Social Icons

Friday, February 27, 2015

Salah satu ketagihan

Assalamualaikum. 

No no, tidaklah ketagihan benda yang bukan2, hehe. Sebenarnya adalah kegilaan. 
Antara yang jadi kegilaan saya sejak zaman berzaman adalah semuanya tentang stationary termasuklah dengan planner / diary. Setiap akhir tahun kebiasaanya saya akan mula mencari planner / diary yang menepati citarasa dan keperluan. Ada juga dapat diari kerajaan malaysia, tapi ruangannya agak terhad dan kurang bersesuaian. Pejabat saya pun dah lama tak beri diari rasmi, jadi memang dah lama beli diari sendiri. Tak pernah rasa membazir, sebab dah memang suka! 

Akhir tahun lepas, saya perasan Dr Halina ada berkongsi tentang planner yang dibelinya, dan bermulalah episod kegilaan saya:p Survey punya survey, kedua planner ini tidak dijual di mana-mana kedai buku utama di Ipoh. Kalau di KL, ada dijual di Kinokuniya, tapi entah bila lah nak ke sana kan. Di antara dua jenama ini, Erin Condren boleh dipesan secara online dan penghantarannya juga worldwide, berbanding Filofax yang terhad. Jadi, saya pilih untuk cuba Erin Condren! 




Yang menariknya tentang planner ni adalah kita boleh customised cover, aksesori dan jenis layout yang diingini. Best kan! Di bawah ni adalah contoh planner dari pelanggan lain. Oh ya, covernya kita boleh beli lebih dari satu, sebabbb ianya removable! Macam orang yang kat bawah ni, dia beli extra 3 cover lagi, jadi boleh tukar2 cover ikut mood. :p 


Di bawah ni pula planner saya. Punyalah excited, tak sabar tunggu planner ni sampai. Saya tunggu lebih kurang 10 hari untuk mereka createkan planner ikut kehendak saya dan penghantaran pula hanya ambil masa 3 hari melalui Fed-Ex International Priority dari California, AS. Ada tracking number diberikan dan kita sentiasa boleh monitor. 

Rupa pakej yang saya tempah

Tak zabarrr
Ada invoice,  of course lah kan
Tadaaaaa! Planner saya yang kiri atas tu, yang ada nama "Fatiha". 
Rupa dalam box, elok tersusun. takda cacat cela. hehe
Ini pula, saya beli dari Etsy.com. Inspirational sticker untuk dilekatkan dalam planner tu nanti. hehe
Salah satu catatan saya dalam planner! 
Kalau ditanya pasal keperluan, jawapan saya adalah perlu. Memang boleh set appoinment atau aktiviti harian dalam smartphone, tapi sama macam membaca jurnal, buku cerita atau surat khabar secara online, tiada feel. Tak boleh dipegang, disimpan, tak nampak secara fizikal! 


#erincondrenlifeplanner

27 Feb 2015 : 5.45pm

integriti

Assalamualaikum. 

Baru-baru ini telah pun viral mengenai Penjawat Awam (PA) yang telah ditangkap kerana berada di tempat yang tidak sepatutnya pada waktu bekerja. Amat menyedihkan dan mengecewakan. Sedikit sebanyak memang tercuit juga peha ni, sebab saya pun PA jugak. 

Bukan baru-baru ni saja peraturan mengenai waktu bekerja dikuatkuasakan, malahan sejak berkurun memang termaktub dalam Perintah Am. Bahkan bukan tak tahu perkara yang dibuat tu menyalahi peraturan, tapi disebabkan selama ni mungkin agaknya dah terbiasa, kurang pemantauan dari majikan tempat bekerja, perkara ni menjadi-jadi dan lebih malang jadi ikutan bagi generasi PA muda. Sesuatu yang terbiasa dibuat, walaupun perkara yang salah, akan jadi dan rasa macam tak buat salah. Di situlah cabarannya. 



INTEGRITI. 

Bila cakap pasal integriti, ianya sering dianggap sebagai isu dan masalah yag melibatkan "rasuah" sahaja. Bukan begitu! Tidak sama sekali. 

Makna dalam bahasa malaysia 
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), integriti diberi maksud:

(intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan.



Makna integriti dalam bahasa inggeris 


Maksud integriti dalam bahasa Inggeris, sebagaimana yang dinyatakan dalam Dictionary.Com pula adalah:

  1. adherence to moral and ethical principles; soundness of moral character; honesty.
  2. the state of being whole, entire, or undiminished: to preserve the integrity of the empire.
  3. a sound, unimpaired, or perfect condition: the integrity of a ship’s hull.

