Social Icons

Monday, September 6, 2010

Family Iftar @ Tiara

A quick update.

Meriah jugak iftar bersama keluarga semalam. Tempat pilihan iftar kali ni adalah di rumah kami, hehe. Menu pilihan pulak ialah Nasi Tomato, masak merah, kurma daging, jelatah dan papadom, bandung cincau. Simple sangat.

Tetamu jemputan terdiri daripada (mcm pencalonan Muzik2 lak;p) pak shuhay, ummi & adik2ku, mak & kak ita dan kak gee & family. Tak ramai pun kami, 12 orang sume. Semua ada, kecuali cik arkitek yang minggu depan baru pulang berhari raya. Rugi kamu cik arkitek, nasi tomato ai mabeles semalam. Siap kak gee minta resipi:p Kredit pada Kak Fiza dari Myresipi.com, disebabkan resipi andalah kami kenyang perut suka hati iftar semalam
.


Abg arman, en.rizal & en.amin si architect wannabe

Gambar nasi tomato tak sempat nak snap, sebab langsung tak teringat tentang handycam. Dah perut kenyang baru terkenang rugi tak ambil gambar. makanya gambar pre-iftar tiada, post-iftar saja.


Afrina & acik nani. acik nani sudah kuruss giler ok, ai jeles.


en. rizal bersama kak gee.


Kak Ita yang tengah borak dengan Ummi. Amirul makan muffin. hehe.


Pak Shuhay gelak nyembang, mak pulak dah bersiap nak gi terawih. Kak gee tengah siapkan anak daranya gi terawih.


trial buat muffin. komen diri sendiri ; manis dan macam bantat je. huhuhu.




Friday, September 3, 2010

insiden kedai kasut

Saya baru balik dari kinta city. Lenguhnya kaki. Semata untuk high heels. tapi takda satu pun yang berkenan. bukan cerewet tapi biar sedap dipakai. Asal harga berbaloi dengan kualiti & rupa, saya akan consider. Tapi bila dah cuba, memang sedap giler pakai, saiz pulak takde. Hadoih migraine..!


Jap, ada satu Insiden di kedai kasut tadi.


Keadaan masa tu ; Orang ramai, sangat ramai ok. nak try kasut pun susah. saya tengah terjengket2 mencuba kasut lalu ternampak sepasang suami isteri dengan baby mereka masuk. Yang membuatkan saya terpandang mereka tu adalah sebab cik kak tu pun pakai baju merah mak ngah macam saya. Warna je same yer, bajunya tak sama:p dia tak pandang saya pun. Then mereka terus masuk ke rak belakang kedai, tak lama kemudian saya pun berlegar2 kat kawasan rak tu jugak.

Saya ambil satu kasut berhampiran mereka. Tetiba saya dengar cik kak tu panggil suami dia “papa, ini boleh? baju raya tahun ni kan warna merah” cik kak tu kata sambil tunjuk wrislet merah.

Lepas tu dengan tak semena-mena si suami dengan high pitchnya terus kata “mama ni, nak buat apa beli, bukan mama pakai pun” serius kuat. Saya yang tengah ambil kasut di rak tersentak jap. Tapi buat2 tak dengar je la, karang segan pulak depa kan.

Terdengar suara cik kak tu nak mendefend diri “ala, boleh la, handbag mama ni kaler putih, tak match la” masa ni saya tak pandang mereka, tatau apa reaction kedua-dua mereka. Ai just pasang telinga je tau. Dosa tak kawan2?:p

Then sekali lagi si suami nak tunjuk hero “mama ni, tak paham bahase ke, kan papa kata tak payah, bukan pakai pun, lepas raya terus simpan” lepas si suami tu cakap macamtu saya beredar jauh dari situ.


Tak sampai hati pulak nak dengar lebih dari itu. Sebenarnya bila gi jauh sikit leh tengok apa yang jadikan, tadi bebetui duduk sebelah “nampak” sangat kaypo nyer kalau sebok pandang2. Hihiiii..

Ai pun pergi ke rak lain. Mata dah skodeng depa dah. Teringin jugak nak tgk apa jadi, adakah cik kak tu insist nak jugak, atau pun suami tu terus tarik tangan bawak cik kak tu keluar kah?


Sambil saya beredar tu saya dengar lagi “hek elleh awak ni, ape hal pulak tetiba naik angin ni, mentang2 ramai pompuan sini, nak bagi saya malu lah tu” huishh kasarnyer cik kak cakap dengan suami! Terus hilang panggilan manja “papa-mama” baru kejap tadi. Terus ber-awak je.

