Social Icons

Wednesday, October 22, 2014

CCM : Penang (Part 1) - Hard Rock Hotel Penang

Assalamualaikum. 

Entry kali ni nak berkongsi pasal percutian 3 hari 2 malam kami di Pulau Pinang sempena ulangtahun perkahwinan yang tak lama lagi (advanced celebration hehe). Lama sungguh tak bercuti di Penang ni, ada pun 2 tahun lepas berkursus di Tanjung Bungah. Kali ini kami memilih Hotel Hard Rock (HRH) yang terletak di Batu Feringhi, lokasinya bersebelahan dengan Hotel Bayview. Ini juga pertama kali kami menginap di HRH. 

Sedikit pengenalan kepada HRH ni yang dah pun mencecah usia 5 tahun dari pembukaannya. Rasa macam baru bukak je kan. Secara globalnya HRH hanya terdapat 3 buah iaitu HRH Bali, HRH Pattaya dan HRH Penang, namun Hard Rock Cafe (HRC) ada lebih 170 buah di serata dunia, di Malaysia sendiri ada HRC Kuala Lumpur, HRC Melaka dan HRC Penang sendiri. Bagi HRH Penang, konsepnya sangat lain dari yang lain. Interiornya sarat dengan hiasan konsep 'rock' dan setiap sudutnya pasti dipamerkan pelbagai unsur rock termasuk sejarah, lagenda rock dunia, pakaian dan aksesori yg digunakan, kenderaan yg mereka gunakan, album rock dulu hingga sekarang, alatan muzik yg digunakan.





1. Bilik 

Jenis bilik yang ditawarkan 
Pilihan bilik pula kami pilih Lagoon Deluxe. Istimewanya bilik ini adalah ada akses terus ke swimming pool terus dari balkoni bilik, cumanya pool ni berkongsi dengan hotel guest yang lain. Pool nya berbentuk memanjang di sepanjang bangunan dan menghala ke pool utama. Buka saja sliding door balkoni, boleh terus turun ke pool. Sangat sesuai bagi semua yang minat mandi manda dan beriadah dalam air, hehe:) 

Peralatan lain yang disediakan termasuk tv skrin leper, sistem audio yang hebat dipersiapkan dengan himpunan muzik-muzik rock, himpunan filem. Boleh klik ke alamat laman web ini untuk infomasi lanjut tentang jenis bilik Hard Rock Hotel Penang (klik sini)














2. Makanan 

Makanan di HRH kalau ikutkan selera saya dan suami kami beri 3 dari 5 bintang. Sarapan pagi international memang banyak variati cuma rasanya biasa-biasa saja bagi kami (sorry takda gambar pulak di coffee house, ada video je). Makan malam dan tengahari kami tak cuba melainkan ada pesan supper iaitu cheese cake dan creme brule yang sedap. Rancangan asal nak memerap di hotel dan pesan makanan hotel tersasar bila terbaca terlalu banyak review makanan yang sedap2 yang boleh didapati di Penang (char kuey tiaw, pasembor, laksa, nasi kandar etc). Rugi pulak tak cuba rasanya, makanan hotel di mana-mana pun lebih kurang sama saja:p




3. Kolam mandi 

Kami berpuas hati dengan kolam mandi di HRH, terjaga rapi, bersih, cuma bagi saya dan sesiapa yang comel dan mempunyai ketinggian yang kurang ni, ada masalah sikit dengan pool (melainkan anda boleh berenang la kan), sebab kedalamannya adalah 1.4 meter, di tambah pulak saya yang tak tahu berenang ni. Mencapuk belakang suami je la jawabnya. haha.




4. Lobi 

Lobi adalah sangat spacious. Banyak kerusi meja untuk lepak. Banyak pameran baju2 rockers semua. Ada corner untuk live performance jugak, tapi bukan setiap masa, ada jadualnya. Dah last day baru bergambar dekat lobby, hehe.




last day : after breakfast
last day : after checked out
Last day : after breakfast
last day : after checked out




5. Hard Rock Cafe (HRC) 

Untuk kunjungan kali ini, kami tak pergi pun ke HRC. Sebenarnya perancangan awal memang nak pergi merasa masuk dan dah mundar mandir depan HRC, tapi akhirnya tak jadi masuk sebab ada satu macam feeling tak sedap pulak. Tak pa lah, tak rugi apa pun kan:) 

Lagipun, setiap apa yang berlaku dalam HRC akan ada siaran langsung ke TV setiap bilik, boleh tonton saja dari bilik;) masih boleh menikmati lagu-lagu secara live dari kaca TV;)



6. Rock Shop (RS) 

Terdapat dua buah RS yang terdapat dalam premis HRH ini. Satu pada bangunan terasing dipanggil Rock Shop, dan sebuah lagi Rock Shop, Too terletak dalam bangunan utama hotel. RS dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam, termasuk juga RS, Too. Disebabkan bulan Oktober ni merupakan bulan yang dikatakan istimewa , jadi ada promosi Pinktober juga di RS ini. Antara promosi menarik yang sedang berlangsung adalah dengan setiap belian RM 500 anda akan dapat sehelai T-shirt Hard Rock Basic yang bernilai RM 85.00. 




Tips untuk dikongsi : 

1. Untuk menempah bilik di HRH ini dengan harga yang lebih berbaloi, anda bolehlah menempah hotel dengan promosi yang sedang berlangsung pada masa itu. Semua update terkini boleh didapati di laman web rasmi mereka. Pada masa kami buat penempahan, kami masih layak untuk promosi "Early Bird" iaitu sekiranya tempahan dibuat 30 hari lebih awal dari tarikh penginapan. Ada juga 10% diskaun untuk semua barangan yang dibeli di Rock Shop dan sekiranya anda masuk ke HR Cafe, makan dan minum juga ada diskaun 10%.

2. Jenis bilik Lagoon Deluxe ni tak banyak, jadi kalau betul2 inginkan bilik yang ada akses terus kepada pool, maka harus booking awal ya. 

3. Kalau diperhatikan pada laman web HRH Penang ni, ada pakej honeymoon yang menawarkan harga yang agak menarik (termasuk 1x makan malam dan pakej spa). Mulanya kami memang nak ambil pakej ni, tapiiiiii.. tak dapat pula pilih jenis bilik Lagoon Deluxe ni untuk pakej tu. Makanya, kami pun buat pengiraan. Kalau pun kami makan malam di hotel sendiri, masih harganya murah sekiranya kami booking melalui Promosi Early Bird. Jadi anda pun boleh buat pilihan ya:) 

Sekian dulu perkongsian buat kali ni. Diharap boleh beri manfaat. 

Selamat menyambut Deepavali! 

Entry CCM Penang yang lain (klik pada tajuk di bawah)
- Penang Street Art dan Tempat Menarik (Part 2) 
- Makanan yang best di Penang (Part 3) 



Mrs. Farizal 
22 Oktober 2014 : 2:36pm 




1 comment:

Chubby Hanna said...

Assalamualaikum, salam perkenalan. saya tengah review pasal hotel ni, jumpa blog awak. thanks for review and sharing about penang. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...