Jelas rasanya bahawa integriti bukan sekadar tentang isu berkaitan rasuah dan penyelewengan duit serta aset kerajaan, malah ianya melibatkan semua nilai positif yang lain dalam diri seseorang PA, termasuk menepati masa dan tidak boleh menggunakan waktu bekerja untuk tujuan peribadi. 

Saya nak kongsikan beberapa tindakan dalam sebuah jabatan kerajaan terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan. Ianya untuk iktibar bersama dan peringatan kepada diri sendiri jugak. 


Bukan tiada tindakan dibuat oleh majikan, ada tindakan, cuma tidaklah seluruh PA mendapat hebahannya. Empunya diri pasti tahu. Mantan pengarah di tempat saya bekerja selalu ingatkan kami "kalau nak tahu apa tindakannya, buatlah kesalahan tu, lepas akan rasalah tindakannya". 

Teringat kisah yang juga viral, yang mana allahyarham TNGA sewaktu pemerintahannya tidak sama sekali menggunakan harta/aset kerajaan untuk tujuan peribadi beliau, malahan dakwat pen yang dibeli dengan duit kerajaan juga tidak akan beliau gunakan untuk tujuan peribadi. Tinggi sekali nilai dalam diri beliau, memang perlu kita contohi. 

Tak kira kita bekerja sebagai PA atau dengan swasta atau bekerja sendiri, nilai integriti mesti diutamakan. Kita bekerja dan mendapat upah (gaji) untuk menyara kehidupan kita sekeluarga dan sebahagiannya diagihkan kepada orang yang lebih memerlukan, peliharalah pekerjaan kita supaya rezeki yang diperoleh juga mempunyai keberkatan. 


Peringatan untuk diri sendiri juga, 

Mak Long!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, Im officially - Mak Long! hehe. Tahniah pada adik perempuan saya dan suaminya atas kelahiran baby girl pada 17 Jan 2015 yang lepas. Dah nak masuk 6 minggu pun usia di kecik ni.

Nama diberi Arissa Nur Tihani. Mak long doakan Arissa jadi anak yang solehah tau. Semua orang sayang dia. hehehehee.

Papa dan mama nyer

Day 1

CNY holiday

Haiii

haii.. kepala kita dah botak. hihi. 





Sunday, January 11, 2015

Will you be my travel partner, Fujifilm Instax Neo 90 ?

Tiba-tiba.
Serius tiba-tiba.
Angin takda ribut takda, tukang cucuk pun takda.
Tiba tiba I think I need an instax camera!
Oh No!

Seperti biasa, bila dah terlintas tu, research pun kena dibuat.
Mulalah dari dua hari sampai dua bulan memikir and survey!


Setelah membelek-belek model yang direkemen oleh kawan2 di FB dan lihat juga review di Youtube, saya dah jatuh cinta dengan Fujifilm Instax Neo 90 Classic ! To me, compare dengan model instax yang lain, model ini lebih compact dan nampak smart (and classic at the same time). 

Macam paham sgt je bila baca specs! sumpah tak faham! :p 



Tengok kat Lazada je pun. Ada tau!
Lazada - on Monday kan ada special discount!
Cant wait cant wait cant wait!




11:43 pm
11.01.2015
Tiara Lake Park

Journey to the North: Perlis - Kangar, Padang Besar, Wang Kelian, Alor Setar

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, ada kesempatan lagi bercuti bersama keluarga. Trip ke utara kali ni sebenarnya adalah Plan B, plan asal nak menjelajah pantai timur. Tak kisahlah ke mana kan, janji boleh luangkan masa yg berkualiti dgn keluarga. Trip ni adalah selama 5 hari 4 malam, dan nyaris nak jadi 6 hari 5 malam, dek kerana seronok sgt stay di D'Puncak Beris Resort pada 2 malam terakhir di sana. 