Terus saya pusing ke arah mereka, serius memang saya terus sebok2 pandang mereka. Cik kak tu tengah lap air mata, nangessss! Dan terus keluar dari kedai tu. Semua orang tengok depa, serius! Termasuklah promoter dan cashier kat kaunter.

Kesimpulannya kaum suami, kami kaum isteri ni memanglah perlu ditegur nak nak pulak bila setan dah merasuk diri suruh shopping itu ini, tambah nak raya ni kan. Tapi tegurlah baik2, jangan high pitch depan orang ramai. Kami ni tinggi dengan sifat malu, memang malu kat orang.


Puas hati kah tengok isteri anda malu depan orang ramai, nangis depan orang dek kerana kena tengking pasal nak beli wrislet? Kalau anda rasa anda hero, anda silap. Kalau anda rasa semua perempuan yang ada dalam kedai kasut tu respect giler babi kat anda sebab berjaya tak beli barang pun anda silap.


Pesanan pada cik kak tadi, lepas ni kalau suami akak masuk kedai yang dia suka & minat. Contoh kedai sukan ke, kedai PS2 ke, kedai golf ke, kedai sportrim ke, ape kata akak pulak pekena suami tu, cakap “abang beli ni semua buat apa, kayu golf bukan main hebat tapi tournament satu pun tak pernah menang, buat apa beli. Jersey mahal2 bukan abang reti main bola pun. Sportrim mahal2 pun nak buat apa, ape-apehal bengkok jugak. “ tapi cakap jauh2 sikit, takut kena penampar lak, hehehe.


Tetiba saya pulak yang emo. Hihihiii.. seb baik la en.rizal bukan macam tu. Kalau macam tu confirm ai pun nanges sama dengan cik kak tu. Tapi en.rizal suka tarik tangan saya dari masuk ke kedai yang dia dah identifykan sebagai “high risk” dan kemudian tarik perhatian saya pada benda lain yang tak best. Ekekekee.

p/s : dalam hati, dasyat jugak cik kak tadi, baju raya tahun ni merah, baju yang tengah pakai pun merah, nak beli wrislet merah lagi. gamaknyer memang dah biasa sedondon gitu kot. Ai suke jugak merah, tapi tak lah sampai ke handbag & kasut pun merah. Hhihiii.. lain orang lain selera ye dak!


roti arab dan panjut

kelmarin saya hutang gambar panjut kan.
meh nak bayar hutang, mak saya kata kalau hutang tak dibayar, nanti kat akhirat kena junjung barang yang kita hutang tu then pulangkan pada tuannya, jadi saya taknak junjung panjut kat sana nanti (apakah??)


saya ada bergambar bersama panjut macam aksi kat atas ni, tapi bila tengok rasa macam tak sesuai letak model tua bangka macam ai, letak gambar anak buah baru comel kan. nama dia Afrina, anak kepada pn.gee & en.arman, hehe!



inilah sedikit gambar yang diambil sendiri oleh saya yang amatur pun tidak. main hentam je. enjoylah yer gambar yang tak seberapa, gambar yang mantop boleh didapati dari jeng..jeng.. Abg Arman biras saya. ai sungguh jeles tgk gambar yang beliau snap. nanti dah dapat saya upload (hutang lg??).


p/s : ai baru lepas sahur. harini pekena roti arab dengan kari sardin. kenyang perut suka hati. hehe!

Wednesday, September 1, 2010

Pidato Ganyang Malaysia!


Disclaimer : Entry ini bukan bertujuan mengapi-apikan mana-mana pihak. Entry ini cuma sebuah perkongsian maklumat yang telah pun sedia tersebar. Pendapat yang diutarakan juga adalah pendapat peribadi penulis.


Sakit hati bila tengok berita dan bace newspaper online. Sedih ada, bengang pun ada. Terasa bangang pun ada. Isk! Dah keluar perkataan tak sepatutnya. Erm, biarkan sebab mereka deserve perkataan yang tak sepatutnya itu setimpal dengan perbuatan mereka yang tak sedar diri.

Bukan main melampau lagi perbuatan manusia sekarang ni. Tengah2 hot pasal cerita kelar orang, bunuh orang, buang bayi, keluar pulak cerita baling taik, bakar bendera dan ganyang Malaysia. Tak kurang jugak dengan si namewee Negaraku-ku. Macam2 hal!

Saya puntak faham masalah mereka. Saya turut tak faham kenapa mereka tidak dikenakan apa2 tindakan oleh pihak berwajib di malaysia! Cuba kalau kita yang buat hal, lama dah kena!


