“Hari raya hari yang mulia,
Sungguh bererti kepada kita,
Tua muda miskin dan kaya
Menyambutnya dengan gembira
Berhati-hati di jalan raya
Semoga anda selamat tiba
Ucapan selamat hari raya
Dari teha utuk semua….”
(lagu raya EON jaman dolu2, ni je yang ai ingat:p)
Sungguh bererti kepada kita,
Tua muda miskin dan kaya
Menyambutnya dengan gembira
Berhati-hati di jalan raya
Semoga anda selamat tiba
Ucapan selamat hari raya
Dari teha utuk semua….”
(lagu raya EON jaman dolu2, ni je yang ai ingat:p)
Pre-raya & Raya Pertama
Hari raya pertama disambut sangat meriah di kampung en.rizal di Batu 7, tanjung tualang. Ditambah seronok & puas dengan memakan lemang buatan sendiri di pagi syawal. Aktiviti membakar lemang bermula seawal pukul 8 pagi sehari menjelang syawal. Setelah bermaaf-maafan kami semua menziarahi orang-orang yang telah meninggalkan kami. Dan meneruskan aktiviti beraya di kampung
Afrina dilantik jadi assistant opah sue utk biskut mazola
Raya Kedua
Malam raya ke-2 kami bertolak balik ke Hutan Melintang, Teluk Intan, hometown saya pulak. Sampai kampung dah tengah malam chit chat jap dengan cik nani, cik arkitek dan en arkitek wanna be dan terus zzzzz…:p lena gila tidur sebab perut dah kenyang beralas lemang, lemang dan lemang. (allah yang maha pengasih lagi mengasihani saya, kuatkanlah iman saya dari godaan makanan yang enak2 sempena syawal ini, sebab lagi 4 kilo hamba mu ini akan mencecah tahap overweight)Pagi raya kedua kami bertolak pulang ke kampung belah bapak tersayang, iaitu di Sg. Hj. Muhamad, Selekoh, Perak. Oh, sungguh best balik kampung.
Rumah Atuk : gambar ni gambar lama. Malam tidur sejuk giler, takyah pasang aircond.
Pak Anjang sekeluarga turut balik dari Shah Alam. Walau yang menunggu hanya rumah pusaka yang kosong, tapi sekurang-kurangnya ada jugak kampung kan, sebelah rumah atuk adalah rumah Tok Chik yang meriah dengan puluhan cucunya, yang juga anak sedara kami semua. Siap makan tengahari kat rumah Tok Chik, beriani ok, mabeles hinggakan kami berat punggung nak beraya rumah Tok Sedara yang lain. Mata pun berat jugak. Huhuuhu..
Lepas rumah tok chik, pi rumah Opah We pulak (We ni gelaran orang perak yg bermaksud anak yang paling Tua, disingkatkan jadi We. Cth : Pak We/ Mak We/Tok We/Opah We). Lepas tu ke rumah Opah Uda. Itulah 3 orang Atuk dan Opah sedara yang tinggal. Atuk dan Opah sendiri semuanya Allah lebih menyayangi mereka. Lepas tu menziarahi kubur kaum keluarga, arwah tok dan opah, arwah mama (oh, how we miss u mama), arwah paklang yg baru meninggalkan kami Januari lepas dan arwah makcik pakcik yang lain. Al-Fatihah buat mereka semua.
Ok, mata ngantuk, kena lena jap ni. Entry raya insyaAllah akan bersambung lagi!
1 comment:
lol, baru tau ko ada blog ni Tiha...apsal tak masukkan gambar Dania sekali? lol baru glamer :pp
Post a Comment