Meh saya kongsikan ringkasan itinerary kami ni dulu, insyaAllah tiap satu tempat nanti saya tulis entry berasingan ya:) 
  • Sabtu, 6 Dis: Bertolak dari Ipoh ke Perlis. Membeli belah di Padang Besar dan bermalam di homestay di Kangar. Tak lupa misi pulut durian :p
  • Ahad, 7 Dis: Pergi ke Wang Kelian untuk beli belah hingga tengahari. Bertolak ke Alor Setar dan bermalam di sana. 
  • Isnin, 8 Dis: Pergi ke Pasar Rabu untuk beli makanan tempatan. Tengahari bertolak ke Sik, Kedah untuk ke D'Puncak Beris Resort. Sampai di resort lebih kurang pukul 4 petang. Bermalam di resort ini selama 2 malam.  
  • Selasa, 9 Dis: Melawat ladang anggur Tasik Beris dan kemudian habiskan masa dengan memancing dan untuk saya, khatamkan naskah yang dah sebulan beli tapi tak khatam2. 
  • Rabu, 10 Dis : Selepas breakfast, sambung memancing. Check out pukul 11 pagi dan singgah di Ladang Anggur semula untuk beli bekalan bawak balik. Bertolak balik Ipoh, dan sempat pekena yong tau foo di Taiping (Medan Selera belakang bomba).


Wang Kelian. Barang super duper murah, even compare dengan Padang Besar. 

Kami bermalam selama 1 malam di homestay di Kangar. Malam tu pergi makan di kedai Stimbot (tapi dah lupa nama). Huhu.. Boleh tahan jugak kedainya. Oh ya, tiada gambar di Padang Besar, tiada juga gambar pulut durian, sebab bak kata husband saya "bila sampai padang besar, abang pun sayang boleh lupa". Maknanya dah tak ingat apa dah dalam kepala, selain dari shopping. Mendalam sangat. 

Esok pagi nya breakfast di Medan Selera Pasar Kangar. Sedap dan murah. Bertambah-tambah. Hahahaaa.. Selepas tu kami bertolak ke Wang Kelian. Selesai membeli belah di Wang Kelian, kami pun bertolak ke Alor Setar. 

Menara Alor Setar . RM 8 / dewasa, RM 4 / warga emas dan kanak-kanak
Sempat ke Pekan Rabu dan melawat Menara Alor Setar keesokan harinya sebelum bertolak ke Sik. Pemandangannya bagus betul dari sini. Orang pun tak ramai mana, jadi tak berebut-rebut. Best. 

Tips nak dikongsi di Perlis ; 

1. Padang Besar - tawar menawar dah tak berapa nak jalan. tak tahu pasal apa, huks! nak tunggu cakap siam, memang tak reti la kan. Cuba cakap Perlis pun terpeleot-peleot. Kebanyakan kedai macam biasa, jual benda yang lebih kurang nak sama. Banyak pakaian, periuk belanga, aksesori wanita, handbeg siam, jersey, makanan kering. 

2. Wang Kelian - Pengalaman kali ni membuka mata betapa bezanya harga barangan di Wang Kelian berbanding Padang Besar. Serius Wang Kelian lagi murah. Semua benda lebih murah. 

Tips Alor Setar ; 

1. Pekan Rabu dah bertukar tempat ya kawan-kawan sekalian. Dah ada bangunan baru, dipanggil Ukir Mall. Masa kami datang, mereka boleh dikatakan baru berpindah ke Ukir Mall tu untuk beberapa bulan, dan ada yang baru masuk 1 minggu. Jadi banyak kedai masih kosong dan peniaga ada yang masih sibuk uruskan/kemaskan kedai. 

2. Pekasam - juga dah bertukar tempat, bukan dalam Ukir Mall, tapi bertentangan dengan Ukir Mall. Ada deretan kedai setingkat. 

Sambungan di entry seterusnya ya! 


Mrs. Farizal 
7:45 pm, 11.01.2015
Tiara Lake Park 

Manisnya tahun baru!



Dah tonton Manisnya Cinta di Cappadocia (MCDC)? 

Saya sudah! Korang macamana? 
Puas hati tak? 


Bagi saya, tak puas. 
Tak puas "berada" di Turki ! 
Kejap sangat scene2 di sana. 


Jika dibuat perbandingan dengan filem Bernard Chauly sebelum ini iaitu Istanbul Aku Datang, walaupun ceritanya sedikit ringan (komedi romantik), tapi lokasi penggambarannya sangat menarik. Tapi tak ada pula scene di Cappadocia. Hehehee. Berbanding Manisnya Cinta di Cappadocia yang banyak scene di kedai kedai karpet dan hiasan rumah. Lebihnya sudah tentu scene belom udara panas tu. 




Tentang konflik dalam filem ini pula, yang paling menyentuh hati bagi saya adalah ketika anak lelaki Bakhtiar merajuk dan mengamuk minta jumpa arwah ibunya, dan akhirnya Bakhtiar bawa menziarah kubur arwah ibunya. Bergenang juga ratu air mata ni (saya lah tu). Walaupun Fazura sangat menghayati watak dalam scene pertengkaran dengan Nazmi, tapi belum sampai 'rasa' tu pada saya. 