Hasil google sebentar tadi, muncullah laman2 web indonesia yang menzahirkan apa yang bergelodak dalam jiwa mereka. saya malas nak ulas panjang, kes ni agak berat jugak. siapa yang berminat boleh baca di sini.


Sungguh memang mereka langsung tak gentar.





raya mode : panjut | cheese tart | high heels

hari ni riuh rendah di lab sebelah sebab ada delivery kuih raya, maruku raya, brooch raya, kerepek raya, rempeyek raya. seronok tengok kawan-berniaga, kita ni tukang support je lah kan, hehe. suasana raya memang dah terasa! mood nak kerja pun semakin merundum, mood raya yang bagai taufan melanda (boleh pakai tak alasan nak tulis blog ni?:p).

quick update 22 ramadhan :

  1. baju raya - aunty JC dah call kelmarin, suruh ambil tempahan yang dah siap. yahuuuu!
  2. tudung raya - dah beli sebelom puase lagi. dan dah pakai dah pun.. huhhuh!
  3. kuih raya - dari minggu lepas dah mula sampai. 3 jenis kuih raya dah tinggal separuh balang. yang paling kritikal ialah cheese tart. itu pun dicatu, sehari boleh makan 5 ketul je. tapi.. kuih nyer dah dapat minggu lepas, raya lagi 2 minggu masa tu. jadi 5 ketul x 14 hari = 70 ketul. mana tak habis sebalang kan, betui ke matematik saya? ahahahaa..:p
  4. highheels raya - sumpah belum beli lagi. high heels yang dok ada pun dah jahanam semuanya, hinggakan kemana2 pun saya pakai kasut crocs comot yang tak reti-reti nak rosak tu. pergi kenduri kawen, pergi kerja, pergi terawih, pergi gardening kat luar rumah semua pakai si comot ni. bila la ko nak rosak wahai kasut noreh getah??
  5. kek raya - mohon dipermudahkan la operasi nak buat kek raya ni. dah la kuih raya beli, harap2 kek dapat la buat tahun ni, huhu.
  6. cuti raya - bab cuti ni ai suka. saya dah submit borang cuti. tapi cuti seminggu je lah. jadilah kan. cuti berpada-pada, lama2 sangat pun buat apa, duduk rumah tengok movie jugak.
  7. apa lagi pasal raya ni, oh duit raya untuk budak2 - yesza, dah pesan pada k.trisna tukarkan. itu pun tak sempat nak kira betui2, ikut tahun lepasnyer kira2 je. harap cukup la. cik arkitek pun dah kerja, jadi jimat duit ai untuk seorang adik, tinggal lagi 2 orang je kena kasi. hihiihi:p
  8. PANJUT RAYA - haaaaa, the best part of hari raya! panjut!!! hehehehe...! kami dah selamat pasang panjut malam tadi. eksaitedddd! gambar ada ambil, tapi dalam handycam, dan handycam di rumah, saya di pejabat, bermakna saya blogging dari pejabat, jangan contohi ok? sebab tu kena buat quick entry sahaja walau ade kerja menanti. bila tak siap kerja hati tak tenang nak cuti raya lama2. insyaAllah malam nanti kalau sempat ai upload!


sekian checklist dan update sempena raya. nanti ada masa update lagi!

p/s: "quick" update yang panjang berjela. sigh!


Monday, August 30, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi&tol PREE!

semangat lepas sahur hari ni. semangat merdeka. semangat jalur gemilang. semangat blogging. semangat jugak menyahut kempen 1 blog 1 bendera ini..!

dengan murah hati Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd (LITRAK) memberikan tol percuma selama tempoh 24 jam bermula 12.00 tengah malam ini (malam 31 Ogos) hingga 12.00 tengah malam keesokkan hari. terima kasih daun keladi.

Selain itu, Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson; Linkedua Sdn Bhd (Johor Bahru ke Singapura) serta Elite Sdn Bhd (Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah) juga turut memberikan diskaun sebanyak 20% pada hari kemerdekaan tahun ini. bagus kan. tol dah pree, jadi memandulah secara berhemah. ngeri bila dengar kisah kemalangan di hari2 perayaan, mohon dilindungi dari sebarang musibah sempena hari bersejarah tahun ni.

di kesempatan ini jugak, sempena hari penuh bersejarah diucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 buat semua warga Malaysia tak kira di mana berada. sambutannya pulak akan diadakan tertutup di stadium bukit jalil sempena bulan mubarak ni. sama-samalah kita renungkan erti kemerdekaan dan melakukan transformasi ke arah yang positif..!

klik sini untuk lebih semangat 1Malaysia Menjana Transformasi..!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...