lagi mahu, bayar saja looo!


Tapi. Tak usah gusar.
Senang je nak bayar saman sekarang.
Efficient sungguh web myeg ni.
Yang belum pernah ada akaun, sila register, tak susah mana pun.
Yang dah ada akaun, sila log-in.
Kalau saman PDRM, sila klik ke PDRM.
Terpampanglah senarai saman kita.
Klik saman mana yang nak bayar tu.
Proceed je lah. Redha lah.
Tak sampai 5 minit siapp.

Nanti akan keluar status "successful" madam dalam gambar bawah.
Boleh generate resit official.
Akan dapat email jugak berkenaan status keberjayaan korang membayar saman ni :p


Bengang tak bengang.
Salah tetap salah.


Mrs. Farizal
rumah semanis rumah
1 Feb 2014, jam 1:39 pm 

Tuesday, May 1, 2012

rasakan kau.

overdose tidur. 
esok kerja. 
kena pergi damansara. 
ya, seawal pukul 6 pagi. 
sebab kena sampai sana pukul 9 pagi. 
maknanya kena bangun pukul 5 setidaknya. 
maknanya kena solat subuh di surau VRI. 


baju dah gosok, 
handbag dan isi dalam handbag dah siap susun. 
kasut nak pakai pun dah letak tepi pintu. 
tumbler utk bekal air pun dah siap isi. 
souvenirs utk tan sri dah siap2 letak dalam kereta, takut lupa. 
solat pun sudah. 


bila nak ngantuk ni? 
rasakan kau. 


kepala masih pening, 

Tiara Lake Park 
Hari Pekerja 2012 
9:58 pm 

Sunday, April 22, 2012

RIP = really inspiring people

Sehari dua ni asyik mendengar berita tak sahih. berita orang meninggal dunia dan bunuh diri. 

Berita meninggal dunia, rasanya semua orang pun dah tahu, siap masuk Melodi, Propaganza, berita mutakhir dan berita utama (sebbaik berita dunia tak masuk) - adalah berita palsu mengenai pemergian Saudara Bob Kuman yang memang tengah dalam kesakitan. Dari buat berita palsu, lebih baiklah kita doakan kesihatan beliau beransur pulih, kalau mampu, silalah bantu. Kalau tak mampu pun, berdoalah, bukan kena bayar pun. Kalau taknak jugak, atau sibuk yang amat, tak payah lah nak mencetuskan berita yang tak sahih, duduk diam-diam. 


Bagi yang sudi : Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.


Sumber : Beautifulnara



Berita kematian seorang pelajar perempuan UPSI Semester 4 pula dikatakan bermotifkan "membunuh diri" pun  menjadi hangat sejak tengah malam tadi. Beliau dikatakan jatuh dari tingkat 4 bangunan E-Learning universiti tersebut. Siasatan masih berjalan dan motif masih belum jelas, tapi bermacam spekulasi dah keluar. Ada mendoakan neraka bagi arwah kerana kononnya arwah membunuh diri, ada yang simpati, ada yang kata ganggungan makhlus halus, ada yang kata tekanan emosi. Apapun, yang pergi tetap telah pergi, lebih baik kita doakan semoga rohnya tenang di sana. Hanya arwah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi pada masa itu. Harap-harap ada saksi kejadian untuk memperjelaskan keadaan. Al-Fatihah. 









Ada satu website lagi yang jelas menunjukkan mayat mangsa masih di tempat kejadian, tapi tak tergamak rasanya nak dikongsikan bersama, bukan keadaan mengerikan tetapi saya memang taknak kongsikan. Kalau teringin sangat nak tengok, googlelah sendiri. 


Nota kaki : teringat dalam 2 bulan lepas #RIP ADELE tiba-tiba trending di Twitter, lalu saya pun cepat2 google, rupanya salah faham. RIP dalam trending tu bukan bermaksud "Rest In Peace" tapi "Really Inspiring People" . 





Tiara Lake Park 
22-04-2012 
4:10 pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...