Apa lagi tentang filem ini ya? Oh Lisa! 
Lisa sentiasa memukau, tak make up pun lawa! Lakonan bersahaja. 
Shaheizy Sam, dia memang versatile. Tapi macam tak feel sangat la kali ni. Tak sampai rasa "jatuh cinta" bila tengok lakonan dia, mungkin sebab dia muncul kejap2 sahaja? Erm! 

Satu lagi, dalam cerita ni macam nampak Fazura lebih tua dari Sam, macam kakak dan adik. Ops! (tiba-tiba teringat filem "Sekali Lagi" yang menggandingkan Lisa & Sam, bagi saya, amat padan! dan saya bukan setakat bergenang, tapi menangis sungguh tengok filem ni :p ). 

Apapun, saya enjoy menonton MCDC ni walaupun tak baca novelnya. 
Apa yang penting, keinginan ke negara ini semakin membuak2! 

Selamat Tahun Baru 2015! 
Mrs. Farizal 
11.01.2015 






Tuesday, December 2, 2014

Pls help !

Assalamualaikum.

Jom terus hulur bantuan bagi yang memerlukan. Berapa pun tak apa. Seikhlasnya. Dari 29 juta rakyat Malaysia, cuma RM 1 juta diperlukan. Tak sampai pun 10sen seorang kena derma. Moga kita boleh kongsi sebahagian nikmat yg diberi pinjam.

Throwback

Orkid
Orked
#Maha2015 

Sunday, November 16, 2014

Review Produk : Gerobokpin

Entry kali ini insyaAllah saya nak beri sikit review tentang produk di bawah ni, tak payah bayar2, sebab puas hati sangat dengan servis Instashop ni, dan nak tolong promotekan pada pembaca-pembaca semua. 

Memperkenalkan.... drumroll! 

Gerobokpin 

Instagram : http://instagram.com/gerobokpin

Kalau korang minat dengan brooch dan pin, di sinilah tempat yang saya boleh rekemen. Nama ownernya Zetty, sangat peramah! Design brooch dan pin-pin di sini memang lain dari yang lain, sangat berbaloi, dan harganya sepadan dengan kualiti. 

Pin nya betul2 tajam, dan tak tersangkut-sangkut ketika nak cucuk. Tak rosakkan tudung langsung. Materialnya juga berkualiti dan tak lembik atau mudah bengkok! Memang jatuh cinta! Di bawah ni adalah di antara koleksi saya sendiri. Korang pun mesti ada tau, hehehee.  

1. Pin pepatung dan bunga ros-gold ni memang sangat mudah nak dipadankan dengan mana-mana tudung yang saya pakai. Nak-nak pulak saya jenis suka bertudung warna gelap, jadi pin dengan warna cerah macam ni akan menonjol bila dipakai. 




2. Brooch bunga hitam-putih dan pin 3 kuntum bunga kecil (suka hati bagi nama kan!) ni pulak, adoi. Memang serius jatuh cinta. Materialnya bagus, ada weight. Saya ni jenis kalau beli apa pun mesti suka benda yang agak berat (read : ada weight), sebab kalau ringan sangat rasanya melayang2 je bila pakai dan tak tetap duduknya bila dipasang pada tudung / baju. Ianya bukan satu set, saya yang padankan dan nampaknya menjadi, hehehehee. 




3. Brooch bebiri (sheep) dan pin pepatung! 
Setiap kali saya lihat sebarang brooch, anak patung, keychain, atau apa saja aksesori berunsurkan kambing atau bebiri, saya akan terus ingat pada seorang kawan @DijahSaad yang kini seorang pensyarah universiti di pantai timur. Beliau ni pakar dalam kajian parasit pada kambing dan bebiri, dan banyak juga kumpul aksesori seperti ini. Miss u Dijah! Unik kan brooch ni, saya saaaangat suka. elok je terletak di bahu. 


4. Ini pula koleksi-koleksi lain di Gerobokpin. Geramnya tengokkk! Rasa nak beli semua!






Bagi korang yang minat kumpul aksesori begini, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi brooch dan pin dari Gerobokpin ni okeh. Rasa nak beli semua, seriously!

Gerobokpin 

Instagram : http://instagram.com/gerobokpin



16 Nov 2014 

Salam Hujung Minggu !

Assalamualaikum semua. 

Lama tak update blog! Selain dari kekangan masa, kadangkala kekeringan idea jugak. Saya memilih untuk mencari topik / subjek yang boleh beri perkongsian dan manfaat berbanding nak tulis / ekspress tentang diri dan perasaan sendiri saja. Di samping itu, nak elak juga tulis pasal orang lain atau dalam erti kata lain, bercerita pasal orang seboleh-bolehnya. Menjadi satu cabaran jugak untuk pastikan perkongsian kita ni kekal relevan. Sekali dah dipublishkan entry tu ke internet, selamanya ia duduk di situ dan boleh diakses oleh sesiapa saja. Untuk itu, bukan mudah, ilham tak selalu datang. hehehe. 

Di antara jenis entry blog yang menarik perhatian saya dan amat bermanfaat adalah "review produk" atau "product review". Saya sendiri, setiap kali membuat apa saja, baik membeli, memasak, bercuti, mendapatkan rawatan kesihatan, sering buat carian di internet dulu dan membaca pengalaman dan review pengguna lain. Bagi saya, ianya amat membantu sebelum boleh kita membuat keputusan. 

Kalau di instagram pula sekarang, "review product" menjadi trending di mana kebiasaanya servis ini ditawarkan oleh selebriti, model atau sesiapa saja yang mempunyai pengikut (read : follower) yang ramai untuk mempromosikan produk mana-mana penjual. Contoh yang terkenal adalah Atitaharis  dan JihanMuse serta FynnJamal . Servis ini bukannya free tau, ianya berbayar, bermula dari RM 200 dan ke atas, mengikut pakej dan harga yang dipersetujui oleh kedua pihak. 





Ok, itu servis review yang ditawarkan di instagram, di bawah ini pula saya kongsi beberapa laman web yang khas untuk mengumpulkan review dari sesiapa saja. Contohnya, bagi tujuan perlancongan/percutian, saya amat gemar merujuk ke laman web TripAdvisor untuk membaca apa kata pengunjung lain yang telah berpengalaman ke destinasi yang dicari, selain dari melihat blog-blog peribadi. Ianya saya jadikan panduan utama sebelum membuat penempahan. Kadang-kadang apa yang terpapar di laman web rasmi tak semuanya menggambarkan keadaan semasa. Selain itu, saya juga telah berjinak-jinak menjadi salah seorang dari penulis review dalam laman web tersebut! 


Terdapat pelbagai feature dan aplikasi yang boleh diexplore dalam laman web TripAdvisor ni. Contoh yang saya ambil di bawah adalah bagi pelancongan Langkawi. Anda boleh pilih jenis percutian bagaimana yang dikehendaki (honeymoon, berkeluarga, mewah, budjet, tepi pantai dsb), dan aplikasi ini akan membantu anda untuk meringkas senarai (short-list) ikut keperluan anda. Selepas mendapatkan senerai pendek pilihan, anda boleh mula membawa review tentang pengunjung2 lain yang telah pun ke sana. 


Contoh, Langkawi Lagoon Resort. Anda boleh lihat gambar terkini yang diambil oleh pengunjung di bahagian "travellers photo". Dipaparkan juga beberapa laman web penempahan di ruangan tersebut (AsiaRooms, Booking.com dan Agoda contohnya). 


Seterusnya di bahagian bawah, merupakan bahagian yang menempatkan review pengunjung2, dan rating yang diberikan oleh mereka. Senang kan. Anda boleh lihat sekiranya ada sesuatu istimewa seperti sambutan atau aktiviti menarik yang sedang berlangsung di tempat penginapan itu. Ataupun maklumat seperti "hotel ini sedang direnovasi, dan sila ambil perhatian tentang bunyi bising". Bagi saya, ianya amat membantu! 


Diharapkan, dengan membuat lebih sedikit kerja pencarian / pembacaan seperti ini, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan yang tepat untuk keperluan kita. Tidak timbul lagi isu seperti "tidak berbaloi" "hotel buruk" "makanan tak sedap" ketika kita berkunjung ke sana apabila kita telah pun "bear in mind" tentang perkara-perkara tersebut setelah membaca review. Namun tak dinafikan, pengalaman seseorang walaupun di tempat yang sama, adakalanya berbeza2. Ada pengunjung yang merasakan pengalamannya amat baik sekali ke sesuatu destinasi, tapi pengunjung lain rasakan yang sebaliknya pula. Itu semua tidak dapat dikawal dan kita terimalah seadanya rezeki pada masa tu. Tips yang terdapat dalam laman web ini adalah sebagai salah satu panduan sahaja okeh :) 

Itu saja buat kali ini, manfaatkan hujung minggu anda!



16 Nov 2014 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...